CHAP 1

The Boy From Universe

♪ Neon heoriga myeochini?

...24 yo.

Hibeun?

...34 yo ♪

"Auww!!" Dengan penuh semangatnya, Somi pun memulakan senamannya di atas treadmil. Lagu Whos Your Mama yang dinyanyikan oleh JYP berkumandang dengan kuatnya. Sambil berjalan di atas treadmil, sambil itu jugalah Somi turut sama nyanyi sambil menggerak-gerakkan tangannya. Tariannya tak ubah seperti orang sedang memukul belakang orang tua-tua yang sengal otot.

"Yeah, shake that booty that booty booty!"

"Booty kepala hang! Ni hah booty booty, nah rasa ni!" Percuma punggung Somi dicubit oleh mamanya. Aduih, dari mana mamanya datang pun tak taulah.

"Arg, apo! Mom!" Laju saja Somi turun dari treadmil tersebut sambil memandang mamanya dengan geram.

"Bertuah punya anak dara. Orang tengah gempar pasal tahi bintang jatuh kat luar, kamu pula dengar lagu tak berfaedah ni kat dalam bilik." Geram betul nampaknya puan Jeon.

"Tahi bintang?" Somi terdiam sejenak. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Tzuyu sebentar tadi. "Jadi betullah ada tahi bintang? Wah, daebak! Betul ke ma? Kat mana? Kenapa saya tak tahu?"

"Macam mana nak tahu, kamu tu asyik bertapa kat dalam bilik. Ingatkan tengah cuti sekolah ni, bolehlah mama harapkan kamu buat kerja rumah. Ni tak, kerja kat luar je memanjang."

Somi mencebik. "Erg, tolonglah ma. Jangan mulakan lagi. Ni bukannya masa untuk bagi ceramah, okay?"

'Ish, ngomel je memanjang.'Bisik Somi di dalam hati. Mukanya sudah masam mencuka.

Bercakap pasal tahi bintang, Somi kini mula faham apa yang dimaksudkan oleh Tzuyu tadi. "Tapi kenapa Tzuyu kata aku pulang dengan dia semalam? Apa kena mengena pulak? Aih, tak boleh jadi ni. Sekarang juga aku pergi sana. Tapi sebelum tu, call dulu."

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

♪Mian, mian,

jikyeoji mote mianhe,

Salgilbarae.

Mian, mian,

neoldol nal ijeojwo..♪

Iphone 6s milik Tzuyu berdering menandakan panggilan baru masuk. Tidak lama selepas itu, telefon tersebut diangkat dan yang menghairankan, telefon tersebut dibelek-belek seperti tidak pernah melihatnya sebelum ini. Dua kali berdering, tangan yang berurat seperti tangan lelaki itu mendekatkan telefon tersebut ditelinganya. Eh, bila masa tangan Tzuyu berurat?

"Wei? Weisheme? Wei?" Suara siapa pula yang cakap Cina tu? Dah lah tak tahu jawab telefon, terbalik pula cara dia pegang. Jeng, jeng, jeng...Tak lain tak bukan, siapa lagi kalau bukan lelaki berambut pink yang tiba-tiba muncul di bilik Tzuyu.

Sementara di atas katil, entah bila masa pula Tzuyu bertukar kedudukan dengan lelaki tersebut. Bukankah tadi lelaki itu yang berada di atas katil?

"Huh?" Telefon itu perhatikan secara terperinci dengan matanya yang membulat dan ekspresi yang ingin tahu. Akhirnya, telefon itu diletakkan semula di tepi Tzuyu kerana sudah berhenti berbunyi.

Tzuyu sudah melayang jauh di dalam mimpinya. Bagaikan pengimbas bar kod, mata lelaki itu memerhatikan Tzuyu dari atas hinggalah ke ibu jari kakinya. Entah apa yang dipikirkan oleh lelaki pelik itu pun tak tahu. Dengan ekspresi yang masih blank, selamba saja lelaki itu membongkok dan mendekatkan mukanya ke arah Tzuyu.

Muka Tzuyu direnung tidak ubah seperti melihat soalan Addmaths. Blur.

Pelik sangat ke muka Tzuyu? Tapi cara dia tengok comel je~

"Piao liang(cantik)..." Bisiknya perlahan seakan kagum dengan struktur wajah Tzuyu. Renung punya renung, Tzuyu dapat merasakan haba hangat terkena pada mukanya.

Tzuyu mengerutkan dahinya. Berkelip-kelip mata lelaki itu melihat Tzuyu bergerak. Lelaki itu terus salah tingkah tidak tahu ingin berbuat apa.

"Ttobokki, jjajangmyeon, mandu..." Tzuyu mula merepek sambil mulutnya bergerak-gerak seperti bayi meminta susu. Lehernya yang gatal digaru-garu.

Kemudian sudah tiba masanya Tzuyu membuka matanya, dan perkara pertama yang menyapa pandangannya...

"Huwaaaa!!!" Kedua-dua mereka berteriak serentak kerana terkejut. Yang perempuan mengundur di kepala katil bersama selimut, yang lelaki pula terbalik ke belakang dan terduduk.

Niat Tzuyu ingin mencapai lampu meja ditepinya terbantut apabila teringat kembali pasal meteor yang menyerangnya semalam. "Okay, okay..tenang..." Tzuyu cuba menarik nafas dalam. Dia harus berfikiran positif walaupun otaknya memang selalu berfikiran negatif.

"Kau tak bunuh orang, kan? Eh, apa yang aku cakap ni? Maksud aku kau orang baik-baik, kan?" Soal Tzuyu dengan takut dan tidak tentu arah. Namun lelaki itu masih dalam keadaan terkejut dan hanya memandang Tzuyu dengan muka seperti baru nampak Mak Lampir.

Tzuyu masih menunggu jawapan. Memandangkan lelaki itu masih membisu macam tak ada mulut, Tzuyu segera berdiri dan berlari ke dinding dan melekatkan belakangnya disitu untuk langkah berjaga-jaga.

"Eih, tak boleh jadi ni. Sepatutnya aku yang takut dekat kau, kenapa kau tengok aku macam tu pula? Kau yang tiba-tiba masuk rumah aku. Kau siapa? Apa kau nak?"

Tanpa dijangka, tiba-tiba sahaja pergelangan tangan kanan lelaki itu bercahaya dengan terangnya. Tzuyu terkaku dan tergamam. Benda apa pula yang bercahaya tu? Tak pernah-pernah Tzuyu melihat manusia boleh menghasilkan cahaya dari badan.

Lelaki itu melihat ke arah tangannya dengan wajah yang sukar ditafsir. Seram sejuk pulak Tzuyu tengok manusia boleh bercahaya.

"K-kau ni mutant ke? Maksud aku..." Tzuyu terdiam sebentar. Terkeluar juga apa yang terkandung dalam otak Tzuyu dari tadi mengenai orang mutant. Melihatkan muka lelaki itu sudah mula tenang macam manusia normal( selama ni dia tak normal ke?), Tzuyu memberanikan diri mendekati lelaki itu walaupun sebenarnya dia nak terkencing. Perlahan-lahan dia melutut di tepi lelaki tidak berbaju itu dan memandang ke arah tangannya dengan kusyuk sekali.

Tzuyu merasa takjub seketika. Kemudian dia memandang lelaki itu seperti meminta kebenaran untuk memegang tangannya. Lelaki itu seperti faham lalu mendekatkan tangannya. Di saat Tzuyu menyentuh pergelangan tangan itu, cahaya tersebut tiba-tiba saja hilang. Tzuyu terkejut dan memandang lelaki itu. Mukanya berkata bukan-aku-yang-buat.

"Dah hilang? Cahaya tu yang mati sendiri. Bukan sebab aku. Betul, aku tak tipu." Nampaknya Tzuyu rasa bersalah tak kena pada tempat. Kekeke...Memang bukan salah dia pun, dan lelaki tu pun memang dah tahu dari awal.

Setelah cahaya itu lenyap, mata Tzuyu tertarik sekali lagi pada pergelangan tangan lelaki itu. Spontan sahaja Tzuyu memegang tangan lelaki tersebut.

"Wahhh, tengok ni. Awak ada tattoo kat sini? Cool!" Ujar Tzuyu apabila melihat tattoo berwarna emas berkilat berbentuk bulan sabit dan bintang di tengahnya. Buat seketika Tzuyu lupa lelaki itu orng asing yang tiba-tiba muncul di biliknya.

"Ni bukan tattoo..."

"Habis tu ap..." Tzuyu terkedu. Lelaki tu bercakap! Dia ada suara! Dia tak bisu! Okay, sorry...Tzuyu ni suka melebih-lebih.

Agar tidak kelihatan terlalu kagum dengan keadaan sekarang, Tzuyu cuba berlagak tenang. "Sebenarnya kau...awak ni siapa? Saya yakin awak bukan orang biasa-biasa. Tahi bintang tu..." Tzuyu teragak-agak. Dia mengambil masa untuk meluahkan apa yang ada di dalam otaknya. Semuanya tak masuk akal. Nanti lelaki tu kata dia gila pulak. Tapi Tzuyu tetap dengan pendiriannya bahawa cahaya semalam ada kena mengena dengan lelaki di hadapannya ini.

"Jangan kata tahi bintang tu sebenarnya awak...kan?"

Lelaki itu masih kelihatan 'clueless' seperti ingin di minta penyepak.

Baiklah. Tzuyu mengalah. "Fine. Lupakan. Saya tahu memang kata-kata saya tak masuk akal. Cahaya dari tangan awak lagilah tak masuk akal, dan bila dapat tahu saya masih hidup selepas terkena tahi bintang semalam lagi lagi lagilah tak masuk akal." Sambil mengomel, sambil Tzuyu berjalan keluar dari bilik untuk menuju ke dapur, dan serentak dengan itu jugalah lelaki tersebut asyik mengekori Tzuyu dari belakang dengan wajah seperti kanak-kanak sesat.

"Awak boleh keluar dari rumah saya sekarang. Dari mana awak masuk, dari situlah awak keluar. Awak pandai-pandailah keluar sendiri." Ujar Tzuyu yang kacau emosinya saat ini.

Ketika Tzuyu ingin memasuki tandas, lelaki itu turut sama masuk menyebabkan Tzuyu memandang matanya, dan mereka berbalas pandangan. 'Gila ke apa lelaki ni.' Fikir Tzuyu. Akhirnya, lelaki itu keluar dengan bingung dan siapa sangka lelaki itu menunggu dengan sabarnya di luar. Eh, apa dah jadi ni?

Beep, beep, beep.. Kedengaran seperti seseorang sedang menekan password pintu di luar rumah. Automatik mata lelaki itu tertumpu ke arah pintu tersebut. Ketika Tzuyu membuka pintu tandass, kebetulan pintu rumahnya turut sama terbuka, dan yang muncul ialah...

"Somi?"

"Tzuyu..." Somi terkedu. Tzuyu berbalas pandangan dengan lelaki tidak berbaju itu. Perasaan tidak sedap hati mula menguasai diri.

"Heol...takkan lah..." Somi terngangah...

O' owww...

 

Bersambung...

▒▒▒▒▒▒▒▒▒

 

Hehe, sorry chapter awal-awal ni memang tak best sebab belum ada interaksi antara Tzuyu dengan lelaki tu. Saya janji lepas ni memang best punya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimEkris
#1
Tzuyu with Kris? Argggh I want to read it ..
2Cool_4Skool #2
Chapter 2: Teruskan update ok. Tak sabar nak bace. Curious pulak sepa alien(?) tu hehe
2Cool_4Skool #3
Chapter 1: Wowoww pasal ufo ke? And yeah, cara penulisan awk mcm bace novel pulak hehee
parkyura98
#4
Chapter 2: Siapa lelaki UFO tu? O_o
Nk tau Sgt!! Update soon!! XD
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 1: Nice story... Update cepat tak sabar nak bace lagi...