CHAPTER 8!

Seoul Basketball Team (SBT)

Dua hari selepas itu,perlawanan di antara Busan Team dan Jeju Team berlangsung.Seperti yang dijangka,Busan Team menepati ramalan setelah berjaya menewaskan Jeju Team dengan skor 58-49.

"Weyh,nanti final kita lawan Busan,kau tau tak??"  Tao yang tiba-tiba muncul dari belakang melompat ke atas sofa.Kai terperanjat dengan aksi bak monyet daripada Tao itu.Kai menutup televisyen dengan tenangnya.

"Ya..aku tau..baru je tengok berita ni hah.." jawab Kai dengan suara mendatar.Tao memandangnya pelik."Kau kenapa?Tak semangat je nampak?sakit eh?"

Kai menggelengkan kepalanya."Takde apa-apa lah." Kai bangun dari sofa."Ni nak pergi mana pulak?" Tao semakin pelik dengan Kai."Keluar jap,jangan la risau sangat.Aku okay..."

Kai berlalu pergi meninggalkan Tao yang terpinga-pinga di ruang tamu itu.

"Haish..pelik-pelik je kawan aku sorang ni.." Dia kemudiannya menuju ke biliknya di tingkat atas.


Udara segar dihirup sehingga memenuhi rongga hidungnya.Fikirannya yang berserabut itu sedikit tenang apabila dia keluar berjalan-jalan di taman berdekatan dormnya.

Tenang sikit otak aku ni...aku taktau lah nak rasa apa.Gembira sebab boleh lawan dia..atau takut sebab dia tu gila? mmm..

Sedang Kai leka berjalan-jalan di laluan pejalan kaki itu,langkahnya terhenti apabila seseorang atau lebih tepat lagi sekumpulan lelaki menghalang jalannya.Kai mengangkat wajahnya.

Aduhai..malangnya nasib...

"Hey pengkhianat.Ingat aku lagi tak?" lelaki di hadapannya bersuara.Bernanah je telinga Kai mendengar kata 'pengkhianat' itu.

"Gila tak ingat.Kau Kris..bekas kawan baik yang tikam belakang bestfriend sendiri, kan?" Kai membalas dengan sarkastik sekali.Kris yang berasa geram segera mencengkam kolar baju Kai.Dia mengepal buku limanya dan mengacah hendak menumbuk muka Kai.

"Relaks bro..kita datang nak bagi amaran je kan.." lelaki berambut perang memegang bahu Kris dan menepuknya lembut.Cuba menenangkan rakannya itu.Cengkaman di kolar dilonggarkan.

"Kitorang dengar team kau masuk final..mampu ke nak kalahkan team kitorang ni?hah?" Kata lelaki berambut perang atau namanya Minho dengan pandangan yang menjengkelkan."Yelah..kan kaptain diorang ni makan rasuah dulu.Tak mungkin pisang tak berbuah dua kali kan.." Taecyeon cuba menaikkan darah Kai.Kai mengepal penumbuknya.Telinganya terasa panas mendengar cacian mereka semua.Dia tetap sabar walaupun dia tahu kesabarannya ada batasannya.

"asal kau diam je?dah bisu pulak?" kata Kris dan disambut dengan tawa rakan-rakannya.Kai ingin melangkah pergi dari situ tetapi badannya ditolak kasar menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Kau nak pergi mana hah? Kitorang tak habis lagi dengan kau!"  Nickhun yang dari tadi berdiam diri lantang bersuara.

"Apa yang korang nak dari aku ni?!" Kai berkata dengan geram sekali kerana kesabarannya sudah mencapai tahap maksima."Wow! Boleh bercakap budak ni..ingatkan bisu.." Donghae berkata dengan jengkel sambil memandang rakan-rakannya.

"Hey,aku nak kau tarik diri dari KBL ni dan biar kitorang menang.Simple kan?" Kris memberikan cadangan yang sememangnya tak masuk dek akal.

