Audition

The Silent Watcher

 

Tak. Tak. Tak. Tak.

Gadis itu berlari mengejar sebuah kereta bewarna hitam yang semakin lama semakin laju. Air mata yang mengalir langsung tidak dilap dan jeritan ibunya di belakang langsung tak di endahkan.

"Rene!"

 

Dia langsung tidak mengendahkan jeritan tersebut malah dia turut mempercepatkan langkah untuk mengejar kereta yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. 

"Ayah!!! Ayah!!! Jangan tinggalkan Rene!!! Jangan tinggalkan kami!!!"

 

Gadis itu tersadung kakinya pada batu lalu terjatuh. Dia mula menangis dengan lebih kuat. Ibunya segera mendekati anaknya lalu memeluk anaknya.

 

"Rene... Rene... Jangan menangis. Ibu ada nak."

 

"Ayah..." Gadis itu terus menangis dalam pelukan ibunya.

 


 

"Irene!" Kejut Sowon. Irene yang baru tersedar dari lenanya hanya memandang kosong wajah Sowon yang memandangnya dengan pandangan aneh.

 

"Kenapa? Bukan ke hari ni hari Sabtu? Mana ada kelas hari ni. Latihan pun takde," kata Irene sambil menguap.Sowon membuat muka tak percaya.

 

"Woi! Kau lupa ke? Hari ni kau ada audition Kelab Menari lah! Kang SeulGi dah tunggu dah di buaian asrama. Kau ada 30 minit lagi je untuk bersiap."

 

Bebelan daripada Sowon itu hampir membuatkan dia tersedak. Dia terus mengangkat kakinya ke bilik air sambil membawa peralatan mandi dan baju. Sebelum hilang dari pandangan Sowon, Irene sempat lagi meminta Sowon mengemas katilnya,

 

"Sowon minta tolong kemaskan katil aku ya? Thanks aku sayang kau!"

 

Sowon tak mampu memberi komen. Dia hanya mampu untuk ber-krik krik krik-kan sahaja di situ.

 


 

Irene tergopoh-gapah turun melalui tangga sehingga dia hampir terjatuh ketika turun kerana langkahnya yang laju. Sampai sahaja di buaian asrama, kelibat Kang SeulGi yang memeluk tubuh kelihatan. Irene berjalan tercungap-cungap sambil tersengih-sengih rasa bersalah. 

 

"Sorry Seul. Terbabas pula pagi ni."

 

"Ye la. Sebagai ganti ruginya kau belanja aku Chocolate Milkshake," balas Seul Gi dengan muka rajuknya. Teserlah kebengangannya setelah menunggu lebih kurang 15 minit sendirian di buaian. 

 

"Baik lah SeulBear. Nanti aku beli ye," Ujar Irene sambil tersengih. Dia mencubit pipi Seul Gi sebelum berlari keluar dari kawasa asrama. 

 

"Yah! Irene!" SeulGi menjerit kegeraman sebelum mengejar Irene.

 


 

"Wei, SeulGi. Kau tak rasa ke ramai sangat orang datang audition hari ni?" Tanya Irene setelah mereka sampai ke bilik khas Kelab Menari.

 

"Mana ada ramai. Ini baru je 20 orang. Aku dengar tahun lepas 50 orang datang audition tapi 5 orang je yang diterima." Balas SeulGi. Irene terlopong. 50-5=45. Maknanya 45 orang gagal audition untuk Kelab Menari? 

 

"Aku nervous lah Seul. Tarian aku lebih lembut berbanding tarian kau yang agak powerful tu. Diorang terima ke aku ni?" Soal Irene. Dia mula sedih dan rendah diri. SeulGi yang tahu kerisauan kawannya hanya memberikan pelukan tanda kuatkan semangat.

 

Setelah menunggu selama 20 minit, nama Irene dan SeulGi akhirnya dipanggil. Irene memegang tangan SeulGi dengan erat. 

