04

L e p i d e .

Dia menguyah suapan ramen terakhirnya, sambil tu telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Tanpa melihat nama pemanggil, dia mengangkat panggilan telefon itu.

"Hello?"

"Kalau kau jantan sangat, datang kawasan industri lama."

Kening Myungsoo berkerut. Eh, suara goblin gemok. "Buat apa? Nak gaduh ke? Tak nak lah, muka handsome aku nanti rosak bergaduh dengan kau,"  dia tergelak kecil, membayangkan muka Woohyun di dart seperti hari sebelumnya. Terdengar di hujung talian, Woohyun tergelak sarkastik. "Kau tak rindu Sumin ke?"

'Oh s h it' buat kesekian kali, dadanya sakit. Nampaknya Woohyun memang dah selangkah dari dia. "Cantik juga tanda lahir dekat dada dia ek?" gelak jahat. Myungsoo kelu, penumbuk digenggam. "Kalau kau sayangkan perempuan ni, datang lah. Seorang. Kalau kau bawak geng, kau tau lah apa nasib Baek Sumin tu,"

Beep. Talian terputus. Hati Myungsoo terbakar. Dia segera bangun, motosikalnya dipecut laju balik ke rumah yang tidak jauh dari 7Eleven. Dia berlari pantas ke biliknya di tingkat atas, kayu besbol dicapai. Dia berlari semula ke bawah.

"Eh, Tuan Muda, balik kenapa tak beritahu?" pembantu rumahnya tersenyum. "Saya balik kejap je," acuh tak acuh. Sebenarnya, dia menetap di rumah sewa seorand diri, kadang-kadang je balik rumah. 

Kata-kata Woohyun terngiang-ngiang di telinga. Matanya penuh kemarahan. 'Woohyun, mampuslah kau lepas ni. Kau berani sangat buat taik dengan aku, kan? Kalau kau ingat kau boleh menang macam dulu, memang kau silap.'





 




Semua benda nampak dah selesai di mata kasar Myungsoo. Woohyun, Sunggyu dan Dongwoo dah dibuang universiti, secara senyap. Mereka juga ditahan polis selepas Myungsoo dan Sumin membuat laporan polis. Dan antagonis itu lenyap dari hikayat mereka.

Tak semudah tu, sebenarnya. Itu baru mungkin bab satu dalam buku tebal, sebab Myungsoo baru nak masuk bab dua, langkah seterusnya adalah untuk buat Sumin ada perasaan untuknya. Myungsoo yakin, mesti Sumin ada perasaan padanya, walau sekecil kuman. Tapi apa entah masalah seketul Sumin itu, buta mungkin? Tergamak dia menjauhkan diri dari seketul Myungsoo yang penuh gaya ni. 

Tetapi, tak ada istilah putus asa dalam kamus hidup Myungsoo, ohyeah!

Myungsoo memotivasikan dirinya sendiri. Pagi itu, dia harus mengorak langkah. 

Myungsoo berjalan malas untuk ke dewan kuliah, namun ditahan oleh Jiyeon. "Ye Jiyeon? Kenapa?" Myungsoo mengerutkan keningnya, memandang Jiyeon yang macam polis trafik di depannya. "Pagi! Nah," dia menghulurkan secawan kopi.Wajahnya penuh ceria melihat Myungsoo. "Eh, takpe susah je,"

Myungsoo memang dikira lelaki yang jahat. Dah lama Jiyeon show off perasaan dia pada Myungsoo.. Tapi dia buat bodoh saja, buat tak faham tanda tanda tersebut. Tak sampai hati nak reject, nak diluah mati mak, ditelan mati anak, maka dia kemam je lah. Luah tak boleh, telan pun tak boleh. "Okay pergi dulu," Jiyeon tersengih lalu berlari malu. Di bawah tapak cawan kopi itu, terlekat satu nota kecil. 

I wish you day will be nice!
I love you :DD

Saya harap kita boleh keluar sama-sama, one day! :D

Kening Myungsoo berkerut.




Sumin menutup lokernya, dia terjerit kecil, terkejut. "Pagi!" Myungsoo menayang giginya yang cantik. Sumin tersenyum lebar, nampaknya dia sudah berubah sedikit, memang patut pun memandangkan dia terhutang budi dengan Myungsoo. "Oh, hi!" agak kekok, namun dia meletakkan usaha yang sangat tinggi. Myungsoo nampak usahanya itu.

Bukan senang kan, dulu kan Sumin ni kaki marah. 

"Apa ni?" Sumin berkerut melihat cawan kopi yang dihulur Myungsoo namun dia menyambutnya juga, walaupun agak teragak-agak. "Kopi, with note under it," mukanya selamba. Tak serba-salah. "Bye," Myungsoo melambai dan meninggalkan Sumin.

'lima... empat ..'

Sumin membaca nota yang terlekat di bawah cawan kopi itu.

'tiga..'

'dua..'

'satu..'

"Myungsoo, " pantas dia memandang ke belakang, dengan senyuman teruja. "Saya tak minum kopi, sebenarnya," 

"Oh," tiba tiba semuanya jadi suram, Myungsoo rasa semuanya suram, harinya akan suram. Kopi kena reject, ni semua salah Jiyeon! Eh?

"Jom keluar sama-sama one day? Belanja saya bubble tea?" wajah Sumin suci murni bak bidadari, Myungsoo rasa nak pitam. 

'YEASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!'





 







oi :DD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 3: Oh abang heroku Myungsoo ! ~ ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!
lilylunalove
#2
Chapter 2: Oh yeah that's my fab Myungsoo! ~^O^~ You go boy! Jdi gentleman dan grab back what's yours! Muahahaha ㄟ(≧◇≦)ㄏ
Woohyun, you wait and see ˋ▽ˊ
lilylunalove
#3
Chapter 1: Wah so far so good! ~^O^~ Pls update more juseyo~ (*>.<*)