05

L e p i d e .

"Awak baik sebenarnya, hihi." Myungsoo tersengih menunjukkan lesung pipitnya yang dalam. "Hm?"

"Tak, dulu awak punyalah garang, berlagak, sombong, kaki maki, suka langgar bahu orang, semua sifat mazmumah pada awak. Sekarang baru betul Baek Sumin!" mereka tersenyum memandang bulan, duduk di tepian Sungai Hangang. Myungsoo dah tak takut nak terus terang, mustahil Sumin nak baling dia dalam sungai. Dia dah baik dah.

"Myungsoo, ke-"

"Panggil Soo je, hehehe dah lama saya buat nama timangan tu untuk awak seorang je panggil," pipi Sumin merah apabila Myungsoo mengelipkan sebelah mata, penuh gaya nak mengurat. "Whatever," dia cuba menutup malu.

"Kenapa awak tak pernah give up eh? Tak pernah eh buang masa pada perempuan macam saya?"

"Saya ada prinsip hidup. Awak ada dalam prinsip hidup ke #21 saya. #21 ; Everytime you push me, I will pull you till' the time tell. Ha, saya nampak awak dengan jelas dalam kehidupan masa depan saya. Awak ada dalam rancangan masa depan saya," kening diangkat nakal. "Maksud awak?"

"Pura - pura tak faham pulak. Saya nak ambil MyKad awak."

Cakap pusing-pusing, lagilah Sumin ni tak faham. "For what?" tangan diangkat, muka takfaham. "Sebab saya nak gabungkan mykad awak dengan mykad saya, supaya nanti ada mykid untuk anak - anak kita," 

"Ouch," bahu Myungsoo dipukul - pukul kasar. "Cheesy,"

Sumin terdiam. "Seriously, awak nak kahwin dengan saya ke?" Myungsoo mengangguk beria. "Mestilah! Tahu tak, nama awak sedap jadi Kim Sumin! Tak sedap jadi Nam Sumin or apa apa je lah yang lain!" telinga Myungsoo ditarik perlahan. 'Kenapa dengan aku ni?' Sumin berasa janggal dengan dirinya yang tiba-tiba jadi pemalu dan lovey dovey.

Myungsoo ketawa mengekek.

Tidak lama selepas itu, dia merenung lama ke ara kiri Sumin. "Kenapa, ada apa?" Sumin menoleh ke kiri. "Tu, kat sana, hujung sana, tengok lama lama," dia memandang lampu - lampu hiasan di situ. "Apa? Mana?" dia menoleh ke arah Myungsoo dan chup!

"Wah lipstick awak perisa strawberri eh? Manis!" dia gelak terbahak-bahak. Suka betul dia menyakat.

'Ei, geramnya!'




 








"Jadi ini rumah sewa awak?" dia melabuhkan punggung di sofa rumah Sumin. Sumin mengangguk. Walaupun ruang tamunya kecil, ada satu bilik sahaja, tapi semuanya tersusun kemas dan cantik. Memang nampak macam rumah perempuanlah. "Semua memang ada siap masa saya sewa, so saya cuma bayar bil je lah," dia meletakkan dua mug di atas meja dan duduk di sebelah Myungsoo.

"Min, kenapa awak ambil kulinari? I mean, er awak memang suka masak ke?" muka ragu-ragu. "Taklah, saya suka makan," mereka berdua tergelak sama. "Em, minat tu adalah juga, saya nak masak, kerja dekat dapur hotel dulu, yang penting saya nak masuk majalah. Hahahahaha," matanya tertutup saat ketawa. Hati Myungsoo berdegup kencang lagi. Dia rasa, setiap saat dia jatuh cinta. Tapi pada orang yang sama.

"Awak nak pergi luar negara tak? Kerja kat luar negara?"

"Tak. Saya tak pernah terfikir pun nak kerja kat luar negara. Even negara yang dekat pun, sebab saya rasa dalam negara lagi bagus. Entah kenapa," dia mengangkat bahu, tak tahu. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia sedar di mana dia berpijak. Dia tak nak berangan terlalu jauh, duit simpanan pun dia tak ada. Myungsoo mengeluh dalam diam.

Dia nampak masa depannya cerah untuk bekerja di syarikat bapanya di China, nak tak nak memang dia akan ambil alih pengurusan di China, tapi Sumin pulak berlainan dengan impiannya. 

Macam mana dia nak realisasikan impiannya di China sedangkan impiannya lagi satu tertinggal di Korea? 

Dia ada masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah ni. 7 bulan lagi sebelum mereka graduate. Lagi 7 bulan.

"Soo?" Myungsoo tersedar dari lamunannya. 




 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 3: Oh abang heroku Myungsoo ! ~ ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!
lilylunalove
#2
Chapter 2: Oh yeah that's my fab Myungsoo! ~^O^~ You go boy! Jdi gentleman dan grab back what's yours! Muahahaha ㄟ(≧◇≦)ㄏ
Woohyun, you wait and see ˋ▽ˊ
lilylunalove
#3
Chapter 1: Wah so far so good! ~^O^~ Pls update more juseyo~ (*>.<*)