Bab 2

OBSES

Liana dan Ryan menaiki bas yg menghala ke sekolahnya . Bas T305 ni amat terkenal kerana kesibukannya mengambil penumpang. Kebanyakannya budak sekolah akan menaiki bas itu. Harga tambang juga murah bagi pelajar, RM 0.50 sahaja. Ibu bapa Liana amat sibuk bekerja , jadi Liana berdikari pergi ke sekolah bersendirian.

"Oi , Man " kata Ryan sambil bergerak ke tempat kawannya .

'Kenapalah budak laki sekolah ni hensem hensem ? Aduh susah ah mcm ni. Takleh belajar aku harini' kata Liana dalam hatinya sambil terpegun melihat kawan Ryan.

"Siapa ni ? " kata Aiman , memerhati Liana  sambil matanya bergerak perlahan keatas dan kebawah membuatkan Liana rasa gementar .

'Asal dia pandang aku atas bwh ?  Baju aku hodoh ke ' fikir Liana " Oh hai , saya Liana , budak baru "

"Tadi aku jumpa dia dkt bustop , sbb first time naik bas , aku tegur la dia .Lagipun dia pakai baju sekolah sama mcm kita" terang Ryan kepada Aiman bagaimana dia terjumpa dgn Liana.

" Aku rasa kita jumpa org baru la nampaknya " kata Aiman sambil bergerak ke tepi untuk memberi ruang Liana dan Ryan duduk sebelahnya.

"Yeap , nampakya mcm tu lah " jawab Ryan sambil senyum ke arah Liana apabila duduk disebelahnya.

" Guess this will be an interesting year rite .. " ujar Aiman.

 

Liana melepaskan keluhan yng sgt panjang setelah sampai ke sekolahnya. Dia amat risau dengan perkara yg bakal berlaku pada harini. Mendapat kenalan yg baru sewaktu ke sekolah telah melegakan hatinya walaupun Aiman agak kurang sopan kepadanya ketika dalam bas. Bagi nya ia agak janggal kerana mereka agak baik terhadapnya. Mungkin kerana dia adalah budak baru di SMK Batu Muda , jadi mereka melayan Liana dgn baik agar dia memberi pandangan yg baik terhadap sekolah barunya .

"Nampaknya dah sampai la kita kat sekolah ni .  Lamanyaaa tak jejak, lepas sebulan cuti . Rindu wehhh " Kata Ryan sambil mengambil begnya lalu turun dari bas.

"Dah sampai dah ? Cepat betul weh , maybe sbb ada dengan dua ekor kat dalam bas ni " keluh Aiman sambil bergerak menuruni bas.

Liana agak terkejut apabila Aiman berkata begitu . Dengan selamba sahaja Liana menjawab " Tak tahu pula manusia ni boleh bercakap . Haha " sindir Liana.

Aiman tergelak kecil melihat Liana tersinggung atas percakapannya tadi. Mungkin ini kali pertama Liana mendapat kawan lelaki . Ye betul , Liana agak kurang bersosial di sekolah dulunya. Jadi tahun ini dia cuba berubah menjadi orang yg lebih baik .

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet