Bab 3

The Mystery In The Lightless Midnight

 Tibanya hari Jumaat, pelajar berpusu-pusu keluar mendapatkan ibu bapa masing-masing. Sudah berapa bulan sekolah akhirnya bertemu jua. Maklumlah, sekolah asrama ini terletak di pinggir negeri.

 Cuti sebulan bermakna bagi mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ada yang berpeluang untuk bercuti ke luar negera, tidak pun hanya bersantai bersama sepupu.

 Mereka sangat bahagia! Tidak semua orang bahagia. Ada orang tu kena denda duduk seminggu di asrama. Keluh berat dilepaskan. Pasti tidak puas hati.

 Kesepuluh orang pelajar termasuk HyeRim berjalan menuju ke asrama di blok E diiringi Puan Kim. Tidak pernah mereka jejaki ke blok ini. Masing-masing melilau sekeliling di blok E.

 Katil tersusun rapi macam tidak pernah disentuh satu pelajar pun. Sangat bersih dan kemas. Yang mereka tahu, blok E merupakan blok untuk penyimpanan stor. Mustahil blok ini mempunyai katil yang sebegitu banyak. Mungkin mereka tidak tahu tentang blok ini kerana pelajar dilarang masuk.

 Satu sesawang pun tidak kelihatan. Barangkali tukang sapu sekolah ditempatkan di sini agaknya. Tingkap pun tiadanya habuk. Pelik! Ataupun mereka bersihkan tempat ini khas untuk mereka yang akan bermalam di sini.

 Puan Kim berhenti di hadapan pintu bilik asrama lalu mebukanya dengan kunci.

 'Baiklah, murid perempuan, ini bilik kamu untuk seminggu.' Puan Kim senyum.

 Pelajar perempuan masuk serentak. Lainnya bilik ini. Bingkai katil menunjukkan bingkai jenis zaman era 90-an. Tidak ubah. Sudah berapa tahun asrama ini tidak didiami?

 'Saya tahu awak berasa hairan dengan bilik ini. Agak lamakan bilik ini? Jadi, selesakanlah bilik ini sebagaimana awak berada di asrama awak. Okey?' kata Puan Kim.

 Mereka masih lagi hairan dengan bilik ini.

 Puan Kim keluar dan pergi ke bilik sebelah dan membukanya. Bilik ini sama seperti di bilik sebelah. Dekor seperti era 90-an. Tiada perubahan.

 'HyunSeung, ini bilik kamu.'

 Bilik untuk HyunSeung seorang? Dengan katil yang sebanyak ini? Biar betul Puan Kim ni? HyunSeung menelan air liur.

 'Cikgu, bilik besar ni nak bagi saya seorang?'

 'Takut ke?'

 'Tiadalah, cuma...tak mengapalah cikgu.' HyunSeung tunduk lalu meletakkan bagasinya di atas katil. Sebenarnya, memang ada rasa takut juga bila tidur berseorangan di bilik yang besar ini. Seram juga...

 'Murid-murid, jika ada apa-apa masalah, saya berada di asrama guru ya? Saya juga berada di sini selama seminggu. Baiklah tukar pakaian kamu sebab kamu diberi tugas.' kata Puan Kim.

 Oh ya, tugas. Sudah semestinya. Tugas apa pula ni?

 'Memandangkan tukang sapu sekolah diberi cuti, saya ingin kamu semua bersihkan bilik air asrama kamu serta sekolah dan bersihkan laman sekolah.' arah Puan Kim.

 Jessica sudah mengeluh panjang. Dia paling tidak suka apabila suruh mengemas. Dia paling benci. Maklumlah anak orang kaya. Terpaksalah dia akur dengan arahan guru.

 

 Peluh mengalir laju ke badan sehingga badan berbau masam. Matahari terik menengak mengeluhkan Jessica lagi. Sesungguhnya, dia sangat benci dengan pekerjaan ini. Dia tidak henti mengelap peluhnya. Mukanya masam sejak dari tadi.

 Apa yang nak diherankan tentang Jessica. Yang lain hanya buat kerja seperti biasa. Jikalau dilayan, rasanya sampai malam tidak siap. Biarkan sahaja.

 MinJi sangat meluat dengan perangai Jessica. Dari tadi dia memerhati gerak-geri Jessica. Kalau sudah nama orang kaya ni, semua benda geli. MinJi bermonolog dalam hati. Dia menggeleng sambil menyapu sampah.

 Puan Kim turut membantu membersihkan laman sekolah. Hmm, baik juga mereka ni kalau diarahkan. Geli  manapun, tak sanggup nak berhenti. Puan Kim bermonolog dalam hati.

 Segeli mana pun mereka, tetap menjalan tugas yang telah diarahkan oleh Puan Kim. Mereka patuh dengan arahan guru. Kalau bab disiplin, mereka memang endahkannya.

 

 Sedang mereka masih membersih laman sekolah ada sesuatu yang menarik perhatian AYoung. Seutus rantai perak berbentuk permata berlian dijumpa di atas lantai. Tanpa menyoal banyak, AYoung segerab ambil rantai tersebut dan meniupnya. Rantai ni sangat cantik. Entah berapa harga rantai ini? Pasti beribu-ribu. Berlian pula tu. AYoung tersenyum.

 Angin sepoi laju menerpa AYoung seolah memanggil namanya. AYoung tercari-cari milik suara itu. Bunyinya lembut. Suara itu memanggilnya lagi. AYoung menyimpan rantai itu ke dalam kocek seluarnya lalu mencari suara itu.

 'Okey semua, masa untuk makan tengahari. Sila pergi ke kantin.' arah Puan Kim.

 Mereka meletakkan batang penyapu dan sarung tangan di tempat yang disediakan. Hairan tiba-tiba, pelajar tidak cukup. Eh? Di mana AYoung pergi?

 'Mana AYoung?'

 Mereka beralih ke Puan Kim. AYoung? Mereka melihat sekeliling. Mana AYoung pergi? Ish budak ni, kemana sahajalah dia pergi, omel HaRa.

 'Tak mengapa. Kamu semua boleh terus ke kantin biar saya yang cari dia.'

 Mereka akur dan tempat berasingan.

 

 AYoung masih lagi berjalan mencari suara halus itu. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak siapa empunya suara halus dan lembut itu.

 Siapa agaknya orang itu? AYoung tidak puas hati. Dia berjalan lagi seolah-olah suara itu memanggilnya datang kemari. Mata AYoung melilau mencari kelibat tetapi satu batang hidung pun tidak nampak AYoung mengeluh hampa.

 'Mana orangnya? Ish, buang masa aku aje.' AYoung menggeleng. Barangkali angan-angannya sahaja.

 AYoung tersentak apabila bahunya disentuh sesuatu tangan. Cepat-cepat dia memandang ke belakang rupa-rupanya Puan Kim.

 AYoung meleaskan nafas lega. Terkejut aku dibuatnya, omel AYoung dalam hati.

 'Awak hendak pergi ke mana AYoung?' tanya Puan Kim risau.

 'Tiada apalah cikgu. Saja jalan-jalan sebentar.' sengih AYoung.

 'Dah, pergi kantin sana. Makan tengahari. Kawan-kawan kamu sedang makan.' arah Puan Kim.

 AYoung mengangguk dan akur perintah Puan Kim lalu menuju ke kantin.

 Puan Kim sempat mengerling ke kanan dan ke kiri. Hairan kenapa anak muridnya seperti mencari sesuatu. Bawa orang luarkah? Senyap saja. Puan Kim berpatah balik ke kantin untuk makan bersama anak muridnya.

 Puan Kim tidak sedar ada mata yang memandangnya. Yang benda tu pasti, misinya gagal untuk memanggil AYoung datang ke mari ke pangkuannya. Tidak mengapa, selagi mereka masih berada di sini, dia tidak akan melepaskan peluangnya untuk meminta tolong untuk merungkai misteri kematiannya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gogixx
#1
Chapter 4: this is so nice ^^
aquariusxpisces
#2
Chapter 3: Waaaa best...tapi pendeknya .____.
lovely_syrena
#3
Chapter 3: Update soon
BalRina_
#4
Chapter 1: Update soon authornim