park hana

HANA

Angin malam bertiup lembut menarik helaian rambutnya.hana masih setia dijendela biliknya sambil menghitung bintang-bintang malam yg berkelipan didala langit. Hana mengeluh. dia membelek-belek cincin yg terletak dijari manisnya. Bagaimana dengan penerimaan taeyong apabila lelaki itu pulang kekorea nanti?

Pasti keadaan akan menjadi kekok buat mereka. Lama dia tidak bersua dengan abangnya itu. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika abang angkatnya itu hendak berangkat ke kanada bagi menyambung pelajarannya disana. Ketika itu taeyong baru berusia 12tahun. Manakala hana pula berumur 10tahun. Dan kini, umurnya sudahpun mencecah 21tahun. Beza umur mereka tidaklah begitu jauh. Mungkin disebabkan itulah hana dan taeyong sangat rapat. Cuma, sejak taeyong berpindah keluar Negara mereka terus tidak lagi berhubung. Wajah taeyong pun dia sudah lupa. Hanya gambar semasa mereka kecil saja yg masih tersimpan. Lalu jalinan diantara mereka terus semakin jauh dan terlalu jauh.

Sejenak,mata hana merenung bingkai gambar yg terletak diatas meja study nya. Dia mengambil gambar tersebut lantas dia tersenyum. Betapa bahagianya keluarga mereka pada masa lalu. Hana bersyukur kerana dia disayangi oleh puan jihyun bagaikan anak sendiri. Walaupun dia hanyalah anak angkat, namun mamanya tidak sesekali membezakan kasih sayang antara dia dan taeyong. Dan oleh kerana permintaan puan jihyun lah, hana bersetuju untuk ditunangkan dengan abangnya sendiri. Perasaan mamanya terlalu rapuh untuk dikecewakan. Hana sedar, dia hanyalah menumpang kasih didalam keluarga ini. Walaupun mamanya tidak pernah mengungkit, manun dia masih tahu diri. ahhhh..kalaulah ibu dan bapanya masih hidup, pasti semuanya tidak akan jadi serumit ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nadiahhamzah #1
Palli Update :D