Chapter 14
My Heart is YoursThanks for subscribing : _KainiesaL
Thanks for commenting : mpreggoland
A/N: Chapter 14.
Mrs Ahn terbatuk-batuk di bilik tidurnya. Dia ketika itu baru ingin melelapkan matanya selepas makan malam bersama keluarga Bang. Pada mulanya, dia hanya batuk biasa, namun semakin keras. Apabila dia tidak tahan lagi, dia bangkit dari katil dan mencapai kain tuala ‘Good Morning’ dari laci bajunya untuk menekup mulutnya. Dia kembali batuk. Berulangkali. Setelah batuknya reda, dia merenggangkan kain dari mulutnya. Dia tergamam apabila dia melihat ada darah berketul-ketul pada kain tersebut.
“Umma.”panggil seseorang yang dikenalinya mengetuk pintu biliknya. Mrs Ahn memandang pintu biliknya dengan rasa serba salah. Orang yang mengetuk pintu biliknya itu adalah anaknya.
“Umma.”panggil anaknya lagi.
“Wait a minute.”Mrs Ahn segera menyembunyikan kain tersebut di dalam bilik airnya. Setelah dia berpuas hati, baru dia bergegas membuka pintu biliknya. Dia melebarkan senyumannya khusus buat anak tunggalnya.
“Umma, are you okay?”tanya Daniel, anaknya.
“I’m okay. Why?”
“I heard you cough hard just now.”
“Nah, it’s nothing.”
“Are you sure?”
“Yes, I think it’s only about the weather.”dalih Mrs Ahn. Dia melihat anaknya, Daniel menatapnya seperti tidak percaya dengan kata-katanya. Anaknya itu ingin menyambung kata-katanya tetapi Mrs Ahn menghalangnya deng
Comments