Bab 4

Mad(e) in Love
Please Subscribe to read the full chapter

 

2 Bagasi selesai diserahkan kepada pihak lapangan terbang untuk dibawa masuk ke dalam pesawat.

Dihadapan gerbang antarabangsa, 3 sekawan sedang berdiri dengan wajah yang kuyu dan sedih. Seorang memegang lengan Alpha berpakaian serba hitam itu dengan mata yang berair manakala seorang lagi menepuk-nepuk belakang Alpha tersebut. 

   " Take care Jungkook. I'll miss you bro. " Mark, lelaki berbangsa China kelahiran Amerika itu berkata sambil menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah kepadanya.

   " Are you trying to propose me Mark ? If you do then I'm taking the Top. " Balas Jungkook tersenyum nakal sambil memandang rakannya itu atas bawah.

   " Oh my God Jungkook stop with your dirty joke. Save it for your partner on bed. " Pantas tangan Mark menampar kepala Jungkook yang sudah tersengih tetapi pandangannya bertukar apabila Omega yang melekat pada lengan dia merintih meminta perhatian.

Dia membiarkan sahaja apabila bibirnya dicumbu dengan rakus oleh teman wanitanya di khalayak ramai. Belum sempat wanita itu cuba menggigit leher Jungkook, dia menolak lembut bahu omega tersebut yang jelas terpapar hampa di wajah dia.

   " Suzy hentikan. Awak patut tahu yang hubungan kita tak lebih daripada memuaskan nafsu masing-masing. " Jelas Jungkook buat sekian kalinya kepada Omega bernama Suzy yang telah menjadi temannya selama 3 tahun.

Suzy menggoyangkan badan sambil merapatkan buah dadanya dengan tubuh Jungkook yang sudah lali dengan aksi ghairah Omega tersebut.

Jujur Jungkook katakan, tidak pernah sekali pun dia rasa tertarik pada Suzy walaupun dia merupakan salah seorang Omega paling Hot di kampus. Langsung tidak terlintas di fikirannya untuk menanda suzy sebagai hak miliknya, walaupun wanita itu sering kali menyuruh dia membuat sedemikian. Tubuh mereka mungkin serasi bersama tetapi tidak pada hati Jungkook atau lebih tepat ada sesuatu yang menghalang dia daripada membuat begitu.

Acap kali dia menerima mimpi yang sama setiap hari semenjak dia memulakan hubungan dengan suzy. Kehadiran seseorang yang Jungkook pasti merupakan lelaki sering kali menemani dia dalam tidurnya. Wajah lelaki tersebut kelihatan samar-samar tetapi kehangatan bibir mereka apabila bertemu membuatkan Jungkook ingin terus tidur dan bersama si dia yang rambut berwarna jingga.

   " Milikmu Alpha Jungkook.. "

Itulah ayat yang sering disebut oleh lelaki dalam mimpi sebelum dia terjaga dari lenanya.

Jungkook berhenti dari mengelamun apabila panggilan terakhir buat penumpang pesawat AirAsia 674 bergema kuat.

Sekali tarik, Jungkook melepaskan tangan Suzy dari memegang dirinya dan dengan segera menghadiahkan pelukan persahabatan kepada Mark yang turut membalasnya.

   " Find him Jungkook .. "

   " Wha - " 

Itulah kata-kata terakhir dari Mark sebelum dia ditarik pergi oleh Suzy yang turut sama akan pulang ke negara kelahiran mereka, Korea.

 

***

 

   " Fuh I'm Back Korea. "

Troli yang berisi 2 bagasi ditolak keluar dari pintu ketibaan yang sudah dipenuhi dengan beratus jenis manusia. Cermin mata hitam ditanggalkan dan digantung pada kolar baju. Dia memandang sekeliling, cuba mencari wajah yang dirinduinya.

Papan tanda yang tertulis namanya dipandang lama. wajah si pemegang papan direnung dengan kerinduan yang meluap-luap.

   " JUNGHYUN HYUNG ! "

Suzy yang setia berada di sisinya ditinggalkan apabila Jungkook dengan segera berlari meninggalkan segala barangnya untuk mendapatkan abang yang tercinta.

Junghyun yang dengar namanya dilaungkan langsung memandang ke arah suara tersebut dan mula berlari apabila insan bernama Jeon Jungkook itu muncul dalam pandangannya. Dengan pantas dia mendapatkan adiknya yang setelah sekian lama tidak bertemu.

5 tahun. satu tempoh yang cukup panjang buat mereka berdua. Panggilan Video dan Skype tidak dapat mengurangkan rindu mereka masing-masing. Terlalu banyak ruang kosong yang perlu diisi apabila mereka berdua kembali bersama. Ya, Junghyun akan pastikan ruang itu akan terisi.

   " Jungkook ah. Haa Jungkook ah kamu dah sampai. " Kepala ahli bongsu Jeon diusap perlahan seperti tidak percaya, akhirnya adiknya sudah pulang ke pangkuan mereka. Junghyun memeluk erat Jungkook yang turut teresak-esak membalas pelukan abangnya.

   " Ab-Abang Jungkook balik bang. " Jeon Jungkook. 19 tahun, tidak mempedulikan pandangan orang ramai melihat dirinya menanggis bagai anak kecil. 

Mata Jungkook yang berair dilap lembut dengan senyuman gembira terukir di bibir mereka dua beradik.

Junghyun memandang adiknya. Matang. Hanya itu yang dapat dia fikirkan. Tempoh 5 tahun yang telah memisahkan mereka telah mengubah Jungkook menjadi seorang yang matang dan berdikari. Walaupun gigi arnab Jungkook masih jelas kelihatan, struktur wajah dan tubuhnya yang tegap membuatkan Junghyun terfikir betapa cepatnya masa berlalu. Pipi tembam yang selalu dicuitnya sudah berubah menjadi pipi yang tajam dan maskulin seperti Jungkook yang dikenalinya sudah hilang.

   " Dah besar adik hyung. " 

Senyuman manis yang diberikan oleh Jungkook menyakinkan Junghyun tentang sesuatu. 

   Tak, dia masih Jungkook yang aku kenal.

Jungkook meninggalkan Junghyun sebentar untuk mendapatkan barang-barangnya tetapi langkahnya untuk pergi terhenti apabila Suzy yang dilupainya itu memegang lengan dia.

   " Jungkook ah, janganlah tinggalkan Suzy dekat sini. Tolong hantar Suzy balik rumah. " 

Suzy cuba melemahkan Jungkook dengan membuat muka kasihan malangnya tekniknya sudah lapuk dimakan zaman.

   " Baliklah sendiri. "

Pandangannya yang dingin membuatkan Omega tersebut berundur ke belakang dengan wajah yang takut. Aura dominasi Alpha Jungkook yang kuat menyebabkan Suzy tunduk memandang lantai. Tanpa menghiraukan Omega itu, Jungkook berlalu pulang bersama abangnya.

 

Junghyun mengerling ke arah adiknya yang lena menikmati pemandangan diluar tingkap. Pelbagai persoalan bermain difikirannya yang ingin ditanyakan kepada Jungkook tetapi dimatikan atas sebab tertentu. 

   " So Jungkook macam mana duduk sana. Seronok tak ? " 

   " Bolehlah. "

   " Umm Jungkook dah ada girlfriend ke belum? Yang tadi tu teman wanita kamu ke? " 

   " Tak. Kitorang kawan. " 

Sepuluh ditanya. Sepatah dijawab. Junghyun kembali mendiamkan diri dan hanya memerhatikan Jungkook yang kelihatan kosong.

   " Hyung .. "

10 minit kebisuan akhirnya dipecahkan oleh Jungkook yang masih memandang langit.

   " Kenapa Jungkook rasa kosong. Bukan ke sepatutnya Jungkook gembira sebab dah pulang dan dapat bersama dengan semua semula. "

Stereng kereta digenggam sehingga penumbuk bertukar menjadi putih. 

5 tahun tak cukup untuk memadamkan kehadiran seseorang dalam hidup. Kepulangan Jungkook ke korea semestinya akan memulihkan semula ikatan mereka berdua. Junghyun pasti tentang itu.

   " Mungkin Kookie rindukan Omma dengan appa ? " Panggilan manja Jungkook digunakan.

   " Mungkin juga. " Senyuman lemah diberi.

 

Kereta Kia Sorento berwarna merah akhirnya berhenti setelah memasuki perkarangan rumah teres 2 tingkat. 

Cermin mata hitam yang dipakai ditanggalkan sebaik dia melangkah keluar dari kereta. Bangunan kecil yang menyembunyikan pelbagai kisah direnung rindu. Tiada apa yang berubah yang boleh membuatkan dia melupakan rumah dimana dia dibesarkan dan disayangi. 

Jungkook mendapatkan bagasinya sebaik bonet kereta dibuka. Junghyun tersenyum sebelum membantu adiknya mengangkat barang-barang yang perlu dibawa masuk. Beberapa saat kemudian, pintu depan dibuka dan diiringi dengan jeritan namanya.

   " JUNGKOOK ! "

Jungkook yang dengar namanya disebut segera mencari punca suara tersebut.

   " Omma ... " 

Wanita 40-an itu mendepa anak jantannya yang dahulunya berada dalam pelukan dia tetapi terbalik pula kali ini. Jungkook memeluk bondanya yang tinggi paras dada dia. 

Wajah Jungkook dipegang sebelum dicium dengan penuh kasih sayang. Junghyun yang muncul dengan barang adiknya m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nazifalamiya #1
It would b rlly great if u made an englush version of this??????????
nazifalamiya #2
Arrgh...i rlly want to read this. But its not in english ???
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 5: waaa i miss you author ..and this beautiful story as well .. seriously rinduuuuuu! chapter ni best sangattt .. berfangirling over Jungkook and also Jimin fuhhh.. (and all the character punya development mmg best..tk sangka mingyu ngan minghao lol)
Yoongi comellll!!!! hahahaah Tae pun..
tkpe sbb lambat update...saya faham..saya still sudi nk baca ff ni
keep updating!!!!! hwaiting! //mini love selori//
Irakira
#4
Omeinya 2ming couple ☺
ibuky_
#5
can you make a English version please ??
baekhan_47 #6
Chapter 2: Ff authornim terboekk... Jarang dpt baca ff jikook dlm bm... Keep it up
prankster_07
#7
Chapter 4: Alahai jimin kahwin dgn yoongi? Tak sabar saya nak tahu apa yg berlaku slps ni.. update soon authornim!
nanadjiyongie_01
#8
Chapter 4: jimin and yoongi?? jungkook cane? Wae!! huhhuhuhuhu btw selamat hari raya authornim! keep updating
Irakira
#9
Kahwin ngan yoongi ? Jungkook macam mana pulak authornim !!
quinto
#10
Chapter 3: omg bestnya ;;