BABY DON'T CRY[OH SEHUN&OC]

Shafalia's One-Shot Collection /EXO FT BTS ê
Please Subscribe to read the full chapter

From:ftn_azmi ❤

 

Airmata Sora terus mengalir.Jujur,dia tidak tahu mengapa perasaan hiba dan sedih terus terpahat dihatinya.Seolah dunia tidak tahu akan kehadirannya.Mana semua orang pergi tatkala dia memerlukan seseorang?Semenjak Sora masih kecil,menangis adalah salah satu cara dia meluahkan perasaan.Jadi,jika dia mahu marah,gembira,kecewa bahkan sedih dia akan meluahkannya melalui cara menangis.

Sora masih duduk di bus stop sambil menekup muka.Dia tidak kisah tanggapan orang disekelilingnya.Menangis di tengah bandar yang sibuk dan ramai orang membuatkan dirinya berasa lega.Jeritlah sekuat dan semahunya,tiada siapa akan peduli kerana kesibukan dibandar membuatkan suara tangisannya tenggelam dalam suasana itu.

"Aku tak boleh nangis dah,aku kena kuat",Sora bangun sambil menggengam buku limanya."Yah,Lee Sora,yes"You can do it this!" ,katanya dengan penuh bersemangat.

"Cik ok ke?",seorang lelaki tinggi lampai menegur perilakunya yang pelik.Siapa tak pelik kalau nampak orang cakap sorang?

Sora cepat memusingkan badannya ke arah lain.Mana mungkin dia mahu menunjukkan wajahnya yang tidak berapa dalam keadaan baik.Matanya bengkak begitu juga dengan pipinya yang merah.Memang sejak kecil wajahnya akan bertukar menjadi warna merah padam jika dia menangis.Begitu juga dengan hidung comelnya yang mudah bertukar warna merah seperti badut.

"Ye,saya ok je",Sora melangkahkan kaki pergi.Tidak mahu lama berdiri disitu.Nanti tak pasal pasal semua orang takut melihat wajahnya.Rambutnya yang diikat rapi tadi,segera dilepaskan untuk menutupi wajahnya.

Lelaki itu tersenyum kecil melihat Sora yang terburu pergi itu.Eh kasut dia lagi sebelah.Nampaknya dia baru lepas menangis.Oh Sehun mengambil sebelah kasut Sora yang tertinggal di bus stop.

"Dia ingat dia cinderella ke main tinggal kasut macam ni" ,Sehun tersenyum sambil menatap kasut tumit tinggi itu.Tapi kenapa dia menangis?Putus cinta ke?

🌸🌸🌸

Sampai sahaja di depan pintu rumah,Sora baru teringat sesuatu telah ditinggalkannya.Memang sudah menjadi kebiasaannya menanggalkan kasut sebelum menangis.Hal ini kerana dia lebih selesa begitu.

"Yah,babo-ya!Sora!Macam mana kau boleh tertinggal kasut sebelah lagi?!",rambutnya ditarik melepaskan geram.Dia teringat sesuatu,"Maknanya tadi....sepanjang jalan aku pakai sebelah kasut je?Omo...malunya",Sora terus berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci dirinya.Dia melompat ke atas katil dan membalutkan badannya sendiri dengan selimut yang tebal.Dia menggulingkan badannya beberapa kali kerana malu.Bayangan ketawa orang di sepanjang jalan terus melekat difikirannya.

🌸🌸🌸

Keesokkannya,Sora duduk lagi di bus stop sambil menangis.Dia meraung di dalam tangisannya.

"Yah,awak menangis lagi ke?",suara itu tidak asing.Rambut Sora yang menutupi wajah itu,diselaknya.Sora menjerit terkejut atas tindakan yang sungguh berani dari lelaki tersebut.Automatik Sora terjatuh daripada tenpat duduknya.Sudahlah dia memang duduk di hujung.Aduhhh,sakitnya pinggang.

"Awak ok ke ?Biar saya bantu",Sehun menghulurkan tangan.

"Yah!Awak ni kenapa hah!Berani eh awak sentuh rambut saya!Hishhh pergi sana!",Sora bangun dan menolak Sehun yang menghalangi jalannya.Sekali lagi Sora meninggalkan sebelah lagi kasutnya.

Langkahnya dipercepatkan.Dia mahu menuju ke taman.Selain bandar yang padat dengan pencemaran bunyi dan kesibukan,taman adalah tempat keduanya untuk menangis.Kali ini bukan kerana tempat itu bising tapi kerana tempat itu agak sunyi.Sora memilih duduk di bangku di sebalik semak samun yang ada disitu.Dia menyambung menangis.

"Kenapa awak ni?Awak ada masalah ke?",Oh Sehun mengikutinya dari tadi mula mengambil tempat duduk disebelah Sora.

"Awak nak apa lagi?",kata Sora sambil menahan sedu."Jangan kacau sayalah!",Sora menegaskan suaranya kepada Sehun.

"Ni..,kasut awak tertinggal..",kasut itu diletakkan dihadapan Sora.Terkejut Sora bila lelaki itu memulangkan kasutnya.

"Kenapa awak sibuk pasal saya?Saya bukan ada kaitan apa apa pun dengan awak,jadi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
0e10d62fae6621c58ca1
Harap sudi membaca.Fighting !

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet