Introduction

The Boy From Universe

"Untuk kali kedua, saya akan cakap benda ni lagi. Lets break up..."

Lets break up...

Lets break up...

Tzuyu kaku. Lidahnya keluh. Terkejut, sedih, marah...semuanya bercampur baur. Ungkapan keramat Kris itu berputar-putar di telinganya. Muka Kris direnung lama. Wajah Tzuyu jelas menunjukkan semangatnya sudah melayang jauh.

"Saya cuba tak nak kelihatan seperti lelaki jahat. Sebab tu saya jumpa awak depan-depan nak bagitau perkara yang sebenar. Saya dah fikir masak-masak. Saya harap awak boleh terima dengan hati yang terbuka..." Ucap Kris rasa bersalah. Kris tahu yang Tzuyu sangat mencintainya lebih dari keluarganya sendiri. Buktinya, Tzuyu sanggup menetap di Korea semata-mata tidak ingin berjauhan dengan Kris yang berpindah ke Korea.

Tzuyu menarik nafas dalam. Dia cuba mengawal pernafasannya kerana dadanya mula sebak. Tiba-tiba, setitis mutiara jatuh di pipi Tzuyu yang mulus itu menyebabkan Kris mula gemuruh.

"Ibu bapa saya yang ugut awak, kan?" Tzuyu tersenyum lemah. Belum sempat Kris menjawab, Tzuyu memotong. "Nampaknya saya dah salah buat keputusan untuk ikut awak ke sini. Kenapalah saya bodoh sangat tak nak lepaskan awak." Tersenyum tawar. "...and now, its so hard to let you go... Saya sanggup tinggalkan family saya kat Taiwan semata-mata nak ikut awak. Saya dahulukan awak lebih dari segalanya. Tapi...tapi..." Suara Tzuyu mula bergetar. Air matanya kini mencurah-curah mengundang kebimbangan Kris yang dari tadi memerhatikannya.

"Awak..." Kris cuba mengesat air mata gadis genit itu tapi Tzuyu mengundurkan kepalanya di belakang.

"Saya okaylah." Tegasnya. Kalau boleh, Tzuyu tidak ingin menangis di hadapan Kris kerana tidak ingin dilabel sebagai kanak-kanak, tak matang, mentah dan sebagainya.

"I know its hurt. But you must accept the truth. Ibu bapa awak tak merestui hubungan kita. Ouh please, dont cry...its hurting my heart. Saya tahu awak boleh move on. Saya kenal awak lebih dari awak kenal diri awak sendiri." Kris sedaya upaya menenangkan hati Tzuyu yang kelihatan sangat rapuh saat ini.

"S-sorry...aish..." 'Tolonglah, tolong jangan nangis depan dia' Sambungnya di dalam hati. Tzuyu mengeluh sambil mengelap air matanya yang masih mengalir. Dia cuba berlagak tenang tetapi tidak mampu. Makin deras air matanya. Dia mula tersedu-sedu.

"Hik...hik...Sorry, sa..saya tahu rupa saya bu..buruk bila nangis." Luah Tzuyu tersekat-sekat. "Hik...hik... Aish, air mata saya tak berhenti mengalir. Saya tak nak nangis, tapi air mata ni degil sangat. Hik...hik...herrrrrr...Saya janji saya tak akan menangis lagi. Berhentilah mengalir. Herrrrrr..." Seperti orang yang sangat tertekan, Tzuyu cuba mengesat air matanya berkali-kali sambil menghentak-hentakkan kakinya. Nampak sangat bahawa Tzuyu sangay kecewa dengan dirinya sendiri kerana dia tidak mampu mengawal tangisnya.

"Tzuyu, Tzuyu. Its okay." Kris cuba menghalang tangan Tzuyu dari terus mengesat mukanya. Pantas Kris mendakap gadis itu di dadanya untuk menenangkan perasaannya. Maka disitulah Tzuyu mula meluahkan segala isi hatinya. Tiada siapa mampu menahan tangisan Tzuyu saat ini.

"Herrrrrr...saya tak nak nangis depan awak. Saya maluuu...Saya tahu saya nampak bodoh sekarang ni. Saya cuba terima hakikat yang sebenar, tapi bukan senang." Luah Tzuyu diiringi tangisan. Terserlah perangainya yang sebenar. Walaupun Tzuyu nampak matang, namun di hati masih seperti seorang kanak-kanak.

