CHAP 003

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

   "Arkkkkk..."So Mi berguling jatuh keatas lantai . 

Jung Kook bercekak pinggang memandang isterinya yang jatuh tergolek keatas lantai bagai nangka busuk malah nangka tu pun mungkin lebih cantik. So mi yang masih terbaring diatas lantai sekadar menjeling kearah Jung Kook. 

Habis sakit seluruh badannya akibat hentakan kuat yang mengejut itu. "Sakitlah ..kau nak apa!"marah So Mi seraya perlahan lahan bangkit dari baringnya. Dia memegang belakang badannya yang paling terasa sakitnya. 

Mungkin dia perlu beli susu Anlene selepas ini bagi membaiki semula struktur tulangnya. Jung Kook membaling tuala kearah So Mi yang masih tertonggeng-tonggeng untuk bangun. Perempuan ini dah tua ke sampai susah sangat nak bangun. Hey,sedangkan neneknya pun masih cergas lagi tahu..

   "Kau ingat kau sorang je sakit? Habis aku yang tidur kat bawah semalam tak sakit...dah,kau tak yah nak gedik sangat..Pergi mandi then kita turun sarapan sesama..."arah Jung Kook seraya melabuhkan punggungnya diatas kerusi di hadapan meja solek. 

Ya,semalam entah bagaimana dia yang tidur diatas boleh beralih ke bawah . Nak kata dia tidur ganas ,mana ada. Dialah lelaki paling ayu ketika tidur. Ini tak lain tak bukan angkara perempuan bernama So mi.

So Mi masih tercegat di tepi katilnya. Dia berkedip kedip memandang Jung kook . Lelaki ini buang tabiat ke?Semalam bukan main melenting tidak mahu dekat dengannya sekarang nak turun sarapan sesama lak..nak sarapan, sarapan lah sorang !jangan kacau orang tidur!

   "Kau pergilah sarap sorang.."malas ingin melayan kegilaan lelaki itu,So Mi  melompat  semula keatas katil bersaiz queennya itu. Bersedia untuk melayang kealam mimpi semula namun itu semua hanya tinggal bye -bye apabila pinggang So Mi tiba- tiba direntap  Jung Kook lalu dibawa ke bilik air tanpa rela. 

So Mi didudukkan keatas jamban duduk. Jung Kook bercekak pinggang memandang isterinya yang sudah buat muka tapai basi .Gadis itu kelihatan sungguh buruk ,lebih buruk dari katak yang sedang memanggil hujan. 

   "Bukak baju kau..biar aku mandikan.."arah Jung Kook selamba smabil tangannya mencapai paip air .Bersedia untuk menyimbah gadis itu. 

Mata kuyu So Mi terus bertukar segar bugar . Dia pantas memeluk badannya dengan perasaan yang sangat terancam. 

  "Ap..Apa!"

  "Apa, apa?..bukak bajulah sayang biar aku yang mandikan..."tangan Jung Kook sudah ingin mencapai hujung baju So Mi namun cepat-cepat ditepis So mi. 

   "ERT!!!!"

 

 

Jung Kook menjeling tajam kearah So mi yang sedang mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut. Dia memegang pipinya yang sakit ditumbuk gadis itu. Nasib baiklah dia senpat mengelak 1per 4 dari tumbukan padu gadis itu. 

Ganas sungguh..

   "Apa jeling- jeling..siapa suruh kau ert sangat.."marah So mi masih menyimpan dendam. 

Telefon pintarnya kemudiannya dicapai lalu diselukkan kedalam seluar treksuitnya itu. Matanya mengerling kearah Jung Kook yang masih tidak puas hati kepadanya. 

Malas ingin melayan lelaki itu,So Mi pantas bergerak menuju ke pintu biliknya. Jung Kook yang nampak ke mana gadis itu pergi dengan segera mendapatkan isteriny itu. Belum sempar pintu bilik dibuka sepenuhnya,lengan So Mi dirangklnya manja .

   "Okay jom..."ajaj Jung Kook sambil tergedik gedik menghentakkan kakinya diatas lantai. 

So mi mengerut dahi memandnag Jung Kook di sebelahnya. Tadi bukan main marah macam singa buas sekarang manja macam kucing miang pulak apasal. 

Ini dah kes serius ,mamat ni memang ada masalah personaliti. So mi menarik lenganya dari pegangan lelaki itu seraya menjauhkan diri setapak . 

