Chapter 16
My Heart is YoursA/N : Chapter 16
Daniel hanya berjalan kaki menuju ke ‘supermarket’ yang mengambil masa hampir 30 minit dari rumah kediaman keluarga Bang. Bukannya dia tidak ingin menaiki teksi untuk cepat tiba ke destinasi namun dia ingin menikmati pemandangan sekelilingnya Walaupun tujuan asalnya dia ingin pergi ke ‘supermarket’ namun, dia sebenarnya ingin menenangkan fikirannya. Fikirannya sedikit kusut apabila memikirkan hubungan perkahwinannya dengan suaminya, Minsoo yang seperti tiada hala tuju. Ya, dia tahu suaminya itu tidak akan pernah mencintai dirinya. Suaminya itu telah memberitahunya dengan jelas semasa majlis perkahwinan mereka berlangsung. Hati siapa yang tidak patah apabila diperlakukan sebegitu. Walaupun begitu, Daniel tetap mencintai suaminya sehingga akhir hayatnya kerana cinta pertama itu sangat sukar untuk dilupakan.
Daniel selamat tiba ke destinasi. Dia memasuki supermarket itu dengan sedikit tenang. Ternyata dengan menikmati pemandangan sekelilingnya mampu membuatkan dirinya menjadi tenang. Daniel mengeluarkan senarai barang dari dompet coklatnya. Dia meneliti senarai yang tertera satu persatu sebelum membuat keputusan untuk menuju ke arah rak-rak berisi coklat.
Setelah Jonghyun meminta kebenaran dari ibunya untuk keluar, dia telah bergegas menuju ke rumah si kekasih hatinya. Dia hanya memaklumkan pada ibunya dia mempunyai ‘date’ bersama kekasih hatinya tanpa memberitahu siapakah gerangannya. Jonghyun i
Comments