002

TOY

Loceng kediaman keluarga Choi berbunyi berkali -kal mengejutkan penghuninya . Pembantu rumah tersebut dengan segera membuka pintu utama .Buka sahaja ,wajah Moon Bin yang sedang tersenyum lembut muncul.

Lelaki itu sudah siap dengan seragam sekolahnya. Beg sekolahnya turut tersandang kemas pada bahu kirinya. Segera kepalanya ditunduk hormat kepada pembantu rumah tersebut.

  "Pagi..Min Rae dah siap?"soalnya bersemangat sambil matanya menjeling kearah dalam rumah. Mencari kelibat kekasihnya .

Pembantu rumah tersebut hanya tersenyum. Segera dia membukakan pintu,membenarkan anak muda itu masuk. Memang sudah menjadi kebiasaan lelaki itu untuk datang ke rumah majikannya itu.

  "Masuk dahulu,biar saya panggil cik Min Rae .." tutur pembantu tersebut sebelum bergegas ke tingkat dua . Anak majikannya itu pasti sedang bersiap di bilik.

Moon Bin sekadar mengangguk sambil matanya tidak lepas memandang sekeliling rumah kekasihnya itu . Rumah agam tersebut amat luas dan perabot -perabot yang digunakan untuk nemenuhi ruang juga kelihatan dari jenama jenama mahal dan berkualiti.

Setiap kali dia ke rumah gadis itu,dirinya pasti tidak boleh berhenti dari merasa kagum .sedang dia sibuk memerhati setiap sudut rumah tersebut,satu suara menyentakkan perbuatannyaa.

   "Apa kamu nak datang pagi pagi ni..." Puan Choi muncul sambil berpeluk tubuh. Baju tidurnya masih melekat pada badannya.

Kakinya diatur mendekati kekasih anaknya itu dengan wajah serius. Moon Bin yang sedar akan kehadiran wanita itu segera membongkok hormat seraya menyapa lembut wanita terhormat itu.

   "Saya datang nak jemput Min Rae ke sekolah,auntie.."

   "Tak perlu ..anak saya sudah ada driver..."pintas Puan Choi . Lelaki di hadapannya ini dipandang daro atas hingga ke bawah.

Sememangnya dia tidak berkenan dengan kekasih anaknya ini. Sejak kali pertama dia bertemu lelaki ini ,dia sudah dapat merasakan bahawa lelaki ini hanya menggunakan anaknya .Namun ,disebabkan tidak mahu menyekat percintaan anaknya,dia hanya berdiam diri.

 Moon Bin tidak sempat menjawab apabila Min Rae tiba tiba muncul diantara mereka. Gadis itu tersenyum lembut memandangnya.

   "Ma ,kami pergi dulu.."pinta Min Rae dengan perlahan seraya menyalam tangan ibunya itu. 

Puan Choi sekadar mampu melihat anaknya berlalu keluar dari rumah. Dia menghela lemah sebaik pintu rumahnya iyu tertutup semula.

 

 

  "Ini.."beberapa keping duit diserahkan kepada Moon Bin yang dari tadi hanya merenung ke luar tingkap dari dalam kereta. Ya,moon Bin terpaksa menumpangnya untuk kesekolah memandangkan motor lelaki itu masih dalam bengkel.

   "Ah..terima kasih ,Mynie..."dengan pantas,duit tersebut diterima Moon Bin. Lelaki itu tersenyum manis memandang Min Rae yang sekadar mengangguk kecil. 

Moon bin terdiam seketika sebelum mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sebuah risalah dikeluarkan lalu ditayangkan kepada kekasihnya iyu.Risalah berkenaan aksesori motor itu dipandang Min Rae lama.

   "Binnie ingat nak cantikkan motor tu...Can you buy this for me...please"pohon Moon Bin sambil matanya memandang tepat kearah Min Rae yang kelihatan teragak -agak. 

Setelah berfikir seketika,akhirnya gadis itu mengangguk setuju. Dengan gembira ,Moon bin mencubit pipi kekasihnya itu . 

   " Petang ni kita pergi ya..amik motor sekali.."putus Moon Bin dengan selamba .Langsung tidak menunggu jawapan dari gadis itu.

Minrae sekadar mengangguk kecil. Melihatkan kekasihnya gembira sudah terlalu cukup untuknya. Dia tidak perlu apa apa lagi.

 

 

Dua orang beradik keluarga Jeon melangkah masuk kedalam perkarangan sekolah dengan gaya dingib mereka. Won woo mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar sebelum mula bermain dengan game di dalamnya.

Tiada langsung komunikasi diantara mereka sejak dari dalam kereta lagi. Masing -masing sibuk melakukan kerja sendiri.

  "Jangan balik lewat hari ini..."beritahu Won Woo seraya mengerling kearah adiknya . 

Seusai itu,kakinya terus diangkat beralih kearah yang bertentangan dengan adiknya. Jung Kook sekadar mengangguk faham. Tangannua diselukkan kedalam kocek seluar dan menyambung perjalanannya sebelum terbantut .

Pandangannya teralih kearah sebuah kereta yang memakir betul-betul di hadapan banguna sekolah. Dua orang insan keluar dari dalam perut kereta mewah itu.

   "Si bisu yang bodoh.."sindir Jong Kook perlahan sebelum berjalan pergi. Tidak memperdulikan pasangan kekaish tersebut.

 

 

    " Bisu... ambil tugas bersih aku hari ni.." arah Suga seraya bercekak pinggang bak mak tiri yang sedang mendera anak tirinya. Min Rae mendongak memandang lelaki berwajah pucat di hadapannya.

Tiada kata yang dapat dikeluarkan dari mulutnya kecuali memberikan anggukan kecil. Apa yang dia buat?Petang ni dia sepatutnya menemani kekasihnya membeli barang bukannya membersihkan kelas.

   "Bagus...bersih bersih tau..b_bye.." tutur Suga lega setelah tugasnya diambil orang. Bukan kerana dia ada kerja tetapi kerana dia terlalu malas. Lebih baik dia balik rumah dan tidur dari menghabiskan masa emasnya untuk mengemas rumahnya.

.  "Myn....lip gloss aku dah habis...esok aku nak yang baru tau..colour pink gradient gitu. .."pinta Suzy seraya bermain dengan kukunya. Dia melabuhkan punggungnya diatas meja Min Rae dengan selamba. 

Lagi?Tak akanlah sudah habis.Baru minggu lepas dia memberikan lip gloss tersebut kepada dia .Tak akan cepat sangat habis. 

   "Eh aku pun nak.."celah Hyomin yang entah muncul dari mana. Dia bergegas kearah Min Rae lalu mengoncangkan tubuh gadis itu dengan kuat. 

    " aku nak warna merah.." dengan senang Hyomin membuat pesanan tanpa bayarannya . Rambut Min Rae sengaja dimainkan dengan jari jemarinya. 

Tiada jawapan dari min Rae membuatkan Suzy menghentakkan tangannya diatas meja. "Bisu !kau dengar tak?!...tak akan hari ini kau jadi pekak pulak!" Suaranya ditinggikan dengan sengaja. Konon supaya si Min Rae ini dapat mendengarnya.

Satu anggukan perlahan diberikan Minrae . Akur dengan segala permintaan gadis itu. Suzy tersenyum puas sebelum meloncat turun dari meja dan berlalu semula ke tempatnya begitu juga dengan Hyomin.

Moon Bin yang dari tadi memerhati sekadar menggeleng . Dia duduk tanpa berbuat apa apa. Membiarkan sahaja orang lain mempermainkan kekasihnya sendiri.

 

 

   "Apa?awak tak boleh ikut saya?Kenapa pula.."marah Moon Bin sambil merenung dingin kearah Min Rae yang sudah tertunduk takut. Mana boleh dia lepaskan karnival jualan aksesori aksesori motor tersebut,sudahlah 4 tahun sekali sahaja karnival itu dianjurkan.Sekarang gadis ini nak hancurkannya pula.

Min rae mengangguk perlahan. Tidak berani untuk memandang moon Bin yang sedang berang dengan keputusannya itu.Lelaki utu dilihat tidak senang diri.

Kocek skirt diseluk dan tangannya membawa sekeping kad banknya lalu dihulurkan kepada Moon Bin. " Awak pergilah.." ujar Min Rae sambil cuba tersenyum. 

Moon Bin memandang kad bank kekasihnya itu lama sebelum dengan senang hati mengambilnya. Langsung tiada rasa teragak -agak untuk mengambil milik kekasihnya itu.Terus hilang marah dalam dirinya,segaris senyuman terus berkuntum segar pada wajahbya.

Kad bank tersebut pantas disimpan kedalam kocek seluar. Tangan Min Rae dicapai lalu digenggam erat. 

   "Thanks Mynie..nant habis duty,Binnie amik Mynie kat sekolah ya.." tutur Moon Bin memberi janji kepada gadis itu. Min Rae sekada mengangguk. Tanpa sedar dia turut tersenyum .Lega melihat kekasihnya yang sudah tersenyum kembali.

   

 

Papan notis sekolah direnung WOn Woo lama. Tangannya memegam stapler besar milik sekolah. Mencari kertas yang perlu distapler semula. Inilah tugasnya setiap kali waktu rehat.

Jika pelajar lain bergegas ke kafeteria,dia pula bergegas ke bilik persatuan pelajar. Menyelesaikan tugas tugas sekolah yang sering kali bertambah. 

   "Siap.." senyuman puas terukir pada wajah kacaknya. Kakinya diangkat menuju ke papan notis seterusnya yang terletak di tingkat seterusnya. 

Namun langkahnya terhenti sebaik melihat seorang gadis sedang duduk termenung diatas beranda sekolah. Pandangan gadis itu tertumpu keatas lantai dan wajahnya langsung tidak menunjuk sebarang reaksi.

Sebagai ketua pelajar yang prihatin,kakinya terus diatur mendekati gadis itu. Senyuman manisnya sudah dicetak awal pada wajahnya.

   "Hey,awak tak pergi kafe ke?."soal Won Woo prihatin apabila dia kini sudah berdiri depan gadis itu.

Min Rae mengangkat wajahnya sebelum terkejut melihat kehadiran ketua pelajar sekolahnya di situ.Inilah kali pertama dia berhadapan dengan lelaki yang disegani ramai itu.

Sememangnya ketua pelajar ini digemari ramai orang. Bukan sahaja bertanggungjawab malah ada desas desus mengatakan lelaki ini seorang yang penyayang.

Melihatkan perangainya yang jelas berbeza dengan adiknya,ramai orang mengatakan mereka berdua sebenarnya bukanlah adik beradik kandung.

Persoalan Won Wooo bagaikan digantung sepi pada udara.Langsung tiada balasan dari gadis itu malah anggukan juga tidak dilakukan .Gadis itu sekadar memandang dengan wajah kosong.

   "Hey,awak okay tak?."soal Won woo lagi apabila soalannya tidak diberi impak oleh gadis itu.

Min Rae bingkas turun dari koridor sekolah .badannya dibongkok hormat dan dengan segera kakinya diangkat meninggalkan Won Woo yang terpingga pingga.

   "Eh,tunggu..awak"panggil Won Woo apabila Min Rae tiba tiba melarikan diri daripadanya. 

Kenapa lari?adakah dia nampak seperti seorang perogol bersiri?.Tak kan?

 

 

 

Tangan Moon Bin melambai gembira kearah Min Rae yang sedang tercegat di muka pintu kelas. Hari ini,gadis itu terpaksa bertugas membersihkan kelas walaupun bukan harinya.

Sebaik semua pelajar kelasnya sudah beredar,meninggalkan dia dan beberapa pelajar yang lain untuk bertugas.Dengan segera,penyapu dicapai lalu mula menyapu segala debu yang ada. 

Masing masing melakukan tugas sambil mulut tidak henti henti berbual kecuali Min Rae yang sekadar menyapu dengan serius. Pintu kelas yang pada mulanya tertutup rapat tiba tiba ditolak kuat dari luar. Semua pasang mata terus teralih ke muka pintu,melihat siapakah gerangan yang tidak beradab itu.

   "Apa?"menyedari mata semua terarah kearahnya,Jung Kook segera menjeling semula.Mop yang sudab dibasahkan berada kemas pada pegangannya.

Sebaik menyedari kehadiran lelaki itu,masing masing terus menyambung kerja semula. Malas nak ambil kisah.Jungkook mengerling kearah Min Rae yang sedang menyapu sampah dengan begitu lembap. 

   "Kau buat apa kat sini..menyemakkan kelas je.." sapa Jung Kook sebelum merampas kasar penyapu dari pegangan gadis itu.

Min Rae tersentak namun kepalanya masih tertunduk takut ke lantai. 

   "Blah..kau ada kat sini bukan menyenangkan tapi menyusahkan ..berambus !"halau Jung Kook lalu menolak kasar gadis itu dari menghalang laluannya.

Minrae tidak berganjak. Hatinya terasa perit mendengar kata -kata lelaki itu. Mulutnya dikemam menahan sebak.

   "Blahlah bisu..tak dengar ke !" Halau Jin pula yang sememangnya menyokong kata kata Jung Kook tadi.

Anggukan kecil dilakukan Leah sebelum kakinya diangkat keluar dari kelas.Tiada apa yang mampu dilakukannya selain mendengar sahaja kata kata mereka.

 

 

 

Beg sekolah disandang pada bahu sambil kakinya melangkah laju keluar dari bangunan sekolah.Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang ,pasti ayahnya sudah pulang ke rumah 

  "Jumpa esok Kook.." tutur Jin seraya melangkah pergi bersama dengan Rap Monster .