"Kalau kau rasa team kau hebat sangat,kenapa kau nak suruh aku tarik diri?Ke kau takut nak lawan kitorang dalam perlawanan akhir nanti?" Kai membalas kata-kata Kris tadi.Ada betulnya apa yang Kai cakap.Kalau Busan Team ni hebat dan gah sangat,kenapa nak menang dengan cara mudah?

"Kau ni dah melampau! Geng,belasah dia!!" lalu Donghae yang berdiri di hadapannya membuka langkah untuk menyerangnya.Penumbuk dilayangkan ke arah Kai tapi dia hanyalah memukul angin sahaja kerana Kai lebih pantas mengelak.Namun,Taecyeon terus mengambil kesempatan dengan menumbuk perut Kai semasa mengelak serangan Donghae.Terbatuk-batuk Kai dibuatnya.Dia memegang perutnya.Kesakitan.Kai kemudiannya menumbuk muka Taecyeon dengan kuat sehingga hujung bibirnya berdarah.Dengan segera,Nickhun dan Minho memegang kedua-dua belah lengan Kai dan Kris terus menumbuk perutnya.Sekuat hati.Sepuas hatinya.Kai mengerang kesakitan apabila tubuhnya dilempar kasar ke tanah.Darah laju mengalir di hujung bibir.Mereka menyepak perut Kai dan membelasahnya berkali-kali.

"Kai!!!" dari jauh Jin menjerit sekuat hatinya apabila melihat Kai dibelasah teruk.Tao,Sehun dan Zelo segera berlari ke arah Kai diikuti oleh Jin.Kai yang masih terbaring di tanah segera dibantu oleh Zelo dan Sehun.Kai dipapah oleh mereka berdua.

"Korang ni kenapa hah? Dah takde kerja lain ke?" muka Jin merah padam akibat menahan geram.

"Weyh loser, jangan percaya sangat captain kau ni.Dia ni makan rasuah dulu.Tak mustahil dia akan buat perkara yang sama sekali lagi.Kau ingat tu!" Kris berkata sambil menuding jari ke arah Kai yang masih lemah dipapah oleh Sehun dan Zelo."Lantaklah dia makan rasuah ke apa,tapi dia tak kejam macam korang!" Jin bersungguh-sungguh untuk back-up Kai daripada terus dihina sebegitu rupa.

"Baik korang blah kalau korang taknak rasa makan kasut saiz 7 aku ni!" Tao berkata dengan marah sekali.Mereka semua terus berlalu dari situ dan tinggallah mereka berlima di situ.

"Kau okay tak ni, Kai?" Zelo bertanya kepada Kai setelah mereka mendudukkannya di bangku berdekatan."Sikit je ni..aku okay.."

"Hish kau ni.! Nasib baik kitorang ada tau.Kalau tak mati katak kau kat sini." Sehun menepuk bahu Kai dengan lembut.

"Kau nak pergi klinik tak?" tanya Jin.Risau.Kai menggelengkan kepalanya."Korang janji jangan bagitau ni kat coach.." "Meh la beli ubat, bersihkan luka kau tu."

Mereka pun berjalan mencari farmasi untuk membeli ubat-ubatan bagi menyembuhkan luka Kai.


 

Pada waktu malam,di dorm SBT,Kai menerima satu mesej whatsapp daripada Kris.

 

So..kau dah buat keputusan.Teruskan atau menyerah kalah?

 

Kai tidak peduli dengan mesej itu.Dia meneruskan aktivitinya iaitu melayari Internet dalam smartphonenya.

'Ding'

Satu lagi mesej  menerjah masuk ke dalam smartphonenya.

 

Kalau kau still berkeras nak teruskan,aku tak teragak-agak nak buat kerja gila tau.

 

Kai begitu terkejut dengan pernyataan Kris.Dia segera membalas mesej tersebut.

 

Kau buatlah apa-apa pun.Aku still berkeras nak teruskan jugak.

Sure kau tak menyesal?

Kau tunggu je la mayat adik kau sampai depan pintu dorm kau.

Woi!Kau ni dah gila!Melampau!

Kris went offline

Kai berasa begitu bengang dengan sikap Kris itu.Gilanya memang tak terjangka.Tapi,dia rasa itu hanyalah satu gertakan sahaja.Kai terus menelefon appanya.

"hello,appa?"

"Nae, Kai.Kenapa ni?Bunyi macam ada yang tak kena je?"Kamu tak apa-apa?"

"Appa dengan Hayoung okay tak kat sana?" Kai mengabaikan soalan-soalan appanya kerana dia begitu risau dengan keadaan mereka,terutamanya Hayoung.

"Appa okay je dengan Hayoung kat sini.Kenapa Kai?" Encik Jung semakin pelik dengan perangai Kai.

"Takde apa-apa.Appa,jaga diri okay?Jaga Hayoung elok-elok.."

"Okaylah..appa tau."

Kai menamatkan panggilan begitu sahaja.Dia berharap sangat Kris tidak bertindak gila seperti yang dikatakan.


 

Gelanggang sudah mula dipenuhi peminat-peminat dari kedua-dua belah pasukan.Hari ini adalah hari perlawanan akhir di antara Seoul Basketball Team dan Busan Team.Perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat bola keranjang.

"Hello..bersama saya lagi dalam perlawanan akhir Korean Basketball League.Bersama saya,Hyungdon selaku pengulas bersama.Sekarang,marilah kita saksikan kemasukan pemain-pemain kita.Sama-sama kita saksikan."

5 pemain utama bagi setiap pasukan melangkah masuk ke dalam gelanggang diiringi sorakan daripada peminat-peminat.Lagu kebangsaan dimainkan dan peraturan permainan diberitahu sekali lagi oleh pengadil.Kai melihat ke arah penonton dan terlihat kelibat Hayoung dan Encik Jung yang sedang mencari tempat untuk duduk.Kai berasa lega kerana Kris tidak berbuat sedemikian.Hayoung terpandang akan Kai yang sedang melihatnya lalu dia melambaikan tangannya dengan girang.Kai membalas lambaian itu dengan rasa syukur.

Di bangku pemain simpanan,Coach Jongkook berdiri sambil berpeluk tubuh.Tiba-tiba,Minsoo mendekatinya."Korang akan kalah.Percayalah cakap aku." "Just wait and see,Minsoo.Jjust wait and see."

Permainan dimulakan apabila wisel ditiup.Bola yang berada di udara dirampas oleh Taecyeon.Dia membawa bola itu berdekatan jaring SBT tetapi Zelo dengan lincah merampas bola itu lalu pass kepada Jin yang berada di luar kawasan D.Jin membawa bola itu dengan baik sekali dan membuat hantaran kepada Kai yang sudahpun berada di jaring pihak lawan.Pergerakan pemain SBT yang lincah itu membuatkan pemain BUsan Team terpaku.Satu jaringan 2 mata dihasilkan oleh Kai dengan melakukan aksi slam dunk.

Permainan diteruskan untuk beberapa minit sebelum Sehun tercedera akibat dilanggar kasar oleh Donghae.SBT diberikan 2 lontaran percuma.Tao mengambil lontaran itu dan berjaya menyumbang dua mata.Kedudukan sekarang adalah 12-8.Separuh masa pertama telah berakhir.Pemain dibenarkan berehat selama 1o minit. Ketika Kai ingin menuju ke bilik persalinan bersama yang lain,tangannya dirtairk oleh seseorang.

Di suatu tempat..

"Kau Wonwoo?" Kai berasa pelik.Kenapa dia tarik aku sampai ke sini pulak.Dah tu serius je muka.

Wonwoo menongkatkan tangannya di atas lutut.Dadanya berombak cuba memenuhi peparu dengan oksigen.Dia punyalah penat bawak lari si Kai ni.Setelah penatnya reda,dia memulakan bicara.

