003

TOY

 

Tapak tangan sejuk Min Rae bergesel antara satu  sama lain bagi menghasilkan haba . Badannya sudah mula mengigil kesejukan. Cuaca turut kelihatan mendung,barangkal akan hujan sebentar lagi. Sejak dari tadi,Minrae langsung tidak berganjak.

Matanya memerhati kearah jalan sekolah yang sudah lengang dengan kenderaan.Kebanyakkan guru sekolahnya sudah beransur pulang ke rumah. 

Telefon pintarnya masih digenggam kemas di tangan. Boleh sahaja untuk dia menelefon pemandu peribadinya namun disebabkan dia percaya bahawa kekasihnya akan datng mengambilnya,dia tidak melakukannya.

   "A...a..ahchooo" Min Rae membersin kuat .Cecair likat merah mengalir keluar dari lubang hidungnya membuatkan matanya membeliak besar.

Kepalanya terus terasa pening saat melihat darahnya sendiri. Tangannya pula sudah membeku untuk menelefon pemandu peribadinya . Tidak dapat menahan lagi,badannya perlahan-lahan mendarat jatuh kearas tanah sebelum telinganya dapat menangkap satu suara cemas memanggilnya.

   "Min Rae!!!"..

Pandangan MIn Rae bertukar kabur membuatkan dia tidak mampu melihat dengan jelas insan yang berlari kearahnya itu. 

    "Moon BIn...."

 

 

Sepasang kaki berlari pantas menuju kearah sekolah. Sesampainya di hadapan pintu pagar sekolah,matanya terus melilau mencari kelibat seseorang namun tidak dijumpa. Safu keluhan berat dilepaskannya lalu badannya disandarkan ke pagar sekolah.

Sepanjang di tempat karaoke tadi,dia langsung tidak dapat nenunpukan perhatian,sering sahaja wajah kekasihnya itu mubcul mengganggu. Memberikan dia rasa yang tidak sedap.NAmun sampai sahaja di sini,kelibat kekasihnya tiada.DIa sepatutnya sudah boleh menjangkanya.

Min Rae bukan terlalu bodoh untuk sanggup menunggu kan?PAstilah gadis itu sudah pulang. 

 Mynie,awak dah balkk rumah ke?

Baguslah..risau saya..

-Binnie.

Mesej tersebut dihantar kepada kekasihnya itu. Memeriksa sama ada benar kekasihnya itu sudah pulang atau tidak. Dia menjeling sekali lagi kedalam bangunan sekolah sebelum berlalu pergi .KEmbali kepada rakan rakannya yang sedang berseronok di pusat karaoke.

 

 

 

Kedatangan seorang pelajar lelaki dengan anaknya yang sudah pengsan mengejutkan Puan Choi dan suaminya. Segera dia menelefon doktor peribadi keluarganya. Anaknya itu dibaringkan pelajar lelaki tidak dikenali itu diatas katil.

   "Apa yang terjadi pada anak auntie?mana kamu jumpa dia..??"soal Puan Choi cemas sambil tangannya memegang tangan sejuk anaknya itu .

Matanya sudah bergelinang melihat kesan darah yang melekat kering pada wajah anaknya itu. Jung Kook sekadar mendiamkan diri. Dia menyinsing lengan bajunya yang turut terkena darah gadis itu. 

    "Puan,doktor sudah sampai.."beritahu pembantu rumah .DI belakangnya kelihatan seorang lelaki segak berkemeja putih dengan beg bimbit hitam di tangan.

Puan Choi segera memberi ruang bagi dokyor tersebut untuk melakukan tugasnya. Dia dan suaminya hanya mampu memandang dengan berharap anaknya tidak apa -apa.

Selepas beberapa minit menjalankan pemeriksaan ,akhirnya doktor tersebut tersenyun lembut memandang dua pasangan suami isteri di hadapannya. "Dia tidak apa apa cuma terlalu kesejukan membuatkab darahnya tidak dapat mengalir dengab betul...Seeloknya ,letakkan pek pemanas di sekelilingnya supaya dia dapat kembali ke suhu asalnya.." terang doktor tersebut sebelum meminta diri untuk beredar.

