FINAL

Jual Rasa Malu
Please Subscribe to read the full chapter

Krismas.

Memang la perkara penting bagi insan yang sedang hangat berkapel.

"Suho-ah... Nanti Krismas nanti kan... Boleh tak kita sambut kat pokok Krismas depan stesen kereta api tu?" Aku bermanja - manja dengan boyfriend aku, Suho.

"Hmph... Sukati awak cakap lak... Tak boleh. Saya sibuk. Ada latihan bola keranjang..." Suho membalas.

'Gagal teruk.' Cakap la macam mana pun.

"Ehh?! Apa awak cakap tadi...? Alaa, kenapa? Kan memang adat kapel bermanja - manja masa Krismas?" Aku menjerit kepadanya. Angin jugak aku dibuatnya.

"Tak dengar ke? Saya kan dah cakap tak boleh. Saya sibuk la." Dia menjawab dengan muka selambanya.

"?!!" Aku terkejut kerana aku sudah hancur harapan. Jawapan Suho ni memang menyakitkan hati!

Memang tak disangka... Bola keranjang lebih penting daripada aku yang merupakan girlfriend kesayangan dia ni?! Aku tertekan!

"Kenapa... Kenapa..." Aku merajuk sambil duduk di atas lantai, membelakangi Suho.

"Haih... Kenapa nak sedih sangat? Hari lain pun kita boleh dating gak, kan?" Dia membalas.

Kitaorang ni dah dating selama satu bulan lepas aku luahkan perasaan. Tapi... Apa hal ni?! Kitaorang ni kapel ke tak?!

"Hei, bangun. Tak payah nak drama sangat. Hari ni saya temankan awak balik. Saya takde latihan petang ni." Suho berkata, cuba memujuk aku yang tengah merajuk.

"Betul ke?!" Aku terus makan pujuknya itu.

'Dah agak dah...' Suho berfikir.

"Alang - alang dah balik... Jom kita ambil gambar kat purikura~!" Aku berkata dengan nada yang amat ceria.

"Malas." Dia membalas dengan jujur. Aku pun merajuk kembali tetapi dia cuba mengugut aku bahawa dia tidak akan balik bersama jika aku berkata apa - apa lagi. Apa punya boyfriend la Suho ni.

 

"Dahtu? Macam mana kau tau yang dia cintakan kau? Cuba cakap sikit?" Haneul bertanya.

Aku tak tahu nak jawab apa. Aku tengok sebelah kiri.

"Aku dengan boyfriend aku dah komfem apa nak buat masa Krismas nanti! Memang wajib tiap - tiap tahun camtu." Kawan aku, Yoona memberitahu kami. Aku rasa tertikam. Aku tengok sebelah kanan.

""Aku dah tempahkan hadiah untuk dia... Tak dapat bayangkan kalau tak dapat sambut Krismas dengan dia tau! Hohohohoho..." Rakan aku, Junni berkata. Aku rasa tertikam lagi. Dua kali.

"Ufufu~" Haneul ketawa kecil. Aku terkejut.

HAH~ Terkejut... Takde sayang. Jadi, dia tak sayang aku...

"Baiklah! Biar aku jadi pengurus pasukan bola keranjang! Demi Suho!" Aku membuat keputusan yang amat drastik, realistik dan agak plastik sikit. Baru la aku dapat bersama dengan Suho!

"Wah!" Rakan - rakan aku menyokong aku. Bahagianya!

"Buat yang terbaik!" Aku cuba memberi dorongan pada diri aku sendiri.

 

"Awak nak jadi pengurus?" Suho bertanya. Mukanya serupa macam tak rela pula bila aku bagitahu dia yang aku nak jadi pengurus kelab bola keranjang.

"Ya! Saya akan jadi pengurus sampai Krismas." Aku memberitahu kepadanya.

"Apa niat awak sebenarnya? Cakap!" Suho menyergah aku. Aku yang terkejut bukan kepalang, tergagap - gagap.

"Ah... Tak... Takde la!" Aku membalas, cuba menafikan pernyataannya walaupun betul apa yang Suho kata. LoL. Takkan la aku nak mengaku pulak?

