Egg 0-03

Lelaki dari Telur
Please Subscribe to read the full chapter

 

  "Pagi ,mak cik!"sapa Baek Hyun sambil berjalan menghampiri meja makan yang sudag terhidang dengan sarapan. 

Sesuka hati dia sahaja masuk kedalam rumah orang tanpa izin. Mungkin kerana dia sudah terlalu biasa dengan rumah milik rakan karibnya itu. 

Rumah Puan Minah telah menjadi rumag keduanya sejak kecil lagi. 

 "Pagi.. Duduklah Baek Hyun, meh sarapan sekali"pelawa Puan Minah walaupun dia tahu semua iti tak perlu. 

Tak dipelawa pun, lelaki itu tetap akan menyerbu juga. 

 "Mana anak bongsu mak cik ?"soal Baek Hyun merujuk kepada Chan Yeol. 

Sesedap dia sahaja meletak status itu kepada Chan Yeol si lelaki asing itu. 

Kepala Baek Hyun tiba -tiba diketuk dengan buku teks dari belaakng membuatkan lelaki itu memuntahkan semua epal yabg baru digigit. 

  "Sejak bila mak aku lahirkan anak lagi"ujar Hyena dengan pandangan tajam. 

Dia mengambil tempat dihadapan Baek Hyun . Rambutnya yang masih lembap itu diikat satu dengan getah rambut. Sekeping wafel dicapai lalu digigit besar. 

Baek Hyun menggosok-gosok belakang kepalanya sebelum memuncungkan bibirnya. Satu hari kalau tak dihentam oleh Hyena memang tak sah agaknya. 

  "Yah! Kau tak ada rumah ke ?. Hari ini cuti buat apa kau datang sini"tutur Hyena sambil menjegilkan matanya kearah Baek Hyun yang dengan seleranya memakan sarapan keluarganya. 

Macam parasit. 

  "Eleh, macam tak biasa pula.. Kau tak tahu ke sejak 5 tahun lepas ,aku secara rasminya telah menjadi sebahagian dari keluarga k--"

Sekeping wafel melekat tepat pada wajah Baek Hyun akibat balingan Hyena itu. 

  "Sejak bila kau daftar jadi keluarga aku hah!?... Jangan nak merepek dan pergi sarapan dengan keluarga kau"

Baek Hyun mencembungkan pipinya ,sedih mendengar halauan rakan karibnya itu. 

  "Sampai hati kau halau aku macam tu je..  Penat -penat aku berjalan ke sini untuk temankan kau sarapan.."

Sekali lagi wafel dibaling kearah Baek Hyun membuatkan cembungan pipi lelaki itu makin membesar macam baru telan belon. 

  "Jangan nak meroyan pepagi buta ni.. Rumah kau selang serumah je dari sini.."

  "Hish,apa kamu berdua ni.. Pagi -pagi ,dah nak perang depan rezeki. Hyena pun satu, biarlah Baek Hyun nak sarapan kat sini. Tak rugi apa pun"

Seperti biasa ,Puan Minah akan menjadi pendamai . Dan seperti biasa , dia akan menyebelahi Baek Hyun memandangkan anaknya sering kali sahaja memulakan pergaduhan. 

Kadang -kadang dia takut juga jika Baek Hyun sudah tidak mahu menjadi kawan anak tunggalnya itu .

Bercakap tentang Chan Yeol ,lelaki itu yang kebetulan baru bangun tidur keluar dari bilik dan terus ke ruang makan dimana bunyi bising datang. 

 "Oh, Chan Yeol, mari duduk sekali"ajak Puan Minah sambil menarik kerusi untuk lelaki tinggi itu. 

Baek Hyun menoleh dan segera mengukirkan senyuman iklan giginya. "Pagi,lelaki telur!"sapanya sambil mengangkat tangan ala -ala komander. 

Chan Yeol sekadar mengangguk kecil sebelum segera mengambil tepat di sebelah Hyena. 

Puan Minah tidak turut bersarapan bersama memandangkan sekejap lagi dia perlu bergegas ke tempat kerja. Dia memegang bahu anaknya sebelum membisikkan sesuatu lalu terus ke biliknya untuk bersiap. 

Meninggalkan anak -anak muda itu . 

Chan Yeol mencapai botol jem blueberry di hadapannya sebelum cuba membuka penutupnya namun tetap tak berjaya. Hyena yang berada di sebelah mengerling kearah tindakan lelaki itu. 

Lama dia memerhati sebelum akhirnya dia merampas botol jem itu lalu memusingkan penutupnya untuk buka. Wafel diambil dan jem disapu keatasnya. 

 "Nah"wafel yang sudah bersapu jem itu dihulur kepada Chan Yeol yang masih terpingga-pingga. 

Dengan pantas ,lelaki itu menerima sebelum dengan senyap, dia menikmati wafel itu. 

Baek Hyun yang dari tadi hanya menjadi penonton tak berbayar hanya mengemam bibir. Dia meletakkan tangannya pada mulut acah -acah perempuan korea terakhir sedang ketawa.

"Ada orang tu cuba nak jadi kakak mithali siak!!"hebohnya dan menerima tendangan laju di lutut oleh Hyena. "Ouch!!"aduh Baek Hyun dan terus menarik kedua belah kakinya dari atas lantai. Bahaya.

Hyena menjelir nakal kearah Baek Hyun.

Chan Yeol di sisi hanya menjadi pemerhati. Fokus dia melihat kedua insan tersebut bergaduh.

------

Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan keatas Chan Yeol oleh Doktor Seok Jin. Dia mengusap -ngusap dagunya yang licin tanpa sebarang rambut. Memandang kearah keputusan yang baru keluar dari alat pemeriksaan.

Dia kemudian mengambil tempat dihadapn tiga insan di hadapannya. Hyena,Baek Hyun dan Chan Yeol memandang tepat kearahnya tanpa berkelip.

"Siapa penjaga dia ?"soal Doktor Seok Jin dan Hyena terus mengangkat tangan.

Rasa bertanggungjawab sekejap. Doktor Seok Jin meletakkan kertas keputusan tadi diatas meja sebelum diserahkan kepada Hyena untuk dilihat.

Hyena mengambil kertas tersebut dan bola matanya terus berputar. Nak mati apa doktor kacak ni.

"Oh my gad!!"terkejut Baek Hyun membuatkan semua mata kearahnya. Mamat ni faham ke ?. Beria dia punya reaksi.

Baek Hyun mencebi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 2: Boleh bygkan muke chanyeol yg polos tu ㅠㅠ
lugege_
#2
Chapter 1: Uniknya cite ni xD update soon ♡