Chapter 57
My Heart is YoursA/N : Chapter 57
Minsoo mendudukkan dirinya di sisi katil yang menempatkan anaknya terbaring. Dia membasahkan tuala ‘Good Morning’ ke dalam mangkuk yang berisi air dan memerahnya sebelum meletakkan ke atas dahi anaknya, Damin.
“Damin-ah, please wake up soon. Appa missed you.”ucap Minsoo lembut. Dia menggenggam erat tangan Damin. Setelah beberapa ketika kemudian, Minsoo melepaskan genggaman tersebut dan bangkit dari duduknya lalu mencium lembut kepala anaknya. Dia berjalan perlahan keluar dari bilik tidurnya. Dia juga membiarkan pintu terbuka agar dia mudah mendengar sekiranya anaknya sudah sedar.
Minsoo berjalan menuruni tangga rumah keluarga Bang ke tingkat bawah. Minsoo melihat persekitaran di tingkat bawah. Dia tidak nampak sesiapa. Minsoo berasa pelik. Tapi, dia hanya mengangkat bahunya. Dia kemudiannya berjalan ke dapur untuk minum air. Selepas dia menghilangkan dahaganya itu, Minsoo berpatah balik menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di sofa sambil menyandarkan badannya. Dia menutup matanya. Mentalnya terasa penat apabila memikirkan apa yang berlaku pada dirinya sejak kebelakangan ini.
Tanpa disedari dirinya, Minsoo terlelap di sofa itu.
Jonghyun membuka pintu rumah keluarga Bang. Di belakangnya, berdiri Mr Bang dan Mrs Bang. Masing-masing memegang plastic yang berisi barangan dapur. Mereka baru pulang dari pasaraya. Mereka bertiga keluar dari rumah tanpa berpamitan dengan Min
Comments