KEDUA

Hikayat Agung Running Man : NO MORE DREAM (Season 2)

hey guyss~

SURPRISE!!! Chapter 2 is here~~~ Tak sangka saya sempat untuk meng'update' chapter ni. Entah kenapa sejak kebelakangan ni idea saya semakin berkurangan. Saya dah kehilangan humor sense kot.. :(

Anyway........enjoy this crappy chapter...

 

 

 

“Geu soneul naemireojwo save me save me, I need to go before I die.... Yeah...”

Alunan suara yang merdu menghiasi suasana dingin kawasan rumah tersebut. Putera Jungkook yang telah diikat pada kerusi hanya mampu mengeluh. Menanti saat ajalnya akan tiba.

Matilah aku... Tak dapatlah aku nak balik ke istana nanti. Tak dapatlah aku nak jumpa dengan ayahandaku dan abang-abangku nanti. Kalau aku dah mati nanti, gerenti Jimin hyung akan selongkar barang-barang aku. Macam mana kalau dia jumpa majalah-majalah Playboy aku kat bawah katil nanti? Matilah aku!!! Eh, tapi waktu tu aku memang dah mati pun... Aduhai.... Kalau aku tahu benda ni akan terjadi, memang dah lama aku buang majalah tu. Ni Jackson punya pasal lah ni, buat aku addict tengok majalah tu. Tak guna punya Jackson Duit (Jackson Wang).

Sedang Putera Jungkook leka termenung, Ilhee kemudiannya datang membawa si Kimchi. Makhluk pelik itu memandang Jungkook dengan pandangan yang pelik.

Benda tu macam nak makan aku je... Tapi Ilhee pernah cakap yang Kimchi tak makan orang. Kalau dia tipu macam mana?

Putera Jungkook dan Kimchi masing-masing memandang antara satu sama lain. Pertandingan merenung mata bermula sekarang!

.

.

.

.

.

.

.

“Oi! Sudah-sudahlah tu. Mata aku pulak yang sakit tengok korang berpandangan macam tu.” Kata Ilhee, menyedarkan Putera Jungkook dan Kimchi. Memang intense betul pertandingan tadi. Nasib baik tak keluar laser dari mata mereka. “Baiklah Kimchi, kita mulakan ritualnya sekarang.” Kata Ilhee lagi.

Putera Jungkook tersentak. Ritual? Ritual apa pulak ni? Kimchi kemudiannya berjalan ke arah Jungkook. Binatang kacukan gajah dan harimau tersebut mengeluarkan kukunya yang tajam. Putera Jungkook membeliakkan matanya.

“A..a..apa semua ni... Ke..kenapa dia keluarkan kukunya?” soal Putera Jungkook yang berasa takut melihat si Kimchi. Jatuh maruah Putera Jungkook kerana selama ni dia tak pernah takut melihat binatang. Dialah putera yang paling berani sekali di antara putera yang lain. Kalau Putera Jimin tengok ni mesti dia ketawa punya.

“Oh... Tak ada apa-apa. Dia cuma nak ambil setitik darah kau je.” Kata Ilhee dengan selambanya.

Darah? DARAH??!!!

Putera Jungkook hampir pengsan mendengar pernyataan Ilhee. OK, dalam dunia ni ada dua benda je yang buat Jungkook takut. Pertama, masakan ayahandanya. Kedua, darah.

Kimchi semakin hampir dengannya. Dia ingin melarikan diri tetapi badannya diikat. Kejap. Jungkook memandang kakinya. Kaki aku tak diikatlah. Jungkook mengambil kesempatan ini untuk menendang Kimchi. Wow! Tendangan Putera Jungkook sangat tepat sehingga Kimchi terpelanting jauh. Dia lalu melarikan diri.

“Oi! Jangan larilah, budak tak guna!”

 

 

 

Putera Jungkook berlari sekuat hatinya dengan membawa kerusi yang diikat padanya. Dah macam ninja dalam cerita Naruto pulak. Dia melihat ke belakang kalau-kalau Ilhee ada mengejarnya.

Tiada kelibat Ilhee di belakangnya. Jungkook menghembus nafas lega. Tiba-tiba.....

SWUSH

“Kau fikir kau boleh lari?”

Jungkook menjerit, terkejut melihat Ilhee tiba-tiba muncul di depan matanya. “Oi, kau ni buat aku terkejut je. Gugur jantung aku. Fuh!” kata Putera Jungkook.

“Meh sini!” Ilhee kemudiannya menarik Jungkook balik semula ke rumahnya.

“Kau sebenarnya nak buat apa dengan aku? Tolonglah, jangan seksa aku macam ni. Aku tak buat salah pun terhadap kau. Kasihanilah aku...” rayu Putera Jungkook sambil berguguran air matanya. Eksyen je tu...

“Diamlah! Aku cuma nak bunuh kau je. Tak lebih dari tu.”

“BUNUH??! OI, KAU GILA KE APA? SUKA HATI KAU JE NAK BUNUH AKU? KAU FIKIR AKU NI APA? AKU NI BUKAN SEBARANGAN ORANG YANG BOLEH DIBUNUH. KALAU AKU MATI NANTI, AKU JADI HANTU, AKU CEKIK KAU SAMPAI MATI. BARU PADAN MUKA KAU!” jerit Putera Jungkook betul-betul dekat telinga Ilhee. Ilhee lalu berhenti dan menolak Putera Jungkook.

“Aduh! Sakitlah punggung aku! Kau ni memang nak cari nahas ke?!”

“Boleh tak kau diam?! Sakit telinga aku, tahu tak?!!”

“Baguslah telinga kau sakit. Dapatlah aku lari nanti.”

“Oh, nak lari ya... Langkah mayat aku dulu!”

“OK, bagi pisau tu dekat aku, biar aku bunuh kau. Dapatlah aku langkah mayat kau nanti. Lepas tu aku lari.”

“Hish, rimas betul!!!”

Dengan perasaan yang marah, Ilhee cuba untuk menikam Putera Jungkook dengan pisau, tetapi Jungkook sempat mengelak. Dia kemudiannya melarikan diri sekali lagi.

“Budak ni buat aku penat je.” Keluh Ilhee. Padan muka, siapa suruh culik dia? Putera Jungkook ni kan putera yang aktif bersukan. Ilhee lalu mengejar Putera Jungkook dengan gaya ninja macam dalam cerita Naruto (A/N: Saya dulu minat cerita Naruto).

“Kage bunshin no jutsu!” (1)

Tiba-tiba, muncul beratus-ratus orang Ilhee yang mengejar Jungkook. “Aduh! Dia guna jutsu Naruto lah! Macam mana ni? Aku tak dapat buat apa-apa, tangan aku diikat!” Putera Jungkook kemudiannya menggunakan tenaga dalamannya (uish... terer..) untuk meleraikan tali yang mengikatnya. Dan akhirnya dia berjaya. Dia lalu melompat-lompat di atas dahan-dahan pokok ala-ala Sasuke, sahabat si Naruto. Kalau Ilhee tu Naruto, Putera Jungkook pulak jadi Sasuke. Lantak kaulah, authornim... -_-||

Kali ni, jutsu apa yang Putera Jungkook akan guna... “Aduh! Aku lupa nama jutsu lah pulak...” Apalah Putera Jungkook ni. Macam ni nak jadi ninja... tsk tsk tsk...

Tiba-tiba, salah seorang klon Ilhee berada di depannya dan menikam beberapa bilah kunai (2) kepada Putera Jungkook. Putera itu lalu mengelaknya dengan turun ke tanah dan terus berlari. Namun, klon-klon tersebut masih lagi menikam kunai-kunai kepadanya.

Secara ajaibnya, perisai Captain America muncul di tangan Putera Jungkook. “Uish... Bila masa pulak benda ni muncul? Ah! Lantaklah! Janji aku selamat.” Hai authornim... Dari Naruto pergi ke Captain America... Lepas ni, apa pulak? Power Rangers? Tsk tsk tsk...

Putera Jungkook terus berlari dan melindungi dirinya menggunakan perisai tersebut. Tiba-tiba, seorang lelaki muncul di hadapan Jungkook dan menembak klon-klon Ilhee dengan menggunakan pistol air.

“Hulubalang Jaesuk??!”

“Jangan risau, wahai tuan putera. Tuan hamba dan hulubalang-hulubalang lain datang menyelamatkan tuan putera.” Kata hulubalang Jaesuk. Hulubalang-hulubalang Running Man lalu muncul dan berlawan dengan klon-klon Ilhee. Dengan kuasa angry bird, hulubalang Jihyo berjaya menangkap Ilhee dan mengikatnya dengan tali yang telah disihir.

“Akhirnya, kau telah ditangkap, perempuan jahat.”

 

 

“Kau nak bawa aku ke mana ni?!” jerit Ilhee yang sedang diheret oleh hulubalang Jihyo. “Encik Mimpi cakap, untuk mengelakkan kau buat kacau dalam dunia mimpi ni, kami mesti buang kau.” Kata hulubalang Jongkook dengan selambanya.

“HAH??! BUANG?! Gila ke lelaki tu?! Sudahlah bunuh aku, sekarang ni dia nak buang aku dari dunia mimpi ni.”

“Oi. Dia tak bunuh kaulah. Kau kena langgar kereta masa tu. Padan muka kau. Mengada-ngada nak cari lelaki lain. Padahal sudah ada suami. Perempuan jenis apa kau ni.” Kata hulubalang Sukjin dengan berbisanya. Tersentak Ilhee mendengarnya.

“Baiklah, kita sudah sampai.” Kata hulubalang Jongkook. Ilhee membeliakkan matanya. Inilah tempat yang paling dia takuti. Gunung To Hell. Dikhabarkan sesiapa sahaja yang berada dalam dunia mimpi yang terjatuh dalam gunung ini akan pergi ke neraka dan tinggal di sana buat selama-lamanya. Tiada jalan keluar lagi.

“Baiklah, Ilhee. Memandangkan kau telah mati dekat dunia nyata, kami tak boleh bawa kau ke sana. Jadi, Encik Mimpi telah membuat keputusan untuk menghantar kau ke neraka dan tinggal dekat situ.” Jelas hulubalang Jaesuk.

“Tidak......tidak....TIDAK!!! Jangan buang aku... Tolonglah...” rayu Ilhee. Sedang Ilhee merayu-rayu supaya tidak membuangnya, hulubalang Kwangsoo secara tidak sengaja tertolak Ilhee, menyebabkan Ilhee terjatuh ke dalam gunung itu.

“AAAAAAAHHHHH!!!!!”

KEBOOOOOMMM!!!

“Err...... hehehe..... sorry...”

“Well... Benda dah jadi. So, jom kita balik.”

 

 

 

 

(1) Kage bunshin no jutsu – shadow clone technique

(2) Kunai – a japanese dagger

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Unicorn_Zhangyixing
ATTENTION!!! Chapter 2 is updated~~!!

Comments

You must be logged in to comment
TheBorneoGirl
#1
Chapter 1: I have not read any FF for approx. 2 years. I've subscribed to your story not long ago but this is my first time reading it (free time :D). I'm glad this story didn't turn me down. In fact, I enjoyed it so much that I LOL from start to end. It's a very simple story in my opinion but yeah, it suits my simple brain, haha. My heart just won't stop telling my mind that it was a good read. Thanks. Keep on writing, improve what you need to improve and cheerio!
choco_chim
#2
Chapter 2: take your time :) btw how old are you tho ?
choco_chim
#3
Chapter 1: sambung sambung~ hhaha