Bab 2

The Mystery In The Lightless Midnight

 Subjek biologi masih diteruskan oleh Puan Ji selama 2 masa. Pelajar lain sudah menundukkan kepala menandakan mereka sudah tidur kecuali mereka yang nakal.

 'HyunJoo, kau tak mengantuk ke dengar Puan Ji mengajar?' tanya Son SungA(Nine Muses) mengantuk kepada HyunJoo. Matanya tidak boleh dibuka lagi kerana terlalu mengantuk mendengar suara Puan Ji yang perlahan dan halus.

 'Masa macam nilah bagus untuk belajar. Segar!' pinta HyunJoo tegas.

 Matanya melilau melihat keadaan kelas. Semua sudah tidur kecuali dia dan pelajar nakal tadi. Dia beralih ke SungA juga sudah tidur. Dia menggeleng. 'Patutlah keputusan tak menaik. Cikgu baeu mengajar sedikit, dia sudah buai diulit mimpi.' HyunJoo bermonlog sendiri. HyunJoo menggeleng sekali lagi.

 Sudahnya, dia fokus sahaja terhadap mata pelajaran tersebut. Malas hendak melayang rakan semeja.

 'Okey kelas, cikgu sudah terangkan tentang mitosis dan mieosis. Jadi cikgu ingin kamu buat muka surat 100 hingga 110. Siapkan dan hantar pada saya esok.' Arah Puan Ji. Kesemua pelajar akur sambil malas lalu, menandakan muka surat yang diberitahu sebentar tadi.

 Satu kelas mengeliat badan setelah Puan Ji beredar dari kelas. Mereka mengeluarkan buku subjek Bahasa Inggeris dan meletakkannya di atas meja masing-masing. Hanya menunggu guru matapelajaran tiba sahaja.

 Semasa menunggu, mereka berkesempatan untuk menyembang sesama kawan. Kelas pun sudah riuh rendah.

 'HaRa, tadi pengetua panggil kamu semua, sebab apa?' Heo YoungJi(former KaRa) mula berborak.

 HaRa yang tadi khusyuk memcari buku berpaling ke arah YoungJi.

 'Ha?'

 'Tadi, masa kau dengan yang lain dipanggil pengetua, sebab apa?' Ulang YoungJi.

 'Oh, tiada apa-apa pun.' Jawab HaRa ringkas.

 'Ala, kau ni janganlah macam ni. Bagitau sajalah. Aku janji aku tidak bagi tahub sesiapun.' Bersungguh-sungguh YoungJi ingin tahu.

 'Janji?'

 YoungJi mengangguk laju.

 'Kau tau kan pasal kes aku dengan AYoung hari tu?'

 'Tau. Kenapa?'

 'Pengetua tahan aku duduk di asrama selama seminggu.' Jelas HaRa.

 Terbeliak mata YoungJi mendengarnya. Seminggu tinggal di asrama semasa cuti sebulan. Tak rimaskah?

 'Bila?'

 'Bermula Sabtu ini sehingga Ahad minggu depan.' Jelas HaRa lagi.

 'Itulah kau. Aku suruh jangan ambil pil tu kau ambil. Kan dah kena denda. Seminggu pula tu duduk asrama semasa cuti.' YoungJi berleter panjang.

 Ya, memang YoungJi sudah melarangnya supaya tidak mengambil pil itu tetapib dia dengar juga hasutan AYoung itu dan mengambilnya.

 HaRa sepatutnya beruntung ada kawan seperti YounJi. YoungJi sangat memgambil berat tentang HaRa. Dia tahu HaRa bukan pelajar yang baik tetapi, dia sedaya upaya untuk mengubahnya. HaRa cuma mendengarnya lalu keluar ikut telinga kiri. Susah juga hendak menolong orang yang begini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gogixx
#1
Chapter 4: this is so nice ^^
aquariusxpisces
#2
Chapter 3: Waaaa best...tapi pendeknya .____.
lovely_syrena
#3
Chapter 3: Update soon
BalRina_
#4
Chapter 1: Update soon authornim