   "Kau makhluk asing eh?"terpancul soalan bodoh dari mulut So Mi . Dia sudag bersedia membuka langkah taekwandonya jika alien di hadapannya ini tetiba menyerang. 

Jung Kook menjongket kening sambil berpeluk tubuh. Apa kejadah dia jadi alien pulak ni. Perempuan ni terencat akal apa?.

   "Kau merepek apa mak cik..dah jom.."sekali lagi,lengan So mi itu dirangkul oleh Jung Kook dengan manja. 

Namun kali ini lebih kuat agar gadia itu tidak dapat lepas. Ditariknya gadis itu turun ke ruang makan bersama. Senyuman lebar tercorak pada wajahnya yang tampak baik dan naif itu.

Setibanya di ruang makan,kelihatan Puan Han sedang menjamah roti seorang diri sambil membaca surat surat yang baru diterimanya. Menyedari kehadiran anak dan menantunya,surat surat tersebut segera ditolak tepi.

Pinggang So Mi ditarik Jung Kook rapat kepadanya . "Senyum senyumlah ..."bisiknya membuatkan So mi seperti telah dikawal tersenyum kekok. 

Mereka berjalan beriringan ke meja makan.So Mi yang ingin melepaskan diri segera memijak kaki Jung Kook dan melarikan diri kearah ibunya yabg sedang tersenyum lembut.

   "Haih,pengantin baru kita dah sampai .."ujar Puan Han sambil mengenyit mata kearah So Mi yang hanya mampu tersenyum kekok. 

Kalau ikutkan hati ,inginkan sahaja dia menceritakan segalanya pada ibunya namun disebabkan sedar ini semua salahnya ,dia hanya mampu mengatup mulut. Ya,salah kau So Mi..salah kau!

Jung Kook yang sedang menahan kesakitan pada kakinya segera mengambil tempat berhadapan dengan isterinya. Sengaja sungguh dia ingin menaikkan lagi rasa meluat dalam diri isterinya itu.

    "Macam mana ?okay?"Puan han memandang makna kearah Jung Kook yang sekadar tersipu -sipu malu.

So Mi yang duduk memerhati hanya mampu membuat muka meluat. Garfu dekat sahaja dengannya ,karang ada juga yang buta tak pasal pasal.

   "..okay je auntie..cuma So Mi je malu malu sikit.."adu Jung Kook sambil mengenyit mata kearah So Mi yang sedang meneguk jus oren segar.

Tersedak terus jusnya mendengar kata kata lelaki itu. Apa ni !hey..Malu?okay ye,aku malu kau tu yang tak tahu malu..sedap sedap ajer buat katil aku macam katil kau!

So mi sekadar tersenyum kelat sedang dalam hatinya sudah berkepul kepul asap keluar. Kalau dalam cerita kartunlah,telinga dan hidungnya pasti sudah mengeluarkan kepulan asap hitam sekarang ini. 

    "Hahaha..biasalah tu..So Mi memang macam tu..macam Omma waktu muda dahulu.."Puan Han mula mengimbas kenangan silamnya bersama mendiang suaminya. 

Dia tertawa kecil memandang So Mi yang sekadar menyediakan makanan untuk diri sendiri sedangkan pinggan so Jung Kook masih kosong. Dcuitnya pinggang gadis itu membuatkan So Mi terjerit kecil.

   "Aaa,omma kenapa?"aduh So Mi seraya menyumbat biskut jamnya kedalam mulut.

Puan Han menggeleng lemah ,tidak faham faham betil anaknyabini. "Itu suami kamu,pergilah layan dia.."puan Han memberi nasihat . M u lutnya dilap dengan tisu. So mi memandang ibunya dengan pandangan tidak percaya.

   "Ma,dia ada tangan kot.."enggan memberi layanan kepada Jung Kook,So mi mula memberi alasan .Namun alasannya itu hanya dibalas dengan cubitan yang lebih sakit . 

   "Jangan nak buat lawak bodoh pagi pagi ni..tolong cepat.."

So Mi mendengus geram seraya mengalihkan pandangannya kearah Jung Kook yang sedang menghirup teh dengan sopannya. Jung Kook tersenyun sinis sambil menjongketkan keningnya memandang So Mi. 

Ya,dia dengar..dengar segalanya. Hahahhaha Jeon So Mi kau adalah hamba abdi aku.!!!

