Bab 3

OBSES

Loceng perhimpunan berbunyi , tanda untuk semua pelajar SMK Batu Muda bersedia untuk bergerak ke perhimpunan. Pengawas sekolah telah mula menunjukkan tanda bagi menjalankan tugas mereka. Liana , Ryan dan Aiman , bergegas ke perhimpunan.

 

"Ryan , Aiman ! Kelas apa ? " tanya Liana sambil menuju ke tapak perhimpunan.

"Ohh lupa nak bgtahu , kelas 5 Intan , Ryan dgn Aiman sama kelas , so kejap lagi beratur sama sama. Lia kelas apa ? "

"Ala yeke , Lia kelas lain , 5 Berlian . . " jawab Liana sambil melihat peta dimana kelasnya terletak.

"Oh kalau mcm tu baguslah ! Kelas sebelah je " terang Ryan.

"Okayy , kalau mcm tu kita jumpa nantilah " harap Liana

"Semestinya " jawab Ryan sambil mengenyit mata kanannya dan melambai tangannya kepada Liana.

" Hmm , nampaknya terpaksa la aku jumpa kau " balas Aiman sambil tersenyum sindir.

Selesai perhimpunan  Liana mula pergi ke kelas nya. Setakat ini dia tidak menyapa sesiapa lagi kerana dia tidak pergi ke perhimpunan sebaliknya ke pejabat. Terdapat beberapa perkara yg perlu diselesaikan. Jadi dia agak lewat masuk ke kelas. Liana bergerak ke koridor , disitu agak sesak kerana semua pelajar bergerak masuk ke kelas. Ramai pelajar merenungnya . Liana hanya menunduk kerana takut dilihat sebegitu.

Liana hampir sampai ke kelasnya. Banyak perkara yg bermain di fikiran Liana. Akhirnya dia sampai ke kelas 5 Berlian. Sebelum dia memasuki kelasnya , Liana mengambil nafas panjang dan berharap agar semua perkara berjalan dgn lancar. Di depan pintu dia ternampak guru kelasnya sedang berada di depan pelajar menunggu kehadirannya.

"Baiklah kelas , nampaknya kawan baru kamu semua dah sampai. Masuk lah dan sila kenalkan diri kamu " Liana perasan guru kelasnya agak cantik dan peramah.

"O-ohh okay cikgu" jawab Liana tergagap sambil memberikan senyuman yg paling sempurna untuk menutup rasa gementarnya. Liana perasan semua kawan sekelasnya memandangnya seperti boleh tembus dinding di belakangnya.

" Assalammualaikum semua and selamat sejahtera . Nama saya Liana . Boleh panggil Lia . Saya harap semua sudi berkawan dgn saya tahun ni . Thankyou "  dengan tenang Liana memberi ucapan perkenalannya.

" Bagus. Liana boleh duduk dgn ... Thia,  dkt situ" arah cikgunya sambil menunjuk jari nya kearah seorang gadis bertudung comel.

 " Sini Liana " jerit Thia sambil melambaikan tangannya . Gadis memandangnya dan menunjukkan senyuman yg manis. Liana membalas senyumannya lalu pergi ke arahnya.

 

 

*p/s : wuu nanti sambung.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet