Bab 3

Mad(e) in Love
Please Subscribe to read the full chapter

 

   " Apa awak ni. Awak sepatutnya gembira yang anak kita tu dah berjumpa dengan Soulmate abadi dia." 

Dibawah pokok yang rendang di taman Utama Hospital sepasang suami isteri duduk menikmati cahaya matahari dan angin yang bertiup lembut dengan niat dapat membantu menyejukkan hatinya yang sedih dan panas memikirkan individu asing yang mula mengambil tempat dalam hidup anak bongsunya.

Gambar sebuah keluarga bahagia yang terpapar di skrin hadapan telefon pintar Samsung itu ditatap dan dibelai lembut. Gambar yang diambil 3 tahun yang lepas direnung dengan penuh sayang. Senyuman dua anak terunanya ditanam dalam minda dengan pelbagai memori indah bermain dibelakang kotak emas di kepalanya.

   " Tapi dia baru 14 tahun awak. Dia belum kenal lagi betapa sukar dan kejamnya dunia ni. Pakaian, Seluar dalam, makan minum dia semua saya yang jaga. Saya tahu sangat yang Jungkook tak akan mampu jaga pasangan dia. Diri sendiri pun tak terjaga. " 

Tangan insan bernama ibu itu dipegang dan digenggam oleh suaminya yang tercinta sambil memeluk wanita Beta itu. Bahu Puan Jeon diusap dengan perlahan dan lembut berulang-kali.

Encik Jeon turut memandang gambar mereka sekeluarga pada telefon isterinya. Siapa sangka, remaja berumur 14 tahun yang masih takut tidur dalam gelap mempunyai takdir yang rumit dan membenci dia.

   " Apa yang penting sekarang adalah kesihatan Jungkook. Awak tahukan yang bercakap dengan awak tadi bukannya Kookie tapi Alpha Jungkook. Kalau ada orang buat dekat awak macam tu pun saya akan mengamuk. Awak kena faham, ikatan kita datang dari cinta tapi diorang berdua- Ikatan yang ditakdirkan. Tak akan dapat diputuskan melainkan kematian. " 

Empangan yang cuba ditahan oleh Puan Jeon akhirnya pecah mengalir turun membasahi kemeja biru suaminya.

   " Saya t-tak nak kehilangan baby saya."

   " Bersabarlah sayang. Saya pun tak nak."

 

***

 

Beep..Beep..Beep

Mesin nadi Jungkook yang dari awal mengisi ruang kosong bilik 13 berlanjutan selama 10 minit tanpa sesiapa pun yang berani memecah kejanggalan tersebut.

Jungkook mengerling ke arah Jimin yang hanya berdiri di belakang cikgunya acap kali. Kadang-kadang penumbuknya digempal apabila Taehyung memeluk dan mencium dahi Omega kecil yang mata dihiasi dengan kilauan jernih.

   "-kook ?"

BeepBeepBeep...

   " JUNGKOOK! " 

   " Ooouch Hyung sakitlah. " Pipi yang sedikit bengkak diusap sambil memandang Junghyun yang bercekak pinggang di sisi katilnya.

Kepala yang pening memikirkan adiknya itu digeleng geram. Mahu tercabut jantung Junghyun bila tiba-tiba sahaja radar nadi Jungkook bergerak laju dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Taehyung yang perasan akan gengaman kuat dibelakang badannya langsung menolak Jimin ke hadapan tanpa mempedulikan emosi sahabatnya. 

   " Aaaah! " 

Tolakan Taehyung yang agak kuat membuat Jimin hampir tersadung menemui lantai tetapi refleksi pantas dari Junghyun membuatkan Alpha kecil yang memerhati itu mendengus keras.

Jimin memegang bahagian depan Junghyun yang juga memeluk kemas pinggang ramping omega yang sudah mula kemerah-merahan. Muka mereka dua tidak sebegitu jauh dan dengan satu tolakan sahaja mampu membebaskan binatang liar yang sedang tersadai sakit itu.

   " DIA AKU PUNYA! "

Sekali rentap, Jimin kini berada dalam pelukan besi Jungkook yang kuat sehingga menyekat bekalan oksigen dia. 

   " Wowowow hyung tak ada niat lain selain nak selamatkan mate kau. Berterima kasih la sikit budak bertuah. "

Jungkook menjeling keanak-anakan ke arah abangnya itu yang kembali mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah katil pesakit itu. Pipinya yang bulat dikembungkan menunjukkan kecomelan dan sekelip mata aura seorang alpha yang memenuhi ruang bilik itu lesap. 

   " Mehrong ~ " Jungkook yang nakal menjelir lidah kepada Junghyun yang turut membalas aksi licik adiknya yang masih erat memeluk Omega jingga itu yang muka sudah mula memerah terang.

   " Jungkook, cikgu bukan nak kacau permainan korang berdua tapi tolong lepaskan kawan cikgu tu. Macam dah nak pengsan cikgu tengok dia. " Kata Taehyung sambil bersandar pada dinding dan menjadi saksi perbalahan manja adik beradik Jeon itu.

Alpha kecil itu memandang wajah Taehyung pelik dan kemudian mengalih pandangan kepada makhluk lembut dalam dakapan dia itu. Langsung tidak sedar akan Omega asing yang baru dikenalinya itu kini dipeluk dan didakap dengan kuat ke dadanya. Wajah Jimin yang bertemu dengan tubuh remaja itu menjadi panas dengan mata yang mula berpinar liar kerana telah menghidu terlalu banyak phermone alphanya.

   " MA-MAAF TAK SENGAJA ! "

Tolakan kuat dari Jungkook untuk menjauhkan Jimin dari diri dia menyebabkan Omega jingga itu jatuh terduduk di atas lantai dengan kuat. 

Walaupun Omega ingin menitiskan air mata akibat di-reject oleh alpha, Jimin masih mampu menahan cecair itu dari jatuh dan hanya memberi senyuman lemah. Jimin bangkit dari duduknya dan mengibas-gibas punggung dan badan yang kotor sebelum meminta diri untuk berehat.

   " Tak Taehyung kau duduk sini. Kau perlu berbincang dengan keluarga dia. " 

Taehyung yang ingin pulang bersama sahabatnya itu dihalang kerana tugasnya sebagai seorang cikgu kepada anak murid yang kini terlantar di atas katil hospital. Itulah kata terkahir Jimin sebelum berlalu pulang.

 

***

 

   " Nah. "

Secawan coklat panas bertukar tangan. Jimin merenung cecair gelap yang mengeluarkan wap di tangganya itu. Terkebil-kebil mata dia mengelamun tanpa mengendahkan pasangan yang duduk bertentangan dengan dia itu. Kondominium tingkat 21 itu kedengaran sunyi tanpa kehadiran sebarang bunyi.

Perlahan-lahan Jimin meletakkan cawan di atas meja kaca klasik diruang tamu milik alpha 20-an itu. Kaki diangkat ke atas kerusi dan dirapatkan pada dada dengan dagu diletakkan pada kepala lutut. Bauan dan phermones yang terhasil dari 2 orang alpha berjaya menenagkan Omega dalam diri yang meronta-ronta menginginkan kehangatan dari Seorang Alpha. Keluhan pasrah lancar ke luar dari mulut Omega 19 tahun itu.

   " Kenapa ni Jimin, cuba ceritakan dekat hyung. Mungkin kami berdua boleh tolong ? " Tanya Namjoon memandang Jimin dengan wajah yang risau. 

Jin yang berada di situ turut bimbang akan keadaan Jimin seperti baru kematian pasangan.

