Chapter 53
I Can't Stop Loving YouA/N1: Chapter 53
Setelah segala persiapan dibuat, Chanyeol, si kembar HanHun dan pasangan TaoBaek mengambil penerbangan ke Seoul, Korea pada malam itu. JongBin tidak mengikut mereka semua kerana cuti mereka di Itali masih berbaki lagi seminggu. Kapal terbang yang dinaiki mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Seoul. Chanyeol berasa nostalgia apabila sampai di Seoul, Korea. Dia tidak pernah menyangka akan menjejaki tanah kelahirannya semula selepas peristiwa pahit itu. Namun, apa yang mengejutkan dirinya, mereka disambut oleh pasangan Sulay yang menunggu mereka di ruang ketibaan. Ternyata, kisahnya dalam pengetahuan Sulay. Dan, apa yang lebih mengejutkan dirinya, rupa-rupanya Yixing adalah saudara rapat Zitao. Sudah tentu, kisah dirinya dalam pengetahuan mereka suami-‘isteri’. Tetapi, mereka tidak memberitahu Yifan dan keluarganya kerana mereka terikat akan janji dengan TaoBaek. Chanyeol rasa berterima kasih atas pertolongan itu kerana dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan suaminya dan keluarganya.
Si kembar HanHun pada mulanya tidak dapat menyesuaikan diri mereka di Seoul. Tetapi, berkat kesungguhan Chanyeol, TaoBaek dan dibantu oleh Sulay. Akhirnya, si kembar HanHun berjaya menyesuaikan diri mereka di Seoul. Di Seoul, Chanyeol dan si kembar HanHun kembali menetap di rumah pusaka Park. Chanyeol berkerja di perusahaan Huang. Si kembar pula akan dihantar oleh Chanyeol ke ‘nursery’ menggunakan kereta yang dipandu oleh Baekhyun setiap pagi. Apabila sudah berada di tempat lahirnya, Chanyeol ternyata lebih merindui keluarga besarnya. Terutamanya si suami. Tetapi, dia tidak memiliki keberanian untuk bertemu. Chanyeol sering menangis sendirian sambil memeluk bingkai gambar perkahwinannya bersama Wu Yifan selepas menidurkan si kembar. Si kembar HanHun adalah anak yang bijak. Mereka menyedari kesedihan si ‘ibu’, sebab itu mereka tak pernah bertanya di mana keberadaan si ayah. Malah, mereka merancang berdua untuk bertemu dengan si ayah tanpa pengetahuan si ibu.
"Hunnie, this is our father's company, right?”tanya Luhan kepada si adik.
"Yes, Hannie."balas Sehun, si adik.
Mereka ketika itu berada di kawasan lobi syarikat Wu. Mereka sebenarnya melarikan diri dari ‘nursery’ untuk mencari keberadaan si ayah. Mereka telah curi-curi masuk ke bilik tidur Chanyeol untuk mendapatkan foto si ayah dan sedikit maklumat perbadi si ayah. Walaupun mereka tidak pernah diperkenalkan si ayah oleh Chanyeol, namun rasa ingin tahu akan kewujudan si ayah sangat mengganggu pemikiran mereka. Mereka sangat tertanya-tanya mengapa si ayah tidak pernah bersama-sama dengan mereka. Malah, mereka ingin bertanya kepada si ayah, adakah mereka terlalu nakal. Oleh sebab itu, mereka ditinggalkan? Ya, mungkin persoalan itu akan terjawab setelah bertemu dengan si ayah.
"But, what floor?"tanya Luhan was-was. Sehun mengangkat bahunya.
"I don't know."balas Sehun. Wajah Luhan mula berkerut. Ingin menangis.
"Andwae, we are lost."Sehun berteriak apabila melihat reaksi si abang. Luhan juga ikut berteriak melihat adiknya menangis.
Junmyeon keluar dari perut lif. Dia melihat jam di tangannya. Dia telah berjanji dengan Yix
Comments