CHAP 018

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Dari tadi,Jung Kook asyik bermundar-mandir di hadapan pagar sekolah. Tidak ada niat langsung untuk masuk kedalam. Hatinya sendiri tidak tenteram, memang tidaklah nak belajar. 

Matanya meliar memandang pelajar-pelajar yang masuk kedalam sekolah. Dia mendengus kasar. Geram dengan tindakan semberono gadis itu. Nak lari bagai kau ingat cerita hindustan ke mak cik ?.  

Telefonnya akhirnya dikeluarkan juga. Pantas nombor 1 ditekan lalu terus menyambung ke nombor gadis itu. Ya dia tidak tahu mengapa,tetapi nombor gadis itu telah diletakkan sebagai nombor carian utama. Macamlah mereka kerap sangat berhubung .

Cubaan pertama,tiada berjawab. Cubaan kedua dan ketiga juga sama sahaja. Gadis itu masih tidak menjawab panggilan berharganya ini. 

Akhirnya setelah hampir sepuluh kali mencuba,suara serak So Mi dapat didengari. 

   "Jung Kook..."

 

 

Air mineral diteguk Tae Hyung perlahan. Matanya kuyu memandang kearah Baek Hyun yang kelihatan sedang berbual sesuatu yang serius dengan doktor peribadinya. 

Ibu bapanya?. Tidak perlu dicarilah. Masing -masing sibuk dengan hal dunia. Dia ini bukan penting pun. 

Baek Hyun menghabiskan perbualannya. Dia menoleh kearah Tae Hyung yang terlantar lemah diatas katil. Kepalanya diggeleng lemah. Ingin sahaja dia pelakuk anak majikannya ini.

   "Aigoo..Nasib baiklah  kamu tak apa -apa tahu?. Yang kamu makan lebih dos tu kenapa hah!?... Doktor kata itu yang buatkan badan kamu lemah dan segala organ kamu berfungsi dengan lembab.."bebel Baekhyun . 

Tae Hyung sekadar memekakkan telinganya. Dia memandang sekeliling bilik wadnya itu sebelum berpaling semula kearah Baek Hyun yang sedang menuang air kedalam gelasnya tadi.

   "So Mi mana?"tanya Tae Hyung namun hanya dibiar sepi oleh Baek Hyun.

Penjaganya itu buat -buat tidak dengar sahaja soalannya itu. "Hyung!..So Mi mana!?"pekik Tae Hyung bagai nak keluar anak tekak. 

Matanya membutang bulat memandang Baek Hyun yang langsung tidak terkejut dengan jeritannya. Agaknya sudah kebal telinga lelaki itu. Baek Hyun menghela lemah. Dia berpeluk tubuh memandang Tae Hyung. 

   "Berhentilah Tae Hyung..kamu nak yang terbaik buat dia kan..jadi,lupakan dialah.."nasihat Baek Hyun .

Cuba memujuk lelaki itu agar berpijak pada alam yang nyata. Alam di mana dia dan So Mi tidak ditakdirkan bersama. Tae Hyung terdiam. Dia memandang lengannya yang dicucuk jarum bagi mengalirkan air masuk kedalam badannya. 

Dengan kasar dia mencabut jarum tersebut dari lengannya menyebabkan luka tercoret sedikit pada lengannya itu. Selimut dibuang ke bawah sebelum dia pantas meloncat turun dari katil wad tersebut. 

   "Yah!.. Kamu buat apa ni...kamu masih bel--"badan Baek Hyun ditolak Tae Hyung kasar membuatkan dia terjatuh diatas lantai.

Tae Hyung memandang serius kearah pembantunya. "Hantar aku sekarang.."

 

 

Kaki Jung Kook melangkah sebesar mungkin. Dia berlari selaju yang mungkin.Peluh sudah mula membasahi badannya namun kakinya masih tidak mahu berhenti selagi dia tidak sampai ke tempat yang ditujunya. 

Fikirannya hanya memikirkan tentang seorang sahaja. Hatinya jadi tidak tenteram selagi tidak bertemu dengan gadis itu. Perkara -perkara negatif mula menghantui fikirannya ketika. Sekarang,dia hanya mampu berdoa agar gadis itu tidak apa -apa.

Dia berhenti sebaik tiba di sebuah taman rekreasi . Matanya meliar mencari kelibat gadis itu. Nafasnya sudah tidak sekata. Turun naik tanpa henti. Dadanya berombak kepenatan. Peluh menitik setitis demi setitis. 

