CHAP 2

The Boy From Universe

"Somi?"

Tzuyu terkejut dengan kehadiran Somi yang tiba-tiba di rumahnya itu. Dia kemudian berbalas pandangan dengan lelaki tadi. Tzuyu sedaya upaya memaksa kepala otaknya untuk berfikir dengan segera apa yang harus dia jawab pada rakannya, Somi.

Sementara Somi, matanya tidak lari memandang lelaki yang tidak berbaju itu. Otaknya sudah berfikir yang bukan-bukan.

"Tzuyu..." Lain macam saja jelingan Somi.

'Tak boleh jadi ni.' Tzuyu harus selamatkan keadaan!

"Eo, Somi-ah~ Hahaha, bila awak sampai?" Wah, dengan terujanya Tzuyu berlari ke arah Somi dan memegang kedua-dua tangannya sambil ketawa dibuat-buat. Terlebih 'acting' lah pulak.

Somi mengangkat sebelah kening. Bertambah-tambahlah Somi rasa ada yang tak kena. "Kenapa dengan kau ni? Macam tak pernah jumpa aku sebulan." Somi terdiam sekejap. Matanya melirik ke arah lelaki itu sekali lagi. Tzuyu yang perasan pantas ketawa sekali lagi untuk menarik perhatian Somi.

"Oh ya! Lupa nak kenalkan..." Kelam kabut Tzuyu mendapatkan lelaki itu dan menarik tangannya ke arah Somi. Somi agak terkejut sedikit. Tiba-tiba pula telinganya memerah.

"Perkenalkan ni cucu kepada nenek saya belah mama dan anak kakak mama saya yang sulung. Nama dia..." Tzuyu kehabisan kata-kata. Air liurnya diteguk. "...Err...nama dia...nama dia Z-zu..zi..Lu..."

Dan yang keluar dari mulut Tzuyu ialah... "Lu...Luhan! Ya, Luhan!"

Phew~ Lega hati Tzuyu.

Pantas lelaki yang kini bergelar 'Luhan' itu memandang Tzuyu dengan muka bingung. Bila masa pula nama dia Luhan?

"Jap, jap...dia ni...err...anak nenek kau yang paling sulung dan cucu kakak...aih apa yang kau cakap ni?" Somi menggaru-garu kepalanya. Rumit sangat keluarga si Tzuyu ni.

Tzuyu tersengih. "Cousin. Dia ni cousin aku. Uhm, Luhan perkenalkan ni kawan saya, Jeon Somi."

Tanpa disuruh, Luhan menghulurkan tangannya dengan senyuman yang tidak tahu apa-apa. Somi teragak-agak ingin menyambutnya memandangkan keadaan sangat janggal. Tambah-tambah lagi Luhan tidak memakai baju. Tzuyu yang perasan, pantas menyelamatkan keadaan.

"Hehe, mian. Dah biasa dah. Cousin aku ni memang selalu buka baju. Panas. Aku pun tak janggal sangat." Hentam sajalah Tzuyu.

Ada rasionalnya juga. Senyuman janggal Somi kendur sikit. Tangan Luhan disambut. Luhan membalas dengan senyuman.

"Who shi Luhan." Ucapnya.

Hah, comfirm saudara Tzuyu. Somi mula percaya. Di saat Somi ingin menarik tangannya, Luhan masih lagi memegang tangannya. Yang membuatkan Somi berasa pelik, Luhan menutup matanya seperti sedang menghayati sesuatu.

"Err...ehem!" Somi cuba menarik tangannya tetapi tidak mahu dilepaskan.

Tzuyu tersenyum janggal ke arah Somi. 'Aduh, apa lagi yang dia buat ni, hah? Pelik betullah...' Fikir Tzuyu yang serabut otaknya.

"Ehem..ehem..." Tzuyu berdehem tapi Luhan masih tidak bergerak.

"Err...okay. Dah. Awak boleh lepas. Yep, lepas." Ujar Somi. Kekok.

Tzuyu yang mula hilang sabar pantas menarik tangan Luhan dan merangkul lengannya seperti pasangan kekasih. Luhan akhirnya kembali sedar.

"Mian Somi-ah. Well, ni adat kami bila jumpa dengan orang baru. Kau jangan pelik pula."

"Ahh.." Somi mengangguk. Pelik.

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"Dorang kata serpihan meteor tu dah hilang, kan." Ujar Somi yang berdiri di dinding kaca ruang tamu Tzuyu sambil memandang ke bawah.

"Eo, jinja?" Jerit Tzuyu yang berada di dapur, sedang menyediakan air. Kini hanya Luhan dan Somi saja yang berada di ruang tamu. Luhan pun dah pakai T-shirt longgar warna putih milik Tzuyu.

Hari ni rasanya dah lebih 20 kali Somi secara tidak sengaja bertentangan mata dengan Luhan, dan setiap kali itu jugalah Luhan tersenyum innocent. Asal terpandang, senyum. Asal cakap, senyum. Takut pula Somi dibuatnya. Apabila Tzuyu memasuki ruang tamu, barulah Somi bersuara. "Oh ya, kenapa kau kata aku pulang dengan kau semalam? Dan kau tanya aku ada nampak cahaya tu atau tak, kan? Kenapa?"

"Uhuk, uhuk." Hampir tersedak Tzuyu mendengarnya. Memanglah mula-mula dia nak bagitau yang sebenarnya cahaya semalam tu menyerangnya, tapi bila dapat rasa yang Luhan dan cahaya tu ada kaitan, terbantut pulak niatnya.

Tzuyu memandang Luhan sekilas, dan memandang Somi semula. "Ohh, pasal tu sebenarnya...aku mimpi je. Betullah apa yang kau cakap, aku terlampau tengok drama sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Hihi." Sambil bercakap, sambil itulah Tzuyu menolak tangan Luhan yang kini mencucuk-cucuk pipinya dengan muka tiada perasaan.

Toink!Toink!

'Aduh, apa lagi yang dia buat ni! Pelik betullah perangai dia ni.' Tzuyu mula menyumpah di dalam hati, tapi luarannya... Senyum, jangan tak senyum.

Somi hanya mampu mengerutkan kening.

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Mata Luhan berkelip-kelip. Tzuyu kini merenungnya sambil mendagu di atas meja, manakala Luhan duduk di Sofa di hadapannya.

"Awak ni peliklah. Awak ni manusia ke apa? Macam tak pernah nampak manusia je. Lepas tu, tiba-tiba pulak mun..."

"Pernah, dan awak manusia pertama yang saya nampak. Jadi maknanya awak dah jadi orang yang penting dalam hidup saya. Menakjubkan, kan?" Jawapan yang tidak disangka-sangka daripada Luhan itu membuatkan Tzuyu mengeras sesaat kemudian meletus ketawanya.

"Jadi betullah awak cahaya tu, kan? Kan? Betul tak cakap saya? Awak datang dari angkasa, kan? Awak yang serang saya semalam tu dan bawa saya masuk sini? Whoaa, daebak! " Tzuyu bertepuk tangan kerana teruja. Dia segera duduk di sebelah lelaki itu dengan mata yang bersinar-sinar.

"Sttt...Eiii, tapi manade ufo wujud kat dunia ni. Macam tak percaya pulak. Saya bukan mimpi, kan?" Selamba saja Tzuyu menampar pipinya. Tidak cukup dengan itu, dia menyuruh Luhan pula menampar pipinya. Apa lagi, Luhan pun ikut saja dan mengangkat tangannya menyebabkan Tzuyu automatik menutup matanya. Tapi, lain pula yang berlaku.

Tindakan Luhan membuatkan hati Tzuyu sedikit terusik. Perlahan Tzuyu membuka matanya. Luhan kini menekapkan tapak tangannya di pipi Tzuyu dengan lembut sekali. Mereka bertentangan mata. Luhan tersenyum.

"Oleh sebab awak dah jadi orang penting dalam hidup saya, saya amanahkan awak jaga diri awak buat saya. Tolong jaga milik saya ni baik-baik, okay? " Ujar Luhan sambil mengusap kepala gadis itu. Laju saja Tzuyu menolehkan kepalanya ke arah lain sambil menahan jeritannya. Cheesy giler!

"Aniyaaaa~ Awak sepatutnya tak boleh cakap macam tu. Kita belum ada apa-apa hubungan, okay. Saya bukan milik awak. Wah, jeongmal... Tengok ni..." Tzuyu menunjukkan lengannya ke arah Luhan. "Kembang buluh saya, tau tak?"

"Ahhh, gurae?" Luhan gelak sendiri seperti malu dengan kata-katanya tadi. "Tapi saya dah jadikan awak milik saya dari awal. Otteke?"

Tzuyu tersengih sinis. Dia seperti tidak percaya dengan perangai Luhan yang super spontan ini. "Apa-apalah. Asalkan awak bahagia. Jadi sekarang ni, saya nak buat apa dengan awak ni? Takkan awak nak tinggal sini."

