PERTAMA

Hikayat Agung Running Man : NO MORE DREAM (Season 2)

“Oi abang! Sudah-sudahlah tu! Jangan main gitar lagi. Sakit telinga saya dibuatnya. Kalau bunyi merdu tak apa, ini macam bunyi nyamuk menyanyi. Buruk betul!” jerit seorang perempuan yang sedang mencukur bulu kakinya. Lelaki yang tengah bermain gitar tadi tersentap.

“Ilhee ni, tiap-tiap hari hina abang macam tu. Buruk sangat ke lagu abang sampai Ilhee hina abang macam tu? Sebelum kahwin, bukan main lagi puji memuji setinggi Gunung Fuji lagu abang. Setelah kahwin ni, Ilhee dah berubah.” Kata lelaki tersebut dengan sedihnya. Kenapalah isterinya bersikap sedemikian...

“Wahai Encik Mimpi, itu sebelum kahwin. Abang dulu kaya raya. Sekarang ni, hidup abang macam ayam. Kais pagi makan pagi, kais petang tak makan-makan. Menyesal saya kahwin dengan abang. Hmph!” kata Ilhee dengan kejamnya. ‘Dasar perempuan hipokrit! Dah lah hipokrit, materialistik pulak tu. Muka pun macam plastik. Peribahasa pun salah. Memang fail BM dia ni.’ Bisik hati Encik Mimpi.

Ilhee lalu bergegas keluar dari rumah. “Hey! Pergi mana tu?!” jerit Encik Mimpi. Namun, si isteri yang tidak guna itu tidak mengendahkan jeritan si suami tadi. Kesian...

‘Aku mesti ikut dia! Jangan-jangan dia jumpa scandal dia kat luar. Tak guna punya perempuan! Siaplah kau nanti!’ fikir Encik Mimpi.

Encik Mimpi kemudiannya bergegas keluar dari rumah.

 

Setelah lama berjalan-jalan dan mengikuti isterinya, dia ternampak Ilhee sedang menunggu seseorang di taman. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berpakaian agak stylish dan memakai kaca mata hitam berjalan ke arah Ilhee. Ilhee menyapa lelaki tersebut sambil tersenyum.

“Hey baby... Baby pergi mana? Lama tau saya tunggu.” Kata Ilhee dengan gediks. Meremang bulu roma Encik Mimpi mendengarnya. Selama 2 tahun mereka berkahwin, tak pernah pun Ilhee memanggilnya ‘baby’. Ni mamat entah dari mana dipanggilnya ‘baby’. Bab1 betul. Lelaki tersebut membuka kaca matanya. ‘Justin Bubur??!! Mamat Bubur yang popular kat Kerajaan Hollywood tu?! Macam mana boleh berada kat sini?’ fikir Encik Mimpi. Dia membeliakkan matanya apabila melihat mamat Bubur itu memeluk pinggang Ilhee. ‘Oi! Tu isteri aku, bodoh! Tak guna punya bubur basi!’ sumpah Encik Mimpi dalam hati.

“Sorrylah babe. I ada kerja tadi. I dengan manager I tempah tiket untuk balik ke Kerajaan Hollywood. You nak ikut tak I balik ke sana?” tanya Justin Bubur kepada Ilhee. Ilhee lalu meloncat-loncat kegembiraan macam katak kena kejar. “Of coz, baby!!!” katanya lalu memeluk Justin Bubur.

Encik Mimpi berasa marah. Sampai hati Ilhee nak tinggalkan dia dan lari dengan mat saleh ni? Dia kemudiannya keluar dari tempat persembunyiannya. “Hoi Ilhee!”

Dua orang manusia yang sedang berpeluk terkejut mendengar jeritan tadi. “Babe, siapa ni?” tanya Justin Bubur. Ilhee ketawa dengan nada yang cemas. “Erm...haha... I tak kenal pun orang tu. Salah orang kot..”

“Salah orang?! Ertinya, selama 2 tahun ni aku berkahwin dengan orang yang salah!” kata Encik Mimpi dengan marahnya.

“Kahwin? 2 tahun?” kata Justin Bubur dengan hairannya. Dia memandang Ilhee untuk meminta penjelasan. Sebelum Ilhee sempat membuka mulut, Encik Mimpi sempat mencelah.

“Ya! Perempuan yang kau peluk itu isteri aku! Kami dah kahwin selama 2 tahun! Tak sangka pulak dia ada kekasih gelap. Dari Kerajaan Hollywood pulak tu. Memang tinggi taste kau, Ilhee.”

“What?! Ilhee, how dare you lie to me!”

“But..... baby...”

“Stay away from me, you b*tch!”

Justin Bubur lalu pergi meninggalkan Ilhee. “Awak ni kan, memang sengaja nak sakitkan hati saya!” katanya kepada Encik Mimpi.

“Siapa yang lebih sakit hati kat sini? Saya ke awak? Isteri tak guna!”

“Awak tu yang tak guna! Dah lah miskin, malas cari kerja. Asyik buat lagu je. Dah lah lagu semuanya tak sedap! Bla bla bla bla bla bla.........”

Encik Mimpi yang sudah tidak tahan mendengar cemuhan Ilhee, secara tidak sengaja menyebut mantera mimpinya kepada Ilhee.

JANGAN NAK MIMPI KAU!

“AARRGGHHH!!”

Shyoong~~~ Dengan sekelip mata, Ilhee lalu tertidur dan terbaring di taman itu. Encik Mimpi terkejut. Tiba-tiba, dia mendengar bunyi kereta menuju ke arahnya. Dia terus bersembunyi tanpa menghiraukan Ilhee yang tengah terbaring di situ. Kereta itu lalu merempuh badan Ilhee. “Alamak! Macam mana ni? Ilhee dah mati. Tak dapatlah aku nak kembalikan dia nanti. Terpaksalah dia terperangkap kat sana selama-lamanya. Maafkan abang, Ilhee.” Kata Encik Mimpi lalu meninggalkan tempat itu dengan segera.

