CHAPTER 6!

Seoul Basketball Team (SBT)

"Apa yang kau nak hah??!!!" bentak Kai apabila mengetahui pemanggilnya ialah Kris.

"Nothing....aku just nak bagitau yang team kau akan kalah dalam KBL nanti....jangan harap korang akan menang! Lagi-lagi kaptennya adalah kau, Kim Jongin...." panggilan itu ditamatkan dengan gelak tawa sinis yang sememangnya menyakitkan telinga dan hati Kai.

"Woi!!! Kau memang kurang ajar kan! Hello?!!! Hello??! Arghhhh!!!" Kai berasa sangat geram dengan perangai Kris yang sememangnya sentiasa cari pasal dengan dia.

Rakan- rakannya terkejut mendengar dengusan kasar oleh Kai.

" Wei Kai, kau dah kenapa ni?? Siapa yang call??" soal Jin sambil cuba untuk menenangkan Kai yang telah pun terduduk di tengah- tengah gelanggang.

"Mamat psiko mana entah....kerja asyik nak cari pasal je! Meluat la aku dengan dia tu...."

"Kau kenal ke mamat tu??" soal Zelo yang tekun memerhatikan Kai.

"Nama dia Kris. Kawan aku masa kat Busan dulu.....tapi dia jadi musuh aku sekarang...sebab dia memang suka cari pasal dengan aku...." terang Kai dengan panjang lebar.

"Spesies macam tu pun ada lagi kat dunia ni.....haish..manusia, manusia. Dahlah nama Kr...apa nama dia tadi? Keris eh?? Pelik betul,"

bebel Sehun yang duduk di antara Jin dan Tao. " Nama dia Kris lah, bukan Keris! Parents dia bagi nama leklok, sukahati kau je nak ubah..."

Tao menyiku pinggang Sehun dan Sehun hanya mendiamkan diri.

"takpelah...pedulikan je kata-kata Kris tu...yang penting kita akan buat yang terbaik nanti." kata Zelo bagi menaikkan semangat kawan kawannya.

"Betul kata Zelo. Kita kena fokus untuk pertandingan tu." Kai langsung tidak mempedulikan kata - kata Kris sebentar tadi. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Walaupun kata-kata yang dilemparkan itu memang menyakitkan hati, namun berkat semangat dan dorongan kawan kawannya membuatkan Kai tabah dan berazam untuk menaikkan nama Seoul Basketball Team.

 

Setelah selesai bermain basketball, mereka   berlima pulang ke rumah masing - masing.

 


 

Hari ini, mereka akan berangkat ke Busan pada jam 8.00 pagi. Semua pemain kelihatan segar dan cergas pada pagi itu. Sebelum menaiki bas, mereka dibekalkan roti dan air mineral sebagai alas perut sewaktu dalam perjalanan. Segelintir pemain membawa bekal dari rumah untuk dimakan di dalam bas.Bas mula bergerak setelah Coach Jongkook memastikan semua pemain hadir. Sepanjang perjalanan , Coach Jongkook sentiasa memberikan tips dan kata-kata semangat kepada mereka.

 

 

Kai yang duduk di sebelah Tao mula membuka bungkusan roti yang diberi awal pagi tadi. Lapaqnya perut... Tao hanya memandang roti Kai.

"Kau dah kenapa? Tak pernah tengok orang makan roti eh?" masa makan Kai terbantut akibat gangguan Tao." Kai ......tukar roti boleh?" pinta Tao lalu menghulurkan rotinya sebagai ganti. " Kau....tak makan vanila eh?" "heheheheh.....vanila tak sedap ahhh..." "mengada...macam perempuan lah kau ni"

Akhirnya, Kai memberikan rotinya dengan rela hati kepada Tao. Tao begitu gembira setelah mendapat roti coklat kegemarannya itu lalu dikucup kucup roti itu. Kai yang pelik ngan sikap Tao itu hanya menggelengkan kepala. Apa sajalah budak ni...

 

Kai yang tidak memilih itu terus menikmati roti vanillanya yang baru diterima oleh Tao, si budak gila coklat. Tao pula dengan lahapnya makan roti coklatnya dan habis dalam beberapa saat sahaja.

 

Lain pula kisahnya di tempat duduk belakang.

