001

TOY

Seorang gadis melangkah keluar dari perut keretanya setelah pintu kereta dibukakan oleh pemandu peribadinya. Turun sahaja dari kereta,kepalanya terus tertunduk memandang ke tanah. Dia tidak tahu mengapa tetapi tiap kali dia di khalayak ramai,dia merasakab bahawa semua orang sedang mengumpat tentangnya.

Kakinya diatur pantas menuju ke bangunan kelasnya. Tidak sekilas pun dia memandang orang di sekelilingnya. Tangannya mengenggam erat tali beg bewarna peachnya itu. 

Terdengar umpatan umpatan negatif tentang dirinya tatkala dia melintasi beberapa kelompok pelajar perempuan di koridor. Namun ,bibirnya hanya mampu mengkatup rapat.Segala rasa disimpan perit di dalam hatinya.

   "Sheessshhh..tengoklah si bisu buruk sekolah kita masih hidup lagi...aku tak faham betul macam mana perempuan selekeh macam dia boleh couple dengan Moon Bin kita tu.."getus seorang pelajar perempuan berambut panjang paras pinggang.Suaranya sengaja dikuatkan bagi membiarkan Min Rae yang baru tiba di kelas mendengarnya. Pagi -pagi lagi dia sudah mula mengaktifkan kerja part timenya mengumpat orang.

Rakan -rakannya mengangguk laju. Mata masing -masing menjeling jijik kearah Min rae yang bergegas ke tempat duduknya.

   "Yang peliknya ,macam mana dia boleh jadi anak kepada syarikat kecantikan popular Seoul..Memang tak masuk akal.."sambung gadis berikat tocang satu sambil tangannya didekatkan ke dada. Mulutnya dicebikkan tidak puas hati .

    " eh,entah -entah..dia anak kutip kot.."teka seorang gadis yang lain membuatkan mereka serentak ketawa.

Min Rae yang mendengar hanya mampu tertunduk memandang lantai. Tiada yang mampu dia lakukan. Apalah yang mampu gadis selemahnya ini lakukan?. Telinganya sudah lali mendengar kutukan kutukan tak berasas rakan rakan sekolahnya itu. 

   "Korang ni kalau sehari tak mengumpat memang tak sahkan.." mendengarkan suara tersebut,kepala Min Rae pantas memaling kearah pintu kelas. 

Seorang lelaki berpakaian seragam sekolah dengan kemas masuk kedalan kelas sambil menjinjing beg sekolahnya. Kakinya diatur mendekati Min Rae yang sedang duduk membatu diatas kerusi. Haih,kekasihnya itu memang tak pandai melawan.

   "Tengok siapa dah sampai...prince kaulah Bisu.." bahu Min Rae disenggol oleh salah seorang dari gadis tadi.

Lelaki tadi datang lalu duduk di hadapan Min Rae dengan senyuman manis melekat pada wajahnya. Rambut depan gadis itu yang menutup wajah disisir ke belakang. 

   "Dorang kacau kau lagi ke ,Mynie?"soal lelaki itu sambil matanya menjeling kearah gadis gadis tadi yang sudah membuat muka menyampah.

   " Saya okay Moon Bin.."balas Min Rae perlahan sambil mendudukkan wajahnya. Sememangnya dia sudah jatuh cinta melebih dalam pada kekasihnya ini. Jantungnya bagai tidak boleh dikawal tiap kali bertemu lelaki itu.

   "Saya okay Mooooooon BInnnn.." ajuk satu suara dengan gaya lembu. Habis satu kelas bergema dengan ketawa akibat dari ajukan si pemilik suara tersebut.

Moon Bin yang mendengar sekadar tersenyum lucu. Dia memandang kekasihnya yang sudah tertunduk malu. 

   " ah..Mynie..awak dah siapkan homework saya tak?"soal Moon Bin kembali semula ke tujuan asalnya . Min RAe mengangguk perlahan seraya mengeluarkan beberapa buah buku tulis dari beg sekolahnya sebelum diberikan kepada Moon Bin.

Senyuman lebar menghiasi wajah kacak lelaki itu dengan serta merta. Kepala Min Rae diusap lembut sebelum dia bangun dan berlari anak ke tempat duduk asalnya .

   "Hahaha..tengoklah prince lah sangat..sedarlag dia gunakan kau je bisu...hahaha"bisik gadis berambut panjang tadi sebelum berlalu ke tempat duduknya memandangkan guru mengajar sudah masuk ke dalam kelas.

Min RAe hanya mampu mendiamkan diri. Dia mengerling kearah Moon Bin yang sedang galak berbual dengan rakan rakannya . 

Aku tahu...

 

 

 

Lonceng sekolah berdering menandakan sudah tibanya masa pembelajaran sendiri. Leah mengeluarkan buku nota Moon Bin dari laci mejanya. Tangannya mula menari pada bukh nota kekasihnya itu. Menyalinkan segala nota yang tidak sempat disalin atau malas disalin kekasihnya itu. 

Dia tidak kisah. Semua ini bagai sudah menjadi rutin hariannya. Menyalin nota untuk orang lain. Bukan untuk kekasihnya sahaja mala rakan sekelasnya yanv lain.kata mereka Minrae pandai jadi perlu tolong mereka. 

Sedang dia khusyuk menulis,setin milo kosong tepat mengena belakang kepalanya . Terus tangannya berhenti menulis. 

  "Wooooohooo...nampaknya sasaran Kim Tae Hyung mengena tiang gol!!!"sorak Taehyung sambil berhighfive dengan rakannya yang lain. 

Lelaki berambut keperangan ini hanya tersengih sinis memandang Min Rae yang tidak bergerak walaupun telah dibaling dengan tin . Memang,inilah kerjanya bukan dia sahaja malah satu kelas,bermain dengan Min Rae si toy

  "Weyh...ni tiang ke...macam manusia lah..."Jimin yang berdiri di sebelah Min Rae berlakon ketakutan sambil jarinya mencucuk lengan gadis itu. Memastikan sama ada ia hanya tiang atau manusia.

Lakonannya yang menjadi hanya menerima tawa dari rakan sekelas yang lain. Tae hyung menekan perutnya,menahan tawanya yabg semakin menjadi -jadi. 

   "Tae,ni manusia lah weyhhh...awak ,awak okay?" Semakin menjadi,Jimin meneruskan lakonannya sambil menjengok memandabg wajah Min Rae yabg tersembunyi di balik rambut yang panjang mengurai.

    "Alamak dia bisu dah!!!!hahahaha" Taehyung memberi tanda bagus kepada rakannya itu. Bangga melihat lakonan lucu rakannya itu.

Min rae hanya mampu mengetap bibirnya. Matanya sudah bergelinangan air mata namun tetap ditahan dari mengalir keluar. Mengapa?Apa salahnya..

Gelak tawa rakan sekelasnya semakin kuat apabila Jimin dan Taehyung mula membuat lawak bodoh tentang dirinya lagi. 

 

   "Weyh,tak nak tolong awek kau tu ke..kesian dia ..." sindir Eun Woo sambil tersenyum lucu melihat gelagat Jimin . Moon Bin yang dari tadi turut menjadi pemerhati setia hanya tersenyum sinis sebelum mendamparkan kepalanya keatas kepala.

Lebih baik dia tidur dari menyelamatkan gadis itu.Tak akanlah 24 jam dia nak kena selamatkan gadis itu. Apa ingat dia bodyguard perem.puan tu ke.

 

 

Splassshhhh

Sebakul air rendaman mop tepat mengena kearah Min Rae yang baru masuk kedalam kelas setelah disuruh membuang sampah kelas.Jimin berpura-pura menakup mulutnya yang kononnya ternganga akibat terkejut.

Habis basah lencun seluruh seragam sejolah Min Rae akibat simbahan mngejut tersebut. Rambut dan wajahnya turut mengena sama. 

   "Omo...maaf maaf ..saya ingatkan awak dinding tadi..."tutur Jimin sebelum mencampakkan baldi yang sudah kosong kearah Min Rae yang masih terkaku di muka pintukelas.

Dengan selamba Jimin berjalan kembali ke rakan rakannya yang sedang tersenyum sinis memandang mangsa permainan mereka.Langsung tidak memperduli perasaan gadis itu .

Tidak dapat menahan sebak dalam diribya,Minrae menakup wajahnya lalu mengalirkan air matanya dalam diam.

   "Hey tengok..bisu boleh menangis"dengan teruja,Taehyung yang tadinya sedang mencangkung atas meja melompat turun dari meja tersebut lalu berlari kearah Min rae.

   "Bisu kau nangis ke..kenapa tak bunyi..jangan cakap air mata kau pun biisu...hahahah"

Ketawa Taehyung yang baru ingin menjangkit ke orang lain terbantut sebaik Jung Kook yang tadinya pergi mencuci kaki buruk kembali dengan wajah dinginnya seperti selalu. Rakannya itu memandang kearah Minrae yang sedang menakup muka sebelum berpaling kearah rakan rakannya yang sedang membuat muka seposen mintak kaki.

   "Kau nangis ingat orang kisah..baliklah ,jangan buat drama kat sini..berambus..dasar menyusahkan.."suppp...Jungkook mula mengeluarkan kata kata pedasnya sebelum berjalan pergi ke tingakap.

Menyambng semula kerjanya.

Minrae mengesat air matanya yang makin meluncur laju dari tubir matanya. Benar kata lelaki itu.Lebih baik dia beredar jika tidak nahu disakiti lagi.

 

 

Mynie..Motor Binnie rosak..masuk bengkel..esok Mybie bayarkan ye. 

Tq,saranghae. 

-Binnie

Mesej itu dibaca sekilas sebelum jari jemarinya pantas menaip pada pada pad kekunci. Membalas semula mesej kekasihnya itu.

Okay..esok,Myn kasik duit..

-Mynie 

Telefon pintarnya itu kemudian dicampak keatas katil. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi belajarnya . Beberapa buah buku bukan miliknya dikeluarkan dari beg sekolahnya. 

Seperti kebiasaan hidupnya,menyiapkan kerja sekolah rakan rakan sekelasnya yang lain. Walaupun setelah apa yang berlaku,dia masih tidak berani untuk menolak arahan rakan rakannya itu

Dia adalah toy yang penakut.

 

 

======---====== End Chap 001

So how..please do komen and support me..

 

Kim Tae Hyung

-Rakan karib Jung Kook. Merupakan joker di kelas dan pembuli setia Min Rae. Baginya,sehari tidak membuli gadi itu adalah tidak sah. Sikapnya yang sering menghiburkan disukai oleh orang ramai ternaksuk guru guru. Menganggap Min Rae hanya satu alat permainan.

 

 

Park Jimin

-Sama seperti Taehyung tadi.Dia juga merupakan pak lawak di dalam kelas. Dengan kehadiran dia dan Taehyung,kelas mereka boleh nenjafi tukang pecah. Sering mendengki Myn kerana baginya cara itu sahaja dia boleh melepaskan tekanannya.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
flxwrawr
#1
Chapter 3: Update pls
khaisara #2
Chapter 3: update soon,,kesian min rae dipermainkan,,x guna punya moon bin..
hanazraf95 #3
Chapter 3: asal dyeorng tuh kejam sgt??jungkook pon same -_-