 

Mereka berdiri di hadapan juri yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Kelab Menari iaitu Taemin, Kai dan HyoYeon. Ketiga-tiga makhluk tuhan itu memandang mereka berdua dengan pandangan yang tidak ditafsirkan. Satu perkara lagi nak diberitahu, audition untuk Kelab Menari selalunya dirakam untuk disiarkan di seluruh akademi. Disebabkan oleh perkara itulah Kelab Menari ni agak terkenal di akademi.

995d0e60702af6097847761df8ed977d.jpgb29bc1fc2b8b86667160eb21c40d041b.jpg0eab463cb546ce7d07a1c86ceb048e4c.jpg

"Bae Irene daripada kelas 3-1."

 

"Kang SeulGi daripada kelas 3-1."

 

Kedua-dua orang gadis itu memperkenalkan diri mereka sebelum memainkan lagu mereka untuk memulakan tarian.

 

Selesai menari, ketiga-tiga orang juri menepuk tangan mereka sebelum menulis sesuatu di atas kertas yang tersedia di atas meja. Irene dan SeulGi menunggu kata-kata daripada tiga makhluk tuhan tersebut dengan hati yang berdebar-debar.

 

"Persembahan yang bagus. Tapi, masih lagi boleh diperbaiki lagi." Komen HyoYeon.

 

"Apa-apa pun, kamu berdua diterima untuk menjadi ahli. Kamu berdua boleh mula minggu hadapan di bilik ini," Kata Taemin.

 

"Saya tak sangka pelajar kelas 1 cantik, y dan comel. Saya ingat semua budak kelas 1 nerd-Auchh! Taemin!"  Jerit Kai setelah kakinya dipijak oleh Temin yang tercinta(sangat). SeulGi dan Irene memandang sesama sendiri.

 

Apabila mereka berada di luar bilik audition, SeulGi dan Irene bertepuk tangan meraikan kejayaan mereka. Keanehan juri sebentar tadi langsung tidak dipedulikan. Semua gara-gara kegembiraan yang terlampau angkara kejayaan yang baru saja dikecapi. 

 

"Jom, Seul. Aku belanja Chocolate Milkshake!" Kata Irene. SeulGi bersorak sebelum mereka berdua beredar pergi ke kafe akademi.

 


 

Irene berdiri di hadapan pintu pejabat pengetua Byun. Dia menarik nafas sebelum mengetuk pintu sebelum memusingkan tombol untuk membuka pintu. Gadis itu menjengulkan kepalanya sedikit ke dalam pejabat pengetua. Kelihatan pengetua sedang menaip sesuatu menggunakan komputer ribanya. 

 

"Pengetua, boleh saya masuk?" Soal Irene sopan. Pengetua memandang ke arahnya lalu mengangguk.

 

"Apa urusan kamu ke sini?"

 

"Saya nak laporkan ada pelajar yang melakukan perlakuan yang tak bermoral," Kata Irene. Pengetua Byun memandang Irene dengan tertanya-tanya.

 

"Perlakuan tak bermoral?"
 

"Ada individu meletakkan CCTV buatan di dalam bilik air pelajar aspuri." Jelas Irene. Pengetua mengerutkan dahinya. "Kamu ada bukti?" Irene menganggukkan kepalanya sebelum mengeluarkan sebuh kotak kecil dari dalam beg yang digalasnya. Pengetua membuka kotak tersebut lalu dibeleknya gadget buatan tangan yang diberi oleh Irene sebentar sahaja tadi.

 

"Saya harap pengetua dapat selesaikan dan hukum orang yang buat perkara macam ni." Kata Irene sebelum meminta diri untuk pulang. 

 

Ketika dalam perjalanan pulang, air mata Irene menitik. Barangkali kecewa dengan sikap pengetua yang sambalewa atau sebab terlampau geram dengan orang yang membuat perkara yang tak bermoral tesebut. Mungkin.

 

"Kita tengok apa yang akan terjadi pada korang."

 


 

Author's note:

Maaf sebab dah lama tak update.

Ada exam minggu lepas...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet