B A B 2

Blanc and Noir
Please Subscribe to read the full chapter

J I N H A E

 

Aku hanya menjadi pemerhati setiap gelagat pelanggan kafe itu. Memang tidak dinafikan, aku memang lapar. Tiga hari tidak menjamah apa-apa makanan. Mahu berkeroncong juga perut ini minta diisi. Sesuap nasi pun jadilah. Tapi apakan daya, mentaliti manusia akhir zaman. Kedekut lagi bakhil.

 

Kakiku melangkah tanpa hala tuju. Sepasang mata coklat cair milikku juga melihat sekelilingku tanpa jemu. Helaan nafas dingin semakin setia menjadi peneman kepada pengembaraanku di dunia asing ini.

 

Tiba-tiba, kakiku berhenti di hadapan salah satu lorong gelap berhampiran dengan kafe itu tadi. Seperti ada aura tersendiri, lorong itu bagaikan menarik tubuhku untuk lebih mendekati lorong itu. Angin mula menyapa wajahku. Mataku terpejam rapat; merasai kedinginan angin itu sehingga mampu membuatkan tulang-belulangku beku.

 

“HAHAHAHAHAHA!” Bunyi gelak tawa yang nyaring itu mengejutkan aku. Lorong tanpa sebarang cahaya itu lansung tidak membantuku untuk mengesan daripada manakah bunyi hilaian tawa itu datang.

 

Air mata ketakutan mula bertakung di tubir mata. Aku mengesatnya dengan belakang tangan lantas tubuhku, aku pusingkan ke belakang menghadap tragedi ngeri yang mungkin berlaku.

 

Jaket coklat cerah yang menutup tubuhku daripada sebarang kedinginan musim sejuk direntap kasar sehingga koyak. Aku hanya memandang wajah perogol bersiri itu dengan wajah tidak berperasaan.

 

Apabila tangannya mula menyentuh mahkota wanitaku , tanganku lebih cepat merampas pisau daripada poket seluarnya.

 

Aku mula menghayun langkah ke belakang, menjauhkan diriku daripadanya.

 

Dia pula makin mendekatiku. Huh, umpama dia sengaja mendekati ajalnya.

 

Dengan penuh tidak sabar dan gelojoh, dia meluru ke arah aku. Tanpa membuang masa, pisau belati itu terus aku tikam sehingga kena ke perutnya.

 

Dia rebah. Matanya terkatup rapat.

 

Seolah-olah ada sesuatu yang merasuk mindaku, aku terfikir hendak menikam perogol itu bertubi-tubi. Tawa jahat mula bergema di lorong gelap itu. Siapa punya angkara kalau bukan akulah yang ketawa.

 

Baru sahaja pi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Schakiera
#1
Chapter 5: update soon , :))
kimminhara
#2
Chapter 4: Cerita ni nampak menarik lah. Tapi macam seram. Ntahlah.. Anyway, update soon.. Tak puas baca. Pendek sangat..
aquariusxpisces
#3
Chapter 3: wuuuuu .... krystal ya ampun gedik nyaaaa
aquariusxpisces
#4
Chapter 2: wow... keep update! best jugak ff ni tapi pendek sangat .___.