"Aku nak baigtau kau something ni.." Kai mendengar dengan penuh teliti.

"sebenarnya, Kris yang letak duit tu dalam beg kau dulu..dia aniaya kau!Dia fitnah kau dulu!" Kai berasa pelik bercampur terkejut.

"macam mana kau tau semua benda ni?"

"Mesti kau lupa kan.Kau pun salah satu ahli team kau la dulu.." "Oh ye ke..habis tu kita nak buat apa sekarang ni?"

"aku rasa kita patut laporkan perkara ni kepada polis sebab dia fitnah dan aniaya kau.Kau tau tak..satu team Busan tu bagi rasuah kat team lain.sebab tu diorang boleh layak masuk final macam kita."

Wow,banyak betul dia tau..

"okay,kau pergi lapor kat polis.Biar aku uruskan yang lain." kata Kai lalu beredar dari situ.

Di bilik persalinan SBT..

"mana kau pergi Kai?" tanya Jin duduk di sebelahnya.Kai mebisikkan sesuatu kepada Jin."Omo! Betul ke?" Jin begitu terkejut.

"Okay,guys..sekarang ni kita kena main bersunggu-sungguh!Jangan biarkan kita kalah kat tangan diorang! Arraseo?!" kata Kai untuk menaikkan semangat ahli pasukannya.

"Nae!!"

"2..3.SBT FIGHTING!!"

Separuh masa kedua pun bermula.Pada kali ini,SBT mendominasi permainan dengan pergerakan mereka yang lincah dan teknik yang hebat.

"Hyungdon,nampaknya SBT semakin ghairah untuk mencipta jaringan! Tengoklah teknik mereka yang begitu hebat itu!" Jae suk berasa kagum ketika melihat permainan SBT.

"Ya Jaesuk.Nampaknya Busan Team seakan -akan tidak mampu berbuat apa-apa!"

Di bangku pemain simpanan,kelihatan Minsoo tidak senang duduk.Apa kau buat ni Kris! Kau tak buat kerja kau ke?

Minsoo semakin tertekan sehinggakan dia tidak boleh memberikan arahan lagi kepada nak buahnya.Keadaan ini menyebabkan Busan team buntu.Bola yang berada di tangan Kris segera dirampas oleh Kai.Kai tersenyum sinis sebelum berlalu membawa bola dekat dengan jaring Busat team.Kai pass bola kepada Sehun dan Sehun berjaya menjaringkannya di luar kawasan D.

"3 mata lagi untuk SBT!" semua peminat bersorak gemuruh apabila masa hanya tinggal 30 saat lagi.Kalau keadaan ini berterusan,SBT akan mernagkul gelaran juara pada musim ini.Kai melihat paparan masa di skrin.Dia tersenyum.

Wisel ditiup panjang menandakan tamatnya perlawanan tersebut.Para peminat bersorak kegembiraan.Semua ahli SBT berkumpul di tengah gelanggang dan membuat group hug.Busan team kelihatan kecewa sekali.Tiba-tiba..tangan Minsoo digari dari belakang.

"Encik ditahan kerana terlibat dalam aktiviti rasuah dan anak buah encik iatu Kris juga akan ditahan sekali atas tuduhan bersubahat dan memfitnah saudara Kai beberapa tahun yang lalu.Sila bagi kerjasama encik."

Tangan Kris juga turut digari.Rakan-rakannya seperti tidak percaya akan semua ini.Rupa-rupanya selama ini,coach Minsoo dan Kris terlibat dalam aktiviti rasuah.Mereka dibawa pergi dari situ dan keadaan yang sunyi tadi bertukar riuh kembali.Taecyeon,Minho,Nickhun dan Donghae menuju ke arah Kai dengan perasaan yang kesal.

