prolog

Bintang

“Yen!” jerit satu suara, langkah Yen terhenti. Satu keluhan berat dilepaskan. Kenapa aku berhenti ni, ya Rabbi? Badanya dipusingkan, menghadap sesusuk tubuh tegap yang menggemgam kemas tali beg sandang.

Yup, akulah Yen. Nama sebenar, Arin Sofea. Entah macam mana boleh terlekat nama ‘Yen’ pada aku sendiri.

“Apa?” tanya gadis itu malas, sesekali menolak rambut yang hampir menutup matanya. Lelaki itu mengeluarkan sebuah buku dari begnya. Dahi Yen berkerut.

“Mesti kau lupa kan? Ni ha, kan aku ada pinjam nota kau hari tu…” lelaki itu, atau nama saintifiknya, Khairul. Nama manja, Khai. “Muda-muda dah nyanyuk…” usik Khai.

Yen mengecilkan mata, ish, dia yang tak pandai nak pulangkan, cakap aku pula yang nyanyuk. Salah siapa? Buku yang berada dalam tangan Khai dirampas laju. “Annoying.” omel Yen. Khai menjulingkan mata. “Oh, anyway. Ada orang kirim salam… Adios!” kata Khai sebelum berlalu pergi dan melambaikan tangannya. Dahi Yen bertambak kedutannya, mahu dia berkedut seribu, padahal umur baru sahaja masuk 18.

 

“Siapa pulak yang kirim salam bagai ni…” bebel Yen seorang diri. Old school betul, kalau nak tu cakap je la depan-depan. Ini tak, kirim salam la. Nanti, aku syak, mesti hantar surat. Lepas tu, kirim hadiah. Dah la Khai tu mulut macam laser, mahu dia tembak macam-macam? Tak ke naya aku? Khai tu dah la—

“Aduh!” keluh Yen, tersedar yang kini dia berada di atas lantai koridor. Siapa pula yang suka hati, tak pakai mata ke?

“E-Eh, maaf, maaf…” kata seseorang, segera dia mengutip buku-buku Yen yang berteraburan di atas lantai konkrit itu. Earphone yang tersumbat di dalam telinganya dicabut segera sebelum lelaki itu membantu Yen untuk berdiri.

No sweat. Tak parah pun, sikit je…” kata Yen, cuba memaniskan muka sedangkan hatinya membara marah. Ei, kalau dia ni Khai, lama dah aku ganyang sampai lunyai. Tanganya mengambil buku-buku yang dihulurkan oleh lelaki itu.

Lelaki itu nampak teragak-agak, seolah dia cuba untuk memperkenalkan diri sebelum Yen mengangkat tanganya. “I need to go. Lain kali mungkin? Ada jodoh jumpa lagi… Thanks anyway! kata Yen, dihadiahkan sekuntum senyuman kepada lelaki itu sebelum dia cepat-cepat melangkah pergi. Lelaki itu tersengih hambar, melambaikan tangannya ke arah Yen.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet