Bab 2 : Nama

Black Petals

”Tik tok, tik tok, ” lelaki muda itu terjaga daripada tidurnya. Cahaya matahari sudah mula menerobosi sebahagian besar bilik kecil itu. Dia segera bangun dan membersihkan diri. Setelah itu, dia terus keluar untuk membeli makanan.

 

Dia masuk ke sebuah restoran dan memesan makanan. Dia memilih untuk duduk di bahagian yang agak terlindung dan jauh daripada orang ramai. Dia agak lega kerana restoran itu tidak ramai orang. Sedang dia menunggu makanannya sampai, dia terlihat sesuatu yang menarik. Walaupun terlindung dek cermin yang melindungi bahagian dalam restoran itu, dia masih mampu melihat seorang gadis sedang menggendong seorang nenek tua di belakangnya sambil berjalan perlahan-lahan. “Masih ada orang yang baik rupanya,” bisik hati kecilnya. Dia tersenyum kecil. Tidak lama kemudian, makanannya pun sampai. Dia masih memerhatikan gadis itu sehingga akhirnya gadis itu hilang daripada pandangannya.

 

“Dah cu, turunkan nenek. Dah sampai pun rumah nenek,” wanita tua itu menyuruh gadis itu menurunkannya. “Terima kasih, cu. Baik sungguh kamu ni. Nama siapa?” soal wanita tua itu. Gadis itu menggambil sebatang ranting kecil dan menulis di atas tanah. “LISA” tulisnya dan kemudian tersenyum memandang wanita tua tersebut. Dia turut cuba memberitahu namanya dalam bahasa isyarat. Wanita tua tersebut terus memeluk gadis bernama Lisa itu setelah menyedari gadis itu seorang yang bisu. “Semoga kamu bertemu kebahagiaan, ” ujar wanita tua itu lagi sambil mengeratkan pelukkannya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

“Lisa, nanti kamu hantar bunga tulip nie ke rumah Puan Jihyo ye. Anak dia nak kahwin esok. Kamu hantar naik van ye sebab banyak ni. Pergi sekali dengan Ken,” ujar majikan Lisa, Puan Narsha. Lisa membuat tanda okey dengan jarinya. Puan Narsha menggangguk tanda faham. Lisa segera mencari Ken. “Hah, Lisa. Ade pun kau. Dah jom. Ikut aku pergi rumah Puan Jihyo,” Ken mengajak Lisa pergi. Lisa menggangguk dan terus mengikuti Ken menuju ke arah van. Setelah itu, mereka pun segera ke rumah Puan Jihyo.

 

Suasana di rumah Puan Jihyo sangat meriah. Ramai sanak saudara mula memenuhi rumah Puan Jihyo. “Dah jom. Kita hantar bunga je sebab anak-anak Puan Jihyo yang akan gubah bunga tu. Jadi, jomlah balik. Ah, ke kau nak makan dulu?” soal Ken. Lisa berfikir sejenak. Setelah itu, dia menunjukkan isyarat mahu makan. “Nak makan dulu,” ujar Lisa sambil membuat isyarat makan. Ken tersenyum. “Okey, jom makan! ” Ken terus menarik tangan Lisa. Lisa agak terkejut tapi tak lama kemudian dia tersenyum lebar. Pada Lisa, Ken sudah seperti abang dan juga sahabat baiknya. Ken selalu melayannya dengan baik. Begitu juga Puan Narsha. Dia berasa bertuah kerana mempunyai mereka di sisinya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BarmyDew
#1
akhirnya jumpa juga yonglice story 😭🥰😍
Lavida #2
Chapter 3: Wahh yonglice story,teruskan menulis author,i love ur story❣️