Chapter 5

Giving up on you, Park Jimin
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Jungkook. Nanti balik dengan kitorang. Jangan lari." pesan Taehyung. Kemudian mereka bergerak ke studio untuk teman Jimin berlatih untuk pertandingan menari nanti.

  
"Oh Jimin! Dah pandai dah kau. Boleh dah menari tarian yang aku tunjuk haritu!" ujar Hoseok lalu menepuk bahu Jimin. 

  
"Ah hyung yang ajar Jimin. Sebab tu Jimin cepat faham."


"Hish kau ni. Tak habis2 rendahkan diri kau. Cuba la bangga sikit." kata Yoongi lalu meneguk minuman yang dibelinya tadi. Kemudian dia mencapai telefon pintarnya yang berada di atas kerusi lalu merakam Jimin menari. "Aku post kat ig kay?" 


"Ah jangan!" 


"Kenapa?" 


"Jimin nampak pendek... Sebab Jungkook berdiri kat sebelah Jimin tadi." balas Jimin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan reaksi yang malu. Kemudian dia kembali berlatih tarian yang akan dia menari pada hari pertandingan nanti. 


"Hyung Jungkook nak balik." 


"Tak boleh!" 


"Please?" 


"Yang kau nak balik sangat ni kenapa? Selalunya kau yang taknak balik sebab nak menari lagi." 


"Ada la..."


"Jangan2..." 


"Jungkook ada girlfriend!" 


"Hish mana ada! Hyung ni! Dah la Jungkook nak balik. Harini Jungkook sampai rumah lambat sikit tau hyung? Nak cari kerja part time yang baru." 


"Ye lah Jungkook. Nanti waktu kau dating dengan girlfriend kau lepas ni, cakap hai kat dia." gurau Taehyung. Dia tahu Jungkook cepat merajuk tapi takde la sampai taknak kawan langsung. 


"Stop! Dah la. Bye!" cepat2 Jungkook mengemas begnya lalu keluar dari studio tersebut sebelum Taehyung dan member2 yang lain sambung mengejeknya. 


"Fuh, nasib baik." 

 

 

 

 

 

 

 

"Bosannya." keluh Hanbyul lalu sambung menyusun buku2 yang berselerak di atas rak. Dia masih di dalam library. Sepatutnya dia dah balik rumah dah. Tapi ada queenka2 yang patutnya bertugas menyuruhnya menggantikan mereka. 


"Budak baru, tak balik lagi ke?" tanya Bora sambil bermain dengan rambutnya sendiri.


"Ah tadi ada orang suruh gantikan aku. Tak silap aku nama dia Seolhyun." balas Hanbyul.


"Nak aku tolong?" 


"Eh takpe la. Tadi bukan ke kau ada cakap yang kau baru je polish-kan kuku kau? Lagipun buku2 ni berhabuk. Nanti kotor tangan kau." jawab Hanbyul. Sebenarnya dia malas nak duduk dengan Bora lama2. Dia lagi selesa buat kerja sorang2.


"Betul jugak cakap kau. Kalau macam tu aku balik dulu la. Bye!" ujar Bora lalu keluar dari library tersebut. Sekali lagi, Hanbyul ditinggalkan berseorangan di dalam library itu. Nasib baik tak scary sangat tempat tu. Kalau tak mahu Hanbyul tak boleh tidur malam ni. 


"Dah siap!" kata Hanbyul sambil tersenyum lalu keluar dari library tersebut. 


Dia melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan tepat pukul 8 malam. Langit makin gelap. Dia cepat pergi ke bustop untuk menaiki bas. Tiba2 telefon pintarnya berdering. Dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa yang menelefon. 

 
"Hello?" 


"Mana kau pergi?!" 

 
"Who's this?" 


"Kau kat mana?!" 


"Jeon Jungkook?! Macam mana awak dapat nombor saya?" 


"Tu tak penting la! Yang penting sekarang ni kau kat mana? Cepat sebelum aku decide nak bunuh kau esok!" 


"Okay okay! Geez, saya kat dalam bas la. Nak sampai rumah dah." 


"Tunggu aku kat depan lif bila kau sampai apartment nanti!" 


"Kenapa p—" 


"Just do it!" 


"Okay..." Hanbyul memutuskan panggilan tersebut lalu menyimpan telefonnya ke dalam poket. 


Takkan la dia risau pasal aku?


Sampai di apartment, Hanbyul bergerak ke lif bangunan tersebut lalu menunggu Jungkook. Tiada sesiapa pun yang kelihatan menggunakan lif itu. Dia sudah menguap beberapa kali tetapi Jungkook masih tidak sampai. Badannya makin lemah. Matanya seperti mahu tutup dengan sendiri. Dia duduk bersila di tepi lif tersebut sambil bersandar di dinding bangunan. Tidak sampai beberapa minit, Hanbyul sudah terlena di situ. 

 

 

 

 

 

 

 

"Kenapa la kau suka kawan dengan orang yang degil, Inha?" ngomel Jungkook sendirian. Dia masih lagi berlari untuk sampai ke apartment mereka dengan cepat. Setelah sampai, dia ternampak Hanbyul yang sudah terlena di tepi lif. Jungkook mengeluh panjang lalu berjalan ke arah Hanbyul. 


"Bangun la." 


"Woi bangun la." 


Jungkook menggerak-gerakkan badan Hanbyul tetapi masih tiada respon yang diberi. Jungkook membuat keputusan untuk mendu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
YoonHanNisa
#1
Chapter 10: Saya pilih hiatus sekejap tho ^_^ No need to rush, author-nim. Semua org pun sibuk study. But anyway, fighting! Semoga author-nim berjaya ^_^
chohanlove #2
Chapter 5: author, best~…… update soon ye .
GingerBaby #3
Update soon unnie! ^^
gcbgirl #4
Chapter 3: Update soon
-yuharyu #5
Chapter 1: nak no. fon Jimin hehe xD
nuruls99
#6
Chapter 1: Tell me that number.. I want to call jimin.. hehe
Hangul_saram #7
Harap fic ni berjaya macam fic sebelum unnie! Hwaiting!!