Jong KOok merenung memandang Min Rae yang masih tidak sedar diri. Kasihan pula dia nelihatkan keadaan gadis itu ketika ini. Kenapalah dia bodoh sangat?inikah namanya kesetian cinta?eceh..

   "Anak ni siapa ya?kat mana kamu jumpa Min Rae?"soal Puan Choi setelah lega mendengar keputusab keadaan anaknya .

Punggungbya dilabuhkan dihujung katil sambil matanya memandang tepat kearah pelajar lelaki yang menyelamatkan anaknya. Kasihan,kerana ingin menyelamatkan anaknya,habis kotor baju seragamnya. 

   "Saya,Jeon Jung Kook,auntie..rakan sekelas Min Rae...Sebenarnya saya kebetulan terserempak dengan dia di perkarangab sekolah..kami baru balik bersihkan kelas tadi..."tipu Jung Kook . Langsubg tidak menceritakan hala yang sebenarnya berlaku. 

Puan Choi mengangguk faham. " Sekejap..nama kamu apa tadi?.Jeon Jun....jadi kamu nilah anaknya Tuan Jeon ke?"tanya Puan Choi teruja. Belum pasti,dia sudah teruha semacam.Yakin benar dengan tekaannya itu.

Hanya senyuman kekok yang diberikan Jung Kook sebagai jawapan bagi pertanyaan wanita tidak dikenalinya itu. Macam mana pula wanita ini boleh kenal papanya?Dia ini rakan sekongsi yang selalu papa cerita tu ke?...

   "Wah,tak sangka boleh bertemu kamu dengan cara macam ni..Apapun,auntie nak ucap thanks sangat pada kamu..kalau tak ada kamu tadi,tak tahulah apa jadi pada anak auntie..." tutur Luan Choi seraya memandang sayu kepda anaknya.

Tiada balasan yang mampu diberikan Jung Kook ketika itu. Sejujurnya dia turut lega dengan keadaan gadis itu sekarang.Sewaktu melihat hidung gadis itu mengalirkan darah,dia memang tidak dapat menggambarkan betapa cemas dan risaunya. 

   "Eh,jung kook ,mari uncle berikan kamu pakaian baru..pakaian kamu ni biar auntie kamu cuci nanti.."celah Tuan Choi disebalik kesunyian. Kasihan dia melihat keadaan pakaian lelaki itu. Pasti tidak selesa memakainya.

Jung Kook pantas menolak. "Tak apa uncle...saya pun nak balik ini..minta diri dahulu.."pinta Jung Kook sopan. Badannya membongkok hormat kepada kedua orang pasangan tersebut sebelun dirinya dihabtar oleh pembantu rumah sehingga ke pintu rumah.

    "Baik budak tu.."puji Puan Choi sebaik kelibat anak rakannya sudah tidak kelihatan. Tuan Choi mengerling kearah isterinya seraya berpeluk tubuh.

    "Semakin yakinlah awak dengab keputusan awak tu kan?" Tutur Tuan Choi separuh menyindir. 

Hanya senyuman penuh makna yabg menguntum pada wajah isterinya itu.

 

 

 

Seorang lelaki dengan pakaian tidurnya bergolek-golek pada katil bujangnya sambil membelek belek telefon pintar yang dibelikan Min Rae kepadanya sewaktu date pertama mereka. Akhirnya telefonnya itu dilantarkan di sebelah. Penat menunggu mesej yang tidak kunjung tiba di peti masuk telefonnya.

   "Kenapa dia tak balas?..bateri habis ke?"soal Moon Bin sendirian sambil merenung kosong ke siling rumahnya itu.

Badannya bagai tidak senang berbaring pada tilamnya itu,hatinya meronta ingin tahu keadaan sebenar kekasihnya itu. Selalunya bila dia hantar mesej ,laju sahaja gadis itu membalas. Kali ini kenapa lambat pula.

Bibir bawahnya digigit lembut .Dahinya berkerut memikirkan tentang kekasihnya itu..

   "Aishhh.."bentaknya seorang diri sambil membaling geram bantalnya keatas lantai.

 

 

Pagi itu,Min Rae yang masih merasakan badannya kepenatan berusaha bangun dari baringnya. Dia memegang dahinya yang dilekatkan dengan pek panas. Kepalanya tidak dapat mengimbas kembali apa sbenarnya yang berlaku. 