"Haih... Saya cakap apa pun, bukannya awak nak dengar. Tapi pastikan awak diam masa latihan." Dia berpesan kepada aku sebelum dia berlalu pergi.

"Okey!" Aku membalas dengan gembira. Boleh la aku habiskan Krismas dengan dia. Aku akan cuba yang terbaik!

 

"Alamak... Se... Sejuknya... Sejuknya kat sini... Uhuk uhuk... Padahal aku dah pakai mafela dah ni... Orang lain tak sejuk ke?" Aku cuba menahan kesejukan. Kemudian, aku melihat ke arah Suho.

Ah... Ini kali pertama aku betul - betul dapat tengok Suho bermain~ Hebatnya! Hahaha... Biasa la. Boyfriend aku kan! Segak betul! Aku kena tunjuk kat Suho yang aku ni girlfriend terbaik!

"Okey, semua berkumpul ya! Ini bento istimewa Miyoung! Ambil la~" Aku mempelawa semua pemain untuk makan makanan yang aku bawa. Hehehe... Baru la naik saham aku~

Uwekk... Uwekk... Aku terdengar mereka muntahkan balik minuman yang aku buat. Sakitnya hati aku! 

"Erm... Suho, macam mana ya...?" Aku cuba bertanya kepada Suho sambil menahan rasa sakit hati aku yang terbuku dalam hati aku yang kecil mulus ini.

"Err... Miyoung... Mulai sekarang, jangan buat makanan... langsung. Faham?" Suho memberitahu kepada aku dengan mukanya yang macam nak makan orang itu. Takutnya aku!

"Oh... Okey... Maaf..." Aku membalas sambil menutup muka aku kerana takut.

Alaa... Takkan la aku tak boleh buat apa - apa untuk Suho... Yalah! Janji dia tak marah gila lagi. Aku pun bersorak nama Suho. Sebab aku sayangkan Suho.

"Suho... Kau boleh tak buat sesuatu?" Chanyeol bertanya ketika dia berlari sebelah Suho. Suho kelihatan tertekan.

"Takleh. Pedulikan dia. Aku takde kaitan dengan yeoja tu. Aku tak kenal dia..." Suho membalas.

Semasa latihan itu berlangsung dengan rancak lagi, salah seorang pemain tiba - tiba tersalah lontar bola dan menuju ke arah aku. Aku yang baru sedar akan apa yang berlaku hanya berdiri di situ, kaku.

"Hoi! Jaga sikit!" Mereka menjerit. Aku terkejut, tak tahu nak buat apa.

"Awak okey tak?" Suho bertanya. Dia kelihatan agak cemas.

"Saya... Saya okey... Maaf..." Mesti aku kena marah lagi...

Dia kemudiannya menolak kepala aku ke dadanya sambil berkata.

"Apa saya nak buat dengan awak ni? Terkejut saya tadi." Suho memberitahu aku.

Suho...

"Saaaayang Suho~~" Aku berkata sambil memeluknya.

"Tengok~ Haha! Suho tu... Cayalah! Wah!" Kawan - kawan Suho megusiknya. Suho yang baru tersedar akan kelakuannya itu terus melepaskan pelukan aku.

"Jangan asyik berangan je! Pabo!" Suho memarahi aku.

"Hii... Uhuk. Alaa, maaf la... Uhuk uhuk uhuk..." Aku merajuk.

"Miyoung... Jangan datang sini lagi, faham?" Suho mengugut aku.

"Apa?! Jangan datang sini...?" Aku terjerit. Terkejut mendengar arahan Suho. Dia berlalu pergi dengan muka bengangnya.

"Ahahah! Ah~ Kali pertama aku nampak Suho macam tu. Kau ni girlfriend Suho kan? Beetul kan?" Kawan Suho bertanya kepada aku sambil mendekatkan mukanya dengan aku.

Aku menjauhkan muka aku daripadanya.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 1: Sweetnyaaaa. Walaupun Suho garang nak mampos. Nak sequal boleh? XD
MissByunJimin
#2
Chapter 1: suho mmg selfish..nyampah plk..haha
sian miyoung..nasib ko la miyoung..hoho
jeonnamjoo
#3
comel poster