Gold

++random malay ff++
Please Subscribe to read the full chapter

Idea: lagu Gold by Hyomin

cast: Krystal f(x), Kai Exo

Tarikh tulis: 18/6/2016

 

Bukan emas permata yang jadi ukuran. Tapi kasih sayangnya yang mendalam. It doesn't matter with Krystal. Meski ramai yang mempersoalkan pilihannya, hanya dia seorang yang tahu mengapa Jongin tetap bertakhta di hati. Bukan mudah menjadi pewaris kepada syarikat multinasional terkenal dunia. Setiap perkataannya diingati, setiap pergerakannya diawasi, setiap perlakuannya diperhatikan. Tersilap langkah, punahlah segalanya. Namun, Krystal menganggap ia sebagai perkara remeh. Hanyalah tuntutan sosial yang mengangkat dan mengagungkan tangga sosial. Tidak adil. Semua itu tidak adil bagi insan seperti Jongin. Di mana hidupnya terus dirundung kesusahan walau dia berusaha sebanyak mana sekalipun. Orang-orang yang menganggap diri mereka berkuasa terus menerus menindas dan memijak orang-orang yang menyokong dari bawah. Jika patah satu tiang, akan ada tiang lain yang menyokong. Rantai ini tidak berpenghujung. Sebab itulah yang kaya makin kaya. Yang miskin makin miskin.


Tapi Krystal berusaha mahu mengubah semua itu. Dia mahu menjadi seorang yang tidak mementingkan status. Dia mahu menjadi manusia yang lebih baik. Kerana di sisi Tuhan, semua manusia adalah sama. Tidak dibezakan oleh harta kekayaan yang di miliki dan rupa yang sempurna.

Krystal menguap setelah menyiapkan proposal projek pembinaan pusat hentian bagi golongan gelandangan. Lirikan mata melintasi papan jam di dinding. 11.28 p.m. Tak sedar masa berlalu begitu pantas hingga perut kosong belum terisi pun dia tak perasan. Krystal bangun dari kerusi pejabat setelah menyimpan dokumen dan mematikan komputernya. Beg tangan yang dia beli di pasar malam dia galas ke sebelah bahu. Suis lampu ditutup sebelum dia melangkah keluar dari bilik pejabat. Sebaik sahaja menutup pintu, dia terkejut melihatkan seseorang tidur terlentok di kerusi ruang menunggu. Ekspresinya lantas melembut. Ada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Penawar #1
Chapter 5: Apa2 yang berkaitan dengan pairing Chohan saya suka ! :D
Walaupun still broken dengan kenyataan yang Luhan dah berpunya :((