Yang dia ingat hanyalah satu suara sedang memanggilnya dalam nada cemas .Selepas daripada itu,dia langsung tidak mengingat apa apa lagi.

   "Cik dah bangun?..cik nak apa apa.."soal pembantu rumah yang kebetulan masuk untuk memeriksa keadaan.

Minrae memandang jam di dinding biliknya .Pukul 7.00 tepat. "Sediakan baju sekolah saya..." arah Min Rae seraya meloncat turun dari katilnya.

Kakinya yang terasa lemah itu melangkah perlahan ke bilik air. "Tapi puan tak beri cik sekolah hari ini.Puan suruh cik berehat.."beritahu pembantu rumah tersebut risau. 

Min Rae yang baru ingin masuk ke dalam bilik air berhenti melangkah. "Sediakan sahaja.." arahnya pendek sebelum melangkah masuk kedalam dan membersihkan dirinya.

 

Sekeping roti bakar berintikan jam blueberry disumbat masuk kedalam mulut. Min Rae duduk bersarapan seorang diri . Matanya kuyu memandang sarapan lain yang terhidang diatas meja makan. 

   "Myn..kenapa kamu pakai baju sekolah ni..mama dah kata jangan pergi sekolahkan!"marah Puan Choi yang baru selesai menyiapkan diri untuk ke syarikatnya. Tuan Choi yang turun kemudian turut memandang risau kearah anak tirinya.

Tiada balasan dari Min Rae. Dia berterusan mengunyah rotinya. Jika dia tidak ke sekolah,siapa yang nak serahkan semula segala kerja sekolah rakan rakan sekelasnya yang lain. 

  "Myn dah okay..jangan risau.."tutur Min Rae seusai menghabiskan sarapannya. Punggungnya diangkat dari kerusi lalu kakinya diatur laju ke pintu rumah tanpa sempat dihalang Puan Choi.

   "Semangat dia nak belajar memang tak boleh dihalang."tutur Tuan Choi menggeleng. Kopinya dohirup perlahan-lahan.

Hanya keluhan lemah yang mampu diluahkan oleh Puan Choi ketika itu.

 

 

 

   "Apa!?.Kau cakap kau tak sempat siapkan kerja kitaorang?!..Kau buat apa malam tadi samapi benda senang macam nu pun tak boleh buat!"tengking Suzy bengang apabila noanya todak disiapkan . Sudahlah nota itu perlu dihantar hari ini,si bisu ini boleh pula buat hal.

Bukan Suzy sahaja malah pelajar kelas lain turut sama memandang bengang kearah Min rae yang sudah disandarkan pada dinding. Masing -masing mengerumuni gadis itu. 

 Tiada sebarang kata yang mampu diluahkan Min Rae ketika itu. Dirinya diselubungi rasa takut yang amat. 

    "Aku nak kau melutut sekarang jugak..."marah Ho Seok yang sememangnya tidak senang duduk keraba notanya kosong tanpa sebarang tulisan. Apa yabg perlu dijawabnya kepada gurunya nanti.

Min Rae tersentak dengan arahan laki itu. Dia memandang simpati kearah rakan rakan sekelasnya yang sudah buat muka menyampah memandangnya.  

   "Tunggu apa lagi.."kepala Min Rae ditolak kasar ke bawah sehingga menyebabkan gadis itu tidak satbil dan terjelepok keatas lantai. 

 Tidak mempunyai pilihan ,Min Rae melutut di hadapan rakan sekelasnya sambil tertunduk malu. Air mata sudah bergelinangan pebuh di tubir matanya. 

Mengapa perlu sebegini takdir hidupnya?Apalah agaknya salahbya suatu ketika dahulu sehingga dia terpaksa menerina hukuman seteruk ini?.

Min Rae hanya mampu menangis dalam diam .

   "HOIII!!!Korang buat apa hah!?"tengking satu suara kasar dari muka pintu. 

Serentak itu ,Moon Bin yang baru tiba debgan rakannya ,Rocky berlari kearah kerumunan ramai.Dilihat kekasihnya sedang melutut di atas lantai.Moon Bin menjeling kearah rakan rakan sskelasnya.