    "Nak makan apa?"soal So Mi tidak rela. 

Jung Kook meletakkan tehnya diatas meja semula seraya tersenyum lebar memandang So mi .Dipandangnya setiap makanan yang terhidang dengan penuh teruja. 

   "Saya nak awak boleh.. ngamm..."sekali lagi Jung Kook mula menunjukkan kegedikannya yang lebih gedik dari pondan pondon yang anda boleh jumpa di mana mana pasar .

Heih,kalaulah aku tak tahu yang kau ni talam dua muka dah lama aku pengsan dnegan kau sekarang ni tapi sebab semalam dna pagi ni punya kes..Kau Jeon Jung Kook,jangan harap boleh mainkan aku lagi.Kau,telah menipuku dengan kekacakkanmu pada hari pertama kita berjunpa...Arghhhh..

So Mi mula berfalsafah sendirian dalam dirinya. Wajah Jung Kook yang sedang tepat merenungnya dipandnag dengan penuh rasa geram. Kau ingat aku cair macam dulu!

    "Alolo..sweetnya suami kamu ni So Mi..hahaha"Puan Han yang dari tadi memerhati sudah tidak dapat menahan keterujaannya melihat kemesraan pasangan baru berkahwin ini. 

Hanya mampu sengihan palsu yang dihadiakan So mi buat pujian ibunya itu.

   "Urm So Mi...lepasni pergi teman suami kamu beli seragam sekolah kamu..."ujar Puan Han membuatkan roti bersapu jam yang dipegang oleh So Mi tercampak kearah wajah Jung Kook. Sengaja atau tidak hanya So Mi yang tahu.

Jung Kook menjeling geram kearah So Mi yang sedang membuat muka katak terkejut. Tak payah terkejut sangatlah minah.Apa ?,ingat kau sorang ajer nak pandai.Aku pun nak pandai jugak. 

Wajah Puan Han dipandang So Mi dengan mata yang membulat. Katakan tidak ibu..Tidak. Tak mungkinlah aku nak kena bersekolah dengan mamat talam.dua muka ni. Habislah dia nanti. 

  "Tak payah nak terkejut sangat,cuti akhir tahun dah nak habis,tak akan kamu tak nak tahun senior pulak?."Puan Han sekadar menjeling. 

Ya,cuti akhir tahun akan berakhir lusa bermakna So Mi sebagai seorang pelajar perlu memasuki alam sekolahnya semula namun tahun ini sebagai seorang senior.Gembira kan...

So Mi terdiam. Bukan tak nak sekolah tapi tak nak dengan mamat bergelar suaminya ini. Jung Kook yang sedang mengunyah kentang goreng sekadar terjongket kening memandangnya.

 Macam mana aku nak buat ni?Apa aku nak terangkan pada kawan kawan aku?Kalau sebelum ni,memang aku teruja nak beritahu semua orang yang Jung Kook ni suami aku tapi sekarang..memang taklah!..

Sememangnya seluruh sekolah termasuk kawan- kawan So Mi langsumg tidak dijemput semasa perkahwinan mereka berdua. Tetanu yang hadir hanya terdiri dari VVIP iaitu rakan rakan Puan Han. Majlis yang penuh rahsia...

So Mi menggeleng -geleng laju. Mengingatkan sahaja apa yang bakal berlaku nanti sudah cukup mengerikan. Jung Kook dijelingbya sekali lagi. Selamba sahaja lelaki itu bersarapan sambil berbual rancak dengan ibunya. 

Mesra sahaja hubungan mereka berdua tidak macam dengan dirinya. Jeling sikit dah mula buat muka. Entah -entah suaminya ini suka pada ibunya bukan dirinya. 

So Mi mula berpikiran macam -macam sambil giginya ganas menghancurkan biskut oat dalam mulut. Jeleskah?

 

Terlebih dahulu Jung Kook melangkah turun dari bas awam.Ditinggalnya So Mi yang terkocoh -kocoh berebut turun dengan penumpang lain. Lelaki itu sudah jauh melangkah kehadapan meninggalkan si isteri.

   "Yah.."jerit So Mi sebaik berjaya mendaratkan kakinya keatas tanah. 

Dilihat Jung Kook sudah jauh ke hadapan .Selamba sahaja lelaki itu jalan dahulu,entah tahu ke tidak di mana kedai baju yang patut mereka tuju. Jung Kook bukanlah lelaki tempatan Seoul setahu So Mi,suaminya berasal dari sebuah pekan yang tidak diketahui di mana terletaknya. 

Apabila ditanya ,lelaki itu sekadar menjawab. "Suatu tempat di bumi yang luas ini.."jawapan yang amat menyakitkan hati namun disebabkan ketika itu So Mi telah terkena deman cinta. Gadis itu hanya tertawa gembira bagai jawapan lelaki itu adalah lawak.

Tersemput-semput So Mi mengejar suaminya itu dengan kasut tumit tak berapa tingginya itu. Sebaik sahaja dia dapat berjalan seiringan dengan lelaki itu ,beg tangan berjenamanya itu segera melayang tepat di belakang tengkuk lelaki itu.

  "Arkkk..sakitlah !"bentak Jung Kook ,kakinya terus berhenti melangkah.KEpalanya berpaling kearah So Mi yang sudah menjelir lidah. Suka benar kerana berjaya memukul lelaki itu.

  "Padan muka!..dah jom pak cik kampung...kita gi kedai yang kau tak tahu kat mana letaknya.."ujar So Mi segera berpalinh ke hadapan semula.

Kakinya pantas berjalan meninggalkan Jung Kook yang sedang menahan marah. Tapi ,betul juga kata gadis itu,dia bukannya tahu jalan kat Seoul ni. Inilah kali pertama dia keluar berjalan ,selama ni,hanya terperuk dalam rumah agam Puan Han je.

Dikejarnya So Mi yang dengan gembiranya berjalan seorang diri. "Tak apa..lain kali aku balas.."

 

 

Mereka berdua berdiri di hadapan sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis uniform sekolah. Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah tinggi,semuanya ada. Oleh itu,kedai ini terkenal di Seoul. Kebanyakkan pelajar memilih kedai ini untuk membeli pakaian seragam sekolah. 

Pelanggan di dalam kelihatan tidak ramai ,mungkin kerana masih awal pagi .lihat sahaja petang nanti,tentu ramai yang akan menyerbu. Maklumlah,sudah nak naik sekolah kan..

Jung Kook memandang uniform sekolah yang dipamerkan di rak kaca hadapan kedai dengan mata yang bersinar -sinar. Uniform tersebut nampak sungguh cantik dan bergaya. Bayangkanlah jika dia yang memakainya,pasti ramai gadus beratur untuk meminta nombor telefonnya. Bukan gadis sahaja,mak cik-mak cik dengan nenek -nenek pun join jugak sekali.

Senyuman lebar meleret pada wajahnya. Sudah mula berangan angan. Dia memandang kearah So Mi yang sudah ingin melangkah masuk kedalam kedai. Segera ditarik kolar baju gadis iyu lalu diheret ke hadapan uniform tadi.

    "Aku nak ini!"pinta Jung Kook seraya memandang tepat kearah So Mi. Wajahnya sudah bersedia untuk berubah,jika terpaksa dia akan menggunakan wajah comelnya untuk memujuk gadis itu. Dah tentu tidak dapat menolak!.

 Uniform yang tersarung pada patung berwajah pucat itu dipandang So Mi dari atas ke bawah.

Memanglah cantik tetapi..

   "Ini bukan seragam sekolah kita nanti..dah jom masuk.."tutur So Mi lalu melangkah pergi meninggalkan Jung Kook yang sudah mencebik.

Belum sempat dia ingin berkata sesuatu,gadis itu terlebih dahulu pergi. Tidak mahu mengalah,Jung Kook berlari masuk kedalam kedai. Mengikut gadis itu .

Sepasang uniform bewarna merun dilemparkan kearah Jung Kook yang masih membuat muka katak. "Pergi try.Muat ke tak?"arah So Mi sambil membelek baju -baju yang lain.

Jung Kook memandang uniform di tangannya sebelum tersenyum. 

 

Selepas beberapa minit menunggu,akhirnya Jung Kook keluar dari bilik persalinan dengan uniform yang diberi So Mi tadi. So Mi berpeluk tubuh memandang suaminya itu. Senyuman yang baru ingin terukir pada wajahnya segera dilenyapkan serta merta. 

   "Okay..muat.."ujar So Mi cuba menyembunyikan keterujaannya melihat kekacakkan suaminya itu.

