rolling dice

TROUBLEMAKER

 

eunyoung keluar dari kelas dia lepas dua jam dengar ceramah dari pensyarah dia

maklumlah budak baru kan, semuanya kena terangkan balik semula

masa tu eunyoung nampak yeri dengan lelaki yang dia rasa familiar

"itu bukan ke kim kai yang diorang cakap tu?" tanya eunyoung dalam hati

apa pulak yeri buat dengan kim kai?

eunyoung tepuk2 pipi dia supaya dia sedar yang dia tak patut menyibuk pasal yeri dan kai

tapii.. tahu jelah perangai budak ni

eunyoung terus ikutkan yeri dan kai sambil menyorok sebab dia tak nak ditangkap

"i know you'll do anything for me" kata kai

yeri senyum dan angguk

"so tolong siapkan assigment ni. esok aku nak" kata kai lagi, dia serahkan dua tiga keping fail kat yeri

"esok aku letak kat loker kau. okay?" tanya yeri

kai angguk dan dia nak bla dari situ. tapi yeri sempat tarik tangan dia

"emm kai-"

"kenapa?"

"kita.. kawan je ke?" tanya yeri

kai gelak

"habistu?"

"but you promised- ahh forget it" kata yeri

kai senyum sinis lepastu dia pegang bahu yeri

"pasal janji tu-"

"is that true? satu kolej cakap pasal kau gunakan aku. i thought you love me" kata yeri

kai dekatkan muka dia kat muka yeri

"love you? kau buat lawak ke?" tanya kai

"what do you mean? kau tak cintakan aku?" 

"ofcourse not. dah lah, daripada kau buang masa bercakap dengan aku, baik kau siapkan assigment aku. aku tahu esok dah ada dalam loker aku" kata kai

eunyoung yang dengar semua tu terus tutup mulut

jerk gila mamat ni, kesian yeri

kai pergi dari situ dan yeri masih berdiri kat situ sambil menangis

"mamat ni tak boleh dibiarkan"

 

.....................

 


(cafeteria)

 

"wow. tu ke budak baru yang kau cakap tu?" tanya chanyeol 

baekhyun angguk

dua pasang mata tu sibuk memerhatikan eunyoung yang tengah busy tengok menu

"betulah baek, comel siut dia ni" kata chanyeol lagi, teruja agaknya tengok anak kacukan ni

"korang lupa ke korang dah ada gf?" tanya sehun yang dah menyampah dengan chanbaek ni

pantang betul tengok budak baru

"ish kau diamlah sehun. haa kau kan takde girlfriend. apa kata kau try dia" kata baekhyun sambil pukul2 bahu sehun

sehun buat muka menyampah

"aku tak layan okay budak2 junior ni" kata sehun

masa tu diorang macam kaku kejap sebab eunyoung berjalan ke arah diorang

"kau ke kim kai?" tanya eunyoung sambil tuding jari kat kai

bodoh punya soalan

semua pandang eunyoung dan kai

diorang kenal ke?

kai perlahan-lahan anggukkan kepala dia, dah lah dia terkejut sebab eunyoung tiba2 sergah

"lahh, aku ingat handsome sangat kim kai yang satu kolej ni hebohkan" kata eunyoung sambil peluk badan dia

dia pandang kai dengan pandangan jijik gila

"kau dah kenapa?" tanya kai

mestilah dia tak puas hati sebab tiba2 je kena sergah, lepas tu minah ni boleh pulak cakap macam tu

"aku nak beritahu sikit ni. baik kau cermin sikit diri kau tu. playboy konon, ingat kau handsome sangat ke?" kata eunyoung

kai tak puas hati, dia bangun dari tempat duduk dia lepastu dia berdiri kat depan eunyoung

diorang berdua macam dah tak kisah dengan orang sekeliling yang perhatikan diorang

"hei weirdo, untuk pengetahuan kau, aku bukan je sangat handsome tapi aku sangat sangat sangattt lah handsome. dan kalau aku playboy pun apa masalahnya dengan kau? aku mainkan perasaan nenek kau ke?" kata kai

eunyoung baru je nak balas balik apa yang kai cakap tadi

tapi dia rasa ada tangan yang pegang tangan dia

"eun, dah- kau buat apa ni" kata irene

muka dia nampak risau dan dia nak eunyoung bla dari situ cepat2

"guys sorry.. eunyoung ni terlebih tengok drama." kata irene sebelum tarik eunyoung pergi

 

.............

 

"aku tak habis lagi lah basuh kim kai tu tadi" kata eunyoung

irene mengeluh

"kau boleh tak jangan cari masalah kat sini? kau tu dahlah junior" kata irene

sebagai seorang senior, dia tak suka lah tengok junior melebih-lebih

takut2 je nanti eunyoung kena lagi teruk, siapa tak kenal kim kai tu?

"aku junior, so? aku cuma kesian kat yeri" kata eunyoung

dia cuma nak balas apa yang kim kai dah buat

"kalau yeri tahu mesti dia marah tau. masalah sekarang ni bukan yeri je, tapi wendy. aku takut wendy apa2 kan kau" kata irene

wendy?

apa dia nak buat kalau eunyoung kacau kim kai?

 

..................

 

"okay kai, tell me.. you know that cutie?" tanya chanyeol

kai gelengkan kepala dia

"entah2 dia one night stand kau kot tapi kau lupa. kau tu bukan betul sangat" kata chen

kai cepat2 gelengkan kepala dia tanda yang dia tak setuju

eyuwww, memang tak lah kai nak bersama dengan perempuan macam tu walaupun untuk satu malam

bukan taste dia okayyyy

"habis tu macam mana dia boleh tegur kau? lepastu marah tiba2 pulak tu" kata baekhyun

"entah, apa lah kau ni. takkan lah dia saje je nak marah." kata chanyeol

"korang macam tak biase je dengan awek2 kai ni, biaselah nak perhatian. aku rasa aku tahu kenapa" kata kris

 

...................

