Chapter 8

Giving up on you, Park Jimin
Please Subscribe to read the full chapter
-Flashback-       "Omoni, boleh tak kalau saya nak keluar from rumah anak yatim ni?"     "Kenapa pula Hanbyul? Ada masalah ke?" soal Puan Lim sambil memegang tangan Hanbyul dengan erat. Dia agak terkejut apabila Hanbyul memberitahunya bahawa dia hendak keluar dari rumah anak yatim itu. Puan Lim terfikir, adakah Hanbyul tidak gembira duduk di sini?     "Takde masalah pun. Cuma Hanbyul fikir, Hanbyul boleh jaga diri sendiri dah. Hanbyul nak belajar berdikari. Lagipun kat rumah anak yatim ni, kita selalu kekurangan bekalan. Makanan kadang-kadang sikit je yang budak-budak lain dapat. Kebelakangan ni pun, ramai bayi ditinggalkan kat sini. Jadi Hanbyul fikir kalau Hanbyul keluar, takde la Omoni susahkan diri nak cari duit untuk beli bekalan makanan dan pakaian semua." jelas Hanbyul dengan panjang lebar.      Hanbyul terpaksa menipu. Kalau ikutkan hati, Hanbyul masih tidak bersedia untuk tinggalkan rumah anak yatim ini. Tetapi dia tidak tahan dibuli di sekolah menengahnya. Dipulaukan, dibuli, dicaci dan dipandang hina. Hanbyul sudah tidak kuat untuk menahan semua itu. Lagi-lagi perbuatan itu semua dilakukan oleh Eunji. Dia sendiri tidak tahu mengapa Eunji sangat membencinya.      Eunji merupakan kawan baik Hanbyul di sekolah rendah. Dia juga sebenarnya anak yatim piatu. Dia menetap di rumah anak yatim itu sejak dia berumur lima tahun lagi. Mereka berdua bersekolah di sekolah rendah yang sama. Hanya Hanbyul seorang sahaja yang mahu berkawan dengan Eunji. Eunji juga yang menenangkan Hanbyul ketika ibubapa Hanbyul mati dalam kemalangan. Namun sikapnya berubah apabila sebuah keluarga kaya mengambilnya sebagai anak angkat. Eunji menjadi angkuh dan sombong. Dia sudah lupa diri. Tahun pertama bersekolah menengah, Hanbyul sudah dibuli Eunji. Eunji yang peramah dan baik sudah hilang. Dia kini hanya berkawan dengan anak-anak orang kaya dan menindas pelajar-pelajar yang berada dibawah pangkatnya.      "Ni kalau Hanbyul keluar Hanbyul nak duduk mana? Hanbyul ada duit? Makan minum Hanbyul macam mana?" soal Puan Lim bertubi-tubi. "Hanbyul kan takde saudara-mara. Macam mana Hanbyul nak hidup?" tambahnya.      "Hanbyul ada duit sikit. Cukup la nak sewa apartment yang murah kat Seoul nanti. Nanti dah duduk sana, Hanbyul boleh cari part-time." jawab Hanbyul sambil tersenyum pahit. Dia tahu yang Puan Lim tidak mahu dia keluar. Dia juga tidak mahu beritahu tentang Eunji kepada Puan Lim kerana ianya hanya akan menambahkan masalah.      "Baiklah. Kalau Hanbyul rasa itu yang terbaik untuk Hanbyul, Omoni ikut je la. Hanbyul dah tetapkan bila Hanbyul nak pindah?" tanya Puan Lim lalu mengesat air matanya yang sudah mengalir di pipi.      "Hanbyul ingatkan Hanbyul nak pindah lepas Hanbyul habis sekolah tahun ni. Lagipun sekolah lagi seminggu je. Rugi pulak rasanya kalau berhenti macam tu je." balas Hanbyul sambil mengusap lembut tangan Puan Lim.      Wanita yang hampir berusia 60-an itu sudah Hanbyul anggap sebagai ibu kandungannya sendiri. Dia masih lagi memberi kasih sayang yang secukupnya untuk Hanbyul walaupun Hanbyul boleh berdikari. Walaupun Hanbyul baru menetap di situ selama enam bulan, Puan Lim tidak pernah mengendahkan permintaan Hanbyul. Kasih sayang yang diberi olehnya tidak pernah kurang. Mungkin sebab itu juga Eunji amat membenci Hanbyul.      "Okaylah. Omoni nak rehat kejap. Esok kita ada volunteer dari satu sekolah dekat Seoul. Hanbyul tolong Omoni ya? Pastikan budak-budak yang lain gosok gigi sebelum tidur."      "Baiklah Omoni."                                The next day..      "Sunyoung! Pakai baju dulu la kalau nak main pun!" jerit Hanbyul ke arah budak kecil yang berumur lima tahun itu.      "Susah tak duduk kat sini?" tiba-tiba seorang volunteer perempuan duduk di sebelah Hanbyul yang sedang menyikat rambut seorang budak perempuan.      Hanbyul hanya terdiam sambil memandang gadis itu. Rambutnya amat lurus dan panjang. Kulitnya juga kelihatan licin tanpa sebarang jerawat.      Cantiknya..      "Hello?" ujar gadis itu sambil melambaikan tangannya di hadapan Hanbyul.      "Oh sorry. Yein, nah ambil botol ni. Pastu tolong unnie bagi baby Mingyu minum?" Hanbyul memberi botol susu kepada budak perempuan yang sudah disikat rambutnya. Kemudian budak itu hanya mengangguk tanda faham lalu berjalan pergi. "Sorry saya tak dengar tadi. Apa ya yang awak tanya tadi?"      "Before that, nama saya Yoon Inha. Saya tanya, susah tak duduk sini?"      "Sorry, nama saya Hanbyul. Park Hanbyul. Saya baru duduk sini. Boleh tahan la susahnya. Saya sorang je yang dah sekolah menengah kat rumah anak yatim ni. So kalau Puan Lim takde, saya yang kena uruskan semuanya." jelas Hanbyul sambil tersenyum kecil.      "Dekat rumah anak yatim ni, ada tak family yang nak sesiapa from sini untuk dijadikan anak angkat?"      "Ada tu memang ada, tapi tak banyak. Kalau ada yang nak ambil sesiapa untuk dijadikan anak angkat pun, mesti diorang nak baby. Budak-budak 8 tahun ke atas selalunya diorang taknak."      "Ouh.. Awak ada terfikir nak keluar dari sini?" soal Inha.      Hanbyul hanya terkaku apabila soalan itu keluar dari mulut Inha. Dia cuba untuk tenang lalu menjawab, "Kalau boleh saya nak keluar. Bukan sebab saya tak suka duduk sini. Tapi saya rasa saya dah boleh berdikari."      "Okay.. Nanti kalau awak keluar awak duduk Seoul dengan saya? Saya duduk dekat Sinchang-dong. Kat situ tak sibuk mana pun. Tenang je tempat dia. Pastu yang bestnya, kat situ banyak part time." ujar Inha sambil tersenyum.      "Okay. Harap-harap saya dapat jumpa awak." balas Hanbyul.      "Janji dengan s—"      "Hanbyul! Jom ikut kitorang jap." tiba-tiba Eunji dan dua orang kawannya datang.      "Awak kawan Hanbyul ke?" tanya Inha dengan reaksi muka yang sedang pelik.      "Betullah tu. Kitorang rapat sangat dengan Hanbyul. Kan Hanbyul?" balas Eunji lalu menarik Hanbyul. Kemudian mereka berjalan pergi sambil menyuruh Hanbyul untuk memegang beg-beg mereka.      "Sape tu? Kawan baru ke?"      "Dia nak ke kawan dengan budak yang takde parents nih?!"      "Korang ni, tak baik cakap Hanbyul macam tu. Dah mak bapak dia memang nak mati. Mati je la kan? Kesian kau, kena tinggal sorang-sorang. Takde family. Kena la duduk kat rumah anak yatim tu." ujar Eunji lalu menolak Hanbyul hingga dia terjatuh ke tanah.     "Aku dengar kau nak keluar dari rumah anak yatim tu."      "M-mana dia dengar?" bisik hati Hanbyul.     "Kau memang suka buat hal kan? Kenapa tak duduk je senyap kat rumah tu? Ke kau nak lari dari kitorang? Tak payah berangan la. Tempat kau tu memang kat sana. Kalau kau keluar pun kau nak duduk mana? Kau nak mengemis kat tepi jalan untuk dapatkan duit?"     "Aku nak keluar dari rumah tu bersebab. Aku nak mulakan hidup yang baru."     "Hidup baru? Jangan berangan la! Kau tu just perempuan yang takde life tau? That's why aku kata tempat kau kat rumah anak yatim tu!" tengking Eunji lalu memukul Hanbyul menggunakan beg sekolahnya.      "Kenapa la kau tak ikut mati sekali dengan parents kau? Lagi senang hidup aku. Takde nak hadap muka kau kat sekolah."     "Kalau aku boleh mati dengan diorang, dah lama aku nak."     "Then sekarang jugak aku nak tengok kau bunuh diri! Kau ambil pisau lipat ni, then kelar la tangan kau. Aku nak k
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
YoonHanNisa
#1
Chapter 10: Saya pilih hiatus sekejap tho ^_^ No need to rush, author-nim. Semua org pun sibuk study. But anyway, fighting! Semoga author-nim berjaya ^_^
chohanlove #2
Chapter 5: author, best~…… update soon ye .
GingerBaby #3
Update soon unnie! ^^
gcbgirl #4
Chapter 3: Update soon
-yuharyu #5
Chapter 1: nak no. fon Jimin hehe xD
nuruls99
#6
Chapter 1: Tell me that number.. I want to call jimin.. hehe
Hangul_saram #7
Harap fic ni berjaya macam fic sebelum unnie! Hwaiting!!