 

 

Encik Mimpi terbangun dari tidurnya apabila seorang pengawal memanggilnya. “Encik Mimpi, Raja Bang Sihyuk memanggil tuan hamba. Sila ikut saya sekarang.” Encik Mimpi mengangguk. Dia kemudiannya diiringi oleh 2 orang pengawal menuju ke balairung seri istana untuk menghadap Raja Bang Sihyuk.

Raja Bang Sihyuk pula sedang risau memikirkan putera maknaenya, Jungkook. “Macam manalah keadaan putera bongsuku di sana? Harap-haraplah dia tak apa-apa...” kata baginda dengan risaunya. Dia lalu menangis teresak-esak sambil memeluk photocard Putera Jungkook edisi album Young Forever. Putera Jin pun datang memujuk ayahandanya. “Janganlah ayahanda terlalu berdukacita dan bermuram durjana. Jungkook pasti tidak apa-apa.”

“Sejak bila pulak hyung pandai bersastera ni?” tanya Putera Taehyung dengan hairannya. Putera yang lain hanya mengangkat bahu. Setahu mereka, Putera Jin lah yang malas sekali nak belajar terutamanya subjek sastera. Asyik dengan selfie dia je.

Hulubalang Running Man yang baru selesai mengisi perut pun datang menghadap Raja Bang Sihyuk. Tidak lama kemudian, Encik Mimpi datang dalam keadaan tangannya digari. Raja Bang Sihyuk mengelap air mata dan hingusnya dengan photocard Jungkook tadi. “Baguslah kalau semua sudah berkumpul kat sini. Beta nak kamu semua selamatkan putera bongsu beta! Tak kira dengan cara apa sekalipun! Beta nak Putera Jungkook balik! Uwaaa~~~!!” Raja Bang Sihyuk menangis sekali lagi. Putera Jin cuba untuk memujuknya untuk kali kedua.

“Aduh... Macam mana ni? Takkanlah kita terpaksa pergi ke dunia mimpi semula...” keluh Gary. Dia sememangnya tidak suka dengan dunia mimpi setelah apa yang telah dilalui.

“Kita tak ada cara lain lagi. Kita kena masuk ke dunia mimpi semula. Dengan itu, kita akan dapat menyelamatkan Putera Jungkook. Tapi, sebelum itu, aku nak tahu siapa perempuan yang culik Putera Jungkook tu.” Kata hulubalang Jongkook. Dia kemudiannya memandang Encik Mimpi.

“Perempuan tu sebenarnya isteri aku. Namanya Ilhee. Aku tak sengaja memerangkapnya dalam dunia mimpi sebab waktu tu aku marah sangat kat dia...” ujar Encik Mimpi, tiba-tiba berasa sedih terkenangkan peristiwa buruk itu. Tak guna punya mamat Bubur...

“Marah? Sebab apa?” tanya Jihyo pula.

“Di...dia...dia.....curang......dengan mat saleh dari Kerajaan Hollywood. Dia siap tipu lagi kata dia masih single. Padahal, kita orang dah kahwin selama 2 tahun! Sebab tulah aku marah sangat sehingga aku terbacakan mantera mimpi aku. Sekarang dia dah terperangkap dan tak boleh kembali lagi.” Terang Encik Mimpi sambil mengelap air matanya yang mula berguguran. Kwangsoo dan Haha pun mula menangis mendengar cerita sedih Encik Mimpi. Macam tengok cerita Korea pula.

“Eh? Kenapa tak boleh kembali pula?” tanya Sukjin. “Dia.....dia dah mati...” balas Encik Mimpi, membuatkan semua orang terkejut. “Macam mana boleh mati?” soal Haha pula sambil mengelap air matanya yang mengalir bagaikan Air Terjun Niagara. “Selepas kejadian yang tidak sengaja itu, dia tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta. Saya tak dapat nak selamatkan dia.”

“Tragik beno cerita dia. Menusuk kalbu serta jiwa dan ragaku yang happy ini.” Kata Jaesuk sambil memegang dadanya dengan dramatik sekali. Jongkook hanya menjulingkan mata ke atas melihat kerenah Jaesuk. Ingatkan Kwangsoo je yang over, rupanya ada juga pengikut Kwangsoo.

“Sudah! Beta malas nak mendengar cerita kamu lagi. Beta nak kamu semua selamatkan putera beta sekarang !” titah Raja Bang Sihyuk yang masih lagi meratapi kehilangan Putera Jungkook.

“Junjung perintah, tuanku!”

 

 

 

 

 

Apa yang akan terjadi kepada Putera Jungkook? Nantikan update daripada saya~~~

Huhu...

P/S: Kalau ada typo, abaikan je.

-Unicorn_Zhangyixing-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Unicorn_Zhangyixing
ATTENTION!!! Chapter 2 is updated~~!!

Comments

You must be logged in to comment
TheBorneoGirl
#1
Chapter 1: I have not read any FF for approx. 2 years. I've subscribed to your story not long ago but this is my first time reading it (free time :D). I'm glad this story didn't turn me down. In fact, I enjoyed it so much that I LOL from start to end. It's a very simple story in my opinion but yeah, it suits my simple brain, haha. My heart just won't stop telling my mind that it was a good read. Thanks. Keep on writing, improve what you need to improve and cheerio!
choco_chim
#2
Chapter 2: take your time :) btw how old are you tho ?
choco_chim
#3
Chapter 1: sambung sambung~ hhaha