"Gwenchana, awak boleh nangis sepuas-puasnya..." Jawab Kris perlahan sambil mengusap-ngusap belakang Tzuyu. Kris mula membenci dirinya kerana telah membuatkan gadis ini menangis. Tapi, ini adalah kenyataan. Kris ingin berpisah dengan Tzuyu bukan kerana dia sudah tidak cintakan gadis itu, tapi...ibu bapa Tzuyu yang tidak merestui hubungan mereka atas sebab-sebab tertentu.

"Saya minta maaf, okay..."

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Hari berganti hari, terasa masa sangat lambat berlalu. Tzuyu masih dilanda kekecewaan. Dia cuba memulihkan semula hatinya yang terhiris bagai sembilu namun bukan mudah. Kris pula menghilangkan diri dari pandangan mata Tzuyu. Tapi ada satu perkara yang meyakinkan Tzuyu bahawa mereka masih dalam hubungan yang baik iaitu kata-kata Kris.

'Saya harap kita boleh jadi kawan.'

"Tzuyu? Tzuyu-ah?"

"Huh?"

Tzuyu seperti tersedar daripada mimpi apabila seseorang memanggil namanya. Dia menoleh ke kiri, wajah tegas manager Choi di tempatnya bekerja mengejutkan Tzuyu.

"YAH! Air tu dah melimpah! Apa yang awak buat ni?!" Tengking managernya. Pantas Tzuyu memandang tangannya yang sedang mengisi air gas ke dalam cup. Ya, memang betul air telah melimpah keluar. Laju saja Tzuyu mematikan mesin tersebut. Hatinya mula gemuruh kerana dia tahu dia akan dimarahi selepas ini.

"Mian...mianheyo. Saya tak sengaja. Maafkan saya."

Manager wanita yang tegas itu menggeleng-geleng. Pekerja-pekerja yang lain mula berbalas pandangan sesama sendiri.

"Baru sebentar tadi awak tumpahkan makanan customer di atas lantai, tak termasuk lagi yang kelmarin bila awak salah ambil order. Awak tahu tak saya yang kena marah oleh Chief nanti, bukannya awak! Kenapa dengan awak ni?! "

Tzuyu hanya mampu tertunduk. Dia ingin menangis bukan kerana dimarahi, tapi dia kesal dengan dirinya sendiri. Dia sedar dia cuai sejak kebelakangan ini. Tapi apa yang mampu dia buat? Bukannya dia sengaja melakukan benda itu.

"Aihh..." Manager Choi mengeluh. Kesian pula rasanya. "Awak ada masalah ke?" Sekelip mata saja suara manager Choi bertukar keibuan, dan suara itu jugalah yang mengundang air mata Tzuyu jatuh ke pipi.

" Look, saya bukannya marah awak sebab saya benci. Saya marah sebab awak cuai. So, tak perlu menangis." Pujuk manager Choi. Tzuyu terangguk-angguk tanda faham sambil tersedu. Air matanya dibiarkan saja mengalir tanpa dikesat.

"Saya pindahkan awak ke bahagian dapur, okay?"

"Dae..." Tzuyu menjawab dengan suara seraknya.

"Pastikan awak tak buat salah lagi, arachi?"

"Dae."

anpa membuang masa, Tzuyu pantas membersihkan minuman yang melimpah tadi dan terus masuk ke bahagian dapur cafe.

Tanpa Tzuyu sedari, di bahagian meja makan, seseorang sedang memerhatikannya dengan pandangan yang sukar diramal.

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"Yah, gwenchana?" Bahu Tzuyu dicuit dari belakang diikuti satu suara yang sangat dia kenali.

Tzuyu tidak menoleh. Somi meletakkan lengannya di atas bahu Tzuyu dan mereka berjalan bersama-sama.

"Bukan kau dah pulang naik kereta ke tadi?" Soal Tzuyu mendatar. Namun soalannya diendahkan.

"Kau belum jawab soalan aku lagi. Kau okay tak ni? Kesian aku tengok kau selalu kena marah. Macam ada masalah je. Cer cite, cer cite." Somi ketawa sendiri.

Tzuyu mengerling ke arah Somi sepintas lalu. Dia tergelak kecil. "Aku tahu kau tahulah. Tak payah nak buat-buat innocent pulak."

Somi tergelak lagi. "Haha. Ouh jadi betullah kau dengan Kris dah...erm, break?" Tzuyu terkejut dengan mulut Somi yang tiada penapis itu.

"Eee, jahatlah kau ni." Tzuyu berpura-pura ingin menumbuk gadis kacukan itu tapi Somi mengelak.

"Haha. Okay, sorry. But seriously, kau nampak down sangat. Melainkan kau sebenarnya...masih ada hati dengan dia?" Tiba-tiba saja perbualan mereka bertukar serius. Tzuyu terdiam. Sebenarnya tak susah pun jawapannya. Tzuyu hanya perlu menjawab 'ya' tapi entah mengapa lain pula yang keluar dari mulutnya.

"Biar betul soalan kau ni? Memang tak lah."

"Erk?" Somi memberikan pandangan mengejek menyebabkan Tzuyu tergelak.

"Ish, tak payahlah cakap pasal dia lagi. Sakit hati, tau tak? Kalau boleh sekarang juga aku nak cari pengganti dia. Biar aku lupa terus yang kami sebenarnya pernah couple."

Giliran Somi terdiam. "Amboi~ Ulang balik apa yang kau cakap."

"Aku nak cari boyfriend secepat yang mungkin. Is it possible? Aku nak yang perangai 4-D, weird tapi boleh buat hati aku melting gitu~" Dengan hanya memikirkan benda itu saja sudah mampu membuatkan Tzuyu tersengih-sengih.

"Jinja?" Soalan ' tanpa perasaan' Somi membuatkan senyuman Tzuyu mati begitu saja.

"Kau rasa possible ke dalam masa terdekat ni aku ada boyfriend baru? Memang tak lah, kan? Tapi kalau ada, best juga. Whoops!"

"Kris?"

Tzuyu memandang Somi tidak percaya. Wahh, tak sangka betul si Somi ni jenis yang lepas mulut atau cakap terus. Nasib baiklah Tzuyu tak meroyan dengar nama lelaki tu.

"Kalau dah tak ada jodoh tu, nak buat macam mana. Its not like i'm gonna marry him, kan? Masih mudah kot. Entah-entah dia masih cinta monyet aku, siapa tahu."

"Hohoho." Somi bertepuk tangan dengan teruja apabila mendengar kata-kata rakannya. Tzuyu hanya mengangkat sebelah keningnya. "Okay! I got it!" Ujar Somi dengan senyuman yang sukar diramal. Mereka berhenti apabila tiba di hujung jalan.

"Bye. See you tomorrow."

"Alright." Tzuyu melambai dengan senyuman. Mereka berpisah di hujung jalan kerana haluan rumah yang berbeza. Sebaik saja Tzuyu menoleh ke hadapan, bekalan eletrik di kawasan tersebut tiba-tiba saja terputus. Ah sudah. Gelap!

"Somi-ah?" Automatik Tzuyu memanggil nama Somi kerena tidak sampai sesaat mereka berpisah. Pasti Somi masih berada dekat dengannya. "Yah, Somi-ah?" Panggil Tzuyu sekali lagi sambil memasang aplikasi 'torch light' yang sedia ada di dalam telefon pintarnya. Namun Somi langsung tidak muncul malah hanya bunyi anjing menyalak saja kedengaran.

Pantas Tzuyu menoleh ke belakang berbekalkan cahaya dari telefonnya. Kelibat Somi langsung tidak kelihatan. 'Kejapnya dia pergi?' Bisik hati kecil Tzuyu.

Sekarang apa patut dia lakukan? Dah lah Tzuyu takut pada gelap. Berdebar saja jantungnya.

Kedengaran satu keluhan dari mulut gadis itu. Berbekalkan semangat di dalam dada, Tzuyu memberanikan diri melangkah setapak demi setapak sehinggalah satu cahaya terang menyapa penglihatannya dari atas langit. Silau!

Tzuyu menghadang matanya menggunakan belakang tapak tangannya kerana silau. Dia mendongak ke atas langit dan ternyata satu benda bercahaya seakan tahi bintang sedang terbang laju menuju ke arahnya.

Tzuyu tergamam. "What the..."

Cahaya tersebut semakin laju. Belum sempat Tzuyu melarikan diri, cahaya itu sudah pun...

Zuppp!!!

....menyambarnya dan Tzuyu hilang di dalam sinaran cahaya pelik itu.

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Di waktu pagi...Di dalam sebuah bilik...Pintu beranda terbuka luas...

"Grooohhh...grooohhh..."

"Erk..." Tzuyu menggerakkan tangannya. Dahinya berkerut seribu apabila bunyi dengkuran menggangu pendengarannya. Dalam keadaan meniarap di atas katil, perlahan-lahan Tzuyu membuka matanya. Kabur.

"Ahh...peningnya." Keluh Tzuyu lemah. Badannya turut rasa sengal seperti dia baru sahaja mengikuti pertandingan marathon.

"Groohhh...grooohhh..." Bunyi dengkuran kedengaran lagi. Tzuyu bertambah pelik. Perlahan dia bangun dan duduk di atas katil dengan keadaan yang masih mamai. Dia cuba mengimbas kembali apa yang berlaku semalam, namun otaknya terlampau kacau saat ini. Tzuyu menggaru-garu kepalanya yang sememangnya gatal bagai tidak dicuci sebulan.

Akhirnya, Tzuyu turun dari katil dan ingin menuju ke tandas. Namun nasib tidak menyebelahi Tzuyu apabila dia terlanggar sesuatu dan jatuh tepat ke arah benda itu.

Gedebup!

"Arg..." Tzuyu mengerang sakit tapi ada perkara yang lebih mengejutkannya iaitu benda tempat dia mendarat sekarang.

Automatik Tzuyu membatu. Benda apa pula sebesar tubuhnya ini?

Dengan kiraan satu dua tiga, Tzuyu memandang bawahnya. Sesaat, dua saat...

Heol!

Laju saja Tzuyu berdiri. "HUWAAA!!! MAMA!!! PENCURI!!!" Dengan segala kudrat yang ada, Tzuyu menjerit sekuat hati sehingga ingin terkeluar anak tekak. Kalau boleh, dengan usus perut sekali terkeluar. Dia panik. Dia sangat panik. Siapa yang tak meroyan apabila melihat seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tiba-tiba ikut sama tidur di dalam bilik.

Nampaknya jeritan Tzuyu menyebabkan lelaki itu terbangun. Mukanya nampak sangat 'priceless'. Dia kelihatan bingung dan buntu, dalam masa yang sama turut sama panik.

Tanpa berfikir dua kali, Tzuyu mencapai bantal peluknya dan menyerang lelaki itu bertubi-tubi.

"Hiyakkk! Ambik ni!! Siapa suruh kau masuk bilik aku?!! Arrrr! Tolong!!" Maka keluarlah segala seni pertahankan diri yang Tzuyu pelajari selama ni. Dia sendiri tidak tahu teknik apa yang dia gunakan. Sumbang tau tak.

Dush! Dush! Dush!

"Arg! Apo! Apo!" Lelaki itu sedaya upaya menghalang menggunakan tangannya. Pantas dia berlari menaiki katil dan mendarat di bahagian sebelah.

"Ouch, ahhh...sakitnya." Rungutnya sambil memegang badannya yang sakit. Manakala Tzuyu masih dengan bantal peluknya sambil merenung lelaki itu seperti singa sedang menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Dengan kiraan satu, dua, tiga....

"Hiyaaaaa!!!" Tzuyu menyerang sekali lagi diikuti jeritan lelaki itu. "Huwaaaa!!!"

"Kau siapa?! Macam mana kau boleh masuk bilik aku?! Hah! Ambik ni!"

Dush! Dush! Perangai meraka saat ini tak ubah seperti ' berlari berkejaran, seindah bunga di taman~' Cuma bezanya sekarang ini mereka tengah berlari mengililingi bilik yang kecil ini.

Hampir berapa minit lelaki itu dikejar, kata orang malang tidak berbau, lelaki itu tersadung kerana melanggar tepi karpet lalu jatuh tersembam ke lantai. Ouch! Ke-si-an~

Gedebub!

Wah, apa lagi. Tzuyu pun melompat di atas belakang lelaki itu dan menarik-narik rambutnya. Kalau Tzuyu ni normal, dah lama kot dia keluar dari bilik tu. Tak adanya nak kejar-kejar macam ni. Silap-silap nyawa dia yang melayang. Ish, ish, ish...

"Ouh, kau nak rogol aku ea?! Tapi tak sempat sebab kau mengantuk sangat then tertidur kat bawah ni, kan?!" Tzuyu terdiam sebentar memikirkan ayatnya yang pelik itu. Ah, lupakan. Yang penting dia ingin kerjakan lelaki tak berbaju ini cukup-cukup. Bercakap mengenai lelaki itu, mengapa dari tadi dia tidak bergerak?

Perlahan Tzuyu melepaskan tangannya dari rambut lelaki itu yang berwarna pink. 'Ceh, rambut warna pink macam mat bunga, ada hati nak buat jahat.' Bisik hati Tzuyu. Kemudian dia beralih dari terus duduk di atas belakang lelaki itu. Adakah dia berat sangat sehinggakan lelaki itu boleh pengsan?

Tzuyu tidak bersuara. Dia memerhatikan saja lelaki itu. Macam mana kalau lelaki itu mati? Tapi dia hanya memukul menggunakan bantal.

Spontan saja Tzuyu menendang kecil tubuh lelaki itu menggunakan hujung kakinya untuk memeriksa keadaannya. "Yah? Ireona. Yah! Jangan nak buat-buat pengsan pula okay.Kang aku telefon polis, baru tau." Cara Tzuyu bersuara langsung tidak menunjukkan dia sedang bercakap dengan seorang penjahat. Iyalah, kalau penjahat, tak adanya dia nak bercakap dengan lelaki tu. Lari adalah.Peluang emas tuuu.

"Yah?" Sekali lagi Tzuyu menendang kaki lelaki itu.

Sunyi.

Malah bunyi sirens polis pula yang kedengaran. Tzuyu segera bergerak berhati-hati menuju ke beranda yang sedia terbuka itu sambil matanya tidak lari memandang lelaki berambut pink itu. Baru Tzuyu sedar bahawa tidak jauh dari apartmennya, keadaan sangat sibuk di bawah. Ramai manusia termasuk anggota polis mengerumuni kawasan itu. Satu benda lagi yang menarik perhatian Tzuyu ialah satu lubang besar seluas kereta kancil bersama kesan terbakar di atas jalan raya tempat dia berada semalam.

Heol!

Tzuyu tergamam. Kini dia ingat semula apa yang terjadi semalam. "Rupanya aku bukan mimpi...Cahaya tu..." Spontan Tzuyu menepuk dahinya. "Tapi apa yang berlaku seterusnya? Kenapa aku tak ingat? Dan..." Matanya ditumpuhkan ke arah lelaki itu. "...macam mana aku boleh ada atas katil? Takkanlah lelaki tu yang selamatkan aku, eih mengarutlah."

Perlahan-lahan Tzuyu berjalan ke arah katilnya agar tidak mengejutkan lelaki itu. Tubuh lelaki itu dilangkah macam mayat hidup sahaja dan Tzuyu terus naik ke atas katil untuk mengambil telefonnya. Dia mula mencari sesuatu di internet.

'BREAKING NEWS: Serpihan Meteor dilaporkan meletup dan jatuh di tengah bandar Seoul pada malam semalam.'

"Eih, tak mungkinlah..." Tzuyu cuba menidakkan berita itu. Dia pasti itu bukan tahi bintang. "Kalau tahi bintang, aku tak akan berada kat sini sekarang ni. Dah lama aku mati."

"Somi! Ya, Somi!" Tzuyu mengambil keputusan untuk menelefon kawannya kerana Somi adalah satu-satu manusia yang bersamanya semalam. Sudah pasti Somi juga nampak cahaya tersebut.

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"Eh, apa yang kau merepek awal pagi ni?" Somi menyoal dengan buih ubat gigi penuh dimulut. "Bila masa aku jalan dengan kau semalam? Kau sendiri nampakkan aku masuk kereta. Engkau ni." Somi menyambung semula memberus giginya sambil menghadap cermin. Sebelah tangannya memegang telefon, sebelah lagi memberus gigi.

"Aku yang merepek ke kau yang merepek? Terang-terang semalam kita jalan sama-sama. Takkan kau tak nampak tahi bintang jatuh ke tempat aku semalam? Aku pelik sekarang ni. Takkanlah aku mati hidup balik kot selepas kena hempap tahi bintang."

Somi membuat muka pelik mendengar kata-kata rakannya.

Harkkkkktui!

Okay, maaf. Sebenarnya Somi tengah buang sisa ubat gigi di dalam mulutnya.

"Eh, kawan. Mati hidup balik apa yang kau mengarut ni? Sah-sah lah meteor tu berapi. Tak adanya kau akan hidup balik. Rentung adalah. Alaa, kau mimpi kot semalam tu."

Tzuyu menggaru kepalanya dengan geram di seberang talian. "Ish, kau ni langsung membantulah."

"Habis aku nak tolong macam mana? Nak kata yang semalam kita pulang sama-sama dan tahi bintang tu sebenarnya bukan tahi bintang? Kau ni terlampau terpengaruh dengan drama My Love From The St..."

Tut...tut...tut...

Panggilan terputus begitu sahaja meyebabkan Somi membuat muka mendatar.

"Bertuah punya beruk."

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

"Ceh.. dia yang merepek, dia kata aku pula." Tzuyu menyelak rambutnya ke belakang sambil ligat memikirkan lelaki asing di biliknya itu. Dia segera turun dari katil dan duduk mengcangkung di tepinya.

"Baik aku jangan buat sangkaan buruk dulu. Entah-entah dia yang tolong aku.Erm..." Lama Tzuyu membisu. Dia kelihatan buntu. "Apa aku nak buat dengan lelaki ni?"

Tanpa teragak-agak Tzuyu cuba menolak lelaki itu agar menghadap ke hadapan dan bukannya meniarap. Oleh kerana lelaki itu tidak memakai baju, terasa seperti ada arus eletrik mengalir di jari Tzuyu. Mungkin disebabkan orang itu ialah lelaki ataupun...sebab mereka berada di dalam bilik? Erm...

Okay, langkah seterusnya ialah mengangkat lelaki itu di atas katil. "Tapi macam mana?" Dengan tenaga wanitanya, Tzuyu cuba mengangkat lelaki itu dengan cara memeluk pinggangnya. Bolehlah. Terangkat juga walau seinci. 

"Erg, beratnya. Hiyaaa...Egh..." Dengan muka seperti menahan sembelit, Tzuyu hanya mampu mengangkat bahagian atas tubuh lelaki itu betul-betul di tepi katil. Sebaik saja Tzuyu melepaskan tangannya...

Gedebuk!

"Ommo! Mianhe." Sia-sia lelaki itu jatuh semula ke lantai.

Tzuyu menarik nafas dalam. Akhirnya, Tzuyu bertindak memeluk celah ketiak lelaki itu dari hadapan dan perlahan-lahan mengangkatnya ke atas katil. Sebaik saja Tzuyu menghumban lelaki itu di atas katil, tak semena-mena tubuhnya terbawa sekali menyebabkan dia tersembam di atas tubuh lelaki itu.

Phew! Sikit lagi. Sikit je lagi muka mereka bertembung. Sekurang-kurangnya muka Tzuyu mendarat di atas dada lelaki itu. Erm, pun bolehlah. 

Pantas Tzuyu bangun dan sekarang ini dia hanya menunggu masa untuk lelaki itu sedar. Dia berharap lelaki itu mampu menjawab segala persoalannya. Dengan keadaan kaki lelaki itu  berjuntai ke bawah, Tzuyu menutup tubuh yang terdedah itu menggunakan tuala mandinya.

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimEkris
#1
Tzuyu with Kris? Argggh I want to read it ..
2Cool_4Skool #2
Chapter 2: Teruskan update ok. Tak sabar nak bace. Curious pulak sepa alien(?) tu hehe
2Cool_4Skool #3
Chapter 1: Wowoww pasal ufo ke? And yeah, cara penulisan awk mcm bace novel pulak hehee
parkyura98
#4
Chapter 2: Siapa lelaki UFO tu? O_o
Nk tau Sgt!! Update soon!! XD
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 1: Nice story... Update cepat tak sabar nak bace lagi...