 

Jin dan Taehyung duduk bersama-sama. Taehyung yang dah tidur sejak bas mula bertolak mula berdengkur di tepi telinga  Jin. Jin mula rimas dengan sikap rakan sebaya nya itu. Jin memalingkan muka Taehyung ke sebelah tingkap bagi mengurangkan efek dengkur Taehyung. Suasana tenang seketika....

Dengkuran kembali kedengaran apabila bas menaiki bonggol jalan raya yang menyebabkan kepala Taehyung berpaling ke arah Jin semula. Jin menolak kembali kepala Taehyung namun kepalanya masih berpaling ke arah Jin semula. Berulang ulang kali scene ni berlaku sehinggakan lengan Jin rasa lenguh, asyik mengalihkan kepala Taehyung yang berat macam bola boling tu.

Akhirnya, kepala Taehyung selamat mendarat di atas bahu Jin yang selesa dan empuk bak bantal kekabu itu. Ini membuatkan dengkurannya semakin kuat menerpa gegendang telinga Jin.

Dengan redhanya, Jin membiarkan Taehyung tidur di atas bahunya. Nasib baik tak mengigau sampai peluk-peluk. Huishhh, meremang bulu roma...

 

Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Busan. Coach Jongkook segera membangunkan para pemainnya yang telah lena dibuai mimpi.

"Wake up!!!"  teriak Coach Jongkook setelah semua liat nak bangun. Bergema satu bas, sampai driver bas pun terkejut. Habis newspaper yang dia baca bertaburan di atas lantai bas.

Semua pemain terus bangun akibat terkejut ya amat sehinggakan Jackson dan Mark terhantuk siling (?) bas. Tinggi sangat, sape suruh....

 

Mereka semua terus check in di rumah penginapan yang telah ditetapkan pihak penganjur untuk para pemain Korean Basketball League.

Bilik sudah ditetapkan dan semua pemain diminta berehat sebelum makan tengahari.

 

 


 

Hari pertama pertandingan sudah bermula. Upacara pembukaan dilaksanakan dengan gilang gemilangnya. Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye merasmikan pertandingan tersebut yang telah berlangsung sejak 3 tahun yang lalu.Perarakan kemasukan semua pasukan diadakan.Pengulas acara memainan peranannya.

"Bersama saya, Yoo Jae Suk...kita berada di acara terulung yang diadakan setiap tahun di Korea.Inilah Korean Basketball League.Sekarang ni, kita bakal menyaksikan perarakan kemasukan kontinjen yang menyertai acara ini. Dimulakan dengan pasukan Ansan Warriors!"

Tepukan gemuruh dari para hadirin membuatkan venue pertandingan bergema.Setiap nama pasukan disebut.Kontinjen berarak masuk dengan bangga, mewakili negeri masing-masing..Akhirnya ,tiba giliran SBT untuk berarak masuk.

Nama Seoul Basketball Team bergema di seluruh dewan.

"Dan akhir sekali, pasukan yang ditunggu-tunggu...pasukan tuan rumah, Busan...Team!!!"

Sorakan dan tepukan bertambah lantang dan kuat.Tidak dinafikan, Busan Team merupakan pasukan yang terkenal dan diminati ramai.Tetapi, Kai dan kawan-kawannya berazam untuk menaikkan nama Seoul Basketball Team.

Ucapan dari presiden didengari dengan tekun.Mata Kai asyik melilau melihat venue pertandingan yang sangat megah dan gemilang.Dia melihat kontinjen dari negeri lain.Tiba-tiba matanya mendarat pada Kris.

Kris memandang Kai dengan pandangan sinis.LOSER. Kris menuturkan kata itu melalui gerak bibir.Kai menggenggam penumbuknya menahan geram.Jin yang sekian lama memerhati mereka bertanya, "Kau kenal dia ke Kai?" Kai mengeluh dan memandang Jin."Dia tu lah Kris yang telefon aku hari tu. Buat aku geram je." "Dahlah.. ignore je dia tu.."

 


 

"Ok, upacara pembukaan sudah pun selesai.Selepas ini, akan diadakan perlawanan antara Seoul Basketball Team dan Ansan Warriors.Stay Tuned!"

 Di bilik persalinan SBT...

"Ok, get ready semua. Terutamanya 5 pemain utama.Buat sepertimana yang kita dah berlatih.Bersungguh-sungguh walaupun ini adalah perlawanan pertama dan bukannya final.Arasseo?"

"Nae coach!"

Coach Jongkook mengeluarkan notepadnya. "Ok, untuk pemain utama, saya akan bacakan position kamu."

"Kai, kamu adalah kapten, so kamu akan jadi center.Tao ialah small forward,shooting guard ialah Sehun. Manakala Jin , kamu jadi point guard dan Zelo jadi power forward."

Mereka membuat satu bulatan di tengah-tengah bilik persalinan.

"2,3 SBT...FIGHTING!"

 

Perlawanan dimulakan setelah wisel ditiup.Para pemain SBT dan Ansan Warriors bermain dengan bersungguh-sungguh ibarat permainan ini adalah final match mereka.

Setelah beberapa minit...

"Nampaknya, SBT berjaya mengawal permainan dengan mengutip mata sebanyak 42 berbalas 35. Wisel telah ditiupkan, rehat 2 minit!"

Pengulas Yoo Jae Suk bersemangat menjalankan tugasnya.Tidak hairanlah beliau merupakan pengacara yang terkenal dan disukai ramai.

Di bangku pemain SBT...

"Bagus semua! Keep it up! Separuh masa pertama tinggal 10 minit je lagi.Fighting!"

"Fighting!!"

Pemain memasuki gelanggang menandakan mereka sudah bersedia menyambung permainan.

"Sedia semua?!" Kai sebagai kapten menyoal pemain lain.

"Sedia!"

 

Pengulas mula memainkan peranannya.Wisel ditiupkan.Bola dilambungkan oleh pengadil di tengah-tengah gelanggang.

"Pengadil telah melambungkan bola dan pemain no.4 iaitu Zelo berjaya menyambut bola.Dia melantunkan bola dan membawanya dekat ke jaring pihak lawan tapi sayangnya pemain no.5 AW telah merampas bola tersebut.Dia berlari dengan laju menuju ke kawasan SBT dan berjaya membuat jaringan dari luar garisan D.Jaringan 3 mata!"

Zelo menyerabutkan rambutnya dan tersengih ke arah kapten.Dia menundukkan badannya sedikit tanda minta maaf.Tao menepuk belakang Zelo, cuba memberikan semangat.

"Kini, kedudukannya ialah 42 berbalas 38! Seoul Basketball Team masih mendahului..!"

Permainan dimulakan kembali setelah jaringan dilakukan. Jin menyambut bola yang dilambung tinggi pengadil.Dia membuat hantaran aras dada kepada Sehun. Sehun kemudiannya membuat hantaran atas kepala kepada Tao yang berada dekat dengan jaring pihak Ansan Warriors. Jaringan disempurnakan olehnya dan mendapat 2 mata.

"Kedudukan telah berubah di mana SBT masih mendahului dengan 45 mata.Ouh, perlawanan pertama dalam KBL ini sangat sengit kerana kedua-dua team bersaing untuk mendapatkan mata."

 

Tiba-tiba, semasa permainan berjalan, salah seorang ahli AW, Hong-gi yang terkenal dengan cara bermainnya yang ganas telah mencederakan Jin dengan menariknya sehingga terjatuh.Tangan Jin telah terseliuh dan terpaksa digantikan.

"Lee Sung Jong, kamu pergi ganti Jin." arah  Coach Jongkook kepada Sung Jong yang sedang duduk di bangku simpanan.

"Baik, coach!"

Sung Jong dengan pantasnya bangun dari duduknya dan berlari masuk ke gelanggang.

Jin dibawa keluar dan SBT diberikan dua lontaran percuma.Kedua-dua lontaran berjaya disempurnakan oleh Kai.Ini bermakna SBT mendapat dua mata dan menjadikan kedudukannya 47-38!

 

Separuh masa pertama telah tamat. Para pemain beredar ke bilik persalinan masing-masing.

"Kau okey tak Jin?" Zelo bertanya setelah dia duduk di sebelah Jin.Kai duduk di bangkunya untuk minum air.

"Tangan aku rasa sakit lagi ni.." Jin mengusap tangan kanannya yang terseliuh.

