MYSTERY GUY (KAI & KRYSTAL JUNG)

Shafalia's One-Shot Collection /EXO FT BTS ê
Please Subscribe to read the full chapter

 

Dari : juliahanum

Watak utama : Kai | Krystal Jung

 

Siulan-siulan burung menggamit suasana.Hati Krystal mula resah.Kakinya sudah tidak larat untuk melangkah,diurut kakinya agar rasa kebas yang dirasainya akan hilang.Jam tangannya sudah menunjukkan tepat pukul 6.00 petang.Ini bermakna,tinggal beberapa jam lagi matahari akan terbenam.

Perasaan takut mula menyelubungi diri Krystal.Salah dirinya juga.Andai sahaja dia tidak terlalu leka,pasti dia sudah sampai ke tempat tujuannya.Mesti guru dan rakan-rakannya risau akan dirinya.Malang sungguh,jungle trekking yang sepatutnya berjalan dengan lancar akhirnya terjadi seperti ini.

Hampir sejam Krystal mencari jalan keluar namun semuanya hanyalah sia-sia.Dia tahu mungkin dia sudah berada jauh dari kemnya.

Hari mulai gelap.Air botol yang berada di dalam beg galasnya diambil lalu dibuka.Air masak itu diteguk.Bila agaknya dia dapat keluar dari hutan simpan ini?Fikir Krystal.

Krystal terlihat sebuah khemah yang terletak tidak jauh darinya.Dia tersenyum.Mungkin dia tidak bersendirian di dalam hutan ini.

Unggun api telah dibuat,Krystal mula merasa nyaman.Hati Krystal legal kerana masih ada yang sudi membantunya.

"Nah,air untuk awak." kata lelaki itu,lelaki yang telah menolongnya.

"Terima kasih.Jadi,nama awak Kim Jongin?Apa awak buat dekat sini?"Tanya Krystal.Pelik juga,tiba-tiba ada orang di tengah-tengah hutan simpan ini.

"Awak boleh panggil saya Kai.Saya penjaga hutan ni."Kata Kai.

Mulut Krystal terlopong,matanya membulat." P..penjaga tempat ni?"Krystal mula takut.

"Awak jangan risau.Saya memang ditugaskan untuk menjaga manusia-manusia yang tersesat dalam hutan ni.Saya bukan orang jahat." Jelas Kai panjang lebar.Dia tersenyum,gadis dihadapannya sangat berani.Kalau perempuan lain mesti dah menangis kerana ketakutan.

"Ouh,macam tu rupanya.Ada eh orang macam awak ni,jaga hutan simpan.Awak nampak macam muda lagi.Umur awak berapa?" Krystal,kalau dia dah buka mulut memang lah pertanyaan yang keluar dari mulutnya.Cik serba tahu lah katakan.

"Saya rasa awak tak perlu tahu semua tu." Kata

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
0e10d62fae6621c58ca1
Harap sudi membaca.Fighting !

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet