Walking Corpse Syndrome (WCS)

Resonance

Chapter 3: Walking Corpse Syndrome (WCS)

Ryosuke membuka baju hujanya yang banjir dengan darah lalu digumpalnya sehingga menjadil kecil dan dimasukkan kedalam poket seluarnya perkara yang sama dilakukan pada pisaunya. Pisaunya dilipat dan dimasukkan pada kocek seluar sebelah lagi.

“ Jom , ikut aku .”

“ Kita nak pergi mana?” aku bertanya.

“ Aku ada benda nak bincang dengan kau. Jadi jangan banyak tanya kau ikut aja aku.” Kata Ryosuke.

Aku ikut aja  apa yang disuruh si Ryosuke tu . Kitaorang berjalan menuju kerah jalan keluar lorong itu. Sampai aja dekat luar lorong itu terkejut aku tengok keadaan dekat luar lorong tu. Tadi punyalah ramai orang berjalan lalu-lalang dekat kawasan ini apsal aja tiba-tiba jalan ni penuh dengan orang terbaring dengan badan deorang penuh dengan darah.

“ Ryosuke masa kau datang tadi jalan ni memang macam ni ke?” Tanya aku hairan.

“ Tak adalah tadi jalan ni oka aja.” Balas Ryosuke yang turut hairan dengan keadaan itu.

“ Kenapa dengan badan deorang berdarah-darah sejak bila pulak berlaku perang dekat sini tadi?” Aku dah semakin hairan.

Ryousuke menuju kearah salah seorang mayat itu lalu dia mencalit darah itu dengan jarinya lalu dia hidu bau darah itu . tiba-tiba dahi Ryosuke berkerut lalu dia mencalit sekali lagi darah pada tubuh mayat itu dan merasanya degan lidah.

“ Ni bukan darah tapi sirap.” Kata Ryosuke.

“ Apa sirap.?” Aku jadi semakin hairan.

“Jangan kata satu kawasan ni nak buat prank dekat kita pastu rakam kita masuk TV. Ok lah , korang boleh bangun sekarang tak payah nak pura-pura matilah kitaorang tahu dah ini semua prank.” Jerit aku pada semua mayat-mayat yang terbaring dekat jalan raya itu .

Buat penat aku terjerit-jerit dekat deorang tapi sorang pun tak beri apa-apa respon.

“Ok, Kamera man , krew stesen Tv dan segala pelakon-pelakon tambahan sekalian sekarang keluarlah takpayah nak buat lawak seram dekat sini boleh tak.” Aku sekali terjerit-jerit macam orang bodoh . Sekali lagi tak ada seorang pun beri respon dekat aku.

“ Wei, Ryosuke kau buat apa lagi tu tak payah nak periksa sangatlah mayat-mayat tu semua ni semua prank aja kau percayalah cakap aku.” Kata aku dengan yakin. Ryosuke pulak tak endahkan aku dan terus periksa mayat-mayat tu semua.

“ Hey, Jin kau mesti tak percaya apa yanga ku nak cakap sekarang ni deorang semua betul-betul tak sedarkan diri dah macam orang mati.” Kata Ryosuke.

“ Kau biar betul Ryosuke habis tu yang sirap tu takan lah deorang simbah sirap dekat badan deorang baru mati . Benda ni memang tak logic.”. Sememangnya benda tu tak logic mana mungkin sebelum mati orang simbah sirap dekat badan sendiri.

“ Tulah yang buat otak aku serabut sekarang ni . kalau bukan deorang yang buat sudah pasti ada orang lain yang buat dan orang tu merupakan dalang kepada semua benda ni dan lagi satu apa motif dia letak sirap dekat atas tubuh mayat-mayat ni?” perkara ni menjadi tanda tanya buat Ryosuke.

Tiba-tiba satu bandar itu kawasan itu bergema. Dari mana datang bunyi gema itu aku pun tak tahu tapi yang pasti kesan dari gema tu membuatkan telinga aku berdengung sehinggakan aku terpaksa menutup kedua telinga aku dengan tapak tangan.

Aku memandang kearah Ryosuke aku tengok dia macam tak  ada masaalah pun dengan bunyi gema tu . Dia Cuma berdiri kaku sahaja seolah-olah bunyi gema itu tak memberi kesan pada diri dia.

Bunyi itu berlansung selama beberapa minit lalu terhenti. Terhenti sahaja bunyi gema itu tiba-tiba mayat maknusia yang terbaring dekat jalan raya itu tiba-tiba bangkit tersedar dari kematian. Aku dah pelik tengok mayat-mayat tu bangun .

“ Akhirnya, deorang mengalah jugak . Ryosuke kau tengokkan aku dah cakap ni semua hanya prank.” Kata aku kepada RYosuke sebaik sahaja mayat-myat tu semua bangkit dari tidur mereka.

“ Kau mengarut apa ni Jin ?.” Kata Ryosuke lalu dia menarik tangan aku dan cepat-cepat larikan dari situ.

“ Ryosuke apa kau buat ni. lepaslah.” Kata aku lalu aku cuba melepaskan tangan aku dari genganman tangan Ryosuke yang menyebabkan lankah kitaorang terhenti.

“ Woi, Jin kau masih tak sedar lagi ke keadaan ni. cuba kau tengok mayat-mayat tu.?” Suruh Ryosuke.

“ Aku tengoklah kearah mayat-mayat tu . sekarang baru aku sedar Sesuatu mayat-mayat tu memanglah sedarkan diri tapi deorang berjalan macam zombie macam dekat dalam film tu.

“ Jin sekarang aku nak tanya apa yang kau nampak tadi?” tanya Ryosuke cuba untuk menyedarkan aku.

“ Deorang berjalan macam zombie”. Kata aku perlahan.

“ Akhirnya kau sedar jugak Jin . deorang tu sekarang berkelakuan macam zombie dan sekarang deorang nak dapatkan kita faham tak.” Kata Ryosuke dalam nada yang agak tinggi.

Zombie-zombie tu semakin menghampiri . Aku dengan Ryosuke lari lintang -pukang meredah Zombie-Zombie yang ada dekat jalan raya tu.

(Nanti dulu Jin kau redah Zombi-zombie tu ?. ). Alah sebanarnya nasib baiklah si Ryosuke ni ada pisau dia apa lagi dia tikam semua Zombie-zombie yang cuba datang dekat . dia kelar leher-leher zombie tu ada jugak zombie yang tak bernasib baik kena potong tangan dia dengan si Ryosuke ni. Aku pulak buat apa masa tu?. Jawanya aku tukang tengok aja waktu tu. Hehehehe…

Kitorang berjaya lepas dari ke semua Zombie-zombie tu atas jasa dan kekuatan si Ryosuke ni kalau tak ada dia aku rasa aku dah mati dah mati masa tu.

Sekarang Ryosuke bawak aku dekat satu tempat . seolah-olah sebuah pejabat kecil penyiasat yang macam pejabat penyiasat persendirian Kogoro mouri penyiasat terkenal dalam anime detektif Conan tu.Aku di suruh duduk dekat sofa yang ada dekat pejabat tu.

“ Ryousuke apa yang berlaku ni kenapa seorang dah jadi macam mayat hidup yang berjalan.?” Tanya aku.

“ Aku pun tak pasti . sebenarnya deorang tu bukanya betul-betul mati dan darah yang dekat badan deorang tu adalah sirap apa yang barlaku ni sebanarnya.” Kepala Ryosuke dah serabut.

“Tapi kau nak di ikutkan mula-mula deorang  mati lepastu sedar-sedar deorang zombie atau pun mungkin diorang rasa diri deorang zombie.” Kata aku.

“ Jap nanti dulu ada betul jugak kata kau tu aku dah tahu apa yang berlaku sebenarnya benda ni dikenali sebagai ‘Walking Corpse Syndrome’ atau secara ringkasnya WCS.” Kata Ryosuke.

“ Apa?  Walking Corpse Syndrome apa tu?” aku dah buat muka blank.

“ WCS ini adalah kondisi dimana seseorang itu merasakan dirinya sudah mati dan tak tenteram.” Jelas Ryosuke.

“ Boleh pulak macam tu?” aku bolehlah faham sikit apa yang cuba disampaikan Ryosuke tu.

“ Tapi macam mana pulak diorang boleh anggap diri deorang tu dah mati.?” Tanya aku.

“ Jawapanya senang aja deorang semua kena pukau dengan hinopsis. Mula-mula otak deorang semua dah disetkan  bahawa deorang dah mati lepastu diorang ditidurkan. Untuk lebih keberkesanan yang deorang semua dah mati badan deorang disimbahkan sirap supaya serupa seperti darah. Kemudian bunyi gema dihidupkan . dimana gema ini bertindak balas seperti wave yang merupakan getaran yang merangsang otak deorang semua. dengan cara itulah deorang yang tidur itu di pukau . bila deorang sedar deorang nampak darah pada diri deorang yang sebenarnya  darah itu  dibuat dari sirap .dengan secara otomatiknya otak deorang semua beranggapan yang deorang dah mati . Kesimpulanya disini kes ini seperti ada kaitan penyakit yang diberi nama Walking Corpse Syndrome.” Jelas Ryosuke panjang lebar.

“ Jadi ianya berpunca dari penyakit Walking Corpse Syndrome lah kan.” Kata aku.

“ Aku taklah mengatakan ianya seratus peratus penyakit Walking Corpse Syndrome . tetapi ianya sama seperti penyakit tu dimana dalang disebalik semua ini mengunakan tiori yang sama untuk memukau orang sekeliling .” Jelas Ryosuke.

“ Jadi bermakna si dalang memukau  orang sekeliling untuk berpura-pura menjadi seolah-olah menghidap Walking Corpse Syndrome macam tu?” Tanya aku.

“ Yes , lebih kurang macam tulah.” Kata Ryosuke.

-Bersambung…..


Maaf sekiranya Chapter kali ini terlalu panjang dan susah nak proses dalam kepala korang sebab terlalu banyak fakta psikologi dalam ni. Kalau korang tak faham apa itu Walking Corpse Syndrome ni Author dekat sini akan terangkan serba sedikit tentang penyakit ni. Cewah dah macam pakar psikologi pulak. :P

                                                                                            

Walking Corpse Syndrome atau nama singkatnya adalah (WCS).

Penghidap penyakit ini beranggapan tubuh deorang ni dah pun mati dan diri deorang hanyalah roh yang tak tenteram. Lagi satu tentang penyakit ni deorang ada satu deria bau dimana dia merasa bau pada dirinya busuk seperti bangkai sedangkan baunya tidaklah sebegitu. Disebabkan factor bau itulah. Penghidap penyakit ini yakin yang diri diorang tu dah mati.

                                                                                             

Antara sebab mereka menghidap penaykit Ini adalah stress, deprasi dan tak cukup tidur. Ini adalah penyebab seseorang itu berasa seolah-olah mereka tak bermaya dan seolah-olah mati dan kadang-kdang tubuh deorang akan berasa kaku.

 

Sampai sini sahaja mengenai mepenyakit  Walking Corpse Syndrome ni. Author tulis ikut apa yang Authour tahu aja kalau korang nak tahu lebih lanjut Google lah sendiri.


Apa-apa pun harap korang terhibur dengan cerita ini. Author pun nak ucapakan terima kasih kepada pembaca-pembaca dan tak lupa jugak yang rajin menulis komen harap teruskanlah kerajinan anda itu sebab Authour sangat-sangat menghargai segala komen anda semua.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 3: adoila jin nie orang tngah saspen die pulak lagi terjerit2 gitu..
PinkBlossom_97
#2
Wait saya baru stalked awak dan terjumpa fanfics awak. the synopsis seems awesome! *thumbs up*
qwaszx121 #3
Chapter 2: wow, mcm menarik aja carita ni main psiko . I wait for next chapter.
nmmnbg #4
Chapter 1: wah..x sabar nak baca next chapter!!!tapikan ape maksud resonance ye authornim???