chapter 1

HANA

Hana berasa lega apabila dia sudah berada didalam perut bas. Hari ini bas bergerak agak lancar. Keadaan belum lagi sesak seperti kebiasaannya dikota seoul ini. Sesekali mata hana singgah pada deretan bangunan yg berdiri megah dikiri dan kanan jalan. Dia menatap panorama diluar tingkap dengan fikiran yg kusut.

Hari ini adalah harinya! Hari dimana abangnya, atau lebih tepat lagi tunangnya bakal pulang kerumah mereka. Kata mamanya, taeyong telah mengambil keputusan untuk terus menetap dikorea sambil menguruskan syarikat milik keluarga mereka yg sebelum ini diuruskan oleh puan jihyun sendiri. Kini, tanggungjawab  itu bakal diserahkan kepada satu-satunya anak lelaki mamanya.

Hana menekan loceng sebaik saja bas sudahpun melalui kawasan tempat perhentian bas. Sebaik saja bas berlalu,hana  berjalan pantas. Ingin segera tiba dirumah. Agak dekat, baru jelas kelihatan sebuah kereta yg tidak pernah dilihatnya sebelum ini terletak dihalaman rumah. Abangnya sudah sampai ke? Hati hana tidak tentu arah jadinya.

Berhati-hati dia menapak masuk kedalam rumah yg agak lengang. Kosong.

“ mama?” suara hana kedengaran dalam nada terkawal.

“haaaa..dah balik pun dia. lewat hari ni?” wajah puan jihyun tiba-tiba muncul dari arah ruang tamu.

“ hari ni busy sikit,ma. Exam kan nak dekat dah..” hana menjawab seadanya. Dia tidak mahu resahnya disedari oleh puan jihyun. Sebenarnya,dia sengaja pulang lewat. Tidak mahu bertembung dengan abangnya. Dia  tidak tahu sambutan atau ekspresi  yg bagaimana harus ditunjukkan kepada taeyong. Gembira? Tidak..marah? juga tidak.

Jadi sebab itulah dia mahu mengelak bertemu dengan taeyong. Walaupun dia tahu cepat atau lambat mereka pasti akan bersua.

“ hana naik dulu ya,mama. Nak mandi.”

“ ha..yelah. lepas tu turun makan.”

Hana mengangguk. Dia kemudiannya mendaki tangga menuju kebiliknya ditingkat atas. Dua tiga anak tangga dia melangkah, hana menoleh kebelakang semula.

“ma, kereta siapa kat luar tu?”

“ kereta abang kamu lah.” Puan jihyun yg baru berkira-kira hendak kedapur, terhenti pergerakannya.

“ mana abang?”

“ hmmm..abang kamu tu ada dalam bilik dia. tidur. Penat katanya.”

Hana mengangguk sebelum kakinya pantas menaiki anak tangga. Matanya sempat mengerling kearah bilik taeyong yg berada dihujung. Sementara biliknya pula terletak betul-betul berhadapan tangga.

“ macam mana aku nak berhadapan dengan abang taeyong nanti?” hana mengeluh didalam diam.

 

 

Lincah tangan hana mengacau nasi didalam periuk yg sudah hampir masak. Mamanya pula menghilang dibelakang rumah. Kata puan jihyun, hendak mengutip kain jemuran diampaian.

Petang pula kian berlalu pergi. Keadaan didapur pula sedikit kelam kerana lampu yg sepatutnya menerangi ruang dapur ini, rosak sejak semalam. Hana mengeluh. terpaksalah dia menggunakan lampu handphone nya untuk melihat disekitar dapur.

Tiba-tiba hana terdengar bunyi tapak kaki seseorang dibelakangnya. Mungkin mamanya sudah masuk kerumah. Tidak sempat hana menoleh kebelakang, dia terasa pinggangnya dirangkul sepasang tangan gagah.  Hana tergamam. Perasaan cemas mula berputik dihatinya. Dia kenal benar dengan rangkulan mamanya. Dakapan mamanya lembut. Tidak segagah pautan erat tangan yg mendakap tubuhnya dikala ini. Jantung hana berdegup kencang apabila bau haruman dari tubuh itu menusuk kehidungnya.

Peluh dinggin semakin galak turun dari tubuh hana. Kehangatan nafas yg menghembus dilehernya menyebabkan bulu romanya berdiri tegak. Dia menggigil sesaat. Sesak nafasnya bila dipeluk erat begitu. Semakin dia membatu, semakin kukuh rangkulan itu. Jantung hana semakin hebat berdegup.

Menyedari haruman rambut dan gigilan badan itu, taeyong melepaskan rangkulannya. Dia terpaku menatap wajah itu. Bagai hendak terkeluar biji matanya bila menyedari tubuh itu bukanlah tubuh milik mamanya. Hana semakin serba salah bila ditenung tajam oleh mata itu. Buat pertama kalinya selama 12tahun, dia dan taeyong berhadapan antara satu sama lain. Hana akui, memang abangnya itu kelihatan kacak. Sangat tampan. Lain benar ketika kali terakhir mereka bertemu dahulu. Hana kehilangan kata. Keasyikan dia menatap wajah kacak taeyong membuatkan dia terbuai seketika.

Masing-masing kalut dan kelu dengan suasana yg tidak terduga itu. Bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Kali ini memang puan jihyun yg terjengul didapur. Mata taeyong dan hana sama-sama merenung wajah si ibu.

“ eh, dah bangun? Kenapa tercegat kat situ? Pergilah mandi.” Puan jihyun menegur taeyong.

“ orang dah mandi lah mama..”

“ haaa..kalau dah mandi, pergi duduk depan tu. biar mama dengan hana siapkan makan malam.”

“ lampu ni dah rosak. Kenapa tak dibetulkan?” taeyong masih tercegat disisi hana.

“ baru semalam rosak. Mama lupa nak call orang maintenance.  Esok pagi mama call.”

“ hmm..” taeyong menjeling hana yg tunduk sedari tadi. Dia mendengus keras sebelum berlalu keruang tamu.

Hana menarik nafas lega. Dia cuba mengawal gigilan yg masih lagi menjentik perasaan. Betapa dia masih lagi terasa hangatnya tangan taeyong yg melingkari pinggangnya. Sisa-sisa kehangatan masih terasa hingga kesaat ini. Hana memejam mata. Degupan jantung abangnya itu bagaikan masih terasa mengetuk-ngetuk gegendang telinganya. Tiba-tiba saja hana merasakan tubuhnya dilanda seram sejuk.

 

Taeyong tidak membantu mamanya didapur. Dia lebih senang menelentangkan diri didepan tv sambil menonton berita. Sesekali matanya mencuri-curi pandang gerak geri hana didapur.

“ abang..err..mama panggil makan.”                                                                  

Sedar-sedar hana sudah tercegat ditepi sofa. Taeyong bingkas bangun lalu mematikan suis tv. Dia mengikut langkah hana dari belakang.

Puan jihyun berteleku menghadap juadah makan malam. Hana pula mengambil tempat disebelah mamanya. Manakala taeyong pula duduk berhadapan puan jihyun. Sambil makan puan jihyun tidak habis-habis berbual dengan taeyong. Hana hanya membisu. Tidak campur tangan dalam perbualan itu. Cukup sebagai pendengar. Lagipun topic perbualan mereka hanyalah berkisar soal syarikat yg bakal diterajui oleh taeyong tidak lama lagi.

“ taeyong..hana.” tiba-tiba puan jihyun bersuara memanggil nama anak-anaknya. “sekarang kamu berdua sudah bertunang. Mama harap kamu cubalah jadi rapat macam dulu. mama tahu kamu berdua kekok. Yelah..kamu pun dah lebih 12tahun tak jumpa. Tapi mama harap sangat kamu boleh rapat macam dulu. Kenal hati budi masing-masing sebelum khawin nanti.”

Hana menyudu nasi kemulut. Dia mengunyah perlahan tanpa membuka mulut. Wajah nya merona kemerahan bila soal pertunangan mereka diungkit. Sungguh..! dia hampir-hampir terlupa akan statusnya.

Taeyong turut berdiam diri bila soal pertunangan mereka diungkit. Dia sebenarnya tidak merasa bahagia seperti mana kebiasaan orang lain yg baru bertunang. Hatinya kosong. Tiada perasaan apa-apa dihatinya. Dalam diam taeyong mengintai perlakuan hana. Dia mahu melihat reaksi hana bila soal pertunanganmereka dibangkitkan puan jihyun. Dan bila hana panggung kepala memandang puan jihyun, taeyong akan segera sibuk menyuap nasi. Dia berlagak seakan tidak mengendahkan langsung perihal sekitar maja makan itu.

“ Lee Taeyong..kamu dengar tak apa mama cakap ni!?”

Kunyahan taeyong terhenti. Dia memandang wajah tegang mamanya.

“ ye mama..orang cuba. Puas hati?” taeyong tertawa.

“ haaa..macam tulah anak mama. Esok kamu hantar hana pergi kolej ye?” usul puan jihyun.

“ esok hana ada class pukul berapa?” soal taeyong tiba-tiba.

Hana tersentak. Itulah pertama kali taeyong berbicara dengannya.

“ errr..pukul 10.00 pagi.”

“ habis class?”

“ pukul 1.00. tapi hana ada discussion esok sampai pukul 2.00.”

“ esok abang hantar dan ambil hana.”

Suara taeyong kedengaran tegas. Hana mengangguk. Dia terpaksa menurut apabila mamanya turut berada disitu.

 

DONE..! :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nadiahhamzah #1
Palli Update :D