JUng Kook sekadar mengangkat tangannya keatas ,menandakan jumpa lagi. Telefon pintarnya diseluk keluar dari kocek seluar lalu nombor pemandu peribadi keluarganya didail.Kakinya berhenti melangkah sebaik tiba di hadapan pagar sekolah.

Selesai menelfon,telefonnya disimpan senula.TAngannya diraptkan ke dada sambil matanya mengerling ke sekeliling sebelum sesusuk tubuh yang sedang bercangkung menarik perhatiannya.

Seorang gadis sedang bercangkung sendirian di bawah sebatang pokok tidak jauh dari tempatnya.

   "Bisu..?."

 

MIN rae yang sedang kesejukan mendongak memandang orang yang menegurnya. Matanya membutang besar sebaik wajah Jung Kook yang sedang merenungnya menyapa pandangan. Segera dia bangun dari cangkungnya dan membetulkan pakaiannya. 

   "Asal tak balik..tak tahu jalan balik?"soal Jung Kook dingin .MAtanya tepat memandang kearah Min Rae yang sedang tunduk memandang tanah.

Tiada jawapan dari gadis itu seperti biasa. Jung kook mendengus geram,malas ingin mengambil kisah lagi.Dia berpaling pergi dan serentak itu pemandunyaa sampai.

   "Saya tunggu Moon Bin.."suara Min Rae yang perlahan itu tidak dapt didengari jelas oleh Jung Kook. Yang hanya dapat didengari Jung Kook hanyalah nama Moon Bin.

Jung kook pantas masuk ke dalam perut keretanya itu. Selemat dia masuk ke dalam,kereta tersebut terus meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan sekolah.Min Rae hanya mampu memandang kerea tersebut hilang dari pandangannya.

   "Mana awak BInnie..?."

 

 

Jam di tangan ditilik sekilas. Sudah pukul 5.25.Moon Bin memandang rakan rakannya yang sudah beberapa langkah ke hadapan darinya. Mereka sekarang sedang menuju ke karaoke.

Terima kasih kepada kad bank kekasihnya,ddia dan rakan rakannya boleh berseronok sepuasnya. Tidak sangka pula dia yang kekasihnya memiliki begitu banyak simpanan di dalam bank.sungguh beruntung.

   "Binnie..cepatlah.."panggil Myung Jun sebaik mereka sudah tiba di hadapan sebuah tempat karaoke .Moon Bin yang masih termenung di belakang dipanggilnya .

    "A...ah ..ye hyung.."sedar dari lamunan pendeknya,Moon Bin segera berlari anak mendapatkan rakan rakannya yang sedang menunggu di hadapan pintu masuk tempat karaoke tersevut.

Nafasnya ditarik dalam sebelum melangkah masuk.Entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena.Namun,perasaannya itu segera dipadam pergi.

 

Jung Kook yang kebetulan memandang ke luar tingkap mengecilkan matanya ,memandang kearah sekumpulan lelaki yang sedang berkumpul untuk masuk kedalam sebuah kedai .Dahinya berkerut mengingat kembali apa yang dikata gadis itu kepadanya.

 Sebaik menyedari apa yang telah berlaku. Bibirnya diketap geram. "tlah.."

 

 

=====-----===== END OF 002

 

SO,how is it..

Please do comment and continue read...thank you..

I will make sure to update aap..

And I will make it short if can so U guys doesnt get bored..

 

Character intro

 

 

Suga /Min Yoongi 

-Salah seorang rakan baik Jung Kook.Merupakan salah seorang pembuli setia Min Rae. Walaupun dia tidak mempermainkan Minrae secara kerap namun ada masanya dia menggunakan gadis itu untuk melakukan tugasnya .

 

 

Puan Choi Hyu Min

-Ibu kepada Min Rae.Seorang wanita yang disegani ramai kerana kejayaannya dalam mengembangkan barangan kecantikkannya ke serata dunia. Anaknya adalah perkara utama dalam hidupnya.SEorang yang penyayabg dan tegas pada masa yabg sama. Berkahwin dengan suami barunya setelah 4 tahun suaminya meninggal dunia.MIn Rae adalah segalanya baginya

 

Suzy

-Salah seorang rakan sekelass Min Rae. Kecantikannya membuatkan dia dikenali sluruh sekolah. Sering mengambil kesempatan terhadap Min Rae. Di sudut hatinya,dia iri hati terhadap Min Rae yang baginya sudah cukup beruntung. 

 

That all..other will reveal one by one..tq

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
flxwrawr
#1
Chapter 3: Update pls
khaisara #2
Chapter 3: update soon,,kesian min rae dipermainkan,,x guna punya moon bin..
hanazraf95 #3
Chapter 3: asal dyeorng tuh kejam sgt??jungkook pon same -_-