Meter kemarahannya serta merta naik mendadak. Tidak dapat menahan amarahnya lagi,kolar baju salah seorang rakan sekelasnya itu direntap kasar .

   "Apa korang pikir korang buat hah!biar dia melutut macam ni..apa korang ingat dia ni hamba ke!.."tengking Moon Bin seraya menolak lelaki tadi hingga jatuh melanggar meja.

Tanpa menunggu lama,dia segera membantu kekasihnya itu bangun dari terus melutut bagai orang bersalah. "Mynie..are ypu okay?"soalnya risau .

Dapat dirasa gadis itu sedang teresak esak menangis dalam diam.Melihatkan keadaan itu,gadis itu segera didakap ke dadanya. .Kepala gadis itu diusap usap lembut,cuba menenangkannya. 

    "Tengok apa lagi!Blahlah.."halau Moon Bin yang masih todak dapat kemarahannya . 

Satu persatu wajah sekelasnya direnung tajam bagaikan harimau kelaparan.Tanpa sedar,seseorang sedang memerhati dari jauh tanpa kat.Hanya menongkat dagu menonton telenovela yang sedang berlaku.

Min Rae yang sedang menangis dalam dakapan Moon Bin direnungnya lama. 

 

 

 

   "Dah okay?"soal Moon Bin apabila melihat kekasihnya sudah tenang semula. Mereka berdua ponteng kelas lalu ke bilik kesihatan. 

Min Rae sekadar membisu. Dia menghirup air kosong yang dihulurkan lelaki itu kepadanya sedikut demi sedikit.matanya merenung kosong kearah simen putih bilik kesihatan. 

   "Apa sebenarnya yang berlaku,Mynie..kenapa mereka marah sangat kat awak?"soal Moon Bin lagi. Dia juga tertanya tanya mengapa rakan sekelasnya marah sangat sehingga sanggup membuli kekasihnya sebegitu teruk. 

Air kosong tadi diletak Min  Rae keatas meja. Dia memandang Moon Bin yang kelihatan risau di sebelahnya. "Maaf.."kesal Minrae membuatkan Moon Bin memandangnya pelik.

   "Apa yang awak minta maafkan..apa dia?"

Min Rae tidak nenjawab sebaliknya dia hanya tertunduk diam. Banyak. Sangat banyak.

 

 

Masa rehat bermula dan semua pelajr mula berpusu pusu ke kafeteria bagi mengisi perut yang kosong. Min Rae mengeluarkan kerja kerja yang tergebdala semalam,dia perlu perbetulkan sehalnya. Kerja kerja rakannya perlu disiapkan segera.

Pen berdakwat biru diambil keluar lalu tangannya mula menari laju diatas helaian helaian buku tersebut.Sedikut pun tangannya yang lenguh itu tidak berhenti untuk berehat. Terus dan berterusan melakukan kerja.

 

Seorang lelaki tinggi yang kebetulan melalui kelas Min Rae berhenti sebaik melihat sesusuk tubub sedang tekun belajar seorang diri di dalam kelas.Won Woo memerhati sahaja gerak geri gadis yang tidak dikenalinya itu dari luar kelas. 

Ingatannya masih kuat lagi. Dialah gadis yang tiba tiba melarikan diri darinya hari itu.TIdak sangka hari ini pun dia boleh berkebetulan bertemu dengan gadis ini

Won woo berterusan memerhati gadis itu sehingga terlupa tugas sebenarnya. Menyedari dia terlalu lama mencuri tulang,tangannya pantas mengetuk pibtu kelas.Min Rae yang sedang fokus segera mengangkat kepala memandabg ke muka pintu  sebelum terkejut dengan kehadiran ketua pelajar itu.

Segera dia menunduk memandang mejanya dan menyambung tugasnya. Langsung tidak memeperdulikan kehadiran lelaki itu. Won woo mencebik geram tatkala dirinya langsung tidak diperduli.

Tanpa keizinan,dia segera masuk kedalam kelas lalu mendekati gadis itu. "Maaf menganggu tapi boleh tolong tampal notis ini di papan kelas awak.."pinta Wonwoo dengab sopannya.

