Misery and Cute Boy

The Silent Watcher

 

Irene bergegas ke kelasnya yang terletak di blok B kerana dia baru balik dari bertugas di kafeteria. Irene telah enjadi pengawas sejak tahun 2 lagi dan dia amat suka akan pangkat itu walaupun jadual hariannnya menjadi sedikit padat. Sowon pula merupakan pelajar kelas 3-2 dan dia seorang pengawas perpustakaan yang hanya bertugas selepas sesi persekolahan tamat. Uniform rasmi pengawas yang bewarna hijau tua yang dipakai oleh Irene hampir-hampir sahaja terkoyak apabila blazernya tersangkut pada paku yang terkeluar pada papan kenyataan, namun gadis itu tetap tergopoh-gapah ke kelasnya sambil terbongkok-bongkok apabila ada guru yang berdekatan dengannya.   

 

Thummmpppp!!!

 

"Aaaaah!"

 

Sebuah pasu tanah liat bersaiz sederhana kecil jatuh dari tingkat atas dan terkena pada kepala Irene menyebabkan gadis itu terduduk di lantai sambil memegang kepalanya. Irene sempat memandang ke atas dan mengesan seseorang yang tersenyum mengejek ke arahnya. Irene cuba mengelap darah yang mengalir sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. 

 

"Wei, tak ke kau rasa melampau sangat ni? Ini dinamakan cubaan membunuh tahu tak?"

 

"Relax, dia takkan laporkan perkara ni pada pihak pentadbir."

 

"Kenapa kau nampak pasti sangat?"
 

"Kita boleh buat benda ni nampak macam kemalangan."

 

"Nantak kaulah. Tapi, apa kita nak buat kat dia ni? Takkan lah kita nak biar dia di situ je? Risau pula aku kalau dia mati sebab hilang banyak darah."

 

Serentak sahaja dengan itu, muncul seorang pelajar lelaki mendekati dua orang pemuda. Dua penjenayah utama itu berlindung di sebalik dinding dan memerhati keadaan. "Bukan ke tu-"

 

"Shhhss!"

 

Pelajar lelaki yang muncul secara tiba-tiba itu mendukung Irene dengan cara bridal style dan terus pergi dari tempat kejadian. "Kau rasa dia nak bawa perempuan tu pergi mana?"

 

"Kantin."

 

"Seriously?"

 

"Lembab. Bilik kesihatanlah."

 

"Aku tanya pun nak marah."

 


 

Irene bangun dari pengsannya dengan kepala yang berbalut. Seorang pelajar lelaki duduk berpeluk tubuh di tepi katil sambil memandang tepat ke arah pelajar tersebut. Kelam-kabut Irene mengubah posisinya daripada baring kepada duduk.

 

"Kakak ok?" Tanya pelajar lelaki itu. Irene hanya mengangguk. Entah kenapa dia terasa tua apabila pelajar tersebut memanggilnya kakak.

 

"Saya Jeon JungKook dari kelas 1-3. " Ujar pelajar itu sambil tersenyum lebar. Irene hanya mampu meng-admire wajah pelajar itu. 'Comelnya budak ni..."

 

fda4066df900027f178278eda116d6b7.jpg

 

"Kakak ni Bae Irene dari kelas 3-1 kan?" Tanya JungKook.

 

"Macam mana kamu tahu?"

 

"Nama Kak Irene terpampang pada papan sekolah," Jelas Jungkook. Irene terasa ingin menampar mukanya sendiri kerana terlupa akan hal itu. Untuk menutup malunya dia menubah topik perbualan. "Kamu tak masuk ke kelas ke?"

 

"Guru bertugas suruh saya jaga Kak Irene."

 

"Eh? Takpelah kamu masuk sahaja ke kelas. Kakak nak masuk ke kelas ni." Ujar Irene.

 

"Errmm, tapi jururawat sekolah suruh Kak Irene rehat dalam bilik kesihatan sampai balik." Jelas JungKook.

 

"Kalau macam tu tak mengapalah. Maaflah sebab susahkan kamu," Kata Irene.

 

"Tak mengapa. Lagipun harini tiada kelas yang susah nak faham. Belajar sendiri pun ok," Balas JungKook, namun Irene terasa bersalah pula sebab JungKook tak dapat masuk kelas.

 

"Kalau macam tu, apa kata kakak ajar kamu masa belajar malam ni?" Cadang Irene. Mata JungKook membulat sedikit sebelum dia tersenyum sehingga terasa ada kesan spotlight pada sekeliling dan sekali lagi Irene be-fangirling seorang diri di dalam kepalanya. 'Comelnya budak ni!'

