Prolog

The Mystery In The Lightless Midnight

1999

 'JooMi, cepatlah sikit!' Bentak Lee SoJung (Ladies Code).Kesabarannya tidak dapat menampung lagi untuk menunggu Kim JooMi (Zuny Ladies Code)

 'Sekejaplah, barang aku banyak lagi yang tidak kemas ni. Nanti mak aku marah kalau tak bawa balik.' Jelas JooMi. Itulah padahnya, orang yang jenis suka bawa banyak benda. Bukankah ia sudah menjadi satu masalah? SoJung bermonolog dalam hati. Ish, hari pula sudah berganjak ke petang. Pelajar yang lain pula sudah pulang dijemput ibu bapa.

 'JooMi, lekaslah! Nanti kita tertinggal bas ekspres!' JooMi mempercepatkan kerjanya.

 Selang beberapa minit hampir jam 7, JooMi sudah selesaikan bed pakaiannya. Sedang JooMi dan SoJung membawa keluar bagasi mereka, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara tangisan seseorang gadis.

 Mereka berpandangan sesama sendiri. Tangan mereka mula terketar-ketar. Suhu badan mula turun. Muka mereka semakin pucat apabila tangisan itu semakin kuat didengari. Tangisan itu berbunyi b seperti seseorang sedang sakit meminta tolong.

 'SoJung, k-kau dengar t-tak tu?' JooMi tergagap-gagap menyoal SoJung. Tangan JooMi laju memegang tangan SoJung. SoJung mengangguk laju. Mulutnya menganga mendengar tangisan misteri itu.

 Semakin lama semakin kuat tangisan rersebut dan akhirnya, tangisan bertukar menjadi jeritan. Jeritan yang amat sakit seperti didera. Lalu, SoJung dan JooMi berlari lintang-pukang sambil menjerit.

 Mereka tiba di pondok pengawal yang hampir menutup pagar utama. Dengan nafas tercungap-cungap, mereka mampu menuding jari menghala ke blok yang terpencil tersebut. Pengawal hanya mengerutkan dahi melihat keadaan mereka yang pucat seperti baru melihat hantu.

 'Kenapa adik tak balik lagi? Apa yang kamu berdua buat lama-lama di blok?' Soal pengawal yang agak berusia itu.

 Mereka ingin jawab tetapi mereka terlalu takut sehingga pernafasan tidak dapat dikawal. Pengawal itu hanya menggeleng dengan tindakan dua orang gadis itu.

 'Pak cik, kami...kami...kami ada dengar seorang perempuan sedang menangis di blok kami. Akhirnya SoJung menjawab soalan pengawal tersebut.

 'Siapa yang menangis? Tak pergi tengok ke?' Soal pengawal itu lagi. Mukanya bertukar marah dan kedua-dua tangannya bercekak di pinggang.

 'Tak pak cik. Tiba-tiba, suara tu menjerit. Jerit yang amat kuat pak cik. Setahu saya, tiada siapa diblok kecuali kami sahaja.' Terang SoJung lagi. JooMi hanya mengangguk tanda benar.

 Pengawal itu menggeleng sekali lagi. Bermakna, dia pun sudah tahu tentang tanfisan misteri itu.

 'Sudah, kamu berdua sila tinggalkan tempat ini dengan segera. Biar saya uruskan sendiri. Itu, bas kamu sudah tiba.' SoJung dan JooMi serentak berpaling ke arah bas. Mereka pandang sesama sendiri dan mula menghela nafas lega.

 Maka, mereka naik bas dengan segera dan tinggallah pengawal itu seorang diri di sekolah. Dia berpaling ke arah blok terpencil itu, dan menghela nafas kasihan. Kisah tragedi seorang pelajar perempuan yang mati dibunuh 3 tahun lepas sangat menghayat hati. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur, sudah terlambat untuk bertindak. Pengawal itu bertugas seperti biasa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
gogixx
#1
Chapter 4: this is so nice ^^
aquariusxpisces
#2
Chapter 3: Waaaa best...tapi pendeknya .____.
lovely_syrena
#3
Chapter 3: Update soon
BalRina_
#4
Chapter 1: Update soon authornim