   " Maaf hyung tapi benda ni hanya Omega sahaja yang akan rasa. Jimin harap Jin hyung tidak terasa. " Jimin memberikan pandangan maaf kepada Jin yang hanya tersenyum lemah kerana dia tahu tidak akan sekali pun dia dapat merasakannya kerana mereka berdua adalah pasangan yang paling dilarang di dunia.

Alpha dan Alpha.

   " Ceritalah, walaupun kami tak dapat bantu sekurang-kurangnya Jimin dapat ringankan beban dengan berkongsi masalah. " Kata Jin sambil mengambil tempat di sebelah Jimin. Dengan sendirinya Jimin menganjak rapat mendekati alpha itu. Kepala dilentokkan di atas bahu Jin.

   " Sebenarnya hyung..."

 

Sekelip mata dirinya dikelilingi dengan pelukan hangat yang datangnya dari 2 orang lelaki di kanan dan kiri dia. Namjoon memeluk mereka berdua manakala Jin hanya memeluk dan mencium umbun-umbun Jimin yang sudah menanggis teresak-esak.

Kelembutan Jin membelai dan menjaga Jimin membuatkan dia berfikir betapa tidak adilnya untuk Jin menjadi seorang Alpha. Diri dan perwatakan Jin merupakan ciri-ciri yang amat sempurna seperti seorang wanita Omega yang sedang menjaga anaknya yang berada dalam kesedihan. 

   " Jimin sayangkan dia? "

   " Tak tahu. Saya binggung Jin Hyung. "

Namjoon kembali ke sisi Jimin sebaik dia kembali mengambil selimut dari kamar dan menyelimut mereka berdua.

   " Mungkin ianya hanyalah kesan daripada ikatan sejati dan nafsu. Tak mungkin sayang boleh datang dengan mudah tanpa sebarang halangan. " Nasihat Namjoon sambil memandang pasangan hidupnya yang turut merenung dia dengan senyuman penuh makna.

   " Mungkin juga .. " 

 

Hujan yang mula membasahi kegelapan malam dan sejuk di bandar Seoul menyukarkan Park Jimin untuk melelapkan mata. Air hujan yang melincir turun dari tingkap gelas direnung dengan emosi yang bercampur-baur. 

Dirinya yang diselubungi dengan selimut yang hangat dan harum berjaya membantu dia untuk berasa tenang dan lari sebentar daripada masalah yang menghantui dia. 

Kesan gigitan di bahagian leher disentuh lembut. Perasaan aneh dan asing  mula menyelubungi jiwa dan hati Jimin yang terasa hangat di tempat yang digigit dan merebak ke seluruh badan sebaik sahaja wa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nazifalamiya #1
It would b rlly great if u made an englush version of this??????????
nazifalamiya #2
Arrgh...i rlly want to read this. But its not in english ???
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 5: waaa i miss you author ..and this beautiful story as well .. seriously rinduuuuuu! chapter ni best sangattt .. berfangirling over Jungkook and also Jimin fuhhh.. (and all the character punya development mmg best..tk sangka mingyu ngan minghao lol)
Yoongi comellll!!!! hahahaah Tae pun..
tkpe sbb lambat update...saya faham..saya still sudi nk baca ff ni
keep updating!!!!! hwaiting! //mini love selori//
Irakira
#4
Omeinya 2ming couple ☺
ibuky_
#5
can you make a English version please ??
baekhan_47 #6
Chapter 2: Ff authornim terboekk... Jarang dpt baca ff jikook dlm bm... Keep it up
prankster_07
#7
Chapter 4: Alahai jimin kahwin dgn yoongi? Tak sabar saya nak tahu apa yg berlaku slps ni.. update soon authornim!
nanadjiyongie_01
#8
Chapter 4: jimin and yoongi?? jungkook cane? Wae!! huhhuhuhuhu btw selamat hari raya authornim! keep updating
Irakira
#9
Kahwin ngan yoongi ? Jungkook macam mana pulak authornim !!
quinto
#10
Chapter 3: omg bestnya ;;