Let it Go!

++random malay ff++
Please Subscribe to read the full chapter

idea: exo sebagai budak-budak asrama yang macam2 ragam dalam mengejar impian masing-masing. supposed to be a series tapi idea stuck di tengah jalan. kalau banyak vote mungkin akan dijadikan sebuah series. *okay maybe i shouldn't tell this shamelessly. XDXD*

cast: Luhan, Chorong, Exo. (im sorry for the pairing. im a chohan trash. ;3)

tarikh tulis: 30/7/2013 or probably earlier than that.
 

Luhan sedar dia sudah amat amat lewat untuk ke kelas. Selepas membasuh muka dan menggosok gigi, tanpa sempat mandi, dia pantas menyembur minyak wangi ke bahagian ketiak. Puas dengan penampilannya sekali imbas di cermin ketika dia menyambar beg galas, Luhan bergegas keluar dan mengunci pintu sebelum kaki pantas berlari ke kafeteria. Harapnya dia sempat menjamah sebungkus roti sebelum loceng berbunyi!

Dalam perjalanan turun dari koridor, dia bertembung dengan Minseok yang turut sama kelam kabut. Lalu mereka berdua sama-sama berlumba untuk tiba awal ke kafeteria.

==

"Aku benci betul kalau mesin basuh tu rosak. Terpaksa aku pergi dobi." Rungut Kyungsoo yang menghirup kopi panas. Pagi-pagi begitu memang tidak sah kalau tidak menghirup secawan kopi yang baru dibru.

"Memang. Ni semua salah Luhan. Kalau tak kerana dia pergi masukkan kasut bola dia hari tu, mesti mesin tu okay lagi" sambut Tao, menggigit ban kari yang masih panas.

"Eleh, kau pun join jugak masukkan kasut kungfu kau dalam tu." Ejek Baekhyun yang duduk bertentangan dengannya. Lelaki itu baru tiba dengan menjinjing sebuah dulang dengan semangkuk bijirin dan sebiji pisang.

Tao menjeling sebelum membalas. "Sekurang-kurangnya kasut kungfu aku diperbuat daripada fabrik lembut."

"Kau dah repot kat jabatan ke, Junmyeon?" Tanya Yifan yang duduk di sebelah Tao. Dia tidak mahu makan sebaliknya hanya memerhatikan suasana kafeteria di waktu pagi yang riuh rendah dengan pelajar yang bersarapan.

"Dah. Diorang kata diorang akan gantikan mesin baru." jawab Junmyeon sambil menyuapkan sesudu bubur ayam ke dalam mulutnya.

"Wah! Mesin baru? Bila?" soal Jongdae dan Yixing serentak. Mereka berdua saling berpandangan sebelum Jongdae menumbuk nakal lengan Yixing.

"Bulan depan." Sampuk Jongin yang daripada tadi senyap kerana menikmati ayam goreng kegemarannya.

Semua mata memandangnya dalam keadaan terbeliak kecuali Junmyeon yang memang sudah tahu tentang hal itu.

"Lamanya!" Sungut Sehun mengerut dahi memikirkan betapa lembapnya pihak jabatan hendak menyelesaikan masalah mereka.

Chanyeol pula sudah meletakkan kepalanya di atas meja sebagai tanda kecewa. "Nampaknya terpaksa lah cuci baju kat dobi lagi. Melayang lagi duit aku." Chanyeol memusing kepala, memerhatikan rakan-rakannya sebelum dahinya berkerut. "Anyway, mana Luhan dengan Minseok?"

Baru sahaja nama dua orang itu disebut, mereka berdua muncul dalam keadaan yang tergesa-gesa dengan Minseok yang tidak sempat mengikat tali leher serta blazer yang tergantung dibahu. Luhan pula muncul berkaki ayam, memegang kasutnya yang tidak sempat disarung lengkap dengan rambut yang masih lembab.

"Apsal korang tak kejut kitorang?!" Luhan cepat-cepat menyarungkan kasutnya lalu berlari ke sinki berhampiran dan merapikan rambutnya di hadapan cermin. Minseok pula terus ke kaunter makanan untuk mendapatkan bijirin sebelum duduk di sebelah Junmyeon dan terus makan dengan lahap.

"Korang yang tidur mati. Aku dengan Yixing dah ketuk pintu banyak kali dah." kata Jongdae yang bangun daripada tempatnya, mencapai beg sandangnya yang diletakkan di atas meja belakang mereka. Malam tadi dia terpaksa menumpang tidur di bilik Luhan kerana lelaki berambut blonde itu menceroboh biliknya hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama Minseok.

"Ada lagi 5 minit sebelum masuk kelas. Aku pergi dulu." Lambai Junmyeon diikuti oleh Baekhyun dan Kyungsoo

"Kitorang pun nak pergi dulu." Sehun, Jongin, Yifan dan Chanyeol telah bersedia dengan beg masing-masing manakala Tao sempat meneguk air teh nya buat kali terakhir.

Bunyi loceng menyebabkan Luhan makin panik kerana dia belum menjamah apapun lalu dia mengambil roti yang separuh dikunyah olah Yixing sebelum dia berlari ke kelas. "Thanks for the bread, Xing!"

"Cis, dia rampas roti aku." Omel Yixing yang memerhatikan Luhan yang berlari-lari anak mengejar rakan sekelasnya. Minseok yang memeluk bahunya hanya ketawa kecil dan hanya mampu menggelengkan kepala.

==

Luhan mengeluh sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama Yixing. Mana taknya, bersepah-sepah, berserabut! Baju yang tak berbasuh hanya dilonggokkan disebelah pintu sementara kotak piza semalam tidak dibuang, sebaliknya masih kekal di atas lantai tanpa dikemas.

"Yo!" Tegur Yixing yang sedang meniarap, menulis sesuatu di dalam buku nota dan terdapat dua buah buku biologi tebal terbuka di hadapannya. Dia nampak begitu selesa walaupun ada kotak piza di sebelahnya. Muzik kuat dimainkan dari ipod dock membuatkan Luhan berasa pening. "Lambat balik?"

Yixing kemudiannya memperlahankan muzik itu kerana dia sedia maklum Luhan kurang sukakan bunyi-bunyian yang membingitkan. Dia menukar posisi kepada baring pula, sambil melihat Luhan meletakkan beg galasnya ke atas katil sebelum blazer hitam di tanggalkan.

"Aku pergi teman Sehun buat luahan perasaan tadi." Kata Luhan, mengerutkan hidung seolah olah tidak merestui luahan perasaan Sehun. Memang dia tak restu! Sehun luah perasaan dekat Irene! Irene, awek cun dari Accacia High yang sepatutnya jadi awek Luhan! Ini tidak adil! Tapi Luhan buat-buat selamba. Takkan dia nak beritahu Yixing

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Penawar #1
Chapter 5: Apa2 yang berkaitan dengan pairing Chohan saya suka ! :D
Walaupun still broken dengan kenyataan yang Luhan dah berpunya :((