"Aku rasa next match, aku tak boleh main la..." sambungnya lagi.Sehun di sebelah sudah mengeluh.

"Takpe la..Sung Jong boleh gantikan kau.." kata Kai sambil memandang Sung Jong yang duduk di hadapannya.

"Hm..mana coach?" tanya Tao sambil matanya memandang semua orang.

Beberapa minit kemudian..Coach Jongkook masuk ke dalam bilik persalinan sambil membawa laporan kesihatan Jin.Dia membelek-belek kertas laporan itu sebelum membacanya.

"Jin,nampaknya kamu tak boleh main permainan seterusnya.Berdasarkan kepada laporan ni, ia mengambil masa beberapa minggu untuk tangan kamu pulih sepenuhnya."

Tao menepuk bahu Jin perlahan."Cepatlah sembuh Jin..nanti kau boleh perform.."

"Ok!" Jin lalu memandang Sung Jong. "Sung Jong buat yang terbaik tau!"

"Ok! Jin, get well soon. Aku akan berusaha sedaya upaya!" Matanya jelas memancarkan semangat yang membara di dalam jiwa.

 

"2,3 SBT...FIGHTING!!"

 

"Separuh masa kedua telah bermula...menyaksikan Korean Basketball League.Di mana SBT masih mendahului dengan 47 mata manakala Ansan Warriors sekadar mengutip 38 mata! Penonton mulai bersorak! Go,go,go! Siapakah yang bakal memenangi acara pada hari ini?"

Pengulas mula bersuara dengan semangat sekali.Pengadil melambungkan bola ke udara.Kai berjaya merampas bola dan menghantarkannya kepada Sehun yang berperanan sebagai shooting guard SBT.Setelah menerima bola itu, dia menggelecek dan menghantar bola kepada Sung Jong yang tidak dikawal sesiapa.

"Wah, nampaknya pemain no.2 SBT mempunyai gerak langkah yang begitu lincah.Dia berjaya melepasi beberapa pemain pihak lawan yang cuba menghalang."

Sung Jong menangkap bola tersebut dan melakukan slam dunk!

" 2 mata untuk SBT. Hasil jaringan pemain gantian , Lee Sung Jong! Kedudukan terkini adalah 49 - 38!"

 

10 minit telah berakhir...di bangku pemain..

"Tinggal 10 minit lagi. Kalau kamu teruskan prestasi macam ni, saya yakin kita pasti akan menang dan mara ke next match! Faham?!" ucap Coach Jongkook di hadapan semua pemain.

"faham coach!" jawab para pemain dengan suara yang lantang dan penuh semangat.

 

Permainan dimulakan...pengadil meniup wisel dan melambungkan bola ke udara.

 

 



 

 Hai semua!!

Ish ish ish....dah lama sangat fanfic ni tak diupdate...//geleng kepala//

naik bersawang dah laman ni..hihihihi

 

anyway..saya dah update!! yehet! ohorat!

suka tak?

hahahhahahhah //gelak macam orang gila >./

 

hello? hello? anybody here??

ada lagi ke readers ni...maaf sebab lama tak update! mianhae....

saya harap ada lagi yang sudi baca fanfic ni...

saya akan update fanfic2 saya jika ada kelapangan...

 

thanks kepada yang membaca, beri komen, tekan butang subscribe and upvote!

gomawoyo yoerobun!!!!!!

 

please wait for the next chapter!

annyeong!!

//mini heart from kai and exo member//

 

Hey MAMA! ..EXO - CBX comeback!!!

wuhuuuuu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
chapter 7 updated...setelah sekian lama

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: Hahahaah lawak gila tao dengan kai whatsapp hahhaa. Update soon authornimmmm!
Seasony
#2
Chapter 2: Kai bekas team busan rupanyaaa!!! Part "Jangan nak menggatal! Jom Balik! Bye,Yoona!" . kenapa yoona yee ?
Seasony
#3
Chapter 1: Baru jumla cerita niii. Awal2 best dah!
scarletkrystal #4
Chapter 1: *thumbs up*
afiqah_LSN
#5
Awesome my cousin...hehehe...
scarletkrystal #6
Awesome!! ^3^
Fungurlz #7
Yo jasaku akan dikenang!