Chapter 2 : Rahsia Tetap Akan Bongkar

Unbelievable House Guest (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Chapter 2 : Rahsia Tetap Akan Bongkar[/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Hyejin sedang melihat resepi-resepi di Cafe Noriter. Dia diterima sebagai pekerja di sini mulai hari esok. Dia duduk keseorangan diri di tempat duduk. Di meja, secawan hot chocolate yang berbuih dengan taburan cip coklat dan sebatang jejari coklat kelihatan terapung-apung di atasnya. Dia meneguk dengan perlahan kerana panas.


Irene duduk di hadapannya. Dia baru keluar dari dapur setelah membuat cappucino kepada pelanggan. Dia meletakkan beg plastik berisi pakaian yang lengkap untuk digunakan pada hari esok di sebelah kerusi Hyejin. "Buat apa nak tengok resepi tu? Kau kan jaga kaunter je?"


"Jaga kat kaunter pun kena hafal juga makanan dan minuman ni. Kalau tak, tersilap order. Kan menyusahkan orang," jawab Hyejin.


Irene tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. "Aku harap tak ada banyak kerja sekolah. Susah juga kalau banyak kerja sekolah. Terpaksa ponteng kerja. Balik sekolah terus kerja. Lepas tu, balik malam. Bahaya pula tu."


"Sebab tu kau mesti panggil Bo Gum suruh temankan kau. Bahaya jalan seorang diri. Kita perempuan. Bukan lelaki, okey?" Panjang lebar Hyejin membebel.


"Kau pula? Kita tak serumah lagi. Kau balik dengan siapa?"


"Aku? Entah lah. Aku pun tak tahu. Aku naik bas, maybe? Ataupun jalan kaki?" fikir Hyejin. Memang tiada siapa yang dia kenal di kawasan rumah apartmentnya buat masa ini. Baru tinggal sehari belum lagi sebulan. 


"Eh, bahaya tu. Kau mesti balik cepat. Jangan nak singgah ke tempat lain." Nasihat Irene. Sahabatnya sering menasihati Hyejin. Hyejin telah biasa.


"Oh ya! Aku lupa beritahu pada kau. Sungjae pesan kat aku, yang dia akan datang ke rumah kau pada malam ni."


Hyejin tergamam. Biar betul? Dia datang dan rahsia ini akan terbongkar. Aduh! Tak sampai sehari Chanyeol duduk kat rumah aku, rahsia dah terbongkar. Dia meraba-raba poket seluar. Teruk! Aku tak minta nombor telefon dia. Hyejin meraup wajahnya.


"Kenapa dengan kau ni? Kau ada apa-apa masalah ke?" Irene tersedar apabila wajah Hyejin berubah.


"Aku... Aku..." Hyejin tidak tahu sama ada dia perlu beritahu atau tidak.


"Kenapa? Cuba cerita pada aku." Irene merayu.


"Aku nak balik sebab rumah aku still bersepah lagi. Aku belum berkemas. Tak elok lah kalau tetamu datang tengok rumah kita bersepah. Aku balik dulu ya. Bye!" Hyejin terkocoh-kocoh keluar dari kafe lalu pulang menuju ke rumahnya.


"Eh, Hyejin! Hot chocolate kau tak habis minum ni!" teriak Irene. "Tak apa lah. Untuk mengelakkan kebaziran, jadi aku pun minum." Dengan selamba Irene pun meneguk hot chocolate itu. Dia perasan yang beg plastik itu tidak dibawa oleh Hyejin.


Sampai di apartment, Hyejin membuka pintu. Dia terpacak di depan pintu. Sungjae tersengih sebaik sahaja melihat Hyejin berdiri di muka pintu.


"Oh, Sungjae? Kenapa awak ada di sini? Ada apa nak jumpa dengan saya?" Hyejin berpura-pura seperti tiada berlaku apa-apa.


Sungjae berpeluk tubuh. "Berhenti berlakon, Hyejin. Aku sudah tahu semuanya. Kenapa Chanyeol ada di rumah kau? Kenapa kau benarkan dia tinggal di rumah kau?"


Hyejin mengalih ke arah Chanyeol yang sedang duduk di hadapan meja makan. "Chanyeol, masuk ke dalam bilik sekarang. Lekas!" kata Hyejin, serius. 


Belum sempat Chanyeol melangkah, bunyi loceng pintu yang berlagu. Segera Chanyeol ke pintu.


"Hyejin, kau tertinggal..." kata-kata Irene terus berhenti apabila dia melihat Chanyeol. "Kau buat apa di sini? Apa kau buat di rumah Hyejin?" Irene bergegas masuk ke dalam.


Rahsia yang tidak sampai sehari disimpan akhirnya terbongkar. Hyejin tertunduk. Hyejin memberi isyarat mata kepada Chanyeol supaya masuk ke dalam bilik. Chanyeol patuh.


"Hyejin, beritahu aku sekarang. Kenapa Chanyeol tinggal di rumah kau? Dia dah beritahu pada aku yang kau benarkan tinggal di sini. Kenapa?" Suara Sungjae mula meninggi.


"Sungjae. Irene. Aku memang ada perkara yang perlu kamu berdua tahu."


"Hyejin, kau kenal Chanyeol kan? Dia bekas samseng di sekolah kita dulu. Dia buli budak-budak junior. Dia buli semua orang. Walaupun dia dah berubah, kita tak tahu niat dia. Silap-silap kau yang kena dera olehnya." Irene mengeluh.


"Mohon bersabar dulu. Dengar aku cakap. Dia dah selamatkan aku dari kemalangan semasa aku nak pergi sekolah tadi. Aku minta maaf sebab aku tipu k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shipwreckedeva
#1
Beautiful poster
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 3: Hishh menyampahnya baca cerita ni. Just let Hyejin and Chanyeol live in peace. There's no problem having a nice guy who was being a bully before. He had CHANGED for good
lyanaesyaz #3
Chapter 6: hrp buat lgi next chapter
ohsehxxn
275 streak #4
Chapter 6: Ouhh begitu rupanya cerita psl Chanyeol ...
lugege_
#5
Chapter 5: Sedihnya. Nasib baik Chanyeol ada :(
ohsehxxn
275 streak #6
Chapter 4: Mujurlah Chanyeol tolong Hyejin :'(
Irene ... sanggup buat mcm tu kt kwn sendiri. Bertabahlah Hyejin
ohsehxxn
275 streak #7
Chapter 3: Sampai hati Si Sungjae & Irene buat macam tu kt Hyejin :(
ohsehxxn
275 streak #8
Chapter 1: Kasihan Chanyeol ... :( nasib baik Hyejin dpt tolong dia