CHAP 005

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Uniform sekolah yang sudah siap digosok oleh pembantu rumah ,Mimi disarung ke badan dengan perasaan teruja. Jung Kook membutang butang blazernya dengan penuh bergaya. Ala -ala Kim Woo Bin gitu . 

Dia memandang dirinya dibalik pantulan cermin dengan begitu rasa bangga. Bangga kerana memiliki wajah yang begitu kacak sehingga kucing betina pun terpikat akannya. Okay,Jung Kook sememangnya sentiasa membangga diri.

So Mi yang baru habis bersiap keluar dari bilik air. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan tuala.Matanya beralih memandang kearah Jung Kook yang sedang berpose model di hadapan cermin. Dahinya berkerut seribu memandang gaya -gaya yang baginya lucu itu.

   "Kau nak cermin aku pecah ke hah?"sergah So Mi seraya tertawa lucu. Dia mendekati lelaki itu sebelum punggungnya menolak lelaki itu ke tepi. 

Dia pun perlu bersiap juga.Jung Kook sekadar menjuih geram. Dia menghentak kaki berjalan kearah mejaa belajar. Beg sekolah bewarna hitam yang dihadiahkan Puan Han kepadanya dikeluarkan dari beg plastik. Sememangnya puan Han lah yang paling bersemangat untuk melihatnya bersekolah. 

So Mi sekadar menjeling sekilas,produk wajah ditepek satu persatu ke wajahnya. Dia gadis,semalas mana pun ,dia perlu menjaganya kan?kan?.  

  "Aku nak bawak apa ni?"soal Jung Kook seraya menyelongkar rak buku So Mi dengan selamba. Satu persatu buku rujukan gadis itu dikeluarkan .

So Mi tidak membalas,gadis itu sedang sibuk mencantikkan dirinya. Jung Kook mendengus geram apabila soalanya sekadar dibiarkan sepi. Dia menjeling kearah beg sekolah bewarna biru cair yang diletakkan di hujung katil. Beg itu sudah siap untuk dibawa ke sekolah. 

Segaris senyuman terukir pada wajahnya. 

   "Cepatlah..kau ni nak pergi sekolah ke,pergi honeymoon.."pekik Jung Kook yang sudah menunggu di muka pintu.

So Mi yang baru selesai mengikat rambutnya terkocoh-kocoh mencapai begnya lalu disandang ke bahu. Dahinya berkerut seketika tatkala merasakan beban ringan pada begnya namun lekas dibiarkan apabila Jung Kook sudah terjerit -jerit di muka pintu bagai rumah sekejap lagi nak runtuh.

   "Yelah,yelah.."

 

 

Jung Kook memandang kagum kearah bangunan sekolah yang tersergam indah di hadapannya. Dia terpaku melihat keadaan sekolah di hadapannya yang tampak sungguh mewah dan cantik.

 

 

Puan Han memakir keretanya berdekatan dengan bangunan utama sekolah. Dia menoleh ke belakang lalu tersenyum melihat riak wajah Jung Kook yang kelihatan begitu teruja. 

   "Jung Kook nak Mama temankan pergi daftar or do it yourself?"soal Puan Han prihatin. 

So Mi menjeling kearah Jung kook yang tersenyum mengangguk.Ingin wanita itu untuk menemaninya mendaftar. Manja.Apa nak teman -teman.Waktu pertama kali dia sampai ke sini,tidak pula ibunya nak teman. Apa ni !.Hati So Mi memberontak iri hati.

   "Okay then,So Mi Mama turunkan kamu kat sini...have a nice day,honey.."So Mi sekadar tersenyum kelat. Sempat dia mencubit kuat peha suaminya itu sebelum meloncat keluar dari perut kereta. 

Keluar sahaja dia dari kereta,Puan Han pantas meluncur pergi .Meninggalkan So Mi terpingga -pingga di perkarangan sekolah. Laju benor nak pergi mana?Aku ke jung Kook anak sebenar dia!.

So mi mendengus geram sambil kakinya diatur ke bangunan utama sekolah. Matanya memandang kearah pelajar -pelajar baharu yang sedang sibuk mendaftar di kaunter pendaftaran. Kakinya terhenti seketika,senyuman kelat mula tercorak.

Terimbas kembali kenangan pertamanya  bertemu dengan bekas kekasihnya dahulu. Mengingatnya semula membuatkan dia terasa ingin kembali ke masa dahulu semula. Masa di mana cinta mereka mula berkembang mekar.

    "Nuna Kucintai!!!!!!"jerit satu suara mengejutkan So Mi,bukan sahaja gadis itu malah pelajar yang turut berada di situ.

Toleh sahaja,kelihatan Hyun Kyung sedang berlari gembira kearahnya sambil melambai -lambai tangan bagai monyet bersedia untuk bergayut. Lelaki itu dengan selamba melanggar semua pelajar yang menghalang laluannya demi mendapatkan senior pujaannya itu.

Sebaik sahjaa selamat tiba di hadapan So Mi,senyumannya yang sudah sedia lebar semakin melebar. "Nuna ,nuna ,nuna...rindunya..."pekik Hyun Kyung dengan penuh teruja. Keterujaan yang sememangnya sudah tahap gaban. Bagai dia baru sahaja bertemu dengan bintang Hallyu.

Tidak mahu menjadi tumpuan lagi,mulut lelaki itu pantas ditekup So Mi. Dia mengheret lelaki itu ke tepi sebelum melepaskannya. 

   "Apa kecoh -kecoh sangat ni?"

Hyun Kyung tersengih sambil menggaru garu kulit kepalanya. Dia juga tidak tahu kenapa.Tapi melihat sahaja gadis itu,semangatnya terus membuak-buak. 

    "Nuna..betulke nuna dah clash Tae Hyung t?"soal Hyun Kyung .Matanya memandang telus kearah So Mi. 

Tersedak So Mi mendengar soalan terus terang juniornya itu. Dia memandang sekeliling sebelum berdehem kecil. Lengan Hyun Kyung dipukul kecil. 

   "Mana kamu dpaat berita ni hah!?siapa beritahu?"soal So mi semula. 

Hyun Kyung mengeluarkan telefon pintarnya seraya mempaparkan berita yang tersebar luar di dalam laman web sekolah mereka. Gambar So Mi dan Tae Hyung terpapar besar dan di bawahnya pula tertera tajuk mengatakan tentang perpisahan mengejut mereka itu.

Mata So Mi berkedip -kedip membaca berita tersebut. Sakit matanya membaca artikel yang ditulis tentangnya. Bibirnya digigit geram. "Ahhhhhhhh....budak -budak planet ni memang nak kena!!!!"getus So Mi geram . 

Ya,budak -budak planet yang dimaksudkan oleh So mi adalah kelab peminat tegar bekas kekasihnya itu yang dipanggil V's LOVER. Tidak tahulah mana mereka dapat idea nak tubuhkan kelab itu tetapi yang paling merabannya ialah kelab tersebut diluluskan oleh pihak sekolah!Dan ahlinya hampir mencecah 100 orang. 

Hyun Kyung menyimpan semula telefonnya. Takut pula gadis itu tiba -tiba melepaskan berang  keatas telefonnya itu. 

    "Berita ni mesti dha tersebar luas kan?BAgus,bagusnya lahai"keluh So mi sambil berpeluk tubuh.

    "Memang pun,Seongsaenim pun rami yang dah maklum...Nuna,tak apa ,saya kan ada..."So Mi menoleh kearah Hyub Kyung yang sudah tersenyun lebar. Lelaki itu sudha bersedia untuk membuat aksi romantik lagi.

    "Tak ada Tae Hyung ,Hyun Kyung yang lebih kacak ada !"dengan penuh keyakinan,Hyun Kyung mula berpose ala -ala Superman yang baru berjaya menyelamatkan mangsa teraniaya.

So Mi memandang kosong kearah juniornya itu. Sama sahaja.Mengapalah lelaki yang ada dalam hidupnya semua bagai orang tercabut suis. Apalah nasib. Yang normal terlepas pula..haih..

   "Jangan nak merepek lah adikku oii...dahlah,lantak nak jadi apa...Jom"So mi segera melangkah meninggalkan lelaki itu.

Dari dia sibuk melayan perangai pelik lelaki iti,lebih baik dia bergegas ke dewan untuk sesi perkenalan antara pelajar baharu dengan pelajar lama. 

   "Nuna tunggu adikkk...!!!!"

 

 

 

Beg sekolah disangkutkan pada penyangkut hujung meja. So Mi melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Fail peribadi yang baru didapatkannya dari pejabat diletakkan diatas meja. Seperti biasa,tahun ini dia akan kekal di kelas yang sama. 5 ART 1.

Dilihatnya kelas baharunya yang tampak kosong. Masih belum ada tampalan-tampalan kertas iklan atau notid pada papan tanda kelas. Papan putih juga nampak bersih dan baharu. 