"Kitorang nak mintak maaf Kai. Selama ni kitorang tak tau pun yang Kris tu yang jahat sebenarnya..sorry Kai..maafkan kitorang.." "Ye la..aku maafkan.." Taecyeon berjabat tangan dengan Kai.

"Sorry jugak sebab belasah kawan korang ni..hehe"

"nasib baik kitorang tak belasah kau balik tau. Kalau tak,maut lah korang kena wushu dengan aku..hahah" Tao berkata lalu ketawa terbahak-bahak.Ketawa mereka berpadu.

 

Upacara penyampaian pingat dan piala dijalankan.Piala KBL dijulang dengan penuh rasa bangga.Hayoung dan Encik Jung bertepuk tangan berasa bangga dengan kejayaan Kai.Sesi bergambar berlangsung.

Di bilik persalinan..

"Terima kasih coach sebab train kitorang walaupun kitorang ni nakal kekadang hehhehe.." kata Tao yang berdiri di sebelah Coach Jongkook.

"Thanks coach sebab latih kitorang sampai kitorang berjaya macam ni.Dapat gelaran juara pulak tu.Kalau coach takde,takde la kita kat sini.." kata Kai bagi pihak semua.

"Thanks juga sebab bagi peluang kat saya untuk mengetuai pasukan ni..jeongmal kamsahamnida." ucap Coach Jongkook dengan terharu.Mereka membentuk satu bulatan.

"2..3..SBT FIGHTING!"

 


Di dalam bas menuju ke Seoul..

Kai POV

"Hey..Kai..kau tak bawak kitorang jumpa Hayoung kan.." Sehun mencebik,buat duck face.Ada jugak kena sekeh ni kang.Nasib baik kau duduk kat belakang aku.

"Suka hati aku la..." Aku ketawa terbahak-bahak.Puas hati aku.Makin muncung Sehun dibuatnya."Kau ni serius ah syok kat adik aku ni?"

Mata Sehun kembali bersinar-sinar."Mestilah!Kau restu ke?"

Aku mengangguk-anggukkan kepala."Langkah mayat aku dulu! hahahahhaha" Aku ketawa terbahak-bahak lalu tercekik sebab Sehun cekik aku dari belakang."Kau kena mati dulu la!!" Nasib baik dia main-main je kalau tak aku dah arwah kat situ.

"ye la..nanti balik Seoul aku jemput korang semua makan-makan kat rumah aku.Masa tu,kau nak jumpa Hayoung ke nak jumpa appa aku ke ..lantak kau lah eh.."

"Yeah! Thanks abang ipar!" Sehun menjerit kegembiraan.

"Yah!!" aku geram bila dia label diri aku sebagai abang ipar dia.

End of POV

 

Seoul Basketball Team kemudiannya mewakili Korea dalam pertandingan antarabangsa.Mereka terus mencipta nama dan mengharumkan nama Korea Selatan.Mereka tetap bersama.Tak pernah terpisah.Persahabatan mereka semua tetap utuh walaupun banyak cabaran ditempuh bersama.Ini lah SBT.

 

TAMAT

 

 

 

 

 

 

HEY YA !! Finally,story ni habis jugak setelah sekian lama.Saya rasa 2 tahun kot.hahahahahha

apalah saya ni..papepon thanks kepada yang subscribe,upvote and comment.

kepada yang masih support fanfic ni..thanks sesangat!! love ya!!

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
chapter 7 updated...setelah sekian lama

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: Hahahaah lawak gila tao dengan kai whatsapp hahhaa. Update soon authornimmmm!
Seasony
#2
Chapter 2: Kai bekas team busan rupanyaaa!!! Part "Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Yoona!" . kenapa yoona yee ?
Seasony
#3
Chapter 1: Baru jumla cerita niii. Awal2 best dah!
scarletkrystal #4
Chapter 1: *thumbs up*
afiqah_LSN
#5
Awesome my cousin...hehehe...
scarletkrystal #6
Awesome!! ^3^
Fungurlz #7
Yo jasaku akan dikenang!