 

"what? kenapa pulak kim kai yang kena tutor saya? takde senior lain ke?" tanya eunyoung

kim kai nak tutor dia? memang tak lah dia nak terima

bala apa pulak lah yang nak datang lepas ni

"jung eunyoung. kai je senior yang available sekarang ni. lagipun kai perlukan markah lebih sebab dia akan graduate tak lama lagi" kata en lee

en lee serahkan beberapa keping kertas dan fail2 yang mungkin penting kat eunyoung

"saya nak awak berdua buat kerja amal dan hantar report kat saya." kata en lee

eunyoung telan air liur dia yang tiba2 terasa pahit tu

apalah salah dia nak kena buat kerja amal dengan mamat syaiton tu

 

.................

 

eunyoung tengah buka pagar rumah dia bila dia rasa ada orang tarik tangan dia dari belakang

"kau nak apa?!" tanya eunyoung kasar sebelum dia tarik semula tangan dia

eunyoung terpaksa dongak sikit bila nak hadap muka si tinggi kat depan dia

"kau tahu tak kau dah malukan aku depan kawan2 aku tadi? belum ada tau perempuan yang berani nak kasar2 dengan aku" kata kai

eunyoung senyum sinis

ek eleh, setakat tu je kot

eunyoung malas nak layan, dia sambung aktiviti bukak pagar tadi tapi kai cepat2 halang

"berani kau tak layan aku?" kata kai

kepala eunyoung diketuk sebelum kai paksa eunyoung pandang dia

"berapa banyak kau nak?" tanya kai

"nak apa?"

"kau saje je malukan aku sebab kau nak perhatian aku kan? kau nak jadi girlfriend aku kan?" tanya kai

pfffttt

nak tersedak air liur eunyoung dibuatnya

nak jadi girlfriend kim kai? no wayy! tak payahlah. bagi kim kai free kat eunyoung pun memang dia tak nak

"excuse me mr kim. kau dah gila ke serang aku kat depan rumah aku ni?" tanya eunyoung

"aku tanya berapa banyak yang kau nak" kata kai

"berapa banyak apa? memang aku tak nak apa2" kata eunyoung

kai senyum sinis sebelum dia gelak

"dengar sini, kau jangan ingat aku tak tahu plan kau. kau sebenarnya suka kat aku dan kau nak duit aku kan? macam lah aku tak kenal perempuan macam kau" kata kai sambil pandang sinis kat eunyoung

eunyoung buat muka, perasan gila mamat ni

"maaflah. aku tak berminat langsung kat lelaki macam kau ni. murah" kata eunyoung

kai terdiam sebelum dia dengar suara orang gelak

kai pandang kat duaorang yang tengah menyorok di sebalik pokok bunga tu

"korang-"

"kalau dah takde pape baik kau blah. aku menyampah tengok kau" kata eunyoung

eunyoung terus masuk dalam rumah dia dan tinggalkan kai yang kaku kat luar

 

...............

 

"okay, that was- daebakk seriously-"

chanyeol sambung gelak bersama-sama dengan baekhyun

rasa kelakar pulak bila tengok kim kai kena basuh dengan eunyoung

"macam mana korang boleh ada kat sini?" tanya kai, dia cuba nak tukar topik sebab dia dah penat kena gelak

"kitaorang nak stalk si eunyoung tu. tak sangka kau pergi serang dia-"

"hahaha, lepastu tak pasal2 kau kena basuh. tak sangka"

chanyeol dan baekhyun sambung gelak

kai tak puas hati

eunyoung dah malukan dia depan kawan2 dia

tak pernah lagi ada orang yang berani tolak kim kai tau

"takpe, aku nak budak eunyoung tu tahu siapa kim kai"

chanyeol dan baekhyun berhenti gelak bila tengok wajah serious kai

apa yang kai nak buat?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.............


*sorry lama tak update and short update aut sejak nak spm ni busy sikit.. heheuwww oh ya, terima kasih kepada sesiapa yang baca and drop your comment. bagi idea kat aut! byeeee

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SakuraDyrah93 #1
Chapter 29: Anddd..they live happily ever after!! :) :) THE END! Nice ending by the way..thank you sooooo much buat ff nie..tak sabar tggu your next ff! Hwaiting! :)
ThePenguwin #2
Chapter 28: Saya nk dye org bersama . Tpi its up to you . Jalan cerita best emm . X bole ke cite ni panjang lgi? Emm . Saya x kesah tunggu lme nk update . Tpi klu author nk habiskan jugak . Saya okay .
SakuraDyrah93 #3
Chapter 28: Wahh..dah nak hbis??huhu..emm..klu boleh, sya nak eunyoung and kai bersma smula..takpyh miso susah2 nak pilih..kesian miso nnti terpksa pilih..hehe..tapi apa2pun pilihan authornim saya ok je..hehe..thank you for the update..hwaiting!! <3
SakuraDyrah93 #4
Chapter 27: Omo!! Eunyoung ada bf??!! Arghh!! Hehe..tercetus la konflik baru lagi..hehe..btw,thx for the update :D
yunieyoseob #5
Chapter 26: Kenapa endinh macam ni please update lgi cerita ni i need a happy ending
ParkMyeonSeok #6
Chapter 24: I'm strongly agree with your idea SakuraDyrah93.. (^_-)... And about present that sound great idea.. Ni mesti bca fanfic banyak ni.. ㅋㅋㅋ :-D