Namun,Min Rae tetap tidak memperrdulikannya. Gadis itu berterusan menulis membuatkan Won woo semakn geram. "Haha..okay saya tampal sendirilah ye?"cuba menyembunyikan kekoknya,Wonwoo segera mengatur langkah ke papn notis kelas. 

Stapleernya sudah sedia untuk menenbak kertas tersebut pada papan notis itu .Bang Bang...staplernya tetap tidak mengeluarkan pelurunya.Won woi mendengus geram. 

   "Aihh..time nilah kau nak habis ubat.."

Sedang dia membebel sendirian,memarahi staplernya.MInrae datang menyelamat,gadis itu tidak  berkata apa apa sebaliknya hanya menghulurkan stapler pinknya kepada Won woo yang terpingga-pingga.

 Setelah beberapa ketika terhenti,akhirnya stapler tersebut bertukar tangan.Min Rae menolobg memegang kertas tersebut dan dengan laju seperti pakar,Won Woo menyepler kertas tersebut.

   "Terima kaasih.."tutur Won Woo seraya tersenyum lebar. Gembira kerana akhirnya gadis itu menyedari kehadirannya.

Min Rae sekadar memandang kosong sebelum berlalu je tempatnya semula. Tangannya kemudian menari semula diatas buku.

   "Minrae" tutur Won Woo seorang diri sebaik keluar dari kelas.Sempat dia menjeling kearah tag nama gadis itu saat bertentang mata.

 

 

Tangan kurus Min Rae ditarik Moon Bin teruja kearah pakir motor. Mereka berdua kemudian tiba di hadapann motor Moon Bi. Yang sudah kelihatan lebih bergaya dari dulu.

   "Macam mana?"soal Moon Bin sambil duduk diatas motor kesayangannya itu.

Min Rae tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah kekasihnya itu . Perlahan dia mengangguk ,menandakan cantik.

   "Terima kasih Mynie..oh..ini kad bank awak..sorry Binnie guna terlebih pula.."tutur Moon Bin sambil nemandang comel kepada kekasihnya.

Min Rae sekadar menggeleng. "Tak apa.."balasnya pendek.Sememangnya tidak kisah sebanyak mana pun kekasihnya itu memakai wangnya. Yang penting kekasihnya itu gembira. 

   "Oka..apa kata hari ini Binnie hantar Mynie balik.."pelawa Moon Bin seraya menarik tangan Min Rae supaya duduk di belakangnya. 

Tanpa sempat MIn Rae menolak,ebjib motor sudahpun dimulakan oleh lelaki itu. Setelah itu,motornya terus melubcur laju,keluar dari perkarangan sekolah.

Jung Kook yang kebetulan baru keluar dari bangunan sekolah memandang kearah motor yang meluncur laju melintasinya. 

Tangannya kemudian diselukkan ke kocek seluar . Segaris senyuman sinis terukir pada wajahnya.

   "Bodoh.."

 

 

=====-----=====END OF CHAP 003

 

Yohoo..continue read to know what will happen next .

Character intro

Tuan Choi Hyun Bin

-Merupakan ayah tiri kepada Min Rae.Seorang yang bertanggungjawab .Berbanding dengan isterinya,dia lebih lembut dan tidak tegas. Menyayangi Min Rae seperti anak kandungnya sendiri memandangkan anak kandungnya telah meninggal dunia bersama isterinya.

Dia merupakan penolong pengurus sebual Mall terkenal bernama Kings.

 

Cha Eun woo 

-Merupakan sahabat karib Moon Bin .Seperti rakannya itu,dia turut terkenal atas wajahnya. Di kelas,dia lebih memilih untuk mendiamkan diri dari turut menyertai pembulian terhadap Min Rae.Sekerasnya menentang keputusan Moon Bin untuk berpasangan dengan Min Rae pada mulanya namun akhirnya dia turut sama mempergunakan Min Rae. 

Ini sahaja buat masa ini..yang lain akan saya intro kelak

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
flxwrawr
#1
Chapter 3: Update pls
khaisara #2
Chapter 3: update soon,,kesian min rae dipermainkan,,x guna punya moon bin..
hanazraf95 #3
Chapter 3: asal dyeorng tuh kejam sgt??jungkook pon same -_-