Chapter 45
My Heart is YoursA/N : Chapter 45
Minsoo menarik nafas panjang. Selepas pemergian Daniel dari sisinya, hidupnya terasa kosong. Dia cuba untuk menjejaki isterinya dengan berjumpa dengan sahabat baik Daniel, Lee Jong Suk untuk bertanyakan keberadaan Daniel tetapi tidak menemukan sebarang hasil apabila sahabat baik isterinya itu mengatakan mereka telah lama terputus hubungan. Bukannya dia tidak pernah menghubungi nombor telefon bimbit isterinya. Selalu. Tetapi nombor tersebut tidak lagi digunakan dalam perkhidmatan. Minsoo meraup kasar wajahnya. Tiba-tiba, pintu pejabatnya diketuk dari luar.
“Come in!”arah Minsoo. Terjengul wajah yang tidak asing lagi dalam hidup Minsoo.
“Hyung.”
“Yes, Jonghyun?”balas Minsoo sambil memandang wajah adik angkatnya yang kini status sebenarnya adalah adik kandungnya.
Ya, kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarganya telah terbongkar lima tahun lalu. Hal itu terjadi apabila Minsoo tiba-tiba diserang sakit kepala selepas dia melihat sijil lahir asli milik Jonghyun. Dia ketika itu sedang mencari dokumen penting di bilik kerja keluarga Bang. Sijil lahir asli itu terkeluar dari fail. Minsoo jatuh terjelempok dan kepalanya hampir mengena bucu meja sebelum dirinya berjaya disambar oleh Jonghyun yang kebetulan sedang berjalan melepasi bilik kerja tersebut.
Minsoo meracau-racau dalam keadaan separa sedar. Jonghyun yang panik menjerit nama ibu dan ayahnya. Mr Bang dan isterinya yang berada di dalam bilik tidur mereka bergegas menuju ke arah anak mereka. Masing-masing tergamam melihat keadaan Minsoo. Tanpa melengahkan masa, Mr Bang memapah Minsoo sambil dibantu Jonghyun menuju ke bilik tidur Minsoo. Mereka membaringkan tubuh Minsoo perlahan-lahan di atas katil. Manakala, Mrs Bang segera menghubungi doktor yang mengendalikan kes Minsoo.
Tidak lama kemudian, doktor tersebut sampai di kediaman Bang. Dia memeriksa kondisi pesakit. Setelah beberapa ketika, doktor tersebut menatap setiap wajah penghuni kediaman Bang. Doktor tersebut melemparkan senyuman kepada mereka dan mengatakan Minsoo telah memperolehi kembali memori yang hilang kerana trauma penculikan Jonghyun beberapa tahun lalu. Masing-masing menghela nafas lega apabila mendengarkan perkhabaran baik itu.
Mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut. Mr Bang menghantar doktor tersebut sehingga ke muka pintu. Mrs Bang dan Jonghyun pula menunggu di bilik tidur Minsoo sehingga penghuni bilik tersebut kembali sedar. Minsoo kembali sedar selepas dua jam. Di sisinya ada Mr Bang, Mrs Bang dan Jonghyun, adik kandungnya yang disangka maut dalam kejadian penculikan beberapa tahun lalu.
Minsoo menuntut kepada mereka mengapa menyembunyikan hal penting seperti ini daripada pengetahuannya. Mrs Bang membuka bicara dengan linangan air mata. Katanya, dia tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang trauma dengan kejadian penculikan Jonghyun. Dia rasa bersalah dengan segala yang terjadi. Jonghyun pula mencelah dengan mengatakan dia terlalu sayangkan hyu
Comments