Matanya terarah kearah seorang gadis yang sedang duduk membeku diatas sebuah bangku tidak jauh dari tempatnya. So Mi kelihatan sedang termenung jauh. Segera,kaki Jung Kook berjalan mendekati gadis itu. 

Segaris senyuman sudah siap terukir pada wajahnya. Tidak sampai beberapa langkah dari So Mi,dia menghentikan langkahnya. "So Mi"panggilnya membuatkan So Mi mendongak memandang kearahnya dengan mata yang sembab.

Pantas So Mi bangun lalu mengesat air matanya. Dia memandang kearah Jung Kook yang kini berada di hadapannya. Cepat sungguh. 

Melihat kehadiran Jung Kook di situ,So Mi tanpa sedar kembali mengalirkan air matanya. Perlahan dia mendekati suaminya itu.

Jung Kook yang melihat pula sudah bersedia untuk memeluk isterinya itu. Dia sudah bersedia sepenuhnya untuk memujuk gadis itu. 

Namun,semuanya hanya sia -sia apabila  So Mi tidak berjalan melepasinya. Bagai desupan angin yang kuat,gadis itu melepasinya dengan perlahan. Menuju kearah insan yang berada di belakangnya. Yang datang lambat daripadanya.

Perlahan-lahan kepala Jung Kook menoleh ke belakang sebelum senyumannya terus layu . Serta merta rasa teruja dalam dirinya itu lenyap.Tae Hyung yang sedang tersenyum tipis dipandangnya.

   "Tae Hyung,kau tak apa - apa?"soal So Mi cemas. Terus terlupa akan kehadiran Jung Kook di situ.

Di matanya kini terlihat Tae Hyung sahaja. Betapa risau dirinya tidak perlu dikatalah. Melihatkan lelaki itu tiba -tiba tumbang sudah cukup membuatkan rohnya melayang terbang. 

Tae Hyung diam. Wajah risau So Mi itu dipandangnya lama. Lihatlah betapa sayangnya gadis itu kepadanya. Bagaimanalah dia boleh sanggup meninggalkan gadis ini...

Perlahan -lahan,tangannya diangkat menyentuh lembut pipi So Mi. Wajah gadis itu diusap bagai cuba menyatakan bahawa dia tiada apa -apa. Mereka berdua bertentangan mata untuk seketika. 

So Mi hanya membiarkan Tae Hyung mengusap wajahnya. Wajah pucat Tae Hyung direnungnya lama. Lega kerana lelaki itu kini sudah berada di hadapannya.

Pada masa yang sama,Jung Kook yang berada di belakang sekadar memerhati. Fikirannya kosong begitu juga pandangannya. Sekarang sudah jelas bahawa dia bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu.

Bibirnya diketap,cuba untuk menahan sebak yang tiba-tiba datang menyelubunginya. Dia tidak tahu mengapa dia rasa begini dan yang pasti dia perlu membuang segalanya. Jung kook sedarlah!.

Tangannya diselukkan kedalam kocek seluar sebelum dengan berat hatinya dia berpaling dari So Mi. Nafasnya ditarik sedalam mungkin sebelum kakinya diangkat pergi. Kehadirannya tidak memberi kesan pun.

 

 

Cappucino yang masih panas itu dihirup So Mi sedikit demi sedikit. Dia memandang burung -burung yang sedang berebut cebisan roti yang dilontar oleh Tae Hyung. Pandangannya kemudian terarah kearah Tae Hyung yang dengan gembira menaburkan cebisan roti kepada burung -burung tersebut.

Kim Tae Hyung,lelaki yang dia cukup kenal sebagai seorang yang begitu mencintai haiwan. Pernah suatu ketika dahulu,lelaki itu sanggup membahayakan diri masuk ke bawah lori yang hendak bergerak demi menyelamatkan seekor anak kucing.

Katanya,kucing itu layak untuk hidup lebih lama. Tae Hyung tersenyum puas sebelum dia mendekati So Mi semula. Punggungnya dilabuhkan disebelah So Mi.

  "Sudah habis?"soal So Mi seraya menjeling kearah bungkusan roti yang dipegang kemas oleh lelaki itu.

Tae Hyung tersenyum mengangguk. Matanya masih tidak lepas dari memandang burung -burung itu. Memastikan kesemua yang ada di situ mendapat bahagian masing -masing.

Mereka berdua duduk mendiamkan diri masing -masing. Walaupun sebenarnya terlalu banyak topik yang ingin dibualkan namun ia bagai terlalu susah untuk diutarakan. 

   "Ka..Kau sakit ke Tae Hyung?"soal So Mi akhirnya. 

Tae Hyung yang berada di sebelah segera berpaling kearahnya. Matanya sayu memandang kearah So Mi yang nampak bimbang akan kesihatannya.

Setelah lama berdiam diri,Tae Hyung akhirnya tersenyum. "Kau risauke?". So Mi terkedu . Risau?. 

    "Aku tak apa-apalah... cuma penat sikit je"sambung Tae Hyung sambil tersenyum. Tidak mahu merisaukan gadus kesayangannya itu.

So Mi memandang Tae Hyung lama. Entah kenapa dia bagai tidak percaya dengan apa yang dikatakan lelaki itu. Semuanya bagaikan penipuan semata -mata untuk menyedapkan hatinya sahaja.

Keluhan lemah bercampur lega dilepaskan kemudian. " Kalau macamtu..marilah.. pulang,kau perlukan rehat yang cukup"tutur So Mu seraya bangun dari duduknya. 

Dia memandang Tae Hyung yang seperti enggan untuk pulang. Lelaki itu memandang tepat kearahnya. Tae Hyung memandang tangann So Mi sebelum pantas tangannya memegang tangan lembut gadis itu. 

   "So Mi, kalau diberi peluang... adakah kau masih pilih aku sebagai teman hidupkau?"soal Tae Hyung dengan nada seriusnya. Tangan So Mi digenggamnya erat.

Berharap agar gadis itu rela bersamanya semula. So Mi terkedu sendirian. Dia memandang wajah penuh berharap Tae Hyung itu dengan perasaan yang sungguh misteri.

Kembali semula? . Bolehkah benda ini berlaku.. tetapi.. Jung Kook. Lelaki itu ialah suami aku..tetapi ... suaminya sendiri bukan ada perasaan padanya. Mereka hanya berpasangan diatas nama. 

So Mi berterusan membisu. Tiada jawapan yang jelas yang dapat diberikannya ketika itu. Semuanya terlalu sukar. Walaupun dalam fikirannya dia yakin dia masih ingin kembali kepada Tae Hyung tetapi kehadiran Jung Kook membuatkan dia sukar membuat keputusan. 

Suaminya itu walaupun menyakitkan hati tetapi telah berjaya membuatkan dia terhibur walaupun sekejap.

 Perlahan-lahan So Mi akhirnya menarik tangannya dari pegangan Tae Hyung. 

    "Maaf .... mungkin kita hanya boleh jadi kawan jer... Semua ni terlalu menyakitkan.."

Tae Hyung diam. Dia memandang So Mi yang bagai sedang cuba melarikan diri darinya. Dia bangun sebelum terangguk kecil. 

   "Baiklah..kawan"

 

 

 

Keesokannya,So Mi dan Jung Kook seperti biasa pergi kesekolah tetapi kali ini menaiki kereta. So Mi mengerling kearah Jung Kook yang langsung tidak berkata  apa -apa kepadanya sejak semalam. Marah ke? Tapi kenapa pula?.

Mereka berdua pantas turun dari kereta sebaik kereta yang dipandu Jae Bum berhenti berdekatan dengan pagar sekolah. Jejak sahaja kaki keatas tanah,Jung Kook segera menhorak langkah pergi. Langsung tidak menungguh So Mi untuk turun tidak seperti kebiasaannya. 

So Mi yang masih terpingga-pingga turun dari kereta hanya mampu memandang Jung Kook berlalu pergi begitu sahaja. Dahinya berkerit seketika sebelum tiba -tiba diserbu oleh Hyun Kyung yang entah muncul dari mana. 

Junior tingginya itu tersenyum lebar sebelum pantas tolong mengangkat beg sekolahnya yang tak seberat mana itu. Bola sepak yang dipegang lelaki itu dipandang So Mi . 

   "Ada latihan ke?"soal So Mi lalu berjalan beriringan dengan Hyun Kyung. 

Hyun Kyung mengangguk laju sambil melambung -lambung bolanya ke udara. "Nuna tahu tak fasal Kem Mesra Ahli yang Sung Jae hyung rancangkan untuk aktiviti kelab?"tanya Hyung Kyung sebaik teringat kembali perbualannya dengan lelaki itu ketika bertembung di bilik guru. 

   "Kem Mesra Ahli"Sekali lagi dahi tegang So Mi berkerut . Apa punya kem kah itu?. Apa ke peliknya nama?

Anggukan laju diberikan Hyun Kyung bagi menjawab persoalan gadis itu. "Hurm..Sung Jae hyung kata itu aktiviti first kita untuk tahun ni"terang Hyun Kyung . 

So Mi terdiam. 

 

Jimin dan Hoseok masing -masing tersembur air liur sebaik memdengar kata -kata Tae Hyung. Membulat mata mereka memandang kearah si rakan. Jung Kook pula sekadar berpeluk tubuh diatas bangku padang.

Ya,mereka berempat kini berada di padang akibat arahan mengejut Tae Hyung . Kata lelaki itu ada berita yang ingin disampaikan.

Wajah teruja Tae Hyung dipandang Jung Kook . Dia sekadar mampu mendiamkan diri dengan segala apa yang diceritakan rakannya itu.

Jimin menogak laju mineralnya sebelum kembali memandang kearah Tae Hyung. "Kau buat tabiat ke salah makan ubat ni!?"

Hoseok sekadar mengangguk,setuju dengan persoalan Jimin itu. Tae Hyung mengetuk kecil kepala Jimin . Dia menyilangkan tangannya kee dada seraya memandang serius kearah ketiga -tiga rakannya itu. 

   "Tak aku tak buang tabiat. Aku memang nak get back dengan So Mi dan aku serius "tegas Tae Hyung .

    "Okay bro,tu kitaorang faham tapi masalahnya,nak ke So Mi tu balik kat kau?. Lepas kau ,bukan..mulut kau tu sound dia macam -macam"terus terang si berani Hoseok menyatakan pendapatnya. 

Dia pun sebenarnya geram dengan perangai rakannya itu yang sekejap matang sekejap tak matang. Apa ingat So Mi tu mainan ke?. Nak guna amik,tak nak buang!.

Tae Hyung melompat turun dari bangku padang. Dia bermundar -mandir seketika sebelum berhenti . Matanya memandang tepat kearah Jung Kook yang dari tadi membisukan diri. 

   "Sebab itu aku nak minta tolong kau Jung Kook"

Mereka berdua saling berpandangan untuk suatu masa yang lama. Jung Kook sekadar memandang Tae Hyung tanpa sebarang reaksi. Dia langsung tidak terkejut dengan permintaan lelaki itu kepadanya. 

Minta tolong dengannya?. Kenapa ?. Kerana dia adalah 'sepupu 'gadis itu?. Jung Kook tidak membalas kata -kata Tae Hyung. Dia berterusan mendiamkan diri . Tiada jawapan yang tepat yang boleh dibalasnya. Sama ada negatif atau positif. 

   "Jung Kook..first sekali aku nak tahu.. So Mi tak ada boyfriend kan?"soal Tae Hyung dengan penuh debaran. 

Jung Kook tergamam . Ada ,dia ada tapi bukan kekasih tetapi suami. Suami tau!. Perlahan Jung Kook menggeleng lemah. Ya,sudah tentulah dia tak akan beritau yang dialah suami gadis itu. Dia tak segila tu .

Helahan lega dilepaskan Tae Hyung. Dia kembali mengambil tempat di sebelah  Jung Kook. "Aku nak kau tolong aku laporkan semua pasal So Mi kat aku,boleh?. Dengan siapa dia jumpa atau apa -apa ajer yang aku perlu tahu"pinta Tae Hyung sesedap hati sahaja. 

Jung Kook memandang Tae Hyung dengan keningnya terjongket keatas. Ingin sahaja dia mengeluarkan perkataan gila dari mulutnya . Apa mamat ni ingat aku ni bodyguard ermepuan tu ke?. Boleh tahu mana perempuan tu pergi. 

Hey,dia pun ada lifelah mangkuk berayun!.

Segaris senyuman kelat akhirnya diukir oleh Jung Kook. Kepalanya terangguk kecil. "Okay".

 

   

=====END OF CHAP 018=====

 HYE HELLO ^^...

SO,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR &BATIN

 

OKAY TU JE.. HAHA..BYE ^^

PLUS,SPOILER ::

*TAE HYUNG ADA KISAH SILAM DIMANA HANYA BAE KHYUN,PIHAK POLIS DAN KELUARGANYA YG TAHU

 

 

 

 

  

  

 

   

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'