Jung Kook mengecilkan mata memandang So Mi yang cuba melarikan diri dari terus memandangnya. Dia tersenyum nakal ,tangannya diselukkan pada kovek seluar seraya mendekati gadis itu.

   "Okay je..jujurlah,aku kacakkan ..ouh,dengar tu..aku dapat dengar bunyi degup.."So Mi menelan air liurnya. 

Mereka berdua saling bertatapn untuk seketika sebelum tangan So Mi menatak sekali lagi tengkuk Jung Kook. Memang tempat kesukaan agaknya. Jung Kook mengaduh sakit .

   "Yah,kau ni memang ganas apa?"bentak Jung Kook sambil mengusap ngusap belakang tengkuknya dengan penuh kasih sayang. 

So Mi hanya menjeling tajam . "Dah .pergi tukar balik.."malas ingi melayan,So Mi memberi arahan tegas kepada suaminya itu. Dia kembali membelek -belik uniform sekolah rekaan baru dari jenama SMART.

Semuanya cantik -cantik belaka namun disebabkan sekolahnya mengamalkan seragam sekolah tetap jadi memang tiada peluanglah nak tukar tukar gaya. Jung Kook membebel sendirian sambil masuk semula kedalam bilik persalinan. Dengan cepat dia menukar semjla pakaian kasualnya semula.

Selesai,uniform merunnya tadi dilemparkan tepat kewajah So mi yang sedang rancak berbual dengan salah seorang penjaga kedai. So Mi menahan geramnya,uniform tersebut segera diserahkan kepada penjaga kedai di sebelahnya. 

   "Amik saiz ni dua ya.."pinta So Mi sopan .Segera penjaga kedai itu mengangguk dan menjalankan tugasnya. Matanya sempat lagi mengerling kearah Jung Kook yang sedang membuat muka seposen tak lakunya. 

So Mi mengatur langkah ke kaunter,dia tersenyum sebaik bertembung mata dengan penjaga kaunter yang amat dikenalinya itu. Wanita yang separuh abad itu sudah cukup kenal dengan So Mi memandangkan gadis itu sering mengunjungi kedainya hampir setiap tahun. 

   "Apa khabar kamu sekarang So Mi,makin cantik auntie tengok.."tutur wanita itu sambil melemparkan senyumannya kearah anak gadis itu. 

    "Baik je auntie Dara..hahaha,saya memang sentiasa cantik"gurau So Mi sambil tertawa lembut.

Jung Kook yang berdiri di belakang memegang tekaknya yang terasa ingin muntah. "Perasan..patung botak tu lagi cantik.."bisik Jung Kook perlahan ke telinga gadis itu. So Mi yang mendengar sekadar menahan geram.

Senyuman masih dikekalkannya. Tidak sampai beberapa minit,penjaga kedai yang bertugas melayan So mi tadi fatang dengan dua paket lengkap uniform merun yang dipinta. Diserahkan uniform tersebut kepada Puan Dara.

Jung Kook sekadar melihat wanita itu melakukan kerja dengan cekap. Dia memandang kearah So Mi yang sedang mengeluarkan beberapa keping not duit.  "Kau tak beli ?"soal Jung Kook hairan melihat hanya uniformnya yang dibeli.

   "Tak..aku ada tahun lepas.."balas So Mi pendek.

   "Muat lagi ke?"ujar Jung Kook separuh menyindir. Dia berpeluk tubuh memandang So Mi yang sudah terdiam.

   "Muat lagi?apa maksud kau?.Dah tentulah muat!"antara tidak pasti dan pasti,So Mi mempertahankan dirinya. 

Mendengarkan kata kata lelaki itu,otaknya bagai terkena renjatan elektrik. Muat lagi?Muat lagi ke?..

Jung Kook sekadar tersenyum senget seraya menjongketkan kening berkali -kali. "Okay,aku cuma tak nak kau nampak macam saring nangka.."seusai itu Jung Kook segera berlalu pergi .

So Mi pula sudah terdiam .

 

   "Bukan tadi kau kata muat ke?"Jung Kook kembali kearah So Mi yang kini sedang membayar lagi sepasang uniform merun versi perempuan.So Mi sekadar menjeling tajam sebelum matanya tertump kearah uniform putih yang berada di tangan Jung Kook.

   "Ini apa pulak?"

