003

Hikayat Si Penulis
Please Subscribe to read the full chapter

003

 

Min memandang Yoongi lama dengan mata mencerun. Yoongi hanya berkerdip-kerdip mata dengan innocent seakan mahu memujuk Min untuk bersetuju.

"NOPE." Min menggeleng-geleng akhirnya. Senyuman Yoongi bertukar masam seperti nasi basi. "Sekarang cepat. Saya nak pergi sekolah kejap lagi ni." gesa Min sambil mengarahkan Yoongi berdiri di hadapan komputer ribanya.

"Min."

Gadis itu mendecit. "Apa dia lagi?"

"Min! Cepatlah siap! Ibu kena keluar awal pagi ni!"

Kelam kabut gadis itu berlari mengambil kain tuala yang tersangkut pada penyangkut lalu memecut ke dalam bilik air hingga terlupa bahawa Yoongi masih ada di situ.

 

Selepas setengah jam, Min sudahpun bersiap dalam uniform sekolah. Lega juga bila lihat kelibat Yoongi sudah tiada di dalam biliknya. Mungkin dia dah balik ke dunia ceritanya semula. Tak sempat untuk menyikat rambut, ibu sudah terpekik dari luar. Min dengan kelajuan lipas kudung, segera meninggalkan bilik.

 

"Sabarlah bu. Awal lagi ni." Min mengejar susuk ibu yang laju menuruni tangga mengalahkan dirinya sendiri dengan nafas pancit.

"Ibu ada hal kena selesaikan kat pejabat. Jadi ibu kena bertolak awal."

Min menutup pintu kereta seperti ibunya. Kenderaan tersebut mula bergerak meninggalkan bangunan apartment, memasuki jalan raya. Bosan, Min mengambil beg tangan ibu dan menyelongkar sesuka hati. Tabiat buruk yang entah Min warisi daripada siapa. Satu bedak kompak dikeluarkan dan Min mula menilik cermin. Rambut yang agak serabai dibetulkan dan tiba-tiba Min mengerut dahi; terpandangkan benda bulat berwarna blonde di tempat duduk belakang. Dia berpaling, dan menjerit.

 

"Min Yoongi!!"

Yoongi hanya tersenyum mengejek.

"Min!"

Min terus tersentak dengan jerkahan ibu dan mengetap bibir. Hatinya menyumpah seranah. Kenapa Min Yoongi ada lagi kat sini?!!

"Ibu tengah pandu kereta ni! Kamu nak kereta ni terbabas ke?!"

"Sorry.. saya tak sengaja.." Dia hanya menunduk dan kembali meletakkan bedak kompak ke dalam beg tangan ibu. Mata Min tajam memandang cermin pandang belakang. Bertambah geram si Min dibuatnya. Boleh Min Yoongi buat mulut itik kepadanya?! Ia dah tak comel, ia menjengkelkan!!

"Dan siapa Min Yoongi tu?!"

Min mengigit bibir bawahnya. "Entah.. Lupalah siapa." Min ingin saja mengecilkan diri di tempatnya. Harap ibu tak menyoal lagi..

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya dah tukar nama main karakter, fyi ^^"

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 4: Alamak yoongiiii XDDD min jangan padamm jangan panikkXDDD
starlightkim_
#2
Chapter 4: Oh my!masalah sudah datang!habisla
starlightkim_
#3
Chapter 3: Aduh,mesti pening kepala si min.siapalah watak yang keluar tu?
ChachaPippo
#4
Chapter 3: hahahha.. aiyoo baekhyun pulak xD
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: uiyoooo xD
bahaya niii xD hebat authornim~
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: sedihnya chap ni ;----;
KiNhAn88Wolf #7
Chapter 2: My bias Yoongi knpa buat sya macm ni awk curang dengan Sky sob... sob.. sob *gurau jelah* Authornim cepatlah update tak sabar ni XD
cicakobeng
#8
Chapter 1: What is this?? Haha.. Suka bila baca conversation between min ri ngan kris..tercampak dlm laut ngan ikan duyung ..haha..sape plak bwk selimut tebal tu? Jangan Ju on sudah..hehe
aiyani
#9
Chapter 1: Ahhh, saya ingatkan awak update bab baru memandangkan notification saya cakap awak update ; _ ; *pout*
Btw, komen saya sebelum ni hilanglah?! Anehnya O _ O ")
-hellooojimin #10
Chapter 1: eh eh habis yoongi tu? XDDDD
dia stay kat situ dengan Sky ke?lepas tu jatuh hati? XD