 

Suasana di situ senyap sunyi sebelum JungKook memecahkan kejanggalan yang mencengkam setiap penjuru bilik kesihatan itu. "Kakak salah seorang daripada kelab memanah akademi kan?"

 

"A'ah. Kakak dapat masuk pun sebab kawan kakak rekomen nama kakak pada jurulatih," Jelas Irene. Kelab memanah sekolah mereka amatlah ekslusif. Ahli mereka hanya ada 5 orang termasuk dirinya dan Sowon.

 

"Kenapa keahlian Kelab Memanah tak terbuka macam kelab yang lain? Saya perasan yang Kelab Memanah tiada dalam senarai kelab," Soal JungKook lagi.

 

"Jurulatih kami tak mahu ada ramai sangat ahli kelab ni. Lagipun, memanah ni perlukan orang yang cepat fokus dan mental yang kuat."

 

"Ooh. Teringinlah nak masuk Kelab Memanah," Bisik JungKook namun jelas didengari oleh Irene.

 

"Nanti kakak cuba tanya jurulatih kalau kamu boleh masuk ke tak."

 

"Betul ke?" Tanya JungKook tidak percaya. Irene hanya mengangguk kecil.

 

"Terima kasih!" Kata JungKook kegirangan sambil menbongkokkan badannya 90 darjah. Gadis itu ketawa kecil melihat gelagat pelajar lelaki yang baru dijumpainya namun terasa seperti sudah kenal selama 10 tahun. Ok, itu melampau dan menipu. 

 

'Seronoknya kalau ada adik. Aku cuma ada mak aku dan-. Jangan fikir benda tu!' Hati Irene berbisik kasar. Air mukanya turut berubah menjadi sedikit gelap. JungKook perasan akan perubahan pada Irene. "Kenapa ni? Kakak sakit ke?" Tanya JungKook cemas. Dia risau sekiranya keramahannya yang terlebih dos pada har ni menyebabkan gadis yang 2 tahun lebih tua daripadanya diserang rasa sakit kerana luka di kepala gadis itu.

 

"Hah? tak adalah. Cuma pening sedikit je."

 

"Kakak tidurlah. Nanti masa rehat saya belikan kakak makanan." 

 

"Eh, tak payah. Buat susah kamu je," Larang Irene. JungKook hanya menggelengkan kepalanya.

 

"Sekali-sekala tak apa."

 

Irene mengalah. Sakit kepalanya menyebabkan dia tak larat nak membangkang apa yang dikatakan oleh JungKook. Gadis itu baring semula dan terus tertidur sebaik sahaja matanya ditutup. JungKook hanya tersenyum kecil sebelum senyumannya pudar - meninggalkan kerutan di dahinya.

 

"Siapa yang busuk hati sangat sampai nak jatuhkan pasu di siang hari ni?"

 

 


 

 

"Kak Irene..." JungKook cuba mengejutkan Irene daripada lena. Di tangannya ada sekotak susu, setin Coke dan dua bungkus roti. Setelah dikejutkan tiga kali barulah Irene bangun dari lenanya. Seronok tidur?

 

"Kenapa JungKook?" Tanya Irene sambil menutup mulutnya kerana menguap. JungKook menghulurkan sekotak susu dan sebungkus roti kepada Irene. Irene mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih. Irene minum susu yang diberi oleh JungKook sambil memerhati pelajar tersebut makan di bangku pelawat dengan penuh selera. Pemuda itu makan rotinya seperti tidak pernah makan seharian dan Irene dapati ianya agak comel. Boleh dikatakan semua tentang JungKook ialah comel. Irene memang tak tahan dengan orang yang bermuka comel.

 

"Jungkook, kamu memang suka makan roti ke?"

 

"A'ah. Semua makanan yang berasakan tepung adalah kegemaran saya,"Jawab JungKook dengan sengihan. Irene hanya tersenyum kecil. Namun, satu perkara datang menghimpitnya. Kejadian pasu yang hampir menyebabkan rohnya melayang membuatkan hatinya geram.

 

'Aku baru je nak bagi kau peluang. Tapi, tak mengapa. Kita tengok siapa yang akan terseksa nanti.' Irene tersenyum sinis. Nasib baik JungKook tidak perasan akan kelakuan ganjilnya. 

 

"Tunggulah nasib kau esok," Bisik Irene perlahan.

 

"Hmmm?" JungKook memandang Irene.

 

"Tiada apa-apa," Irene memasang senyuman manisnya pada pelajar lelaki itu.

 

 


 

Author Note:

Jadi, inilah chaper kedua.

Asalnya, saya nak buat panjang sedikit tapi tak mengapalah.

Happy Birthday to me!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet