Jeon JungKookie

The Silent Watcher

tumblr_ninoogP3aq1u8cwl1o1_500.gif

Sowon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekarang sudah 15 minit selepas waktu persekolahan dan kelibat Irene masih lagi tidak kelihatan. Selalunya Irene yang terlebih dahulu sampai ke asrama dan akan menunggunya dibuaian lalu bergerak makan di dewan makan asrama, namun hari ini sudah terbalik pula. Sowon pula yang tercongok dibuaian menunggu Irene. Sambil menunggu, Sowon melirik ke arah jam tangannya dan memandang ke arah barisan di dalam dewan makan. Hanya ada lima orang pelajar sahaja dibarisan perempuan. 

 

"Mana pulalah si Irene ni pergi," Bebel Sowon. Selepas hampir 5 minit Sowon membebel seorang diri seperti pesakit mental, akhirnya kelibat Irene kelihatan juga. Gadis itu melangkah dengan laju sembil menyandang beg sekolahnya yang hampir seberat 6 kg ke bilik prep. Sowon hanya memerhati sahaja kawannya membawa beg yang lebih berat daripada badan tuannya tanpa ada niat untuk menolong a.k.a malas.

 

"Sorry Sowon. Aku ada hal tadi," Ujar Irene sebaik sahaja dia mendekati Sowon yang bersenang-lenang di buaian.

 

"Tak apalah. Eh? Kenapa dengan kepala kau tu?" Soal Sowon dengan nada risau. Kepala Irene yang berbalut ditelek dengan berhati-hati.

 

"Tadi kepala aku kena pasu tanah liat," Jelas Irene dengan nada bersahaja. Sebelum sempat Sowon berkata apa-apa, dia menarik tangan gadis itu ke dewan makan.

 

"Nantilah aku cerita. Aku tengah lapar sekarang ni. Nasib baik dewan makan tak ramai orang."

 

"Ceh, aku yang tunggu lama, kau pula yang lapar," Ssowon mula ingin membebel lagi.

 

Ketika mengambil makanan, Irene amatlah bersyukur sepenuh hati kerana tiada sesiapa yang perasan akan kepalanya yang berbalut kecuali makcik dewan makan. Jika ditanya mengapa kepalanya begitu, Irene aku memberi alasan; "Terhantuk pada bucu meja."

 

Irene dan Sowon mengambil keputusan untuk makan di meja yang berada di hadapan pintu masuk dewan kerana lebih mudah mereka untuk keluar dari situ tanpa menarik perhatian orang. Kedua-dua orang gadis itu bersembang sambil makan dengan perlahan.

 

"Jadi, apa yang terjadi pada kau?"

 

"Ada orang jatuhkan pasu bunga dari tingkat atas bila aku berjalan masuk kelas pagi tadi."

 

"Kau serius? Ini dinamakan cubaan membunuh tahu tak? Kau nampak ke siapa yang buat kerja tu?" Soal Sowon.

 

"Mestilah aku nampak."

 

"Siapa?"

 

Irene merapatkan dirinya dengan Sowon sebelum berbisik sesuatu yang menyebabkan Sowon melopong. "Orang yang ada kaitan dengan kes cctv buatan tu?"

 

"Shhhs!"

 

"Maaf!"

 

"Aku geram betul. Lihatlah macam mana aku balas perbuatan makhluk tuhan yang tak sedar diri tu." Bisik Irene kegeraman. Sowon hanya menggeleng.

 

"Oh, ya. Aku ada jumpa seorang budak comel tahu tak," Kata Irene. Sowon mengerutkan keningnya. "Budak comel?"

 

"Jeon JungKook. Budak kelas 1-3. Dia lah yang bawa aku pergi bilik kesihatan pagi tadi," Jelas Irene. 

 

"Macam black knight in shining armor lah ni?" Sowon mengusik kawannnya.

 

"Macam tu lah cuma aku tengok dia macam adik jelah."

 

"Uuuuu. Apakah itu? Entah-entah pakwe kau."

 

"Tak nak aku ada pakwe. Tunggulah bila aku dah bekerja nanti," Bidas Irene.

 

"Tuan-tuan dan puan-puan, inilah salah satu faktor penurunan kadar kelahiran di sesuatu negara," Ejek Sowon. Irene menampar bahu Sowon perlahan tanda menyuruh gadis itu berhenti dan sambung makan kerana makcik dewan makan sudah memandang ke arah mereka sambil menggeleng. Kini tinggal dua orang gadis itu sahaja di dalam dewan, yang lain sudah lama masuk ke dalam bilik prep.

 

"Sowon, malam ni teman aku ajar JungKook dalam dewan makan," Ajak Irene. Sowon mengerutkan dahinya. "Kenapa pula?"

 

"Aku nak balas jasa budak tu tolong aku. Lagipun, budak tu tak masuk kelas tadi sebab kena jaga aku," Terang Irene. Sowon hanya mengangguk tanda faham. "Ok. Tapi, kau kena ajar aku jugalah."

 

"Ok."

 


 

Malam itu, Irene, Sowon serta JungKook belajar bersama-sama di dalam dewan. Mulanya, JungKook agak malu apabila dia sahaja lelaki di dalam dewan itu. Sebenarnya, mereka bertiga sahaja yang  ada dalam dewan tu...

 

"Irene kau nak masuk kelab apa?" Tanya Sowon secara tiba-tiba.

 

"Hmm? Aku masuk Kelab Menari, kau?" 

 

"Aku masuk Kelab Kulinari."

 

"Err, boleh saya tanya?" Sampuk JungKook sambil mengangkat tangannya seperti kanak-kanak tadika. Irene dan Sowon hanya mengangguk. Di dalam kepala, Irene sudah mencubit-cubit pipi JungKook kerana tak tahan dengan kecomelan JungKook.

 

"Bukan ke kakak berdua dah masuk kelab memanah? Kenapa perlu masuk kelab lain pula?" 

 

"Sebab, Kelab Memanah adalah kelab yang aktif dalam satu jangka masa sahaja.Contohnya, apabila pertandingan atau aktiviti memanah tamat, ahlinya tidak perlu berkumpul kerana sememangnya tiada aktiviti lagi. Lain pula halnya dengan kelab-kelab seperti Kelab Kulinari dan Kelab Menari yang sememangnya akan aktif sehigga akhir tahun." Jelas Sowo panjang lebar. JungKook hanya terangguk-angguk tanda faham. Jikalau dia tak faham pun dia boleh buat-buat faham sahaja.

 

"Oh, ya. Kakak dah tanya pada jurulatih tadi. Dia kata kalau kamu betul-betul nak, kamu boleh datang ke padang petang esok," Ujar Irene. Mata JungKook mula membulat tanda tidak percaya. 

 

"Betul ke ni?" 

 

"Betul," Sowon meyakinkan pelajar tahun 1 yang keanak-anakan tapi tetap menambat hati itu dengan gaya yang... bolehlah.

 

"Terima kasih Kak Irene! Terima kasih Kak Sowon!" Ucap JungKook dengan mata yang bercahaya. Sehingga silau mata Sowon memandangnya. Gadis itu berbisik pada Irene.

 

"Kali pertama aku tengok orang yang senyum sampai boleh rasa kilauan mengalahkan berlian."

 


 

"Kau gila ke?" Seorang pemuda dengan bahu yang lebar memarahi dua orang kawannya yang sedang menundukkan kepala. "Kau tahu tak itu cubaan membunuh!" Sekali lagi dia memarahi kawannya. Bukannya apa, dia memang tak boleh percaya apa yang dilakukan oleh kawannya kepada seorang pelajar perempuan. Sudahlah badan pelajar perempuan tu kecil. Jalan pun lemah-lembut. Jumpa cikgu je pelajar tu membongkokkan badan 90 darjah, kalah orang Jepun. Bila makan, alahai. Terasa macam chef pula.

 

"T-tapi dia ok je," Bangkang si penjenayah utama 1 takut-takut.

 

"Kalau dia mati kau nak tanggung?" Balas pemuda berbahu lebar itu dengan tajam. Bengang sungguh!

 

"Sudahlah Jin. Bawakkan bersabar," Salah seorang kawannya cuba menenangkan pemuda berbahu lebar yang digelar Jin itu.

 

"Masalahnya, ini cubaan membunuh tahu? NamJoon, aku tak tahu lah apa nak jadi dengan budak berdua ni," Jin mula membebel sendirian sebelum berdar masuk ke dalam biliknya meninggalkan NamJoon bersama-sama dengan dua makhluk tuhan yang membawa masalah.

 

"Seriously, apa sebab kamu berdua jatuhkan pasu tu? Apa yang perempuan tu buat pada kamu berdua?" Soal NamJoon. Dua makhluk tu hanya mendiamkan diri. Terasa diri mereka kerdil di hadapan NamJoon, Si Ketua Pelajar.

 

"Jimin! Hoseok!" NamJoon meninggikan suaranya. Melihat tiada balasan daripada dua orang pelajar itu. Dia hanya mengurut dahinya lalu beredar.  Sebelum pergi, sempat lagi dia berpesan;

 

"Korang selesaikan masalah ni sendiri. Aku tak boleh buat apa-apa."

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet