002

Hikayat Si Penulis
Please Subscribe to read the full chapter

 

002

 

Min segera menarik selimut tebalnya dan muncul Yoongi yang mengerengkot di atas katil seperti fetus.

“Min Yoongi?! Kenapa awak kat sini?!”

Yoongi beralih kepada posisi duduk. Rambutnya masih serabai. “Saya tak nak balik.” ujarnya dalam mamai. Matanya berkerdip-kerdip malas.

Min menepuk dahi, mendengar ayat sama yang Kai pernah ucapkan.

Kenapa?! Kenapa?!

“No, Min Yoongi! Awak kena balik!” Min menuju ke komputer ribanya semula dan terus menekan suis hidup. Yoongi hanya mencebik sugul.

“Min!” Suara ibunya tiba-tiba kedengaran dari dapur. Min mencemuh dalam diam kerana merasakan perbuatannya diganggu.  “Awak tunggu kat situ!” Amaran dilontar pada Yoongi dengan renungan yang diasah tajam.

 

“Ada apa, bu?” tanya Min, acuh tak acuh.

“Ibu lupa nak singgah pasaraya tadi. Kamu pergi beli barang, ya?”

Noooo! Riak wajah Min berubah.

 

“Awak nak beli apa?” tanya Yoongi sambil mengekori rapat Min. Yoongi terjenguk-jenguk daripada belakang; cuba untuk melihat senarai panjang di tangan Min. Dengan tekun Min membaca nama-nama barang yang tertulis.

"Min~" Yoongi memanggil lagi, mujur tak dapat didengari oleh orang lain. Hampir saja Yoongi terlanggar dengan troli seorang mak cik yang sibuk membandingkan harga tin biskut. Yoongi segera berlari anak ke arah Min.

Min laju menyaut tin-tin makanan masuk ke dalam bakul. Dia mahu lekas-lekas habiskan aktiviti membeli belah barangan dapur ini. Dan dia ingin menghantar Yoongi pulang dengan segera.

 

"Min! Awak lupa benda ni!" Yoongi cuba memancing gadis berkenaan. Dia berdiri di hadapan rak kekacang. Min terus berpaling dengan pantas. "Ibu bukan suruh awak beli kacang tanah kan?" Yoongi tersengih.

Dahi Min berkerut, mulut tetap dikunci. Kalau dia berbalas jawab dengan Yoongi, orang akan mengecop dia gila pula. Nak tak nak, Min mengambil satu tin besar kacang tanah.

 

Pantas masa berlari pecut, Min kini sudah menjejak kaki di apartmentnya semula. "Ibu!! Ni barang ibu pesan!" laung Min ketika menuju ke dapur. Beg plastik selamba dihempas di atas kaunter dapur dan Min bergegas masuk ke dalam bilik. Tak lupa juga Yoongi yang ditarik kolar baju.

"Bertuah punya budak. Buat apa pergi beli kacang tanah ni?!"

 

"Okay, sekarang takde siapa yang boleh ganggu kita." Min ketawa jahat. Maaf, dia keden

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
saya dah tukar nama main karakter, fyi ^^"

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 4: Alamak yoongiiii XDDD min jangan padamm jangan panikkXDDD
starlightkim_
#2
Chapter 4: Oh my!masalah sudah datang!habisla
starlightkim_
#3
Chapter 3: Aduh,mesti pening kepala si min.siapalah watak yang keluar tu?
ChachaPippo
#4
Chapter 3: hahahha.. aiyoo baekhyun pulak xD
aquariusxpisces
#5
Chapter 3: uiyoooo xD
bahaya niii xD hebat authornim~
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: sedihnya chap ni ;----;
KiNhAn88Wolf #7
Chapter 2: My bias Yoongi knpa buat sya macm ni awk curang dengan Sky sob... sob.. sob *gurau jelah* Authornim cepatlah update tak sabar ni XD
cicakobeng
#8
Chapter 1: What is this?? Haha.. Suka bila baca conversation between min ri ngan kris..tercampak dlm laut ngan ikan duyung ..haha..sape plak bwk selimut tebal tu? Jangan Ju on sudah..hehe
aiyani
#9
Chapter 1: Ahhh, saya ingatkan awak update bab baru memandangkan notification saya cakap awak update ; _ ; *pout*
Btw, komen saya sebelum ni hilanglah?! Anehnya O _ O ")
-hellooojimin #10
Chapter 1: eh eh habis yoongi tu? XDDDD
dia stay kat situ dengan Sky ke?lepas tu jatuh hati? XD