Masih belum ramai pelajar yang ada di dalam kelas. Mungkin yang lain masih sibuk bergosip atau melepak -lepak di luar kelas. Cuma So Mi yang nampak tidak bersemangat untuk sesi persekolahan. 

    "So Mi..awalnya "sapa satu suara menyedarkan So Mi dari lamunan. 

Dua orang gadis yang sedang tersenyum manis melangkah masuk kedalam kelas. SO mi yang sedang duduk dengan selesa di bawah kipas siling didekati mereka. Gadis berambut pendek mengambil tempat di sebelah So Mi manakala lagi seorang melabuhkan punggung di hadapan. 

   "Ni mesti fasal teh kau tu kan?.Alah ,biar kan jerla si Teh tu.DIa yang rugi sebab lepaskan kawan aku yang cantik ni.."ujar gadis berambut pendek tadi,Hyero namanya.

Bahu So mi ditepuk -tepuk. Cuba memujuk rakan karibnya itu supaya terus bersemangat. Yuju memusingkan kerusinya menghadap ke belakang,ingin turut serta dengan perbualan rakan -rakannya itu. 

Dia menongkat dagu memandang So Mi. "Kau okay tak ni?jangan lah risau sangat.Takpe yang pasal teh tu ,kau nak suruh kitaorang belasah ke..okay,set .Boleh je.."Yuju cuba membuat lawak lucu. 

Lengan blazer sudah disinsing hingga ke siku. So Mi sekadar tertawa. "Tak apa,tak apalah..aku okay..yang geramnya macam manalah aku nak hadap muka dia setahun lagi ni...boleh dapat migrain aku .."So Mi menakup wajahnya. 

Ya,macam manalah dia nak tatap wajah lelaki yang dicintainya itu . Bukan untuk sehari dua tetapi selama setahun!. Haih,kalaulah dia sudah tangkap cinta dengan Jung Kook ,suaminya.Sudah pasti nama Tae Hyung tidak akan muncul lagi. JUNG KOOK..JUNG KOOK.

Tiba -tiba wajah Jung Kook yang sedang tersenyum nakal muncul di kotak fikiran So mi membuatkan gadis itu menjerit bagai gila. Tak tak..takkk...

Yuju dan hyeri saling berpandangan. Apa kena kawan mereka ni ,sawan pagi -pagi...

 

Separuh dari kelas sudah dipenuhi oleh pelajar. Hampir kesemuanya dukenali So Mi memandangkan mereka semua pernah sekelas tahun lepas. Mungkin dalam 5 atau 7 orang ialah pelajar dari kelas belakang. Wah,tahniah !Tahniah.

Tae Hyung,Hoseok,dan Jimin melangkah masuk kedalam kelas dengan bergayanya. Tae Hyung membetulkan tali lehernya sambil menguntum senyuman kepada pelajar -pelajar perempuan yang lain. Playboy!

 

Sempat matanya mengerling kearah So Mi yang sedang berpura -pura mencari sesuatu di dalam beg. Nampak sangat,gadis itu sebenarnya sedang cuba mengelak darinya. Hey..

Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Hoseok dii hujung kelas. Seusai duduk,dia berpeluk tubuh lalu menyandarkan badannya pada kerusi. Berpura -pura macho gitu.

Tidak sampai seminit,guru kelas mereka pun tiba . Siapa lagi kalau bukan Cikgu Kris yang merupakan guru seni utama di sekolah mereka. Guru lelaki yang berketurunan cina itu segera mengeluarkan laptopnya setelah memberi salam kepada pelajarnya. 

Tidak perlu sesi perkenalan memandangkan semua pelajar kelasnya itu sudah cukup dikenalinya itu. Dia memandang kearah So Mi . 

   "So Mi,mana buku laporan last year yang saya suruh bawak .."tutur Cikgu Kris memandang tepat kearah anak muridnya itu.

So mi merupakan anak murid suruhannya .Memandangkan gadis itu sahaja yang rajin melayannya,jadi gadis itulah anak murid kegemarannya. Walaupun tidak sepandai mana,tapi bolehlah juga disuruh.

   "ada..jap "dengan penuh semangat,so Mi menyelongkar begnya. Mencari buku biru yang dikatakan Cikgu Kris itu. 

Dicarinya buku tersebut di balik buku -buku yang lain namun tetap tidak dijumpainya. Matanya membulat besar apabila soalan Jung Kook sewaktu di dalam bilik terimbas kembali. 'Aku nak bawak apa ni?'

    "Jung Kookkk..."bentak So Mi sambil menghentak kuat mejanya. 

    "Jung Kook ?hah?kamu dah kenal pelajar baru kelas kita?"Cikgu Kris memandang hairan kearah pelajarnya itu. 

Belun diperkenalkan lagi pelajar baharu tersebut,So Mi sudah dapat meneka .Ajaib.So mi serta merta terbatuk angin. Matanya membutang memandang Cikgu Kris yang sedang buat muka seposennya. 

MAmat tu sekelas ngan aku!Mana boleh jadi ni!Ni mesti kerja Mama..

   "SO mi,mana buku yang saya nak tu?"soal Cikgu Kris kembali. Sudah penat menunggu. 

   "Ah..errr"

   "Selamat pagi Yifan seongsaenim...maaf mengganggu tapi kelas kamu ada pelajar baru tahun ini"seperti penyelamat,Tuan Lim yang merupakan pengetua sekolah datang mencelah. 

Lebar senyumannya dihadiahkan kepada Cikgu Kris yang buat muka toya. "Oh..ya..masuk -masuk.."pelawa Cikgu Kris. Gayanya seolah -olah mempelawa tetamu masuk kedalam rumah pula.

    "Baiklah,kamu boleh masuk...."Tuan Kim menolak lembut seorang lelaki yang dari tadi menyorok di belakangnya masuk kedalam kelas.

Sebaik sahaja lelaki tersebut melangkah masuk kedalam,pelajar perempuan sudah mula bersorak riang. Terpegun melihat kekacakkan yang dimiliki si pelajar baharu tersebut.

    Selamat berkenalan,saya Jeon Jung Kook.."dengan sopan ,Jung Kook memperkenalkan dirinya .

Dia menguntum senyuman manis ke semua rakan sekelas baharunya itu. Namun sebaik terpandang akan wajah tapai basi So Mi,serta merta senyumannya pudar.

Mereka berdua bertentangan mata untuk seketika sebelum Cikgu Kris mula memotong line. "Baiklah,tak perlu tayang muka kat sini.KAmu boleh duduk kat mana bontot kamu tu suka...cepat -cepat.."arah Cikgu Kris kembali semula ke laptopnya.

Jung Kook sekadar mengangguk sambil matanya meliar memandang sekeliling kelas. Mencari tempat kosong. Pelajar perempuan pula sudah mengangkat -angkat tangan menyuruhnya duduk di sbeelah walaupun sudah dimiliki.

Hahaha..sudah ku kata,aku ini kacak melampau.

   "Hey sini bro.."panggil satu suara membuatkan Jung Kook segera menoleh. 

Kelihatan seorang lelaki berwajah comel sedang menepuk -nepuk kerusi di sebelah.segera Jung Kook mendapatkan tempat tersebut tanpa melihat siapakah gerangan yang bakal menjadi jiran tempat duduknya. 

Sebaik sahaja dia selamat melabuhkan punggungnya.Rakan semejanya segera memperkenalkan diri.

   "Aku Jimin...kau,Jung Kook,okay aku dah tahu.."Jimin tersengih bagai kera busuk memandang kearah Jung Kook.

Bahu Jung Kook dicuit dari belakang. "Aku Hoseok..ini Tae Hyung.."

Sebaik nama Tae hyung terpancul,kepala Jung Kook segera menoleh kearah belakang sebelum wajah dingin Tae Hyung muncul. Hampir terkena serangan jantung Jung Kook dibuatnya saat itu. Habislah dia. Sudahlah dia tak berbudi bahasa dengan lelaki itu,ini boleh pula kenal dengan rakan -rakannya .

Mungkin selepas ini dia akan dibuang ke dalam longkang. Jung Kook mula berimaginasi sendiri. Membayangkan bahawa Taehyung itu sebenarnya mafia sekolah.   

    "Jumpa lagi  kita,Jung Kook

 

=====END CHAP 005=====

 

HOYOYOOOO...

DISINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YG TELAH SUDI MEMBACA DAN PARA SUBCRIBERS..

PADA YG TLH KOMEN..SYA SNGAT TERHARU..TT^TT

KOMEN KOMEN ANDA TLH BUATKAN SAYA BERSEMANGAT UTK SENTIASA MENULIS..PLEASE STAY SUPPORT ME UNTIL THE END OF STORY.. TQ ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'