"Tapi saya memang dianugerahkan untuk awak. Betul, saya tak tipu." Ucap Luhan bersungguh-sungguh. Siap angkat tangan lagi seperti sedang membaca ikhrar. "Jadi bukankah maknanya awak yang kena jaga saya?"

"Anugerah untuk saya? Like...seriously? Untuk apa?"

" ...."

"To take your heart with me~" Luhan bermati-matian mengawal ekspresinya daripada ketawa. Dia bertentangan mata dengan Tzuyu yang kini berpura-pura geram.

"Yah!"

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"Besar juga lubang tu ek? Tak padan dengan saiz awak yang sekarang ni." Ujar Tzuyu yang kini berada di luar kawasan larangan polis tempat Luhan jatuh semalam. Walaupun sudah malam, orang ramai masih di tempat kejadian untuk mengambil gambar.

Luhan hanya memandang dengan pandangan yang sukar diramal oleh Tzuyu. Mendatar saja.

"Lu ge..." Panggil Tzuyu sambil menahan senyumannya dan hanya memandang lurus ke hadapan.

"Oh ya betul, awak panggil saya Luhan tadi, kan?"

Tzuyu hanya mengangguk.

"Choa..." Sepatah patah saja Luhan menjawab. Kemudian mereka kembali diam, dan terleka memandang orang ramai yang mengeremuni lubang itu. Tanpa Luhan sedari, Tzuyu dari tadi lagi merenungnya dari arah tepi. Macam tak percaya saja lelaki di sebelahnya ini berasal dari alam semesta.

"Ehem!" Tzuyu sengaja berdehem, dan seperti di jangka, Luhan memandang ke arahnya. "Err...macam mana awak tahu cakap Cina, ek?" Soal Tzuyu ingin tahu.

"Tak tahu. Perkataan tu muncul sendiri." "Ohhh..." Tzuyu mengangguk. Kemudian mukanya berubah seperti teringat sesuatu. "Baru saya ingat! Awak nak tengok bintang, tak? Mana tau awak rindu ke. Saya boleh bawa awak satu tempat."

Dengan selambanya Luhan menjawab. "Tapi sayalah bintang awak. Awak nak tengok mana lagi?"

"Arrrr...kemanhe!(stop it)" Tzuyu menggenggam tangannya, geli!Tzuyu menggeliat tak ubah seperti udang mengecut kerana di goreng. LOL. Tzuyu ni memang jenis yang pantang dengar ayat-ayat berkeju. Naik buluh tengkuknya.

Luhan tergelak lucu apabila melihat telatah Tzuyu. "Okay, okay..mian. Mulai sekarang awak biasakan lah diri ye..." Suara Luhan semakin kecil. "...because i'll hit your heart very hard..."

Luhan sedang menahan ketawa. Tzuyu pula menjeling tajam.

"Aish, jinja.."

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"That's you! You, you, you, youuuu and you!" Seperti kanak-kanak kecil, Tzuyu menunjuk ke arah bintang-bintang di langit sambil mengatakan bintang itu ialah Luhan. Comel je~

"Nope. Saya adalah saya, dan saya cuma ada satu untuk satu-satunya buat awak."

Terkena sebijik kat muka. Menyesal pula Tzuyu bercakap. Dia berpura-pura tidak dengar dan memandang tempat lain, tapi Luhan tahu yang Tzuyu dengar. Luhan cool jer~ Dia simpan je ketawa dia dalam hati. Seronok dapat kenakan orang, ye?

Bersambung...

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Yeah, akhirnya tahu juga siapa lelaki tu, kan. Luhan in da house~ And yeah, next chapter akanku masukkan Kris semula. Muahaha Macam manalah perasaan Kris dapat tahu Tzuyu ada kawan lelaki baru ek?

Oh ya, thanks sebab upvoted. I love you mucho!

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimEkris
#1
Tzuyu with Kris? Argggh I want to read it ..
2Cool_4Skool #2
Chapter 2: Teruskan update ok. Tak sabar nak bace. Curious pulak sepa alien(?) tu hehe
2Cool_4Skool #3
Chapter 1: Wowoww pasal ufo ke? And yeah, cara penulisan awk mcm bace novel pulak hehee
parkyura98
#4
Chapter 2: Siapa lelaki UFO tu? O_o
Nk tau Sgt!! Update soon!! XD
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 1: Nice story... Update cepat tak sabar nak bace lagi...