Chapter 23
My Heart is YoursA/N: Chapter 23
Keesokkan harinya, Minsoo sudah kembali sihat. Jadi, dia akan masuk kerja seperti biasa. Peristiwa yang berlaku semalam seolah dilupakan begitu sahaja. Masing-masing tidak memberi sebarang komen. Seperti biasa, Daniel bangun dari tidurnya menyiapkan sarapan untuk suaminya. Dia menghidangkan sarapan di atas meja.
“Yeobo, let’s breakfast.”Daniel memanggil suaminya yang sedang menuruni tangga sambil memegang briefcase di tangannya. Minsoo yang selalu tidak mempedulikan panggilan itu memandang Daniel. Dia berjalan menuju ke meja makan. Dia meletakkan briefcasenya di tangannya di atas kerusi di sisinya dan mendudukkan dirinya di hadapan si isteri. Daniel yang menyedari hal ini terasa senang. Dia segera menyeduk nasi goreng ke dalam pinggan Minsoo.
Minsoo menjamah sarapan yang disediakan isterinya. Dia melirik isterinya itu dari ekor matanya untuk melihat reaksi si isteri. Ternyata dia menerima reaksi yang tidak terduga apabila Daniel, isterinya itu tersenyum lebar. Minsoo mengalihkan lirikan matanya ke nasi goreng di depannya, dia terus menjamah sarapannya itu. Keadaan sedikit hening. Selepas itu, Minsoo bangkit dari kerusinya dan mengambil briefcasenya yang berada di atas kerusi di sisinya lalu beredar menuju ke pintu keluar. Daniel yang menyedari si suami bangkit dari kerusinya segera mengejar si suami
“Yeobo. Thanks for eating.”ujar Daniel dengan rasa terharu sambil meraih tangan si suami untuk menciumnya. Minsoo hanya diam m
Comments