   "Aku nak ini!"uniform yang telah menarik perhatian Jung Kook dari tadi diletakan lelaki itu keatas meja kaunter.

Gigi So Mi sudah mula mengerigi antara satu sama lain.Lelaki ini tak faham biasa atau apa?Dah ada uniform,nak uniform lagi buat apa!Buat pameran !.

   "Jangan nak mengada -ngada!.Dah ada uniform,nak beli lain buat apa"

Jung Kook mencebik memandang So Mi yang memaling darinya. Bersedia untuk membayar. Uniform tadi doletakkan diatas meja kaunter dengan selamba.  "Bayar ni sekalai auntie..dia bayar"tutur Jung Kook membuatKan So Mi naik angin . 

   "Tak payah auntie..ni tak ada kena mengena.."uniform tadi ditolak ke tepi. 

    "Bayar sekali.."ditolak kembali kearah Puan dara yang sedang dalam kekonfiusan. Nak beli ke tak ni?

    "Tak payah!"tegas So Mi ,tangannya pula menolak uniform tersebut namun kali ini Jung Kook sama sama menolak. Akhirnya uniform tersebut tersepit diantara tengah -tengah. 

      "Kau pernah tengok tak orang mati sebab kena sumbat dengan uniform skeolah!nak try!"marah So Mi . Matanya membitang memandang Jung Kook yang enggan mengalah. 

      "Kau pernah tengok tak orang mati sebab tak dapat uniform yang dia suka..nak tengok!"balas Jung Kook pula membuatkan So Mi ketawa mengejek. 

     "Haha..bagus,mati sekarang!"

Mendengarkan jawapan So Mi itu,Jung Kook segera mengambil blazer putih tadi lalu dibelitnya ke leher. Sah nak mati betul. So Mi tersedak melihat tindakan Jung Kook yang kini menjadi perhaian ramai. Segera dia memukul lelaki itu supaya berhenti. 

   "Fine..auntie kira ni sekali"pinta So Mi kalah kepada lelaki sewel itu. Memang tak tahu malu apa!

Puan Dara pula sudah mengekek ketawa ,kelakar melihat pergaduhan comel dua pelanggannya ini. "Haih,adik beradik kalau tak bergaduh memang tak sahkan..haha.."

  So Mi yang baru ingin mengeluarkan beg duit dari beg tangannya terhenti . Dia dan Jung Koo berpandangan sesama sendiri. Adik beradik?.Muka kami seiras ke?.

    "Kamu tak pernah pulak kenalkan adik kamu pada aunie So Mi ,terkejut auntie.."ujar Puan Dara lagi.

Senyuman Jung Kook sudah melebar ke telinga. Adik,ya aku adik. "Dengar tu mak cik,aku adik tau..adik.."bisik Jung Kook dengan gembira sambil menyiku nyiku pinggang langsing So Mi.

So Mi yang sudah panas hati sejak tadi pantas menghentak kaki Jung Kook membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. So Mi tersenyum puas,padan muka!

   "Nah,Taehyung tak datang sekali kali ni?"soal Puan Dara sambil menghulurkan beg plastik berisi uniform-uniform tadi kepada Jung Kook. 

Terdiam. So Mi terus membisu sebaik nama tersebut disebut oleh Puan Dara . Dia hanya tersenyum kelat sebagai jawapan . Habis nak jawap apa lagi,tak adalah,dia dah tinggalkan saya kat sebelah tong sampah sekolah hari last sekolah .Macam tu..hey gila,gila!

Jung Kook mengerling kearah So mi yang sudah tersenyum kelat. "Auntie..thanks..Nuna,jom.."ajak Jung Kook mencelah kesunyian yang sudah mula menyinggah.Lengan So mi pantas dirangkul lalu berjalan bersama -sama.

Baru sahaja mereka berdua ingin melangkah keluar,kaki mereka segera berhenti sebaik bertembung dengan seseorang.

Kepala So Mi perlahan -lahan mendongak memandang ke atas sebelum matanya bertembung dengan mata dingin seorang lelaki.

   "Taehyung.."

 

 

=====END OF CHAP 03=====

 

JADI,HOW?

please do comment if ada yg tak kena atau tak best supaya saya boleh perbaiki ;)

Maaf jika ada banyak salah memandangkan saya update dengan phone ... btw,keep read 

 

Ikhlas dari saya, chu~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'