......

KACAU
Please Subscribe to read the full chapter

Mata Sehun terbuka. Samar-samar di hadapannya ketika ini. Kelibat bayangan manusia berbaju putih mengelilingi dirinya. Mindanya penat begitu juga kudrat tenaganya.

Kau semua siapa? Hatinya mendesah. Dia memerhati manusia-manusia itu sebelum terpandang wajah yang amat dikenalinya. Lelaki itu tersenyum menyerigai kepadanya.

Luhan!

Matanya tertutup kembali.

Sehun membuka mata. Kini dia berada di sebuah bilik. Hidungnya cuba menangkap bau di sekitarnya. Dia cuba untuk bangun namun hampa. Tenaganya lemah dan kepalanya berpinar.

Sehun memandang ke segenap ruang bilik itu sebelum melihat seseorang berdiri di tingkap. Sehun kenal susuk tubuh itu.

"Jongin, aku sekarang dekat hospital ke?"

Jongin menoleh. Dia mengeluh lega melihat Sehun yang terbaring di katil. Segera dia memapah kawannya untuk bangun.

"Bagus kau dah sedar. Aku ingat kau tak akan sedar lagi tahu tak."

Sehun memandang pelik. Kepalanya masih berpinar. Ingin dia bertanya namun soalannya dibiar sepi. Seingatnya hari ini patut ....

"Kejap!"

Sehun terpana. Jongin yang berada di sebelah dipandang.

"Tiffany mana? Aku patut kahwin sekarang ini. Jom cepat!"

Sehun ingin bangun dari katil namun Jongin menegah. Kelihatan riak wajah lelaki di hadapannya hanya tersenyum nipis.

"Kau lupa ke? Tiga hari dah berlalu majlis kau itu. Ah, mungkin kau 'tidur' lama sangat ini."

Sehun berkerut pelik. Bahu Jongin dipegang kuat. Apa mungkin majlis pernikahannya terbatal? Sehun berfikir dalam, cuba mengingat apa yang terjadi. Seingat Sehun sebelum majlisnya bermula, dia mendapat pesanan yang aneh.

"Luhan?"

Sehun mencabut tiub wayar yang di tangannya. Jongin agak terkejut dengan perlakuan Sehun.

"Sehun, kau nak pergi mana? Kau sakit lagi ini."

Jongin cuba menghalang lelaki itu. Dia tidak menggunakan seluruh tenaganya kerana dia bimbang Sehun akan kesakitan.

"Aku nak jumpa seseorang. Maafkan aku Jongin! Sebab aku pernikahan dibatalkan. Tiffany mungkin - bukan! Dia memang marah pasal hal ini. Aku sebenarnya jumpa -"

Bicara Sehun terhenti apabila Jongin menyampuk.

"Dah! Kau merepeklah Sehun. Isteri kau ada dekat rumah. Nanti dia datang sekejap lagi."

Sehun menggeleng laju. Cuba menafikan kata-kata Jongin. Dia ingat dengan jelas.

 Dia keluar dari rumahnya untuk menemui 'Luhan'. Ah! Sehun melepas geram. Lelaki bangsat itu ada bersamanya ketika dia lemas. Dia ingat wajah Luhan ketika dikerumuni orang yang ramai.

"Jongin, mana kau jumpa aku? Hari ini hari apa?" 

Sehun memegang bahu lelaki itu. Cuba mendapatkan kepastian. Lalu Jongin bercerita kepadanya kejadian yang berlaku pada dirinya.

12.10.16 

JAM 3:30 P.M.

Jongin bertepuk tangan kegembiraan apabila Se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 3: sapa Kim ngan Himchan tu? i'm so curious
Park Himchan? adakah dia ada kaitan ngan Park Chanyeol? hehe just kidding XD
Laikhaexofany32 #2
Chapter 3: Jarang sngat orang guna tiffany as one of the character.. saya tak tahu kenapa..tiffany is my ultimate bias.. jadi, saya decide untuk subscribe your story sbb ada tippa-chan dan sbb saya tertarik dngan citer nie.. :D
Oh, saya penah juga baca novel fixi.. tajuknya pun 'KACAU' jugak.. menarik crita tue and i hope crita awak jugak dapat sambutan.. update soon!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: Sape Kim? Kim Jong In kah? So curious la...update soon ..
seungrin123 #4
Chapter 2: Sya harap fic ni XD
mpreggoland
#5
Chapter 2: ok! mmg ok sgt storyline nya! ^^
sy suka misteri mcm ni...keep up the good work! :D
nanadjiyongie_01
#6
Chapter 2: Bkn ke 'Luhan' tarik Sehun dlm tasik? Kenapa tiba² kena tikam pula? Misteri btul! Saya suka!!
So, Tiffany dh jadi wife Sehun la?
Banyak btul persoalan dlm kepala otak ni..update soon...your story is Daebak! !
lugege_
#7
Chapter 2: Huaaaaaa. Jgn last sekali dia dgn Luhan,sudah. Nak dgn tiffany xD
MyaReen
#8
Chapter 2: Imma wondering why I'm reading this at midnight. Naik bulu roma
musicmuscat
#9
Chapter 2: Misteri betul fuyooo
mpreggoland
#10
Chapter 1: hantu Luhan ke yg kcau Sehun tu?
wow citer ni betul2 menarik!